Anak Sungai Derhaka |
- Rebat RM200 hanya untuk smartphone berharga kurang dari RM500?.. Smartphone apa Najib?
- Terdesak nak kekalkan kuasa.. UMNO adakan 'Latihan Mengundi BN' pula..
- Video Samseng UMNO tunjuk isyarat lucah dan tampar orang tua pula tersebar!!.. Saksikan betapa biadapnya mereka!!
- 55 tahun Merdeka.. Jalan macam ni pun masih ada? (Video Inside)
Rebat RM200 hanya untuk smartphone berharga kurang dari RM500?.. Smartphone apa Najib? Posted: 26 Dec 2012 03:50 AM PST Sejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia. Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak. Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia. Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya. Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ. Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah.. tengoklah kat bawah ni.. Smartphone apa harga kurang dari RM500 nie Najib?.. Korang tolong senaraikan sat... | ||||||||
Terdesak nak kekalkan kuasa.. UMNO adakan 'Latihan Mengundi BN' pula.. Posted: 25 Dec 2012 11:26 PM PST Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Mereka mendakwa program tersebut telah diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah. Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal telah diberikan dua kertas undi, mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum. Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu. "Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang. "Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran," Kenyataan media mereka dipetik. Selepas Orang Asal selesai memangkah BN pada kedua dua kertas undi, mereka dikehendaki mengambalikan semula kertas-kertas tersebut, kata mereka lagi. Sidang media mendedahkan perkara itu juga dibuat di Perak hari ini yang dihadiri Timbalan Setiausaha MPN Perak Tan Kar Hing, Bendahari MPN Perak Dato Dr Yap Yit Thong, YDP PAS Kawasan Tapah Mohd Rahim Nordin dan Exco AMK Pusat Sandrea Ng. Turut bersama pada sidang media itu termasuk Peguam Orang Asli, Bah Tony dan Ketua Biro Orang Asli MPN Perak, Bah Arsian. Menurut mereka, tindakan JAKOA dan seorang Adun BN itu telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 di bawah Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan pengaruh tidak wajar dan penyogokan. "Mereka cuba menggunakan taktik yang kotor tersebut untuk menakutkan dan menyogok penduduk orang asli supaya menberikan undi kepada Barisan Nasional. "Pihak JAKOA yang sepatutnya professional dan menjaga hal ehwal masyarakat orang asli telah diperalatkan untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional," kata mereka lagi. Sehubungan itu, mereka menggesa satu penjelasan terperinci dibuat kerajaan termasuk JAKOA berhubung pendedahan itu. ~ Harakahdaily | ||||||||
Posted: 25 Dec 2012 07:25 PM PST Jika sebelum ini kita telah melihat berbagai bentuk provakasi yang dilakukan terhadap peserta Konvoi Oren oleh pencacai-pencacai UMNO/BN kali ini kita akan menyaksikan satu lagi provokasi mereka. Selain dari di maki hamun (lihat di SINI)dan kenderaan di serang (lihat di SINI), ini ialah satu lagi provokasi mereka.. Dan ianya ialah jauh lebih biadap dimana salah seorang pencacai UMNO telah menunjukkan isyarat lucah kepada seorang peserta Konvoi.. Dan seorang lagi pencacai telah menampar kepala peserta Konvoi yang kelihatan jauh lebih tua dari dirinya sendiri... SAKSIKAN!! Adakah ini budaya orang Melayu?? Atau budaya sebuah parti Melayu yang kini terdesak untuk kekal berkuasa?? | ||||||||
55 tahun Merdeka.. Jalan macam ni pun masih ada? (Video Inside) Posted: 25 Dec 2012 05:23 PM PST Ini adalah sebuah jalan Bakuku-Ulu Tomani di Tenom, Sabahyang dibina menggunakan kaedah 'Soil Stabilizer', kos asal ialah RM927,840 tetapi meningkat menjadi RM2,050,350. KAEDAH 'Soil Stabilizer' adalah kaedah yang digunakan untuk membina jalan-jalan di dalam ladang Kelapa Sawit yang mana jumlah kenderaan yang menggunakannya adalah kurang. Tetapi kaedah ini telah digunakan untuk membina jalan raya yang menghubungkan Bakuku dan Ulu Tomani, Tenom, Sabah untuk digunakan oleh masyarakat Bakuku dan juga Ulu Tomani. Projek ini telah dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui anak syarikat FELCRA iaitu Felcra Bina Sdn.Bhd. Dan Menteri bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ialah Datuk Shafie Apdal pemimpin dari Sabah sendiri.
Fungsi Felcra hanya bangunkan tanah dan bukannya membina jalan raya," ujar Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi. Kata Raime, walaupun kos pembinaan jalanraya Bakuku-Ulu Tomani mengikut Kaedah Soil Stabilizer hanya menelan belanja RM 2,050,350 (harga asal hanya RM927,840); namun telah melukakan hati penduduk kampung kerana mereka sepatutnya mendapat jalan yang bermutu tinggi dan bukannya jalan keropok yang dibina Felcra Bina Sdn.Bhd. "Saya tidak hairan jika pembangkang menggelarkan projek ini sebagai Pusara BN di atas jalan raya," ujar Raime yang secara sinis menegaskan bahawa beliau ditanya oleh penduduk kampung di mana sudah 'engineer' Felcra atau 'engin air' Felcra sampai jalanraya yang dibina oleh Felcra boleh ditanam padi? Dalam pada itu, seorang penduduk, Roger menjelaskan bahawa Jalan Bakuku yang dibina Felcra hanya sesuai untuk sawah padi kerana semua aspal hilang entah ke mana dan becak di waktu hujan. "Ini jalan hanya sesuai untuk tanam padi sahajalah. Jalan yang dibina Datuk Shafie Apdal ini adalah antara jalan yang paling bagus di dunia," ujar Roger sambil mengetuai penduduk kampung menanam padi di atas permukaan jalan raya yang berlumpur tebal. Manakala Mantan Pengerusi JKKK, Palipi Bin Kiri, mengakui bahawa kontraktor yang membina jalan berkenaan memberitahu beliau bahawa jalan yang dibina mengikut kaedah Soil Stabilizer boleh bertahan selama 30 tahun. "Tetapi belum sampai tiga bulan, sudah berlubang di sana sini dan lihatlah kebanyakannya sudah hancur lebur. Kami tidak puas hati dengan perlaksanaan projek ini. Inikah janji ditepati? Beginikah Janji 1Malaysia," kata Palipi yang disahut serentak oleh penduduk kampung dengan laungan "1Malaysia".
Sementara itu, Matani Atal, berkata pihaknya merasa rugi membayar cukai untuk membayar gaji Menteri KKLW dan menyarankan agar Perdana Menteri memotong gaji menteri berkenaan. "Cukup-cukuplah dalam aircond. Turun padanglah. Kasianlah sama kami. Selama ini kami pilih BN, tetapi kalau begini susahlah. Kenapa kami perlu undi BN lagi pada PRU-13 jika jalan kami begini?" ujar Matani yang bertungkus lumus membantu membaiki jalan bersama penduduk kampung agar lori Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dapat melalui jalan berkenaan setelah terperangkap selama sejam setelah lori membawa batu terkubur dan menghadang lalu lintas. Bagi pemandu lori LIGS, Balang Lating, beliau sering kali mengalami masalah untuk mengangkut getah beku dan skrap daripada Kampung Bakuku kerana keadaan jalan berkenaan semakin rosak teruk sehingga lorinya sering terkandas.
Sumber : Sabahkini.net |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan