Anak Sungai Derhaka |
- Bila agaknya buku 'NEGARAKU' yang dilancar Hishamuddin Rais ini akan disebu KDN?
- Peserta perkhemahan ‘Solidariti Umar Mohamad’ dihalang guna Masjid..
- GEMPAR!! Ibrahim Ali bercakap dengan Kerusi di Hulu Langat!!
- Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat
Bila agaknya buku 'NEGARAKU' yang dilancar Hishamuddin Rais ini akan disebu KDN? Posted: 22 Dec 2012 06:30 AM PST Dulu.. oleh kerana satu laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku CARTOON -O-PHOBIA pejabat Zunar telah diserbu. Pejabat tersebut yang terletak di Brickfields juga menempatkan Kafe Kartun telah diserbu oleh sepuluh anggota Polis daripada balai polis Brickfields bersama anggota KDN.. Berapa hari lagi agaknya Koleksi Kartun Satira Rakyat 'NEGARAKU' ini pula akan diserbu oleh pihak berkuasa yang ditunggangi UMNO? Pelancaran buku Negaraku ini telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur &Selangor (KLSCAH) pada hari ini (Sabtu), 22 Disember jam 9.00 malam oleh aktivis rakyat Hishamuddin Rais. BUKU KARTUN 'NEGARAKU' SARAT KRITIKAN TERHADAP PEMERINTAH Industri kartun dan komik tanahair bergenre satira politik bertambah meriah apabila muncul sebuah lagi buku kartun bertajuk 'Negaraku' karya kartunis Ronasina. Dengan bertemakan 'koleksi kartun satira rakyat', buku hasil karya bekas editor majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd (telah diharamkan) ini mampu mencuit hati dengan lukisan dan tulisan yang sinis, pedas dan berani. Isu yang digarap adalah isu nasional seperti kemiskinan, rasuah, penyelewengan kuasa, tangkapan tanpa bicara, pembunuhan kejam terhadap mangsa tahanan serta kerenah lucu ahli politik tanahair khususnya dari pihak parti pemerintah. "Sebagai kartunis, saya menyampaikan keluh-kesah suara rakyat terhadap kebejatan sosial serta kezaliman pemerintah melalui lakaran kartun. Seniman dan karyawan punya peranan masing-masing untuk menyedarkan rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang. Buku Negaraku ini adalah antara koleksi kartun dan tulisan humor saya untuk memberi peluang rakyat menilai seterusnya berfikir dengan waras akan kebenarannya." ujar Ronasina yang juga pernah melukis dan menulis di akhbar portal online Merdekareview.com. Kulit muka hadapan dan belakang buku ini dihiasi dengan lukisan kartun perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbagai lapisan bangsa. Setebal 96 muka surat, buku ini juga turut memuatkan cerpen sempena Bersih 2.0 dahulu bertajuk 'Hikayat Penyakit Kuning' dan 'Kak Ijat Kampung Lembah' yang menceritakan seorang wanita berasa sedih apabila penduduk kampung sering mentertawakan dirinya yang mempunyai hobi pelik bermain dengan lembu-lembu ternakannya. Menurut kartunis Ronasina lagi, "Sedikit perbezaan berbanding buku kartun politik pengkarya lain, saya turut juga melukis drama empat muka surat bertajuk 'Suatu Hari di Lebuhraya' mengisahkan tiga lelaki upahan sedang menunggu ketibaan bas Jelajah Merdeka Rakyat untuk dibalingkan batu, cat merah dan kayu. Walaupun ia sebuah cerita rekaan tetapi isu yang diselitkan amat kita ketahui dan tidak dapat disangkal kebenarannya. Selain itu, drama lima muka surat Bomoh Puaka juga adalah kisah sinis tentang pemimpin yang gemar berurusan dengan bomoh demi mengekalkan kuasa."
Kartunis Ronasina, 39 tahun yang juga aktif dengan persembahan pentas seperti membaca sajak dan mengacara majlis ini turut juga mencuit pembaca dengan lakaran yang diambil dari babak filem-filem P.Ramlee dan diubah mengikut senario politik semasa seperti adegan di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok di mana ketua penyamun berbasikal menuju gua yang penuh harta karun diikuti penyamun-penyamun yang lain. Wajah ketua penyamun dan penyamun-penyamun itu diubah kepada wajah karikatur pemimpin negara sedang mengendong harta rompakan. Selain itu ada juga lakaran trio Seniman Bujang Lapok berbasikal sambil menyanyi dengan wajah yang diubah kepada ahli politik tanahair, babak di dalam filem Pendekar Bujang Lapok dan lain-lain lagi. Ada juga lukisan aktres Marilyn Monroe, potret Monalisa, patung Statue Of Liberty dan lain-lain yang berimejkan suasana politik Malaysia. Pendek kata, buku koleksi kartun Negaraku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri yang sesuai dimiliki oleh rakyat Malaysia yang cintakan ilmu dan berfikiran positif. Buku terbitan Anak Kunci Production yang berharga RM25.00 ini boleh dipesan melalui http://tokobuku.fotopages.com/, atau fanpage http://www.facebook.com/kartunisronasina?fref=ts | ||
Peserta perkhemahan ‘Solidariti Umar Mohamad’ dihalang guna Masjid.. Posted: 22 Dec 2012 04:27 AM PST Peserta perkhemahan 'Solidariti Umar Mohamad' di depan Penjara Kajang yang berkhemah depan pintu penjara sejak malam tadi, dihalang dari menggunakan masjid untuk solat Asar. Seorang pegawai Unit Keselamatan Penjara (UKP) berpangkat Koperal dengan tanda nama 'Roslan' memaklumkan, larangan itu dibuat terhadap mereka yang berkhemah. Wartawan Keadilan Daily dan Harakah Daily yang berada di lokasi untuk membuat liputan turut dihalang bersolat Asar di masjid itu. "Ini arahan orang atasan," kata pegawai yang tidak menyatakan rasional arahan itu. Diasak soalan, Roslan kemudia mendapatkan bantuan pegawai atasan yang hanya mahu dikenali dengan nama 'Kamil'. "Masjid ini untuk kegunaan keluarga staf penjara. Hanya kami yang ada kuasa untuk benarkan atau tidak sesiapa yang mahu sembahyang di sini," katanya kepada Keadilan Daily. "Lagi pun 'bumi Allah' sendiri adalah masjid. Dekat mana-mana pun boleh sembahyang bukan," katanya, memberi alasan. Sementara itu, bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mohd Afendi yang dikenali sebagai kartunis Ronasina memaklumkan, Masjid Penjara Kajang adalah lokasi terbuka yang dibenarkan untuk orang awam. "Setiap minggu orang solat Jumaat. Pada malamnya, ada tazkirah yang dihadiri orang awam. Sepatutnya tak masalahnya?" kata Ronasina. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dalam reaksinya selepas dihalang, kesal dengan tindakan pegawai penjara yang sengaja mengambil langkah konfrontasi dengan peserta perkhemahan. "Kalau satu orang makmun dan satu imam pun dikira sebagai berjemaah. Buat apa bina masjid besar-besar?" katanya. Semalam, Umar Mohamad, lulusan Diploma Keselamatan Industri yang kini menjalani latihan praktikal di Johor Bahru, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana dikatakan menghalang tugas penjawat awam ~ Keadilandaily Gambar dari : | ||
GEMPAR!! Ibrahim Ali bercakap dengan Kerusi di Hulu Langat!! Posted: 22 Dec 2012 12:22 AM PST Penghujung November lalu PERKASA Hulu Langat telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk "Ancaman Terhadap Islam, Melayu dan Negara" di Taman Setia Balakong. Laporan dari Blog PERKASA Hulu Langat mendakwa 2,000 orang telah hadir, namun begitu dari gambar-gambar yang disiarkan oleh Blog tersebut kelihatan jumlah yang hadir tidak lebih dari 400 orang pun.. Ni sekeping lagi gambar.. pandangan dari depan.. Dan semalam pula, disamping menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat serta bagi menguji kekuatan atau sambutan masyarakat terhadap PERKASA satu lagi program ceramah telah diadakan di Hulu Langat.. kononnya untuk membongkar keburukkan Pakatan Rakyat.. Meskipun hebahan mengenai program tersebut digantung disegala penjuru lampu isyarat di kawasan Hulu Langat, Cheras dan juga Kajang hingga menyemak mata memandang. Dan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali sendiri sebagai penceramah utama dan dibantu oleh Zahid Mat Arip selaku Murshidul Am TIBAI.. Namun begitu.. akhirnya.. mereka bercakap dengan kerusi yang lebih banyak dari orang..
Atau mungkinkah Ahli-ahli PERKASA yang dulunya ramai juga sudah muak dengan kenyataan retorik Ibrahim Ali?? Apa dah jadi Pak Brahim??... kah..kah..kah.. Kalau nak tengok Ezam Mat Nor bercakap dengan kerusi semasa di Sarawak.. tengoklah di ( SINI ) | ||
Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat Posted: 21 Dec 2012 11:09 PM PST Aktivis pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di situ. Umar adalah salah seorang peserta protes 'Occupy Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas. Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur. Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP). Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan. Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut. Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ. Muzik iringi protes Malaysiakini meninjau kemah protes itu pagi ini dan mendapati kira-kira sepuluh orang daripada mereka masih berada di situ, sambil menyanyikan lagu protes, diiringinya dengan mainan gitar.Seorang jurucakap kumpulan itu berkata, mereka berada di situ untuk jangka panjang, walaupun keputusan belum lagi dibuat melalui konsensus sama ada mereka akan mengadakan protes sepanjang sebulan tempoh Umar dipenjara. Menurutnya lagi, pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi, mereka telah didatangi dua pegawai Cawangan Khas yang mengambil butir-butir mengenai dua di kalangan mereka, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan lain. Seseorang pegawai penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga datang pada kira-kira jam 9.30 pagi bertanya sama ada mereka mendapatkan sebarang kebenaran untuk berkhemah di luar penjara. Bagaimanapun, selepas campurtangan wakil PSM, anggota penguatkuasa itu berkata mereka tidak akan mengganggu selagi sebagai pelajar terbabit tidak menghalang lalulintas dan orang ramai yang lalu di situ. Anggota itu berkata, mereka menyerahkannya kepada pihak polis untuk memantau keadaan di situ. Malaysiakini mendapati beberapa anggota polis berpakaian preman memantau pelajar manakala pegawai penjara memantau mereka dari tempat pemeriksaan keselamatan di tepi jalan dan di pintu masuk utama. Pada kira-kira jam 11.10 pagi ahli majlis MPKj Lee Kee Hiong datang memberi sokongan moral. Turut datang ialah kartunis politik Zunar dan beberapa pemimpin DAP tempatan. Pada sekitar tengah hari, keluarga Umar yang melawatnya pagi ini datang menyampai mesej dari Umur untuk rakan aktivis di kemah tersebut. "Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," kata bapanya, yang berkata semangat juang Umar tidak patah oleh apa yang dilaluinya sekarang. Beliau berkata, anaknya berada dalam kesihatan yang baik, bersemangat dan Umarnya secara berjenaka berkata hukuman penjara sebulan itu adalah satu latihan baginya untuk berhenti merokok. Para pelajar tersebut merancang untuk mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang ini. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan