Anak Sungai Derhaka |
- Alahai Bank Islam.. ketika ummat Islam boikot McD.. dia pulak promote McD..
- Rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dipecah masuk, rugi lebih RM100,000
- Presiden Parti 'Pilihan Allah' terus berucap tanpa mempedulikan waktu Solat Maghrib.. (Video Inside)
- Empat lagi bekas Pegawai Tinggi Kerajaan sertai PAS..
Alahai Bank Islam.. ketika ummat Islam boikot McD.. dia pulak promote McD.. Posted: 02 Dec 2012 08:04 AM PST Apabila McD mengeluarkan kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong. Nah, sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa. Kata mereka yang anti-boikot ini:
Kelakar juga, bila McD ini macam makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend bersungguh-sungguh. Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot. Sayangnya pada McD begitu menebal sekali. Begitu kasih sekali. Oh penangan cinta McD buat penggemarnya ketagih! Takjub sekali. Saya membelek-belek buku lama Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut: "Mahatma Gandhi adalah antara yang terkenal pernah lancarkan boikot barangan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan tanahairnya, pengaruh boikot ini sangat besar dalam membebaskan India dari kekuasaan penjajah ketika itu. 1. Boikot satu-satunya senjata yg ada di tangan rakyat marhaen. Pemerintah tidak mampu memaksa penduduk utk membeli produk dari sumber tertentu. Maka, hendaklah kita menggunakan senjata boikot ini utk menghadapi musuh umat Islam. Sehingga mereka merasa bahawa umat ini masih hidup dan belum mati, serta dengan izin Allah tidak akan binasa. 2. Dlm boikot, ada tujuan lain selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera org lain, yg mengajar untuk terlalu bergantung pada sesuatu yg tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya. ( maksudnya: jgn terlalu bergantung pada produk mereka ) 3. Boikot juga sebagai suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh. 4. Boikot adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tana para nabi dan bumi jihad, Palestin." Ada kata-kata yg menarik dari beliau: "Jika org2 Yahudi anggap diri mereka sbg tentera yg mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!" So, fikirlah sendiri. Jangan perlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh. Jangan sampai Allah 'boikot' mereka yang anti sangat ini sudahlah. Bersyukurlah ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot, dengan derma, dgn bantuan kemanusiaan, doa, perang saraf pemikiran dalam tulisan, dan apa saja usaha dari sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yakni jihad dengan angkat senjata ~ akuislam.com Tapi.. apahal pulak Bank Islam ni promote McD pulak?? |
Rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dipecah masuk, rugi lebih RM100,000 Posted: 02 Dec 2012 03:48 AM PST BUKIT MERTAJAM - Rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah mengakibatkan kerugian lebih RM100,000. Mohd. Zaidi Mohd. Said, 43, berkata kejadian disedari oleh ayahnya Mohd. Said Abdul Hamid, 70, yang datang ke rumahnya pukul 6 pagi hari ini. "Ayah tinggal bersebelahan rumah saya dan dia datang ke rumah untuk melihat keadaan kediaman berikutan kami (beliau dan isteri) tiada di rumah kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Kuala Lumpur. "Dia (ayah) tengok pintu belakang rumah terbuka dan dia masuk ke dalam rumah mendapati semua bilik telah digeledah oleh penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang," katanya semasa ditemui di rumahnya, di sini. Mohd. Zaidi berkata sebaik dimaklumkan, beliau terus pulang ke rumah dan mendapati sebuah peti besi mengandungi barang kemas milik isterinya, tiga jongkong emas seberat 750 gram, tiga komputer riba, geran tanah dan pelbagai dokumen serta sebuah motosikal jenis Honda telah hilang. "Selepas memeriksa saya dapati mereka (penjenayah) telah melarikan peti besi tersebut yang berada dalam bilik utama yang mengandungi pelbagai barang berharga dan sebuah motosikal milik anak saya, kesemuanya bernilai lebih RM100,000 lesap," katanya. Mohd. Zaidi berkata penjenayah telah meninggalkan kesan tapak kaki dalam rumah dan sepasang kasut di luar rumah. Beliau dan isteri Santanina Salleh, 41 berharap polis dapat mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu kerana pelbagai barangan yang hilang itu sangat berharga. "Saya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sangat berharap mereka yang memecah masuk ke rumah kami dapat ditangkap secepat mungkin," katanya. Sementara itu, jurucakap polis di sini ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan.- Bernama Hmmm.. aku tak sokong dia tapi terus terang aku akui, gerakkerja kemasyarakatan berterusan yang dia lakukan di Permatang Pauh ini terutamanya di Penanti dan Permatang Pasir berjaya menarik minat golongan muda untuk menghampiri UMNO.. Tapi tak pasti pula aku tentang parti mana yang akan mereka undi pada PRU13 ini.. pasal ramai yang rapat dengan dia tu dari PKR sendiri... Keep up this good job Bro.. tapi duit kat atas tu banyak tu.. hang ambik mana? |
Presiden Parti 'Pilihan Allah' terus berucap tanpa mempedulikan waktu Solat Maghrib.. (Video Inside) Posted: 02 Dec 2012 12:06 AM PST Jika benar kata-kata Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Marican Naina Marican semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden kelmarin bahawa Umno adalah parti pilihan Allah untuk memerintah Malaysia selama lebih setengah abad, mengapakah perkara asas dalam agama Islam ini dengan mudah diabaikan presidennya sendiri? Sama ada kita sedar atau tidak, perhimpunan agung Umno (PAU) yang baru melabuhkan tirainya ternyata mengabaikan solat fardhu tak kira waktu, tak kira apa yang berlaku. Ucapan penggulungan presiden parti itu, Najib yang memakan masa selama lebih dua jam setengah rupanya telah terlajak hingga masuk waktu solat fardhu Maghrib yang semestinya mesti didahulukan daripada apa saja kerja kita di dunia. Apakah ucapan presiden Umno lebih penting dari segala-galanya termasuk menunaikan solat fardhu tepat pada masanya? Nampaknya peranan Pengerusi Tetap Umno, Badaruddin Amiruldin langsung tidak terpakai oleh Najib Altantuya yang kelihatan sedang asyik berjanji dan melemparkan serangan terhadap parti lawan, Pakatan Rakyat hingga terlupa bahawa solat fardhu Maghrib telah pun masuk jam 7.02 malam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam. Kalau pun tengah sedap membahan Anwar Ibrahim, Najib tidak sepatutnya mengabaikan waktu solat yang mesti ditunaikan seberapa segera apatah lagi apabila siaran langsung ucapannya yang disiarkan di TV1 jelas menunjukkan bahawa solat Maghrib telah pun masuk. Berbeza dengan PAS, Pengerusi Tetap muktamar mengingatkan perwakilan setiap kali hampir masuk solat fardhu dan kesemua perwakilan keluar dari dewan kira-kira lima minit sebelum setiap kali azan berkumandang di Kota Bharu. Saya tidak mengatakan Najib Altantuya tidak menunaikan solat tetapi melengahkan solat fardhu setiap kali masuk waktunya boleh mendatangkan dosa besar sekiranya sengaja dilengahkan. Di mana Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sibuk menghentam Pakatan Rakyat kunun tidak berani melaksanakan hukum hudud? ~ Jalan Pulang |
Empat lagi bekas Pegawai Tinggi Kerajaan sertai PAS.. Posted: 01 Dec 2012 06:26 PM PST Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi. Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi. Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned. Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah. Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin. Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini. Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH). Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini. "Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya. Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw. Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri. ~ Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
dfgtx [url=http://www.drdrebeatscheapsales.com]cheap beats by dre[/url] kdzsey http://www.drdrebeatscheapsales.com tufp [url=http://www.drebeatsstudioheadphones.com]cheap beats by dre[/url] cewfmh http://www.drebeatsstudioheadphones.com rove [url=http://www.beatsdreheadphonesonsale.com]cheap beats by dre[/url] gxdlsl http://www.beatsdreheadphonesonsale.com weqnq [url=http://www.dreheadphonesonsales.com]beats by dre outlet[/url] hlqlqw http://www.dreheadphonesonsales.com xkmet [url=http://www.drdrebeatssales.com]monster beats[/url] kyvsg http://www.drdrebeatssales.com iqvnb [url=http://www.focsa.org.au/myreview/beatsbydre.phtml]cheap beats[/url] ilsib http://www.focsa.org.au/myreview/beatsbydre.phtml oxk
Catat Ulasan