Anak Sungai Derhaka |
- Video Samseng UMNO panjat Pacuan Empat Roda untuk cederakan YDP PAS didedah!!
- Isu Tanah Kubur di Pulau Pinang... Pencacai UMNO Kantoi lagi!!
- Video penyokong MCA pula belajar mengganas tersebar!! Saksikan!!
- Himpunan Kebangkitan Rakyat tetap berlangsung walau tanpa permit Polis
- Terdesak nak kekal berkuasa.. RELA pula diarah sokong Barisan Nasional..
Video Samseng UMNO panjat Pacuan Empat Roda untuk cederakan YDP PAS didedah!! Posted: 27 Dec 2012 06:21 AM PST Ini adalah rakaman video yang memaparkan seorang Samseng UMNO yang telah meluru ke atas kenderaan Pacuan Empat Roda ketika YDP Pas Kawasan Kuala Pilah, Tuan Zaharudin Othman sedang berucap. Samseng tersebut bagaimanapun telah berjaya dikawal keganasannya oleh seorang petugas PAS yang telah turut serta dalam Konvoi Oren ke Negeri Sembilan baru-baru ini.. Sebelum itu sila dengar apa Arman (Panglima Ludah) berpesan kepada penyokong Pakatan Rakyat setelah Aktivis 'R' dihalang dari menyerahkan memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan di PWTC semasa PAU baru-baru ini.. Katanya "saya nak bagitau kat puak-puak Pakatan di luar sana.. sila hormati budaya Melayu, sila hormati tatasusila, sila hormati majlis orang.. jangan datang ke majlis orang untuk membuat kacau…" Dah tengok?.. betul ke kata dia tu?.. nak tahu betul atau tidak sila saksikan video dibawah ini.. Selain dari menganggu dan mengancam YDP Pas Kawasan Kuala Pilah yang sedang berucap, seorang lagi Samseng UMNO menganggu dengan membuat bising menggunakan motorsikal hinga menenggelamkan suara YDP PAS dari pembesar suara... |
Isu Tanah Kubur di Pulau Pinang... Pencacai UMNO Kantoi lagi!! Posted: 27 Dec 2012 01:49 AM PST Sekitar 19 Disember lalu, sebuah Blog Pencacai UMNO yang ternama dari Utara Semenanjung telah menyiarkan sebuah artikel dengan tajuk 'Kubur Umat Islam di hancurkan dapat kebenaran regim DAP Pulau Pinang. Berikut adalah print screen apa yang telah disiarkannya.. Walaupun aku sedar ianya hanyalah cerita rekaan yang berbaur fitnah namun aku perlukan lebih banyak maklumat untuk menjawab fitnah tersebut. Oleh kerana pada waktu itu syndrome kemalasan telah melanda aku maka aku hubungi seseorang yang sahabat yang bertugas dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang memintanya memberikan info. Malangnya beliau sedang bercuti pada ketika itu dan beliau berjanji akan memberikan jawapan sebaiknya tentang fitnah tersebut.. Dan akhirnya jawapan yang aku tunggu telah diterima dengan selamatnya dan dengan ini.. sekali lagi Blogger Pencacai UMNO yang ternama dari Utara Semanjung itu telah kantoi!! Berikut adalah Kenyataan Media YB Dato' Abdul Malik Kassim menjawab fitnah pencacai UMNO itu.. Perkara membabitkan soal agama lebih-lebih lagi fitnah tidak sewajarnya dipolitikkan mana-mana pihak. Ia bukan sahaja perbuatan keji yang boleh mencetuskan api perkauman, malah boleh mendatangkan musibah lebih besar dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa melayani keperluan rakyat secara adil tanpa mengira bangsa dan agama. Keperihatinan ini terbukti apabila kerajaan negeri berjaya menyelesaikan masalah kesesakan tanah perkuburan Islam Jelutong yang membelenggu umat Islam negeri ini sejak 13 tahun. Dengan peruntukan sebanyak RM20 juta, kerajaan negeri telah berjaya dalam pengambilan tanah untuk tujuan pembesaran tanah kubur tersebut. Namun ada pihak cuba menafikan kejayaan itu, dengan cuba memutarbelit isu tanah perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam yang kononnya telah diceroboh oleh pemaju untuk projek perumahan. Golongan berkenaan cuba membangkitkan api kebencian kaum serta agama dan cuba menuding jari kepada kerajan negeri. Hakikatnya, siasatan pihak berkuasa mendapati tidak ada sebarang pencerobohan atau pelanggaran sempadan tanah perkuburan oleh pemaju. Tembok yang dibina pemaju adalah di atas tapak asal pagar lama sempadan yang wujud sejak sekian lama. Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP), Majlis Agama Islam (MAINPP), Jabatan Mufti, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan beberapa pihak berkuasa telah mengadakan pertemuan dengan pihak Pemaju, Qaryah Masjid, JKKK dan waris pada 21 Disember lalu. Difahamkan terdapat batu nisan lama telah 'hilang' dipercayai akibat tanah mendap dan hakisan. Terdapat juga batu-batu nisan lama yang diletakkan di tepi pagar sejak bertahun lalu, dipercayai selepas diganti dengan batu-batu nisan baru oleh waris. Bagaimanapun, seorang waris mendakwa batu nisan keluarganya telah hilang, dan bercadang untuk menyelesaikannya melalui saluran perundangan, meskipun pemaju telah memohon maaf atas kesulitan yang berlaku serta bersedia menanggung tuntutan gantirugi daripada waris. Dalam masa yang sama kerajaan negeri akan bertindak tegas kepada mana-mana pemaju dan kontraktor yang melanggari syarat pihak berkuasa terutama yang membabitkan kepentingan umat Islam, berkaitan tanah wakaf, kubur atau masjid. Saya berkeyakinan isu berkenaan boleh diselesaikan secara baik melalui rundingan berhemah tanpa dipengaruhi oleh emosi keterlaluan dan termakan hasutan pihak tertentu yang berniat menangguk di air keruh bagi mensasikan isu tersebut. Itulah.. orang kata kalau tak tahu, bertanya.. jangan main tulis tak tentu hala.. kan akhirnya dah jadi fitnah.. By the way.. Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zul dengan ucapan Pemilihan yang akan datang ini kita berperang lagi... he..he.. |
Video penyokong MCA pula belajar mengganas tersebar!! Saksikan!! Posted: 26 Dec 2012 09:29 PM PST Terpengaruh dengan budaya samseng yang dibawa oleh pencacai-pencacai UMNO kebelakangan ini, penyokong MCA juga kini mula dilihat berani bertindak kasar. Mungkin ini semua berani mereka lakukan setelah melihat tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pencacai-pencacai UMNO yang mengganas itu.. Antara keganasan Pemuda UMNO boleh di lihat di ( SINI ), ( SINI ) dan juga di ( SINI ) Dan mereka kini mula belajar bertindak ganas.. Ini laporan dari Malaysiakini.. Sesi tinjauan DAP Pahang di Kampung Baru Manchis, Bentong semalam telah dicemari oleh pergelutan kecil apabila kumpulan itu bertembung dengan sekumpulan ahli MCA. Ahli MCA, Lee Shu Hwa pergi menemui kumpulan yang diketuai pengerusi DAP Negri Sembilan, Anthony Loke DAP, dengan membawa keratan akhbar yang menyiarkan isu-isu yang membabitkan kawasan parlimen Rasah. Shu Hwa menuntut penjelasan Loke mengenai rancangan ahli parlimen DAP itu untuk menyelesaikan beberapa isu-isu tertunggak di kawasan Parlimen Rasah yang diwakilinya. Apabila Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah cubacampurtangan, abang Shu Hwa - Ah Kaw yang merupakan ketua MCA Kampung Manchis - didakwa mula bertindak kasar. Satu klip video insiden yang dimuat naik oleh penyokong DAP memaparkan Ah Kaw menarik lengan baju Leong dari belakang. Satu pergelutan pendek tercetus apabila ketua DAP Bentong, Ching See Tai cuba menghalang Ah Kaw. Shu Hwa bertindak balas dengan menolak Ching. SAKSIKAN!!! Versi YouTube sila lihat di ( SINI ) |
Himpunan Kebangkitan Rakyat tetap berlangsung walau tanpa permit Polis Posted: 26 Dec 2012 05:41 PM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa. Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu. Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman. "Saya hanya mengulangi kata Md Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium," kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan pengerusi kepada perhimpunan tersebut. "Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku," kata Hishamuddin lagi. Jika perhimpunan ini berlangsung tanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus dunia dan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Hishamuddin berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipu semasa pilihan raya akan datang. Pada sidang media mengumumkan perhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu. "Kita tidak berselindung memilih tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benar jika ada yang mengatakan ini politikal. "Adalah jelas ia adalah satu acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan menjadi pilihan raya yang dicuri," kata Hishammuddin. Aktivis tersebut, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan – dari menuntut kilang Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan pilihan raya bebas dan adil. "Kumpulan ini telah menyuarakan tuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasuk kerajaan akan datang. "Tuntutan ini masih sah kepada pemerintah akan datang, tolong ingat ini," kata Hishamuddin sebelum menambah bahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunan tersebut. Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti. Kumpulan menuntut reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi diketepikan oleh kabinet Datuk Seri Najib Razak pada saat akhir. Peserta perhimpunan walaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9 Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawan kawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Perhimpunan tersebut menyebabkan pergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadap kerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan. Dua perubahan besar dilakukan akibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubal untuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atas tuntutan Bersih 2.0. Bersih 2.0 menganjurkan satu lagi perhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupi dan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunan pada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya. Kali ini, peserta perhimpunan berkumpul untuk "duduk bantah secara aman" di Dataran Merdeka, dimana pihak berkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarang peserta memasuki kawasan tersebut. Bercakap kepada The Malaysian Insider semalam, pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itu tidak terlibat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besar ahli sudah disenaraikan sebagai peserta. Beliau berkata mana-mana ahli Bersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasiti peribadi. "Kita dijemput menghantar wakil untuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidak menganjurkannya," katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong oleh parti PR - PAS, PKR dan DAP. |
Terdesak nak kekal berkuasa.. RELA pula diarah sokong Barisan Nasional.. Posted: 26 Dec 2012 09:17 AM PST Benar-benar terdesak nampaknya UMNO/BN untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke 13 yang akan datang ini.. Sebelum ini dilaporkan pihak UMNO dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)telah memperbodohkan Orang Asal dengan memberikan mereka latihan untuk mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13 ini.. ( baca di SINI ) Ini pula adalah laporan yang mengatakan anggota-anggota RELA di Sarawak telah diarahkan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional. Dalam satu majlis di Daerah Julau, Sarawak seorang Pegawai yang berpangkat Leftenen Kolonel (RELA) dilaporkan telah berkata kepada anggota RELA yang lain bahawa Kerajaan telah memperuntukkan sekitar RM400 Juta kepada RELA. Jumlah yang besar itu membuktikan keyakinan Kerajaan kepada pasukan beruniform itu katanya.. Oleh itu sebagai menunjukkan penghargaan kepada Kerajaan yang ada sekarang anggota-anggota RELA sewajarnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.. katanya. Ini kes you help me, I help you laaa.... Pegawai RELA tu mesti penyokong kuat Barisan Nasional, sebabnya cara beliau berfikir adalah sama dengan cara kebanyakkan pencacai UMNO berfikir. Dimana mereka gagal untuk membezakan antara Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional, bagi mereka wang yang datangnya dari Kerajaan itu adalah wang Barisan Nasional. Walaupun hakikatnya wang tersebut datangnya dari berbagai jenis cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.. Ini laporannya.. KUCHING: The neutrality of paramilitary volunteer corp, Rela, in Sarawak has come under question following a recent "immoral" order by a top ranking officer urging its members to support Barisan Nasional. Sarawak has 300,000 Rela members stationed in 32 districts.Nationwide, there are 3.2 million members. At a function in Julau district, Rela officer Lieutenant Colonel (Rela) Moses Sipan reportedly told Rela members that the government had allocated some RM400 million in the 2013 budget for the corp. "This huge sum shows the government's confidence in Rela. "Therefore as a show of our appreciation we must give our undivided support to BN in the coming general election," he said. Julau has about 8,000 Rela members. The constituency is currently held by Parti Rakyat Sarawak (PRS) vice-president Joseph Salang, who is also a deputy minister in the federal cabinet. Sipan's call to Rela members in Julau is also seen as an 'order' to all Rela members in Sarawak. The directive has irked the opposition in Julau constituency and the state. Slamming Sipan, state PKR chief Baru Bian said: "This is wrong. It is immoral and politically wrong for them to do that. "Rela is not a political party. It is a voluntary organisation and funded by the rakyat's money. "You don't use this kind of voluntary organisation to strengthen your political influence." Bian, who is Ba Kelalan state rep, also criticised Kanowit MP Aaron Dagang and BN politicians for 'intimidating' members of Rela and coercing them into supporting BN. Dagang had, in a separate gathering, also reportedly told 4,146 Rela members in Kanowit to give their undivided support to Barisan Nasional in the coming election. He said that their votes would not only let the BN retain the Kanowit parliamentary seat, but also win with a big majority. "We want the BN to win and form the next government because we want to ensure continuous development here and in other places. "I believe this can be done if we give BN our support in the coming election," said Dagang, who is tipped to defend the seat on behalf of PRS. Both Julau and Kanowit constituencies are under pressure from rival Sarawak Workers Party which is determined to purge PRS from these seats. SWP has also pledged to wrest four other constituencies from PRS namely Selangau, Sri Aman, Lubok Antu dan Hulu Rajang ~ Free Malaysia Today Hmmm.. selepas Orang Asal diperbodohkan.. Anggota RELA pula dipaksa sokong BN... lepas ni siapa pulak yang menjadi mangsa? Kempen 'Undi Bukan Rahsia' yang dijalankan oleh UMNO/BN terhadap penjawat awam tu dah habis atau belum agaknya? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan