Anak Sungai Derhaka |
- Manchester City sediakan Surau untuk pemainnya.. di Malaysia pula..UDA robohkan Surau untuk kepentingannya.. (Video Inside)
- Apa hal pulak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kena baca teks ucapan Rosmah ni?
- RTM pun boikot Ibrahim Ali dan PERKASA?..Alahai.. kesiannya kat depa..
- Sticker ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ diedar!!
- Kerana kebebalannya.. Ibrahim Ali dikritik oleh 5 lagi Ahli Parlimen..
Posted: 17 Dec 2012 07:54 AM PST Manchester City merupakan kelab Liga Primer Inggeris pertama yang menyediakan surau untuk pemain yang berugama Islam. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Prayermagazine.net sebelum ini, surau tersebut berada di dalam Stadium Etihad dan biasanya dimanfaatkan para pemain sebelum pertandingan bermula. Dan di Newcastle pula pada 7 Mei lalu jurulatih Newcastle United Alan Pardew mengemukan tentang rancangan kelab membina surau di dalam kompleks Sports Direct Arena. "Kita telah memikirkan membina sebuah bilik khas untuk berdoa bagi semua agama di St James 'Park (nama lama Sports Direct Arena) yang boleh digunakan semasa hari pertandingan," kata Pardew berkenaan pendapatnya yang disiarkan oleh Daily Mail. Tetapi di Malaysia pula... Selepas 49 tahun berdiri sebagai rumah ibadat di tapak bangunan bersejarah Penjara Pudu, Surau An-Nur Penjara Pudu (Surau Jumaat) kini turut menerima nasib sama apabila bakal dirobohkan bagi tujuan pembangunan komersil. Mengikut surat yang diwartakan pemaju, UDA Holdings Property Development (UDA) bakal melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada 10 Januari depan. Difahamkan, tapak itu akan dibangunkan sebagai tapak pusat beli-belah terkemuka serta kawasan perumahan mewah. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An Nur Penjara Pudu Zakaria Omar berkata, pihaknya kecewa kerana pemaju tidak pernah mengadakan rundingan dengan kariah surau. Malah, tiada sebarang tapak atau surau alternatif ditawarkan UDA bagi menggantikan surau lama itu. "Kami mahu surau ini dikekalkan sebagai rumah ibadat…sepatutnya surau ini diperbesarkan menjadi 2 tingkat kerana pertambahan penduduk semakin pesat di kawasan sekitar," katanya ~ Free Malaysia Today Apa cerita ni?? di negara bukan Islam, Surau dibina untuk orang Islam menunaikan ibadat.. tapi di negara Islam ini pula Surau yang digunakan untuk beribadat dirobohkan pula... Puak mana agaknya yang menguasai UDA itu?? he..he..he.. |
Apa hal pulak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kena baca teks ucapan Rosmah ni? Posted: 17 Dec 2012 04:37 AM PST Beberapa hari yang lalu.. kalau korang baca di ( SINI ) Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah membaca teks ucapan Rosmah dalam majlis MUBARAK.. Lepas tu dia lancarkan pula Kapal Latihan milik Tentera Laut di RAJA Malaysia.. (lihat di SINI ) sambil disaksikan oleh Zahid Hamidi dan Tun Mahathir. Hari ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pula dilaporkan membaca teks ucapan Rosmah di Bengkel Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Antarabangsa bagi Tokoh-tokoh Akademik Wanita 2012.. Bukan aku nak menghina Rosmah Mansor tu.. hakikatnya lebih ramai rakyat Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin UMNO yang menyampah dengan dia ni dari menyukainya.. Tapi kebelakangan ni dia kelihatan menonjol-nonjolkan dirinya lebih dari biasa.. yang betulnya dia menonjol atau ditonjolkan?? Ditonjolkan oleh kem yang mahu menggulingkan Najib maksud aku... Ini laporan berkaitan.. Universiti perlu lebih proaktif dalam menghapus sikap memihak jantina yang menghalang wanita di bidang akademik memegang peranan peneraju kanan, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Semakin ditonjolkan Rosmah Mansor ni.. semakin ramai rakyat yang menyampah.. malangnya Najib akan merasa tempias itu.. |
RTM pun boikot Ibrahim Ali dan PERKASA?..Alahai.. kesiannya kat depa.. Posted: 17 Dec 2012 12:34 AM PST Agak malang buat Ibrahim Ali dan PERKASA yang mendakwa diri mereka sebagai sebuah NGO yang menyokong Najib dan UMNO, kerana aktiviti mereka baru-baru ini langsung tidak diberikan tempat dalam laporan media kerajaan. Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru inilangsung tidak mendapat tempat dalam RTM. Adakah pihak RTM juga berpendapat bahawa Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang merupakan Presiden pertubuhan itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara ini? Atau pihak mereka telah menjangkakan, kenyataan-kenyataan yang akan keluar pada Perhimpunan PERKASA itu akan menimbulkan lebih kebencian rakyat Malaysia terhadap UMNO yang disokong oleh PERKASA? Kenapa agaknya perkara ini berlaku kepada PERKASA?.. Nak tahu apa jawapannya? sila baca sebahagian dari artikel yang dipetik dari Blog Pro UMNO ( Another Brick in The Wall ) di bawah ini... Jika sebelum ini blogger-blogger pembangkang dan pro-kerajaan dan penerbit filem Tanda Putera menjadi mangsa kepada sikap cembru, dengki dan dendam Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, kali ini Perkasa dan beberapa pemimpin Negeri Sembilan pula dijadikan mangsa. Kesian kat Pak Brahim.. Media Utama UMNO sendiripun dah tak lalu nak siarkan program dia tu.. tapi dia masih tak sedar diri.. Ni pantun buat Pak Brahim... Apa diharap padi di bukit, Mungkin sudah dicuri orang, Bagaimana pula hati tak sakit, Jasa di tabur di hina orang... ha..ha..ha.. padan muka hang!! Jasa di tabur dihina orang.. hatinya sakit, Kononnya berjasa demi rakyat, Wahai Pak Brahim.. Kalau hati sudahlah sakit, Tolaklah UMNO/BN sokonglah Pakatan Rakyat!! |
Sticker ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ diedar!! Posted: 16 Dec 2012 07:33 PM PST Beberapa ketika dulu poster dengan "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertera "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor. Poster tersebut bukan saja ditampalkan di banyak pusat membeli belah di negeri Johor negeri asal Muhyiddin beberapa hari lalu. Malah pengedaranya juga hingga ke utara semenanjung dan ianya juga telah diedarkan di beberapa pasar malam di Pulau Pinang oleh individu yang dipercayai ahli UMNO. Dan ianya telah dinafikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO kawasan berhampiran.. Selain dari itu para penyokong Muhyiddin ini juga telah mewujudkan dua laman Face Book iaitu 'Kami sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri'dan 100,000 sokong Perdana Menteri baru Tan Sri Muhyiddin Yassin.. (lihat di SINI ) Nampaknya kini gerakan tersebut diteruskan lagi dengan pengedaran pelekat dengan tulisan 'Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin' dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya pula.. Seperti juga pihak yang mengedarkan poster.. takut dicantas oleh Najib, pihak UMNO kawasan tersebut akan menafikannya.. Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini. Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan 'Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin' dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius. Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN. Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13. "Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut. Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini. Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun 'bunga-bunga' ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini. Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku ~ Sinar Harian |
Kerana kebebalannya.. Ibrahim Ali dikritik oleh 5 lagi Ahli Parlimen.. Posted: 16 Dec 2012 04:30 PM PST Pemimpin politik daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat untuk melupakan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Mereka malah menegur Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana itu hanya akan menyebabkan hubungan antara kaum di negara ini terganggu. Ketika dihubungi hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum. "Kadangkala, sahabat saya Ibrahim Ali, beliau ketinggalan ... Seperti tertinggal daripada dunia moden," kata Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung, kepada The Malaysian Insider. "(Tindakan) beliau itu umpama merugikan BN, walaupun kadangkala kenyataannya itu mahu rakyat menyokong BN. "Dalam Malaysia moden sekarang, Melayu, semua bangsa, mempunyai minda yang berbeza ... mereka lebih progresif, rakyat lebih mengutamakan kerajaan, bukan bangsa." Dalam satu temu ramah eksklusif Sinar Harian yang dipetik The Malaysian Insider sebelum ini, Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi. Ekoran kenyataannya itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai "benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum" di Malaysia. Kata Naib Presiden MIC, Datuk S.K. Devamany: "Ibrahim Ali perlu berjaga-jaga dalam mengeluarkan kenyataan ... jangan ungkit perkara yang kita ingin lupakan." Ahli Parlimen Cameron Highland itu turut menambah, kenyataan seperti itu akan merosakkan hubungan silaturrahim antara kaum di negara ini yang mana usaha menyatupadukan kaum di bawa dalam Gagasan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Jangan bawa perasaan tidak diingini kepada sesetengah rakyat, ia tidak baik untuk silaturrahim masyarakat kita. "Perdana menteri bawa konsep 1Malaysia, konsep perpaduan, kenyataan seperti itu akan bawa segelintir masyarakat marah," katanya dan menambah, "kita nak eratkan silaturrahim, bukan cari permusuhan." Berkongsi pendapat dengan Devamany, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi selain menyeru rakyat melupakan peristiwa itu, beliau turut berkata rakyat berbilang kaum di negara ini telah sekian lama berkongsi dalam soal ekonomi. "Jangan jadikan (13 Mei) bahan untuk wujudkan konflik dalam masyarakat ... sejak sekian lama kita telah berkongsi dalam soal ekonomi," katanya kepada The Malaysian Insider. "Yang paling penting, kita ambil semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun ia sudah tamat tempoh, semangatnya masih ada, saya yakin menteri tahu bagaimana mahu melaksanakan." Ahli Parlimen Batu Pahat itu menjelaskan, konsep 1Malaysia sendiri diwujudkan untuk rakyat melihat kehadapan, dan bukannya menoleh kebelakang untuk kemajuan negara. "Melalui 1Malaysia, kita akan lebih memandang ke hadapan, tidak lagi menoleh kebelakang yang menyebabkan kita tidak lagi produktif," tambahnya. Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melihat isu perkauman tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat negara ini kerana perjuangan PR jelasnya adalah isu yang melibatkan pelbagai kaum. "Isu perkauman sekarang tidak lagi mendapat tempat dalam hati rakyat, isu yang kami perjuangkan adalah isu melibatkan semua kaum. "Itu ilusi mimpi ngeri Ibrahim Ali," kata ahli Parlimen Kubang Jerian itu yang yakin, peristiwa 13 Mei ini tidak akan berlaku lagi. "Saya yakin, ia satu 'Puaka dan Saka' Umno yang cuba mempertahankan talian hayat mereka." Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, bagaimanapun melihat, dengan situasi dan keadaan masyarakat Melayu di negara ini sekarang peristiwa hitam itu tidak mungkin akan berulang. "Kalau kita bandingkan dulu dengan sekarang, masyarakat Cina dulu 40 peratus, sekarang sudah tinggal 20 peratus, jadi macam mana mereka boleh jadi ancaman," tegas Chua, yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu. "Saya yakin 13 Mei tidak akan berlaku lagi, dengan nilai-nilai agama Melayu yang semakin kuat. Orang Melayu sekarang lebih berfikiran universal, mereka tidak lagi berfikiran seperti dulu." Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan