Selasa, 25 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video pacuan empat roda Kembara Oren cuba rempuh Peneroka FELDA pula tersebar!!

Posted: 25 Dec 2012 05:42 AM PST


Video ini pada mulanya telah dimuat naik ke dalam laman Facebook oleh seorang individu yang dipercayai salah seorang penduduk yang ada semasa kejadian berlaku bernama Razali Zakari, bagaimanapun ianya telah hilang secara tiba-tiba..

Kurang pasti pula aku kenapa video ini samada telah dipadamkan atau di 'Private' kan.. tetapi apa yang jelas kelihatan ialah memang melintasi sekumpulan penyokong UMNO/BN dengan agak laju.. tapi sekatan tak kelihatan pun..


Mungkin ianya dipadam atau di 'Private' kan kerana video ini sebenarnya menyerlahkan sifat tidak bertamaddun penyokong UMNO/BN yang berada di atas jalanraya itu..

Dan video ini telah digunakan oleh kebanyakkan Blog Pencacai UMNO bagi mempertahankan tindakan penyokong-penyokong UMNO/BN yang menyerang Konvoi Oren berhampiran Felda Bukit Rokan Utara.

Kebanyakkan Blog Pencacai UMNO menyalahkan laporan oleh Malaysiakini yang melaporkan seolah-olah orang yang melakukan sekatan itu dengan sengaja bertindak luar kawalan apabila memecahkan cermin kereta dan mencederakan seorang peserta jelajah Oren di kepalanya..

Alasan mereka untuk menghalalkan tindakan tidak bertamaddun Penyokong UMNO/BN yang mengganas itu ialah salah sebuah 4WD telah merempuh sekatan dengan agak laju jadi sudah tentu ianya menimbulkan kemarahan orang ramai.

Saksikan video di bawah…


Ada korang nampak sekatan jalan tak? banyak kali aku tengok tapi tak nampak pun...

Kalau dari gambar di bawah.. nampak jugak sekatan yang dibuat di depan pondok kawalan RELA tu..

Sila lihat video kejadian ini di ( SINI )

Walau apapun alasannya.. timbul persoalan disini.. siapakah yang membenarkan mereka mengadakan sekatan jalanraya?

Jika UMNO/BN berada dipihak yang benar mengapakah mereka sangat takut dengan penerangan yang akan dilakukan oleh pihak Kembara Oren?

errr.. setahu akulah kan.. masa aku tinggal di Pahang dulu.. yang aku sering lihat melepak di atas jalan raya ialah Lembu-lembu…

 Versi YouTube video di atas lihat di  ( SINI )

Kalau nak harapkan UMNO/BN.. mungkin kena tunggu 30 tahun lagi...

Posted: 25 Dec 2012 01:26 AM PST


Kegembiraan jelas terpancar di wajah 961 penduduk asal Bukit Botak , Selayang, di sini, apabila menerima surat tawaran memiliki rumah berkembar yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dijangka siap pada Mac 2013.

Penantian hampir 30 tahun untuk memiliki rumah yang selesa akhirnya menjadi kenyataan kepada suri rumah sepenuh masa, Rajiaah Omar, 73.

"Saya penduduk setinggan di kawasan ini, saya amat bersyukur kepada kerajaan negeri Selangor dan PKNS kerana merialisasikan impian saya untuk memiliki rumah ini.

"Saya tidak pernah menjangka pada umur saya ketika ini, akhirnya saya dapat memiliki rumah yang cantik dan selesa," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Tawaran Rasmi Rumah Berkembar Bukit Botak, Selayang, baru-baru ini.

Pesara kerajaan, Khamisan Mastam, 70, yang juga merupakan penduduk asal penempatan setinggan di sini, menyifatkan PKNS sebagai pemaju yang bertanggungjawab kerana berjaya menyelesaikan isu penempatan semula setinggan Bukit Botak.

"Sebelum ini, saya dijanjikan akan mendapat rumah yang lebih selesa oleh pemaju swasta lain malangnya penantian hanya menjadi kekecewaan buat saya dan keluarga.

"Saya amat berterima kasih kepada PKNS kerana mengambil alih projek perumahan mampu milik ini dan membina rumah-rumah yang cantik dengan harga berpatutan kepada golongan seperti saya yang berpendapatan sederhana," katanya yang sudah menetap di sini hampir dua dekad.

Sementara itu, PKNS adalah pemaju yang diamanahkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyediakan 1,422 unit kediaman berkembar untuk projek berkenaan yang dibangunkan semula pada September 2010 yang pada awalnya patut dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju swasta.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, berkata, rumah berkembar yang ditawarkan pada harga RM99,000 bagi unit standard dibangunkan dengan reka bentuk ,moden dengan keluasan lantai 850 kps serta dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

"Bagi projek ini, PKNS memberi subsidi keseluruhan sebanyak RM80 juta dan ia juga adalah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS bagi melancarkan lagi pembangunan projek ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri Selangor," katanya.

~ KL daily

Bekas Pengarah JSJ menyesal masuk PAS?.. Pencacai UMNO Kantoi lagi!!

Posted: 24 Dec 2012 07:52 PM PST


Printscreen di atas ialah printscreen antara blog atau portal Pencacai UMNO yang sibuk memainkan cerita kononnya Ketua Pengarah Bahagian Siasatan, JSJ Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyesal menyertai PAS.

Dengan berbekalkan sekeping gambar beliau sedang memegang senjata ketika masih berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Bahagian Siasatan, JSJ Polis Bukit Aman, serta ayat yang direka-reka, riuh rendah blog, facebook dan twitter pencacai UMNO menyebarkan cerita ini...

Kononnya Datuk Fauzi mendakwa beliau menyesal menyertai Parti Islam, PAS kerana dipaksa berbaiah untuk menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya meninggalkan parti itu.

Printscreen di bawah ialah printscreen sebuah lagi blog yang turut menyebarkan fitnah ini..


Bagaimanapun.. fitnah mereka itu hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja...

Ini kerana ianya telah dikantoikan oleh Sinar Harian On-line yang menyiarkan kenyataan Datuk Fauzi Shaariyang menafikan kenyataan yang tersiar dalam blog-blog Pencacai UMNO itu..

Apa yang dilaporkan oleh Sinar ialah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.

Sila baca di bawah..


SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.

"Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.

"Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini," katanya, semalam.

Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas. Mesej itu berbunyi:

"Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan Pas."

Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut berkata, kenyataan itu tidak benar.

"Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas," katanya.~ Sinar Harian


Kah.. Kah.. Kah.. kesian kat depa.... cari isu lain pulak la..

Video Makcik Felda Histeria halang Konvoi Oren tersebar!!

Posted: 24 Dec 2012 05:52 PM PST


Mereka bagaikan "kerasukan" di depan pondok kawalan RELA di Felda Jengka 23 ketika menghalang Kembara Oren pada 22/12/2012 yang lalu.

Dipercayai didalangi pemimpin-pemimpin UMNO tempatan beserta beberapa orang luar yang dipercayai diupah. Penduduk setempat di kalangan ahli PAS dan Umno pula memilih menjadi pemerhati.

Golongan wanitanya menjerit, "Kami dah kaya!", seorang pemuda dirakamkan menjerit, "P*****k, baliklah!".

Lelaki tua berkopiah seakan dikuasai jin sistem akalnya.

Kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah bersorakan sekali-sekala apabila diasak oleh "penganjur" hadangan tersebut.

Tiada ulasan: