Anak Sungai Derhaka |
- Rosmah lancar kapal latihan TLDM sambil diperhatikan Zahid Hamidi..
- Utusan Kantoi cuba perbodoh Melayu!.. Azeez bukan Duta yang pertama..
- APA?? Najib arahkan Bala tarik balik SD? (Video Inside)
- Utusan disahkan sebar fitnah lagi!! dan diarah bayar RM50K kepada Karpal Singh.
- Digelar 'Anjing Imperialis'.. Ini jawapan BJ Habibie buat Zainuddin Maidin..
Rosmah lancar kapal latihan TLDM sambil diperhatikan Zahid Hamidi.. Posted: 14 Dec 2012 06:53 AM PST Setelah menunjukkan penguasaannya terhadap pemimpin UMNO dari Melaka dengan menjadikannya sebagai pencacai untuk membaca teks ucapannya ( baca di SINI ), Rosmah melancarkan kapal perang pula. Baca dan fahami apa yang sebenarnya tersirat dari laporan ini.. BANTING 14 Dis - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini telah menamakan seterusnya melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang. Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Jika melancarkan sebuah Kapal Perang dianggap sebagai satu penghormatan, Isteri Tun Mahathir adalah individu yang lebih layak melancarkannya.. Kerana beliau adalah Isteri kepada Mantan Perdana Menteri yang banyak berjasa membangunkan negara ini disamping mengkayakan kroni dan anak-anaknya.. Tetapi kenapa agaknya Rosmah yang hanya merupakan isteri Perdana Menteri yang entah apa jasanya kepada negara diberikan laluan oleh Zahid Hamidi untuk menamakan dan melancarkan Kapal Perang tersebut.. Sebagai satu penghormatan atau terpaksa memberi laluan agar nama dikekalkan untuk bertanding dalam PRU13 nanti?? Atau adakah Rosmah Mansor akan turut bertanding dalam PRU nanti? | ||
Utusan Kantoi cuba perbodoh Melayu!.. Azeez bukan Duta yang pertama.. Posted: 14 Dec 2012 04:00 AM PST Untuk mengangkat atau mempromosikan seorang pemimpin UMNO, Lidah Rasmi UMNO atau Utusan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia terutamanya Melayu dari Saluran 1 yang membacanya.. Untuk itu, akhbar milik UMNO telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Azeez sebagai Duta Kehormat bagi Rakyat Palestin yang mengurus segala hal rakyat terutama kemanusiaan bagi negara itu. Antara laporannya, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.
19 dari mereka adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Salah seorang penerima itu, Dr Fauzi Zakaria berkata, beliau dan kira-kira 50 lagi ditanya apakah mereka mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebelum diberikan watikah sebagai Duta Khas itu. Selepas berkata setuju, mereka diminta berbaiah (berikrar) dengan nama Allah akan memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Selepas itu, mereka dianugerahkan sijil berupa perlantikan sebagai Duta Khas itu sebagaimana surat yang diterima Abdul Rahim yang dilaporkan akhbar Umno itu hari ini. "Kami dah terima perlantikan itu 4 Syawal (22 Ogos 2012) iaitu kira-kira empat bulan lalu lagi, tetapi kerana bukan pemimpin Umno, tak adalah muka kami masuk muka depan Utusan," kata Fauzi. Menurutnya, pelbagai NGO dari seluruh dunia datang ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin. "Biasanya ketua rombongan atau ketua NGO yang datang akan dilantik sebagai Duta Khas Palestin ini," katanya. Sumber info : Harakahdaily | ||
APA?? Najib arahkan Bala tarik balik SD? (Video Inside) Posted: 14 Dec 2012 12:46 AM PST Bermula dari hari Perhimpunan Agong UMNO diadakah hingga kini, Deepak Jaikishan telah melakukan beberapa siri pendedahan yang menggemparkan negara.. ianya pasti akan lebih gempar lagi jika disiarkan oleh TV3 dan Astro.. Nama Najib dan Rosmah telah berulang kali disebut dan dikaitkannya sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam kes yang melibatkan rasuah bernilai RM500 Juta dan melibatkan satu nyawa terkorban. Namun hingga kini kita melihat tidak ada seorangpun pemimpin UMNO yang mempertikaikannya hanya pencacai-pencacai UMNO yang bermati-matian menafikannya, malah tuan punya tubuh yang dituduh oleh Deepak juga membisu. Persoalannya disini.. jika apa yang didakwa oleh Deepak adalah fitnah mengapa Najib dan Rosmah terus membiarkannya melakukan pendedahan demi pendedahan? Kenapa Najib dan Rosmah tidak menjawab walau sepatahpun sedangkan apa yang didedahkan oleh Deepak itu?.. Hari ini pula Deepak mendakwa Najib adalah individu atau dalang yang telah mengarahkan PI Bala supaya menarik balik pengakuan bersumpah yang dilakukannya pada tahun 2008.. Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.Video berkenaan.. | ||
Utusan disahkan sebar fitnah lagi!! dan diarah bayar RM50K kepada Karpal Singh. Posted: 13 Dec 2012 08:05 PM PST Hari ini sekali lagi Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia dibuktikan oleh Mahkamah Tinggi sebagai penyebar fitnah.. dan mangsa fitnah mereka ialah Karpal Singh pula. Ini berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pihak Utusan membayar RM50,000 kepada Karpal kerana artikel yang memfitnah beliau pada tahun 2008. Hakim telah mendapati artikel bertajuk "DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu" sememangnya berniat jahat... Aku pun tak tahu dah berapa kali dah Lidah Rasmi UMNO ni kalah saman di Mahkamah sebab sebar fitnah.. Dan ini juga membuktikan dakwaan Ketua Wanita UMNO bahawa Allah bersama Utusan ( baca di SINI ) hanyalah kata-kata untuk memperbodohkan perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.. KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam. Dah berulang kali rasanya Utusan yang menjadi Lidah Rasmi UMNO ini dibuktikan menyebar fitnah oleh Mahkamah... tapi yang aku hairannya masih ada yang percaya dengan laporan Utusan ni.. Buta hati atau Buta perut mereka-mereka itu? | ||
Digelar 'Anjing Imperialis'.. Ini jawapan BJ Habibie buat Zainuddin Maidin.. Posted: 13 Dec 2012 04:00 PM PST Bekas Menteri yang datangnya dari UMNO Tan Sri Zainuddin Maidin telah mengkritik mantan Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie melalui penulisannya dalam Utusan Malaysia Isnin lalu. Zainuddin Maidin juga telah mendakwa Habibie sebagai penyebab berlakunya perpecahan rakyat Indonesia kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu dalam porak-peranda hingga kini. Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden dan demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr. Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah 'dipungut' daripada ABIM. Habibie juga menurut Zainuddin sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden. Diakhir artikelnya Zainuddin menulis Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada "The Dog Of Imperialism." Kalau korang nak baca artikel penuh sila baca di Google's cache ( SINI ) pasal Utusan On-line dah removed artikel itu.. Meskipun dihina sedemikian rupa oleh Pemimpin UMNO.. berikut adalah jawapan dari BJ Habibie.. JAKARTA - Mantan presiden RI ke-3, BJ Habibie menganggap hinaan dan pelecehan yang dilontarkan mantan menteri penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai sebuah pujian. ''Kalau ada yg menghina Anda, anggap aja sebagai sebuah pujian bahwa dia berjam-jam memikirkan Anda, sedangkan Anda tak sedetik pun memikirkan dia," ujar Habibie melalui akaun facebook The Habibie Center. Dalam tulisannya, Zainuddin menuding Habibie sebagai pengkhianat bangsa, lantaran semasa menjabat Presiden RI, Indonesia harus kehilangan Timor Timur (sekarang Timor Leste). Bahkan, Zainuddin menyebut The Dog of Imperialism dan lengsernya Habibie yang merupakan pemerintahan tersingkat dan jatuh dalam kehinaan. Penghinaan mantan menteri Malaysia itu mendapat kecaman dari tokoh dan masyarakat Indonesia. Sikap Habibie yang menganggap penghinaan itu sebagai bentuk pujian mendapat simpati dari masyarakat. Habibie dinilai sebagai negarawan sejati ~ Republika Secara tidak langsung BJ Habibie telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar.. bukannya bernafsu besar seperti pemimpin UMNO yang mengkritiknya itu.. Woit!! Mamak Zainuddin!! Hang tak rasa malu ka?? Baca juga tindakan yang akan diambil oleh Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia terhadap Malaysia berikutan kenyataan bangang bekas Menteri dari UMNO itu di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan