Anak Sungai Derhaka |
- Bro.. cari cara lain lah nak provoke.. cara ni nampak sinonim sangat dengan UMNO..
- GEMPAR!! Gara-gara menyokong PAS, Pegawai Polis ini diugut dan ditukar ke Sarawak..
- PERKASA dedahkan Pakatan Rakyat akan beli Ahli UMNO untuk lompat parti.. err.. boleh percaya ke?
Bro.. cari cara lain lah nak provoke.. cara ni nampak sinonim sangat dengan UMNO.. Posted: 15 Dec 2012 02:17 AM PST Dulu semasa Muktamar Tahunan PAS ke-58 berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, sehelai kain rentang berbau provokasi terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar digantung oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai pencacai UMNO. Kain rentang itu telah digantung di sebuah gelanggang tenis berbunyi "Nurul Izzah Apa Maksud Kamu? Kebebasan Beragama Sepatutnya Dipakai Samarata - Dari Dewan Pemuda PAS Kelantan" itu sejak awal pagi semasa muktamar bermula. Malangnya ayat yang terpapar pada kain rentang di atas adalah sama dengan ayat yang tertera pada kain rentang yang di bawa oleh pencacai-pencacai UMNO semasa melakukan demo terhadap Nurul Izzah.. (lihat di SINI) Hari ini pula sempana dengan Kongres DAP Peringkat Kebangsaan ke-16 di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA).. provokasi yang sama juga dilakukan. Tetapi ianya bukanlah melaga-lagakan antara DAP dan PAS ataupun DAP dan PKR, tetapi ianya satu banner yang cuba melaga-lagakan sesama pemimpin DAP.. Yang lebih menarik pula ialah hanya pencacai UMNO yang menyedari adanya kain rentang seperti ini telah digantung.. Dua kain rentang telah digantung, tujuan ianya dibuat dua ialah untuk lebih menyakinkan orang ramai bahawa kain rentang itu telah digantung oleh ahli-ahli DAP sendiri.. Ini kain rentang yang pertama.. aku rembat dari blog Pro UMNO yang utama di Pulau Pinang ini.. Nampak tak apa yang tertera pada kain rentang itu?.. Total Income stated there la.. Selama aku terlibat dengan kerja-kerja menyediakan kain rentang untuk majlis Pakatan Rakyat terutamanya PKR ni tak pernahlah aku buat kerja bodoh macam tu.. meletakkan jumlah pendapatan pemimpin pada kain rentang.. Dan ini pula adalah kain rentang yang kedua.. ianya jelas melaga-lagakan sesama pemimpin DAP.. Dan ini kata seorang ahli DAP yang aku temui di pintu masuk PISA tadi bila aku tunjukkan gambar ini.. "Bro.. please told that's UMNO moron, we are not so stupid as what they think laa...".. "find other way to provoke ..." Fuh!! nasib baik dia bagi tahu aku yang pencacai UMNO itu bodoh.. kalau tak sampai hari ni aku tak tahu... ha..ha..ha.. Betul kata ahli DAP tu.. cari cara lain lah nak provoke Bro.. cara ni dah sinonim sangat dengan UMNO.. |
GEMPAR!! Gara-gara menyokong PAS, Pegawai Polis ini diugut dan ditukar ke Sarawak.. Posted: 14 Dec 2012 10:55 PM PST Selama ini kita hanya mendengar ada anggota Polis yang menyokong Pakatan Rakyat namun begitu apa yang kita lihat tindakan mereka adalah sebaliknya. Cuma setelah bersara barulah mereka berani secara terbuka menyatakan pendirian mereka padahal Artikel 10 jelas menyatakan rakyat Malaysia BEBAS memilih dan menyokong mana mana PART POLITIK yang mereka suka. Dan mereka yang bertugas sebagai anggota Polis juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia oleh itu mereka tidak dikecualikan dari artikel 10 itu. TETAPI kini.. seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah anggota Polis dengan beraninya menyatakan pendiriannya menyokong Pakatan Rakyat dan akibatnya beliau telah menerima ugutan. Dari apa yang ditulis di laman FaceBook miliknya beliau mendakwa telah sekali lagi diugut oleh pihak atasannya dengan ugutan akan ditukarkan ke Sabah atau Sarawak jika terus menyokong Pakatan Rakyat, surat ugutan itu telah diletakkan di atas mejanya. Walaubagaimanapun beliau bertegas tidak akan berganjak walau seinci pun pendiriannya terhadap sokongan saya kepada Pakatan Rakyat khususnya parti PAS,,,walau diugut bunuh sekali pun. Tambahnya lagi "tahniah kepada boss dibalai tempat saya bertugas kerana sedia memuaskan nafsu menteri dalam negeri,," Tambahnya lagi " Jangan saudara-saudara semua ingat kami makan dengan PDRM kami takut untuk bersuara, kami juga ada hak sebagai rakyat Malaysia.. cukuplah kami semua sudah tidak mahu jadi anjing Barisan Nasional" Dengan secara terbuka beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti… TAHNIAH diucapkan kepada beliau kerana berani dan tegas dalam menyatakan pendiriannya meskipun ada risiko yang bakal dihadapinya selagi UMNO/BN kekal berkuasa.. Namun begitu sebagai seorang yang berugama Islam, kita sewajarnya berpegang kepada "Hidupku, Matiku dan juga Rezekiku hanya Allah yang menentukan.. bukannya pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang tentukan".. Kan aku dah kata... Jangan label Polis sebagai Anjing UMNO... bukan semua suka dengan pemimpin-pemimpinUMNO tu.. By the way.. ini link FB Noshashimah ( SINI ) |
PERKASA dedahkan Pakatan Rakyat akan beli Ahli UMNO untuk lompat parti.. err.. boleh percaya ke? Posted: 14 Dec 2012 08:43 PM PST Ini adalah maklumat yang diterima dari sumber dalaman Pakatan Rakyat kata Ketua Penerangan Perkasa Tn Hj Ruslan Kasim. Menurutnya pada masa ini pihak Pakatan masih lagi diperingkat mengenalpasti kumpulan sasar atau individu individu tertentu dalam UMNO dan BN yang mereka jangka akan kecewa apabila tidak dipilih menjadi calon pada PRU 13. Mereka akan ditawarkan dengan wang ringgit untuk melakukan samada kegiatan sabotaj atau lompat parti. Wahhh.. banyak duit rupanya Pakatan Rakyat ni.. sampai boleh nak bayar ahli UMNO/BN untuk sabotaj BN... ha..ha..ha.. boleh percaya ke kata Roslan Kassim tu?? Yang kita tahu selama ini UMNO/BN yang buat kerja macam tu.. Yang aku dengar pulak.. agen-agen UMNO/BN sedang cuba menghampiri Petugas-petugas PACA dari Pakatan Rakyat untuk dibeli pada PRU ini.. OK.. aku dah bagitahu.. kalau pemimpin Pakatan Rakyat masih tak peduli lantaklah.. Ini laporan berkaitan.. Pakatan Pembangkang sedang merangka untuk 'membeli' ahli UMNO dan BN yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calun. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan