Jumaat, 21 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Eh? Muhyiddin dah rampas kuasa ke ni??

Posted: 21 Dec 2012 03:17 AM PST


Mungkin kenyataan 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM sebelum PRU13 seperti yang terpapar pada poster di atas akan menjadi kenyataan..

Hari ini dilaporkan Muhyiddin telah memberikan arahan kepada Media Tunggangan UMNO, arahan ini biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu.

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengarahkan media Umno agar membuat promosi kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Arahan yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu ini dibuat dalam pertemuan beliau dengan para editor kanan Kumpulan Media Prima baru-baru ini.

Media di bawah kumpulan Media Prima adalah TV3, TV7, TV9 serta akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam lawatan ke luar negara termasuk Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India di New Delhi selama dua hari bermula semalam.

"Biasanya arahan sebegini keluar dari orang nombor satu atau PM kerana ia melibatkan halatuju laporan media di bawah kawalan kerajaan dan Umno," kata sumber kepada Harakahdaily.

Arahan ini dikeluarkan ketika kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak rating Umno, BN dan kerajaan jatuh menjunam walaupun rating Perdana Menteri ketika itu masih bertahan.

Arahan ini dikeluarkan ketikan berita angin semakin kencang akan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara awal tahun depan.

Seorang pemerhati politik dari Dubai dalam satu pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily berkata, beliau mendapat maklumat akan berlaku peralihan kuasa tampuk kerajaan awal tahun ini.

Ketika ditanya, dari manakah sumber itu, beliau menjawab, "Pirates of Putrajaya."

Kesemua 'berita angin' ini sampai kepada Harakahdaily ketika tekanan semakin hebat terhadap pimpinan utama kerajaan ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh peniaga permaidani, Deepak Jaikishan. 

Kini, media alternarif, Majlis Peguam dan para peguam serta bekas menteri memberikan tekanan terhadap seorang peguam kanan yang dikatakan terlibat dalam membuat draf akuan bersumpah kedua (SD 2) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Beliau didakwa membuat akuan bersumpah itu tanpa berbincang dengan PI Bala manakala PI Bala pula mendakwa ia dibuat dalam tekanan.

Dalam SD yang pertama, PI Bala mendakwa pemimpin kanan negara terlibat dalam kematian tragis Altantuya Shariibuu manakala dalam SD 2, Bala menafikan sepenuhnya dakwaan dalam SD yang pertama itu ~ Harakahdaily

Pergaduhan di Sungai Petani.. Apa kata penduduk.. (Video Inside)

Posted: 21 Dec 2012 12:45 AM PST


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengesahkan berita pergaduhan remaja India dengan Melayu adalah pergaduhan biasa yang melibatkan anak-anak muda.

"Cumanya ianya melibatkan dua kaum," kata Johari, ahli Majlis Tertinggi PKR, dalam kenyataannya. Menurut beliau, ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin.

"Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sungai Petani. Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu," kata Johari dalam kenyataannya.

Dan berikut pula adalah temuramah dengan beberapa penduduk Sungai Petani mengenai insiden tersebut..


Rakaman oleh Polis Kontijen Kedah

Kemana sebenarnya 10,526 ekar tanah yang dikatakan telah serah kepada DAP itu?.. ini jawapannya?

Posted: 20 Dec 2012 08:15 PM PST


Menjawab tuduhan Blogger Pro UMNO yang mendakwa beliau telah merasuah Ngeh dan Nga dengan tanah seluas 10,526 ekar yang bernilai RM30 Juta..

TG Nik Aziz berkata "Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.

"Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.

Manakala Ngeh yang dituduh menerima rasuah itu berkata "Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah."

Diakhir kenyataannya Ngeh juga sempat mengingatkan Blogger Pro UMNO itu.. "Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,"

Kedua-dua jawapan tersebut sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Berikut pula adalah kenyataan dari Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan menjelaskan kemana sebenarnya tanah itu diberikan..


Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012.

Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13.

Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan.

Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000.

Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak. Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat.

Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008.

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.

Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010.

Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan.

Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012 -


AHMAD FADHLI SHAARI,
 Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Dituduh rasuah tanah 10,526 ekar tanah bernilai RM30Juta.. Ini jawapan TG Nik Aziz dan Ngeh..

Posted: 20 Dec 2012 06:00 PM PST


17 Disember lalu, sebuah Blog Pro UMNO dari utara Semenanjung telah menyiarkan beberapa dokumen yang dakwanya diterima dari seorang pemimpin DAP selepas Kongres DAP di Pulau Pinang.

Dakwanya pemimpin DAP itu memintanya agar mendedahkan siapakah Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang sebenarnya.

Dari pendedahannya itu beliau mendakwa kononnya Ngeh dan Nga terlibat dalam penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada TG Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.

Tanah yang didakwa telah diberikan kepada Ngeh dan Nga itu terletak di Relai, Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan dan ianya berkeluasan 10,526 ekar dengan nilai dianggarkan sekitar RM 30Juta.

Jika benar dokumen itu dibekalkan oleh pemimpin DAP yang kecewa dengan perlantikan Ngeh dan Nga itu, sepatutnya ianya disalurkan terus kepada SPRM untuk siasatan bukannya kepada Blog tersebut.

Kerana mana mungkin SPRM tidak akan menyiasat perkara yang melibatkan pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat terutamanya TG Nik Aziz..

Lainlah kalau tuduhan dilakukan terhadap Pemimpin UMNO/BN… bekalkan bukti setebal novel pun depa buat bodoh saja.. contohnya kes ini (baca di SINI )..

Berbalik kepada tuduhan Blog Pro UMNO itu.. berikut adalah jawapan dari TG Nik Aziz..

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengarahkan pegawainya mempertimbangkan perkara tersebut untuk dibawa ke mahkamah.

"Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.

"Saya harap pegawai saya mempertimbangkan semua untuk ke mahkamah dan mudah-mudahan ALLAH menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada media ketika ditemui di JKR 10 di sini, semalam.

Laporan blog itu mendakwa tawaran tanah bernilai lebih RM30 juta itu berlaku ketika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Mengulas lanjut tuduhan tersebut Nik Aziz memberitahu dakwaan salah guna kuasa terhadap beliau itu dilakukan oleh orang-orang yang jahat.

 "Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.

"Sebab itu saya sebut kalau berita yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit kita kena berhati-hati," katanya ~ Sinar

Dan berikut pula adalah kenyataan dari Ngeh yang dituduh menerima rasuah itu..

IPOH - "Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah." Itu respons Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas tuduhan terhadap dirinya yang didakwa terlibat dalam isu skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar hasil pemberian Kerajaan Pas Kelantan.

Katanya, dakwaan sedemikian tidak benar sama sekali kerana dirinya memegang prinsip untuk tidak memberi mahu pun menerima rasuah sejak remaja lagi.

Malah menurut Pengerusi DAP negeri itu, pengalamannya sebagai pemimpin bagi sebuah gereja Methodist tidak lama dahulu telah membantu mendisiplinkan dirinya dalam isu berkenaan.

"Saya telah memegang prinsip untuk tidak memberi atau menerima rasuah sejak zaman remaja lagi.

"Malah, guru penasihat saya di gereja berkenaan juga terpaksa menduduki ujian memandu sebanyak tujuh kali semata-mata tidak mahu terlibat dalam gejala rasuah yang berleluasa pada ketika itu.

"Dengan berpandukan prinsip inilah saya dapat menikmati hidup yang selesa dan diberkati Tuhan sehingga ke hari ini," katanya pada sidang media semalam bagi menjawab dakwaan Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengenai isu berkenaan.

Hadir sama pada sidang media itu, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming; Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Adun Teja, Chang Lih Kang; Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam.

Sementara itu, Koo Ham berkata, penafian berkenaan sekali gus diharap dapat membantu membersihkan sekali nama Kerajaan Kelantan yang didakwa turut menganugerahkan tanah seluas 4,210 hektar.

Katanya lagi, nilai tanah yang dianggarkan bernilai hampir RM30 juta itu turut melibatkan beberapa lokasi seperti Relai serta Chiku yang berhampiran dengan Gua Musang.

"Saya harap penafian ini akan turut membersihkan nama Kerajaan Kelantan kerana tuduhan berkenaan adalah satu fitnah.

"Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat," katanya lagi ~ Sinar

Itu jawapan mereka.... yang menjadikan tuduhan Pisau.net itu sebagai satu FITNAH!!!

Aku terkedu bila baca ayat Ngeh yang ini.. "Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,"

Orang bukan Islam mengingatkan orang Islam bahawa fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh??

Malu weh!!!
 
Baca juga penjelasan dari SU Akhbar TG Nik Aziz tentang kemana perginya tanah itu yang sebenarnya di ( SINI )

Samseng UMNO antara 78 sertai PAS di Felda Bukit Permai..

Posted: 20 Dec 2012 04:00 PM PST


Kalau semalam Bernama telah melaporkan seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.

Yang buat aku gelak sorang-sorang bila baca laporan itu ialah bila ada seorang Pok Cik yang masuk UMNO tu dakwa diri dia adalah bekas PEMUDA TAHAN LASAK PAS.. sebabnya setahu aku PEMUDA TAHAN LASAK tu hanya ada dalam UMNO..

Baca laporan itu di ( SINI )

Ini pula adalah sebahagian laporan yang dipetik dari Facebook Mazlan Aliman..

5 hari demam, terubat dan berasa lega hari ini apabila saya menerima borang PAS dari 78 orang yang sebahagian besarnya bekas pemimpin dan ahli Umno dari Felda Bkt Permai.
Ketua penaja PAS Cawangan, En Kamal Hamzah mewakili yang lain2 menyerahkan borang kepada saya sambil disaksikan Yang DiPertua PAS Kawasan Kulaijaya, Sdr Hisham Mohd Zin dan Ketua Dewan Pemuda, Sdr Ahmad Tabrani.

Ia disusuli takbir yang bergema beberapa kali mengiringi peristiwa bersejarah tersebut.

Hampir 90% peratus yang menyertainya adalah orang muda berusia antara 25-50 tahun.

Ada dikalangan mereka dulunya adalah samseng Umno 'berdengung' yang menghalang PAS daripada apa jua aktiviti.

Kini, kata mereka, kami dah tobat.

Kami mahu mati dalam Perjuangan Islam!

Majlis diselangi dengan sumbangan peralatan sekolah kepada hampir 100 pelajar dari Felda Bkt Permai dan Kg Murni Jaya.

Kalau ramai tokoh2 hebat dah masuk PAS, orang biasa nak tunggu apa lagi?

Tiada ulasan: