Isnin, 24 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Benarkah Zizan Rajalawak turut sama bantah AES depan TV3?.. ini penjelasannya..

Posted: 24 Dec 2012 06:30 AM PST


Zizan adalah antara individu yag turut kelihatan di hadapan Wisma Sri Pentas TV3 ketika sekumpulan kira-kira 300 penunggang motor sikal berkuasa tinggi berkumpul di situ bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Memorandum terhadap TV3 dan Mazidul diserahkan kerana kebiadapan Mazidul menggelar penunggang motorsikal berkuasa tinggi sebagai 'Pelesit Jalanan'.

Bagaimanapun menurut sahabat beliau, Zizan bukanlah salah seorang dari penunggang motorsikal berkuasa tinggi yang hendak menyerahkan memorandum itu.

Beliau berada disitu secara kebetulan dan ianya berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk mengacarakan program Melodi.

Ini penjelasan sahabat beliau itu..

Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi.

Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan.

Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.

Dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.

Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.

Zizan meminta supaya pihak kerajaan mahupun rakyat tidak memanipulasi gambar itu dan memintanya menyokong dan menganggap ini satu kejadian yang tidak diketahuinya dan kerana populariti beliau telah disalah guna.

Thanks
laniismaa

Video Keganasan Pencacai UMNO terhadap Konvoi Oren tersebar!! Saksikanlah betapa ganasnya mereka!!

Posted: 24 Dec 2012 04:23 AM PST


Berikut adalah rakaman kejadian beberapa orang Samseng UMNO menyerang konvoi Oren Negeri Sembilan baru-baru ini..

Meskipun mereka menyedari adanya anggota Polis ditempat kejadian namun kerana menyedari mereka dilindungi oleh mereka yang lebih berkuasa dari Pihak Polis, kehadiran anggota Polis di situ tidak memberi sebarang makna bagi mereka..

Sebelum itu.. baca laporan dari Free Malaysia Today ini dulu..

TAMPIN: Konvoi Oren "Selamatkan Felda" peringkat Negeri Sembilan semalam tercemar apabila dua peserta konvoi cedera dan cermin sebuah kereta pacuan empat roda milik peserta turut pecah.

Insiden berlaku berhampiran simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Tampin apabila kira-kira 100 orang penduduk tempatan yang membawa bendera BN menghalang peserta konvoi seramai 200 orang meneruskan perjalanan.

Menurut Pengarah Program Konvoi Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli; ketika peserta konvoi baru sahaja sampai di lokasi, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu dan batu meluru kepada sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di paling hadapan.

"Mereka memecahkan cermin kereta di hadapan dan kedua-dua cermin tingkap sebelah kiri kereta dengan kayu.

"Sebenarnya tindakan lelaki-lelaki yang membawa bendera BN dan Umno ini adalah satu tindakan yang salah.

"Menyedari bantahan daripada mereka, kami tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, sebaliknya hanya berunding untuk menggunakan jalan besar tersebut untuk ke Felda Jelai.

"Sebaliknya mereka mencederakan dua orang lelaki.

"Seorang cedera di kepala dan seorang lagi di kening. Saya juga kecewa dengan pihak polis yang hanya melihat insiden itu berlaku dan tidak menghalang lelaki-lelaki yang mencetuskan provokasi dari awal lagi," kata Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol..

Noraza Muda cedera di kepala sementara Razali Rashad di kening. Kedua-dua mereka dipukul dengan kayu oleh dua lelaki yang tidak dikenali di jalan utama berhampiran simpang masuk Felda Bukit Rokan Utara.

Konvoi Oren NS dibatalkan

Berikutan kejadian itu Noraza, Razali dan kepimpinan PAS dan PKR yang menyertai konvoi itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Jempol di Bandar Seri Jempol.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengadakan sidang akhbar tergempar di hadapan IPD Jempol, berkata peserta konvoi berkereta itu hanya berhasrat memasuki kawasan Felda untuk seketika, memberikan sedikit ucapan ringkas dan mengedar risalah.

"Saya kecewa dengan pihak polis yang hanya memerhatikan sahaja kejadian peserta konvoi kami diserang.

"Saya mendapat maklumat, bahawa di lokasi seterusnya iaitu di Felda Jelai, mereka menunggu kami dengan besi, kayu dan batu.

"Mengambil kira keselamatan peserta dan saya tidak mahu lebih ramai tercedera, saya mengambil keputusan untuk membatalkan konvoi ini'" ujar Mazlan.

Halangan di Felda Kepis dan Felda Bukit Rokan Barat

Sebelum itu, konvoi Oren dihalang masuk di Felda Kepis oleh lebih 100 penduduk tempatan dan tidak dibenarkan masuk oleh hampir 80 penduduk Felda Bukit Rokan Barat.

Kepimpinan PAS dan PKR hanya memberi ucapan ringkas dari atas sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan utama dan beredar ke Felda Bukit Rokan Utara sebelum insiden buruk itu berlaku.

Jika tidak kerana insiden peserta Konvoi Oren diserang dan tercedera, sepatutnya peserta dengan 80 kenderaan meneruskan konvoi ke Felda Jelai, Felda Palong 4, 5 & 6, Felda Lui Selatan dan Felda Serting Hilir.

Ini merupakan insiden ketiga membabitkan kekecohan terhadap peserta Konvoi Oren. Sebelum ini kekecohan terhadap Konvoi Oren turut berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak pada 03 November lepas dan di Felda Jengka 11 pada Ahad lalu.

Dalam kedua-dua kejadian itu penduduk Felda terbabit bertindak menghalang peserta konvoi daripada memasuki kawasan Felda tersebut.

Penganjur nafi peserta berkeras masuk Felda

Sementara itu Kordinator Konvoi Oren Negeri Sembilan, Mohd Hassan Tamby menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang melaporkan kekecohan berlaku apabila penganjur dan peserta tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda.

Mohd Hassan juga menafikan bahawa kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motorsikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.

"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa kami tetap berkeras untuk masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.

"Menyedari bantahan penduduk di situ yang saya kira sebagai ahli atau penyokong Umno dan BN (yang membawa bendera Umno dan BN) terhadap kehadiran konvoi kami, memang kami sepakat untuk tidak menimbulkan sebarang ketegangan dan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.

"Sebaliknya kami hanya mahu lalu Jalan Jelai – Dangi untuk ke Felda Jelai. Tetapi mereka menghalang kami dan mengadakan sekatan jalan di jalan utama Jelai – Dangi tersebut.

"Kami berunding dengan mereka untuk lalu jalan tersebut ke Felda Jelai tetapi belum sempat berunding kami diserang. Ketika mereka meluru pada kenderaan kami itulah, kenderaan pacuan empat roda yang berwarna kuning berundur untuk selamatkan diri dan dalam keadaan kelam kabut itu kenderaan itu terlanggar sebuah motorsikal secara tidak sengaja.

"Bukan kami sahaja tersekat malah pengguna awam jalan tersebut turut tersekat. Apakah tindakan mereka membuat sekatan di jalan utama merupakan satu tindakan sah di sisi undang-undang? Apa tindakan polis? Polis memerhati sahaja. Persoalannya siapa membuat provakasi?" soal Mohd Hassan.

Turut hadir dalam Konvoi Oren "Selamatkan Felda"peringkat Negeri Sembilan semalam ialah Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim; Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh; Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah dan Ahli Jawatankuasa Anak, R Tangam dan Naib Ketua Cabang PKR Jempol, T Kumar.

Inikah sebabnya Ummi Hafilda tak perlukan Azmin Ali sebagai Wali?

Posted: 23 Dec 2012 10:36 PM PST


Ada blog-blog Pro Pakatan Rakyat mempersoalkan siapakah yang akan menjadi wali kepada Ummi Hafilda di majlis pernikahannya nanti sedangkan abangnya Azmin Ali tidak dijemput..

Kepada sahabat-sahabat yang mempersoalkan perkara ini.. perlu kita ketahui sebenarnya bagi pencacai-pencacai UMNO, mereka percaya untuk melangsungkan pernikahan pihak Perempuan tidak memerlukan Wali..

Yang perlukan Wali dalam perkara ini ialah pihak lelaki.. tak percaya baca kat ( SINI )

Selaras dengan kepercayaan pencacai UMNO itu, Ummi Hafilda yang juga merupakan pencacai UMNO ternama itu dipercayai mempercayai perkara yang sama ..

Oleh itu beliau tidak memerlukan Azmin Ali sebagai Wali kepadanya tetapi pihak lelaki yang memerlukan Wali..

Kah.. Kah.. Kah.. jangan ikut ajaran songsang kepercayaan pencacai UMNO itu.. bodoh macam tong sampah...

Berikut adalah laporan berkaitan.. yang menarik dalam laporan ini ialah kerana beliau sering mengganggu majlis atau program Pakatan Rakyat beliau khuatir kononnya majlis perkahwinannya akan diganggu oleh itu beliau merahsiakannya..

Takut diganggu atau takut diburu puak yang mendakwa ditip RM2,500 ni.. video mengenai dakwaan ini sila lihat di ( SINI )

PETALING JAYA: Ummi Hafilda Ali bersedia untuk berkahwin dengan pakar kulit Dr Zaman Khan dalam masa dua minggu dan abangnya, Azmin tidak dijemput.

"Saya faham bahawa dia adalah abang saya tetapi apakah gunanya menjemput Azmin Ali kerana dia tidak peduli untuk melawat ibu saya Che Tom (Che Tom Yahaya) selama lebih setahun.

"Baru-baru ini, kami mempunyai majlis perkahwinan sepupu lain tetapi dia tidak juga hadir untuk pertemuan keluarga itu. Saya faham jika dia tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya," katanya pada Ahad.

Azmin dan adiknya mempunyai konflik sejak bertahun-tahun, dengan Ummi sering mengkritik timbalan presiden PKR itu berikutan kecenderungan politik yang berbeza.

Dilaporkan bahawa ibu berusia 78 tahun, Che Tom mereka merayu untuk Azmin supaya "bertaubat dan pulang ke rumah", mengatakan dia tidak melihat anaknya itu sejak Hari Raya yang lepas apabila bertengkar dengan Ummi Hafilda.

Ahli perniagaan yang berusia 45 tahun itu berkata, walaupun terdapat jurang 12 tahun umur antara mereka, bakal suaminya adalah matang pada usianya.

"Saya membawanya bertemu dengan ibu saya dan dia melayan ibu dengan penuh hormat. Dia menjaga ibu seolah-olah Che Tom adalah ibunya sendiri. Satu ketika, dia menerima restu daripada ibu saya, saya tahu bahawa dia adalah lelaki yang tepat. Itu adalah bagaimana dia memenangi hati saya," katanya.

Ummi Hafilda berkata, persiapan perkahwinannya adalah mengikut jadual tetapi enggan mendedahkan lokasi majlis perkahwinan beliau atas sebab keselamatan.

"Kita tidak mahu sesetengah pihak yang tidak diingini menjejaskan hari istimewa saya," katanya, sambil menambah bahawa mereka merancang berbulan madu ke Eropah.

Ummi Hafilda menambah, mereka bertemu di Kuala Lumpur apabila ke klinik lelaki itu untuk rawatan kulit dan mengenali antara satu sama lain selama tiga bulan ~ mStar

Eh?? Kenal tiga bulan dah nak kawin??  Terdesaknya dia....

Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

Patutlah ADUN Sungai Rapat ni meroyan.. takut kena saman rupanya..

Posted: 23 Dec 2012 08:16 PM PST


Semalam TV3 ada menyiarkan satu laporan tentang seorang Exco Barisan Nasional Perak telah mendakwa beliau diugut oleh Pemimpin DAP Perak berikutan pendedahan tentang isu tanah.

Berikutan itu Exco tersebut yang juga ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman Hamidah telah membuat laporan polis terhadap ADUN DAP Pantai Remis, Ngah Kor Meng.

Ugutan itu menurut Buletin Utama kononnya berkaitan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Gua Musang Kelantan.

Sebenarnya apa yang membuat ADUN Sungai Rapat meroyan atau gelabah hingga membuat laporan Polis ialah Nga Kor Meng, ADUN Pantai Remis nak saman dia pasal fitnah..

IPOH – Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman pada hari empat Sidang Dun ke-12, Khamis lalu.

Beliau ketika dihubungi mengakui, agak terkejut dengan laporan yang dibuat Hamidah mengatakan dirinya diugut sekali gus mengaitkannya dengan skandal pemilikan tanah di Kelantan.

Menurutnya, apa yang berlaku tiada langsung kaitan ugutan, malah pada hari kejadian, semua wakil rakyat (termasuk pembangkang) masih boleh dilihat bergembira dan ambil gambar bersama.

"Saya tidak ada keluarkan ungkapan sebegitu, di kantin ada ramai orang, jika saya katakan pun pasti ada yang melarang.

"Jika benar beliau (Hamidah) berasa terancam, takkanlah kami masih boleh bergurau dan mengambil gambar bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Kor Ming tidak menolak kemungkinan isu itu timbul kerana desakan pilihan raya umum (PRU) yang makin hampir.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Hamidah, semalam kata beliau, pihaknya tidak berdepan masalah sekiranya polis mahu menjalankan siasatan.

"Harap polis dapat siasat termasuk kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu," katanya ~ Sinar

Video Buletin Utama TV3 tentang slot berita tersebut sila lihat di sini ( MiLo SuaM )

Sejak bila pulak nak saman itu boleh dianggap sebagai satu ugutan? .. awatlah bengap sangat pemimpin UMNO ni?

Hukuman penjara terhadap Umar ditangguhkan..

Posted: 23 Dec 2012 07:25 PM PST


Umar Muhammad Aziz, seorang pelajar kolej swasta yang dijatuhi hukuman sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mendapat penangguhan hukuman oleh mahkamah pagi ini.

Peguam Umar, Syahredzan Johan memohon mahkamah supaya hukuman penjara sebulan dan denda RM1000 kerana didakwa menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ditangguh sementara keputusan rayuannya disebut semula.

Bagaimanapun Umar tidak hadir kerana masih ditahan di Penjara Kajang, Selangor sejak dijatuhkan hukuman pertengahan minggu lalu.

Umar dibenar diikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan kesnya didengar semula.

Syaratnya, dia tidak dibenarkan menyertai mana-mana perhimpunan atau demonstrasi tanpa permit dari pihak berkuasa.

Umar seorang pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang.

Umar didakwa pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin. Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Sementara itu, pelbagai pihak menyokong agar keluarga Umar menyaman Pendakwaraya yang menyebabkan proses rayuan tidak dapat dijalankan.

Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak media kes itu tidak sempat dibuat rayuan kerana ketiadaan pendakwaraya.

"Ini perkara yang memalukan kerana seseorang itu boleh dibebaskan atau ditangguhkan sementara hukuman itu sementara menunggu rayuan.

"Jadi jika pihak pendakwaraya tidak ada, itu menunjukkan mereka tidak serius untuk memastikan keadilan itu ditegakkan," kata Shamsul.

Umar dibawa ke Penjara Kajang petang kelmarin bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Ujar Shamsul lagi, adalah tidak adil apabila seseorang itu dihukum penjara atau ditahan dalam keadaan di mana beliau mempunyai peluang untuk hukumannya ditanguhkan sementara menunggu rayuan.

"Sewajarnya Umar ini tidak perlu ditahan dan dipenjara sementara menunggu rayuan.

"Tindakan menghukum pelajar itu adalah zalim dan memberikan kesan buruk kepada proses demokrasi negara," katanya.


TVSelangor melaporkan. 

Tiada ulasan: