Selasa, 11 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kerana menangis teresak-esak semasa Perhimpunan Agung UMNO, Cikgu Seman kini bergelar 'Datuk'

Posted: 11 Dec 2012 07:32 AM PST


Ni sebahagian dari kata-kata Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini tentang Pak Cik yang gambarnya sangat buruk ketika menangis di atas..

"Yang menyentuh perasaan saya... Cikgu Seman dari Jasin... hiba hati dia mendengar ucapan saya... Cikgu Seman tak pernah menjadi wakil rakyat, tapi Cikgu Seman cinta, komited dan setia kepada parti"

Cikgu Seman atau Seman Deros, 70 yang namanya begitu popular pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Ini adalah kerana jasanya yang amat besar kepada negeri Melaka, iaitu menangis teresak-esak bila mendengar ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2012…

Veteran UMNO itu menerima anugerah berkenaan hari ini sempena hari jadi ke 74 Yang di Pertua Negeri Melaka.


Menangispun boleh dapat 'Datuk'??

Kalaulah masa PAU haritu Cikgu Seman ni menangis sampai berguling-guling dalam PWTC tu.. tentu dia dapat 'Datuk Seri'..

Sumber gambar dari SINI 

Baca juga kisah seorang 'Datuk' yang diusir keluar dari rumahnya di ( SINI )

Pengerusi Tetap Wanita UMNO dianugerah projek jalan RM300Juta.. duit lesap, jalan tak siap-siap?

Posted: 11 Dec 2012 04:34 AM PST


Projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi adalah satu lagi projek oleh Kerajaan Barisan Nasional, ianya penuh dengan kontroversi dan menimbulkan banyak persoalan..

Carian di internet mendapati projek ini telah beberapa kali terbengkalai, Ianya sepatutnya siap pada tahun 2007.

Amat memeranjatkan walaupun projek ini telah terbengkalai dan kontraktor yang terlibat sepatutnya disenarai hitam, laman web CIDB menunjukkan kontraktor yang sama telah dilantik semula untuk memulihkan projek ini.

Kos projek pada asalnya cuma RM118 juta kini telah menjadi hampir RM300 juta, dan masih belum siap-siap.

Jika projek lembu NFC Gemas dengan nilai RM250 juta melibatkan keluarga Menteri Wanita Umno, projek RM300 juta Jalan Pasir Panjang ke Linggi ini pula melibatkan bekas Menteri Wanita Umno dari N.Sembilan iaitu Dato Napsiah Omar.

***************************************

Maklumat Syarikat: : HARTAJAYA-BENTENG TIMUR-AMR JELI JV SDN. BHD.
CIDB : No Pendafataran : 0120051003-WP106638
ROC : 597928T

Ahli Lembaga Pengarah:

1. DATO NAPSIAH BINTI OMAR
2. DATO SRI RAM A/L M.S SARMA
3. NORIZAN BIN MOHD AMIN

Maklumat Projek:

10-11-2011
RM 47,500,000.00

Seksyen 1 - Prjk Menyiapkan Kerja Tertinggal Bg Membina Jln Baru Dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson Ke FR5 Laluan 5 Di Pasir Panjang & Menaik Taraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Linggi

20-06-2008
RM 118,610,418.92

Cdangan Jln Baru Dari Lebuhraya Seremban PD- FR5 Dari Pjang Dan Menaiktaraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Langgi. 06-01-2005 RM 118,610,418.92 Membina Jalan Baru Dari Lebuhraya Seremban-PD-FR5 Di Pasir Panjang & Menaiktaraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Linggi (Seksyen 1)

Sumber : CIDB

Berita berkaitan..

TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai ~ Utusan

Jawapan lisan isu Lebuh Raya Seremban Port Dickson pada 21 Oktober 2010 di Parlimen...

Merujuk kepada jawap pada soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa selesai pada pertengahan 2012.

Peningkatan harga dan juga kelewatan untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang ingin menjalan kerja-kerja tersebut.

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009 ~ sumbernya dari ( SINI )

Kerana geram dan kecewa dengan masalah yang timbul berikutan kelewatan projek pelebaran Jalan Pasir Panjang-Linggi dekat sini, 10 April 2010 beberapa penduduk bertindak membakar geran asal rumah mereka.

Tindakan itu merupakan tanda protes penduduk yang sudah bosan dengan kemelut yang dihadapi termasuklah terpaksa berhadapan banjir lumpur, debu dan risiko kemalangan jalan raya.

Menurut Chegu Bard Projek ini telah dilaksanakan secara RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktor Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd.

Meskipun Syarikat tersebut telah gagal menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap projek (tanpa denda) ke Disember 2009.

Sedikit maklumat mengenai Syarikat Hartajaya..

Maklumat Syarikat: HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
CIDB : i) No Pendafataran : 1960906-SL005270
PKK : i) No Pendafataran : 1006 A 2005 0120
ii) Kelas : A ROC : 155443X

Maklumat Ahli Lembaga Pengarah:
1. MAZWIN BINTI BAHARUDDIN
2. SRI RAM A/L MS SARMA
3. SUHUT BIN MD SALIH

Maklumat mengenai Genting Timur dan AMR Jeli JV Sdn. Bhd sila lihat di ( SINI )

Hmmm.. Keluarga Ketua Wanita UMNO dapat projek RM250Juta.. Pengerusi tetap Wanita UMNO pula dapat projek RM300 Juta.. pencacai UMNO dapat apa?

DBKL Menganas lagi!! Datuk Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah..

Posted: 10 Dec 2012 11:37 PM PST


Biarpun memiliki gelaran 'Datuk' satu gelaran yang diimpikan oleh kebanyakkan ahli-ahli politik terutamanya dari PKR..

Tanpa wang untuk membeli kuasa dan tanpa kuasa untuk menjana kewangan inilah jadinya.. tiada penghormatan untuk dirinya.. meskipun beliau mempunyai gelaran 'Datuk'..

Dalam masa yang sama ini juga adalah bukti kejayaan pemimpin UMNO/BN dalam memperjuangkan nasib Melayu setelah lebih dari 50 tahun berkuasa..

Yang bertambah kaya pemimpin UMNO dan Kroninya.. yang bertambah miskin papa kedana golongan marhaen yang kononnya nasib mereka diperjuangkan oleh pemimpin UMNO..

Negara kaya raya.. tapi rakyat papa kedana... HIDUP MELAYU!!!

Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800. Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru. Alisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.

Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.

Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

"Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Zed Zaidi

"Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian," katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.

Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

~ mStar Online

Tengok ni! nak meramaikan Pesara Tentera ke Majlisnya, Najib umpan mereka voucer RM50

Posted: 10 Dec 2012 08:54 PM PST

Media-media tunggangan UMNO/BN sering mencanangkan kononnya dalam setiap Majlis yang di hadiri oleh Najib Tun Razak sambutan rakyat amat menggalakkan.

Tetapi apa yang mereka sembunyikan ialah bagaimana penganjur terpaksa berhempas pulas malah menjanjikan upah atau ganjaran kepada setiap yang dipaksa hadir.

Untuk meramaikan hadirin ke majlisnya di Pulau Pinang baru-baru ini, ada yang mendakwa Kakitangan Pentadbiran USM telah dikerah untuk hadir.

Pengerusi Persatuan atau Kelab Mahasiswa USM telah diberikan notis untuk menghantar sekurang-kurangnya 50 orang ahli kelab atau Persatuan yang berada di dalam USM.

Dan penduduk berhampiran dengan USM pula mendakwa menerima panggilan dari wakil Telekom Malaysia yang mengatakan mereka telah terpilih sebagai salah seorang yang bertuah untuk menerima hadiah sebagai pelanggan setia TM.

Dan mereka diminta hadir untuk membuat tuntutan hadiah berkenaan di booth Telekom Malaysia yang disediakan di Jelajah Janji di Tepati di USM pada pukul 11.00 pagi hinga 2.00 petang.

Selain itu bas-bas juga disediakan secara percuma dari segenap pelusuk Pulau Pinang malah hingga ke Kedah untuk mengangkut sesiapa sahaja yang mahu ke Majlis Najib itu.. nanti aku siarkan gambar-gambar puluhan bas yang diguna itu..

Ini pula adalah kaedah yang Najib terpaksa gunakan bagi meramaikan pesara Tentera ke majlis 'Program Inspirasi Perdana' yang akan menyaksikan 'Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7' olehnya.

Seperti biasa pengangkutan, makan minum adalah disediakan dan elaun dalam bentuk voucer juga diberikan.

Bagi mengelakkan Pesara hanya mengambil elaun RM50 itu tetapi tidak hadir ke Majlis Najib itu voucer elaun hanya diserahkan oleh pemandu bas apabila bas telah sampai di Sekolah Menengah Clifford dimana majlis akan berlangsung..


Sumber dokumen : Manjung Mari

Musa Hassan dakwa Robert Phang arah Polis luluskan projek kroninya..

Posted: 10 Dec 2012 06:13 PM PST


Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.

Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

"Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu," katanya pada sidang media di sini .

Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang 'mengarahkan' pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.

"Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.

"Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu," katanya.

Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.

"Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.

"Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?" soalnya.

Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan.

Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.

"Ia berlaku lepas saya bersara," jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.

"Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.

"Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka," kata Musa.


Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel.

~ Keadilandaily

Tiada ulasan: