Khamis, 13 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sejak bila Ali Rustam dilantik jadi pencacai Rosmah nie?

Posted: 13 Dec 2012 06:31 AM PST


Yang terpampang dalam banner di atas ialah gambar Rosmah Mansor kalau korang tak kenallah.. Dia ialah isteri kedua kepada Perdana Menteri Malaysia yang bernama Najib bin Tun Razak.

Isteri pertama Najib ialah Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan.

Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang dibawa Najib ke majlis-majlis Kerajaan dan menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu.. nak tahu lagi sikit sila baca di ( SINI )

Menurut banner itu yang keseluruhannya boleh dilihat di bawah, beliau akan hadir pada Malam Pemantapan Mutiara Mubarak pada 12.12.12 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Melaka…

Malangnya pada malam yang dijadualkan Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri itu tidak dapat hadir atas sebab apa tak tahulah.

Jadi.. pada malam tersebut dilantiklah Ketua Menteri Melaka sebagai pencacainya untuk membaca teks ucapan Rosmah..

Korang nampak tak betapa berkuasanya Rosmah Mansor ni?..

Dia hanya isteri kepada seorang Perdana Menteri yang tidak punya sebarang jawatan baik dalam UMNO mahupun dalam Kerajaan tetapi boleh mengarahkan Ketua Menteri untuk membaca teks ucapannya…

Berikut adalah laporan dari BERNAMA yang mengatakan Teks ucapan Rosmah dibaca Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan terus menjadi 'jambatan penghubung' antara bekas wakil rakyat dan keluarga mereka dengan kerajaan demi kesinambungan kemajuan bangsa dan negara.

Beliau berkata anggota MUBARAK walaupun telah berpencen daripada menjadi wakil rakyat masih boleh terus setia berkhidmat untuk pembangunan negara selaras dengan moto pertubuhan itu iaitu terus berkhidmat.

NONESebagai contoh, katanya, program Motivasi Anak Angkat MUBARAK negeri Melaka selama dua hari bermula semalam dilihat membantu para pelajar yang merupakan ahli keluarga Mubarak mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa depan.

"Ia dapat membina karier mereka dan seterusnya meneruskan kesinambungan legasi keluarga mereka untuk menyumbangkan tenaga dan usaha kepada pembangunan negara sebagaimana dilakukan oleh ayah ataupun ibu mereka yang bergelar wakil rakyat," katanya pada majlis Pemantapan Mutiara MUBARAK di Melaka, semalam.

Teks ucapan beliau dibaca Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Rosmah berkata melalui program seumpama itu, bukan sahaja pemantauan dan latihan dapat dilakukan malah para pelajar tersebut dapat dibimbing dengan pembentukan akhlak dan moral yang baik, ditanam dengan semangat perpaduan, cintakan negara dan nilai patriotisme yang tinggi.

Katanya, jika pendekatan tersebut dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa pelajar berkenaan ia mampu mendorong mereka kembali berkhidmat untuk pembangunan negara.

"Mereka mungkin bekerja dengan kerajaan negeri menjadi pegawai yang cemerlang ataupun sebagai ahli perniagaan yang berjaya mahupun ahli politik yang akan mengharumkan nama negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap program anak angkat tersebut dapat membantu menjadi pendokong dalam mempergiatkan lagi usaha pencapaian matlamat negara dalam melahirkan modal insan bertaraf "minda kelas pertama".- Bernama


Tahniah Najib!! keranamu Malaysia telah dinobatkan sebagai Juara Dunia..

Posted: 13 Dec 2012 01:21 AM PST


Sebagai rakyat Malaysia kita sewajarnya mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kerana hasil dari usaha gigih dan agenda transformasi yang dibawanya..

Kerana agenda transormasi yang dibawanya, negara kita Malaysia kini telah dinobatkan sebagai juara dunia dalam kategori rasuah..


Transparency International berkata Malaysia adalah negara terburuk dalam pada 2012 . Hampir 3,000 eksekutif dari 30 negara sama ada mereka telah kehilangan kontrak pada tahun lepas kerana pesaing membayar rasuah, keputusannya,di Malaysia, 50% daripada bancian berkata 'ya'.

Tempat kedua adalah Mexico, yang berada di 48%. Menurut Wall Street Journal, Jepun disenaraikan sebagai tempat kurangnya rasuah di dunia untuk menjalankan perniagaan, dengan hanya 2% daripada responden .

Sebaliknya Singapura berjiran dengan Malaysia adalah kedua paling bersih, yang merupakan 9%. Malah Indonesia, dengan reputasi lama untuk rasuah, meningkat lebih baik daripada dan lebih maju dari Malaysia.

Sebagai perbandingan, 27% daripada responden di China berkata mereka fikir rasuah ialah kos mereka perniagaan, menurut laporan itu.

"Ia menunjukkan sikap syarikat-syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan bahawa rasuah dalam sektor awam boleh sistemik dan dalam erti kata yang diinstitusikan," Paul Low, presiden bab Transparency International Malaysia, katanya.


Transformasi kepala bapak hang Najib!! buat malu bangsa dan negara saja!!

Sumber di ( SINI ) dan juga di ( SINI )

Tengok nih!! Kejamnyaa.. Budak 4 tahun pun dibelasah begini teruk.. (Video Inside)

Posted: 12 Dec 2012 11:04 PM PST


Seorang mekanik berusia 32 tahun, akhirnya diberkas oleh pihak polis setelah video klip yang menunjukkan dia menyeksa anak lelaki tirinya yang berusia empat tahun, dimuatnaik ke Facebook pada Isnin lalu oleh jirannya.

Klip video 9 minit tersebut telah dirakamkan di ruang tamu sebuah rumah di Taman Intan, Kapar.

Di dalam video tersebut, seorang lelaki pada mulanya telah memaki hamun seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sebelum menampar muka mangsa menyebabkan mangsa yang berbadan kurus tercampak ke atas lantai.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut menyepak, memijak dan menamparnya berulang-ulang kali selain menumbuk kanak-kanak malang itu.

Kanak-kanak itu kemudiannya dicampakkan dan dihenyak di atas sofa.

Video berkenaan dipercayai dirakamkan oleh seorang wanita.

Suara wanita berkenaan terdengar jelas di dalam rakaman berkenaan.

Dipercayai video tersebut telah jatuh ke tangan jirannya sebelum jirannya itu memuatnaik ke Facebook dan kemudian membuat laporan polis pada hari Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelang Utara, DSP Md. Ani Ahmad berkata, ekoran laporan polis berkenaan, lelaki tersebut telah diberkas di rumahnya.

Polis kini sedang menjejaki kedua-dua isteri lelaki tersebut yang sekarang ini sedang bersembunyi.

Ini videonya.. aku tak sanggup nak tengok sampai habis..



Akibat kebodohan Pemimpin UMNO.. inilah hasilnya..

Posted: 12 Dec 2012 08:01 PM PST


Korang pernah dengar ayat "When the mouth moves faster than the brain"?.. beginilah hasilnya bila bercakap tak guna otak..

Tapi aku tak mahulah buruk sangka terhadap pemimpin UMNO ini.. sebabnya mungkin dia hendak menggunakan otaknya dulu sebelum berkata-kata.. tapi sayang.. otaknya tak ada, jadi macam mana dia nak berfikir..

Hasilnya.. hubungan dua buah negara yang kini tegang dengan beberapa insiden melibatkan salah laku seks yang dilakukan terhadap Amah dari Indonesia, kini bertambah tegang..

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), sebuah badan perundangan Indonesia akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengkritik kenyataan bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai "anjing imperialis".

Perwakilan MPR mengambil sikap tegas di atas kenyataan Zainuddin, yang menambahkan ketegangan di antara kedua-dua negara.

Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan oleh Jakarta Globe hari ini bahawa bekas menteri penerangan itu harus mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dan penuh kesopanan.

Beliau juga memberi amaran kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.

"Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya.

"Kita berharap tindakan yang tegas perlu diambil kepada beliau, kerana ia datang dari bekas menteri penerangan," katanya di dalam akhbar berbahasa Inggeris itu.

Zainuddin mengkritik Habibie yang memberi syarahan umum di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam Utusan Malaysia Isnin lalu, dengan memanggilnya sebagai "sombong" dan menyamakan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengakhiri artikel tersebut dengan memanggil mereka "anjing imperialis".

"Saya tidak boleh bayangkan bagaimana terseksanya penonton [di Unisel] untuk mendengar seorang lelaki yang egonya tinggi, terutamanya selepas dia akhirnya mendapat peluang untuk bercakap di hadapan mereka yang dia anggap sebagai bodoh, selepas sekian lama rakyat Indonesia tidak mahu mendengar atau menghormatinya," kata Maidin di dalam ruang editorial Utusan, menurut Jakarta Globe.

Pengerusi parti pemerintah Indonesia Parti Demokratik Anas Urbaningrum juga membantah kenyataan Zainuddin.

"Bekas menteri dari Umno itu perlu diajar cara-cara untuk bersopan.

"Dia tidak seharusnya mengheret mantan Presiden Habibie dalam persaingan politik mereka dengan menghinanya. Ini tidak sepatutnya berlaku," kata Anas lagi.

Beliau juga menyeru pemerintah Indonesia untuk menuntut maaf dari Zainuddin kepada Habibie ke atas penghinaannya, kata akhbar itu lagi.

Selasa lalu, Menteri Luar Marty Natalegawa berkata, Jakarta tidak melayan artikel tersebut dan menganggap itu cuma "perkara remeh".

Menteri itu dilaporkan berkata bahawa kenyataan Zainuddin adalah "gila", tetapi tidak berminat untuk membaca artikel tersebut, dengan menambah bahawa kerajaan mempunyai banyak tugas berbanding memberi tumpuan kepada seorang bekas menteri dari Malaysia.

Semalam, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu Zainuddin memohon maaf atas penghinaannya ke atas Habibie dan Anwar, dengan berkata kenyataannya dapat menambah ketegangan Malaysia dan Indonesia.

~ The Malaysian Insider

Nik Aziz jadi Wali pada Apek?.. bodohnya Pencacai UMNO nie..

Posted: 12 Dec 2012 04:30 PM PST



Nak kata dia ni bodoh.. nampak macam tak lah bodoh sangat pasal dia tahu menulis dan membaca.. tapi dari apa yang ditulisnya tu nampak dia bodoh lah pulak..

Sebabnya dari apa yang dia tulis nampak sangat dia tak tahu nak bezakan antara Jurunikah dan juga Wali..

Ada ka patut dia kata Nik Aziz jadi Wali pada Apex pulak..

Lain kali kalau tak tahu.. bertanya jangan main tulis membabi buta macam babi yang buta saja..

Apex tu lelaki jadi dia tak perlukan Wali untuk berkahwin.. yang perlukan Wali ialah Leuniey dan walinya ialah Ayahnya sendiri..

Dalam perkara ini wali kepada Leuniey iaitu ayah kepada Leuniey telah menyerahkan kepada TG Nik Aziz untuk menyempurnakan pernikahan Apek dan anaknya Leuniey..

TG Nik Aziz telah dijemput sebagai jurunikah yang akan menikahkan mereka berdua… bukannya sebagai wali..

Buat malu orang Penang saja Blogger dari Unit Media Baru ni..

Ini laporan berkaitan...


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.

Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau.

Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey.

Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan.

Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri.

Kalaulah Allahyarham Mat Kilau masih hidup, tentu dia akan kata kepada Blogger UMNO tu "Hish!! Hang ni buat malu nama aku saja!!!.. kalau bangang tu janganlah tunjuk kat orang!!"

Lagu ini ditujukan khas untuk puak disebelah sana...

Tiada ulasan: