Anak Sungai Derhaka |
- Pencacai UMNO kata Pembantu peribadi Ahli Parlimen Kapar mati dibunuh samseng?
- Perkara ini perlukan jawapan dari Najib ..
- Kebodohan Pemimpin UMNO dibidas Presiden Indonesia pula..
- Najib bohong lagi!! MB Terengganu sahkan!!
- Rayuan oleh Ahli PERKASA buat Rais Yatim.. sebab tak keluar TV..
Pencacai UMNO kata Pembantu peribadi Ahli Parlimen Kapar mati dibunuh samseng? Posted: 18 Dec 2012 06:46 AM PST Image di atas ialah print screen sebuah blog pencacai UMNO, tajuknya ialah "Gempar!! Pembantu Peribadi MP Kapar mati dibunuh samseng?? Tujuannya ialah mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa Pembantu Peribadi MP Kapar itu terlibat dengan dunia samseng.. Sebenarnya dari apa yang dilaporkan oleh Bernama ialah siasatan awal pihak Polis mendapati mangsa yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu. Langsung tak disebut tentang samseng sebagaimana yang dilaporkan oleh blog pencacai UMNO itu.. Ini laporannya... SHAH ALAM, 18 Dis — Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini hari ini. Apalah nak jadi dengan pencacai UMNO ni.. orang dah mati pun nak diburuk-burukkannya.. |
Perkara ini perlukan jawapan dari Najib .. Posted: 18 Dec 2012 03:41 AM PST Sikit pencerahan tentang istilah pengaliran keluar wang haram atau ' Illict financial flow', ianya adalah istilah yang digunakan untuk pengaliran wang merentas keluar sempadan Negara yang samada diperolehi secara haram, dipindahkan ataupun digunakan. Kebanyakkannya berlaku melalui invois yang diistiharkan samada kurang atau lebih, biasanya kurang.. contohnya harga pasaran bagi sesuatu barangan itu ialah RM1000 tetapi ianya telah diistiharkan oleh pengeluar berharga RM100 kepada Kastam. Tujuannya ialah bagi mengurangkan cukai yang dikenakan oleh pihak Kerajaan.. Selain itu aliran kewangan haram juga diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti rasuah, urus niaga yang melibatkan barang-barang seludup, kegiatan jenayah, dan usaha untuk melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa negara. Dan contoh bagi aktiviti tidak membabitkan perniagaan itu ialah apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.. antaranya RM40Juta untuk UMNO Sabah dan Pemimpin UMNO ditahan di Australia kerana cuba menyeludup lebih dari RM1 Juta dalam bentuk tunai.. Itu yang berjaya ditahan… yang tidak ditahan pasti lebih ramai dan lebih besar jumlahnya.. Secara kumulatif, Malaysia menduduki tempat ketiga, di belakang China dan Mexico, dengan sejumlah USD285.2 bilion (RM871.4 bilion) setelah disalurkan keluar daripada ekonomi negara melalui jenayah, rasuah, pengelakan cukai dan lain-lain aktiviti haram antara 2001 dan 2010. Sekiranya terus dibiarkan, imej dan integriti negara akan menerima kesan buruk, terutamanya kepada pelabur global. Kenapa Najib perlu jawab? Baca kenyataan media dari Ketua Menteri Pulau Pinang di bawah ini... Menteri Kewangan Dato' Sri Najib Tun Razak harus memberi penjelasan kepada 28 juta rakyat Malaysia tentang kerugian RM200 bilion wang haram yang telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 serta skandal kerugian RM871 bilion sepanjang 10 tahun yang terakhir atau mengakui kegagalan ETP. Jika Najib berdiam diri dan gagal mengambil tindakan dalam skandal RM871 bilion ini, ia akan menonjolkan kegagalan beliau untuk menegakkan kebertanggungjawaban awam serta membuktikan bahawa kerajaan BN membiarkan pengaliran keluar wang haram Laporan terbaru badan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpusat di Washington, telah menunjukkan bahawa pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada tahun 2010 adalah paling tinggi dalam tempoh 10 tahun. RM197 bilion wang haram telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM93 bilion pada tahun 2009, iaitu peningkatan 112%. Malaysia kini memegang rekod memalukan kerana menjadi negara kedua di dunia selepas China bagi aliran keluar wang haram. Laporan GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan Dari Negara Membangun: 2001–2010" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). GFI telah memberi amaran bahawa pengaliran keluar modal di Malaysia kini berada "di skala yang jarang dilihat di kalangan negara-negara Asia". GFI telah menyatakan bahawa anggaran wang haram mereka adalah "sangat konservatif". Sementara Malaysia menduduki tangga No.2 di dunia pada tahun 2010, Malaysia merupakan No.3 di dunia sepanjang 10 tahun dari 2011–2010. Jumlah 10 tahun untuk Malaysia dianggarkan pada USD285 bilion (RM871.4 bilion), sementara China adalah USD2,740 bilion dan Mexico USD476 bilion. GFI juga kata bahawa penyalahtentuan perdagangan – iaitu keuntungan yang dipindahkan melalui invois yang terlebihan atau terkurang – membentuk secara purata 80.1 peratus aliran keluar wang haram dari negara-negara membangun. Wang haram yang lain bersumber daripada rasuah, korupsi, pencurian dan sogokan. Najib telah berjanji tahun lepas bahawa siasatan akan dijalankan oleh Bank Negara, namun keputusan siasatan tersebut belum diumumkan oleh Bank Negara untuk menjelaskan pengaliran wang haram yang besar ini, walaupun ahli-ahli ekonomi GFI telah menawarkan bantuan. Adakah ini satu lagi kes "Janji Tak Ditepati" oleh BN? Laporan GFI hanya membuktikan hasil kajian laporan Transparency International 2012 yang menunjukkan bahawa Malaysia mendapat tempat paling teruk dalam Kajian Pemberi Rasuah dalam kategori perniagaan yang hilang akibat rasuah. Dalam kategori ini, Malaysia mendapat tempat paling teruk, lebih teruk berbanding Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%). Najib harus menjelaskan skandal RM871 bilion ini untuk menyangkal label yang memalukan negara kita ini. |
Kebodohan Pemimpin UMNO dibidas Presiden Indonesia pula.. Posted: 18 Dec 2012 01:13 AM PST Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika. Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia. "Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini. Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara. Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie. Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu. Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu. Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden Indonesia itu. - Bernama Laporan dari Jakarta Post sila baca di ( SINI ) |
Najib bohong lagi!! MB Terengganu sahkan!! Posted: 17 Dec 2012 11:02 PM PST 30 Okt. lalu, Lidah Rasmi UMNO melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Pahang bakal menjadi negeri sumber pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia berikutan penemuan pertambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307. Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas salah satu usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini. Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Najib itu adalah satu pembohongan semata-mata dan pembohongan Najib itu disahkan oleh Menteri Besar Terengganu... Soalan lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut. Beliau menyatakan bahawa: "Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu... "Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran." Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu. Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Ahmad Said juga mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan. Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebuah negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan. Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengisytiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut. Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014. Pengumuman 'anugerah royalti minyak' oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar. Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisme dan keluhuran perlembagaan negara. Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petroleum yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas. Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing. Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi? Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri? Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 1999. Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu. Beliau menyatakan bahawa "pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata." Jadi di manakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud? Ini ditambah dengan tindakan 'mengihsankan' royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam. Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperoleh itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri. Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun. Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen. Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain. Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975. Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat. Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini. Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain. Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu Penolong Setiausaha Agong Pas |
Rayuan oleh Ahli PERKASA buat Rais Yatim.. sebab tak keluar TV.. Posted: 17 Dec 2012 05:28 PM PST Melihat pada rangkap pantun di bawah ini, terasa pengorbanan, perjuangan dan sokongan kepada kerajaan saperti tiada nilainya pada mereka. Apa guna padi bukit, Padi di bendang di tabur arang, Apa guna hati sakit, Jasa Di tabur di hina orang. Yang dilihat adalah mereka yang berlatar belakang politik tanpa mengambil kira kekuataan suara NGO, jika sekecil kecil badan politik amat penting pada kerajaan, walaupun hanya memiliki keahlian tidak sampai seribu orang, sedangkan ada badan NGO yang memiliki keahlian mencecah ratusan ribu, tetapi tidak di indahkan kekuatan ahli mereka ini. Ini lah yang berlaku, didalam NGO NGO ini bangkit untuk membantu Barisan Nasional ada pula sekatan dan halangan dari badan badan yang yang sepatutnya membuka ruang sokongan daripada NGO NGO ini. Mungkin pada mereka ini, hanya parti politik sahaja yang perlu di beri sokongan termasuk wang ringgit serta hebahan dan populariti berbeza dengan layanan yang harus diberikan kepada badan badan NGO yang tidak penting pada mereka, Mungkin undi dari Ahli ahli NGO ini tidak boleh mengubah kerajaan selain undi parti politik. Jika ini lah yang ada didalam pemikiran pemimpin pemimpin Barisan Nasional terutamanya dari UMNO maka bersedialah lah mereka untuk mengosongkan kerusi mereka dan membersihkan pejabat mereka dari kesan tanda jari agar tidak meninggalkan bukti apa bila di ambil alih oleh orang lain nanti. Atau adakah pihak ini memilih NGO mana yang perlu di beri sokongan dan NGO mana yang perlu di sekat pergerakan mereka dan mengangap NGO ini sama saperti parti pembangkang dan ektrim penentang kerajaan. Jika dahulu, badan badan Pendiri Persilatan tidak pernah mendapat perhatian dari pihak kerajaan, malahan ada badan pendiri silat bergerak saperti bernafas dalam lumpur sahaja, hidup segan mati tak mahu. Sahinggalah berlakunya tsunami politik 2008, maka badan pendiri seni bela diri terutamanya pertubuhan seni silat telah di iktiraf sebagai diantara salah satu tulang belakang kepada kekuatan kerajaan hari ini, sahingga di ujudkan satu jawatan kuasa khas untuk menjaga NGO yang terdiri dari badan badan pendiri silat, walaupun tidak menyeluruh sekurang kurangnya kesedaran itu ada. Kemudiannya di ujudkan pula badan pemantau untuk penulis penulis maya ( Blogger, Facebook, twitter dan sebagainya) agar sokongan mereka tidak berbelah bagi dan sentiasa berdiri teguh di belakang kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato Seri najib Tun Razak, walaupun ada diatara mereka ini tahu cerita di sebalik kelambu sesetengah pemimpin peringkat Menteri didalam Barisan Nasional. Tetapi kini cerita lama kembali berulang, setelah di lihat kekuatan sokongan telah ujud, maka timbul pula rasa riak dan sombong segelintir pemimpin yang mula melihat NGO NGO yang berlatar belakangkan politik ini sebagai beban sahaja dan mula mengeluarkan arahan dan menghasut pembesar kiri kanan untuk tidak melihatkan sokongan kepada NGO NGO ini, walaupun kumpulan NGO ini memliki keahlian mencecah ratusan ribu. Malahan ada yang melihat NGO NGO ini hanya saperti peminta sedekah di tepi jalan menandah mangkok membaca ayat suci Al Quran, bila di beri sekupang dua maka berhentilah mengaji, itu lah mungkin pandangan mereka. Tanpa disedar mereka mereka ini sebenarnya adalah beban kepada YAB Perdana Menteri di dalam melaksanakan Program Transformasi Kerajaan untuk meletakkan negara pada landasan lebih kukuh di dalam mendepani pelbagai cabaran untuk mencapai Wawasan 2020, yang telah dirangka berdasarkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Terkini, setelah dua hari selesainya Perhimpunan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), tidak ada satu pun berita yang disiarkan oleh RTM mahupun pihak Media Prima didalam slot berita mereka, mungkin mendapat arahan agar tidak memberi liputan kepada Perkasa hanya kerana Ibrahim Ali terlalu lantang dan bekas AHli UMNO yang di pecat. Sesuatu yang pelik, Perhimpunan Pribumi Perkasa yang telah mengumpulkan kehadiran hampir 12 ribu ahlinya tetapi tidak mendapat liputan dari siaran TV Melayu sendiri?, walaupun sesaat, tetapi jika ada aktiviti bermain badminton oleh isteri sesetengah pemimpin hampir setiap siaran di pancarkan dan mendapat liputan. Adakah mereka ini mahu mengulangi kesilapan dahulu dan kesannya yang kita hadapi dan rasai sahingga hari ini?. Lihat sahaja bilamana Tun Dr Mahathir di larang dari mendapat liputan ( atas arahan) untuk siaran TV malahan radio sekali pun, natijahnya BN tertonggeng dan hilang majoriti serta hilang 4 negeri dan satu Wilayah, nyaris tidak bertukar kepimpinan. Kali ini riaknya semakin takbur bila akhbar juga di larang untuk menyiarkan berita Perhimpunan tersebut kecuali Utusan Malaysia yang berani menongkah arus, kerana Utusan tahu natijah yang bakal Kerajaan terima jika ini berterusan, Utusan belajar dari kesilapan tahun tahun sebelum 2008, Tahniah Utusan Malaysia. Terdapat "kepala kepala" yang tidak mahu belajar, malahan bertindak sombong dengan melakukan kesilapan yang sama saperti tahun sebelum 2008 tersebut, tidak di ketahui nawaitunya sama ada mahu melihat kegagalan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak atau orang ini masih lagi memiliki ikatan 'silaturahim' dengan kepala pembangkang, jika dahulu boleh membakar jembatan tidak mungkin tidak perkara yang sama boleh di ulangi lagi. Ingatlah Perkasa bukan meminta minta tetapi bukalah sedikit mata. Parang Lading pakaian Pahlawan, Kuntau Jatuh kemas bersimpul, Rakan ditanding bukannya lawan, Tikam belakang tandanya bacul. Baik-baik mengail tenggiri, Takut terkena ikan parang; Kami boleh merendah diri, Tidak sekali menjadi hamba orang. Ditulis oleh Zanuddin @ Obey_one Kesiannya kat depa... ish..ish..ish... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan