Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Najib makan di Restoran yang diragui status Halal nya...
- Ahmad Maslan jadi penasihat Biografi Rosmah..
- Ahli Parlimen Jerantut tak keluar UMNO la..
- Prihatinnya Najib nie.... terharu aku melihatnya..
PANAS!! Najib makan di Restoran yang diragui status Halal nya... Posted: 10 Dec 2012 06:11 AM PST Menulislah seorang pencacai UMNO/BN bila Najib memandu sendiri ke sebuah Restoran Daun Pisang.. DATANG TIDAK BERPROTOKOL,TANPA KARPET MERAH ,MINUM DAN MAKAN SEPERTI RAKYAT BIASA KAT WARUNG MAMAK AJA-HEBAT PM, RAKYAT MENYAYANGIMU.. Mungkin yang menulis ayat di atas adalah pemilik Restoran itu sendiri.. Najib perlu diangkat setinggi mungkin untuk melindungi sesuatu sebenarnya. Semala Najib telah dilaporkan memandu sendiri sebuah Merc, bukan Proton Preve yang dilancarkannya baru-baru ini.. ke sebuah Restoran atau Kedai mamak yang menyediakan makanan beralaskan daun pisang. Bagaimanapun kehadirannya tidak dipedulikan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia yang sedang menjamu selera di Restoran tersebut, hanya pekerja-pekerja Restoran tersebut mengerumuninya untuk bergambar. Mungkin juga sebagai menunjukkan penghargaan kepada Najib yang telah memberikan mereka MyKad kepada mereka dengan syarat menjadi pengundi kepada UMNO/BN. Sebenarnya nama restoran yang Najib singgah untuk mentekedarah ini ialah sebuah Restoran yang menggunakan tanda HALAL yg diragui statusnya. Ini kerana pada 25 November yang lalu JAKIM telah menyerbu Restoran Raju ini kerana menggunakan tanda HALAL yg diragui statusnya dan separuh dari pelanggannya setiap hari adalah orang melayu yang beragama islam. Operasi ini diketuai penolong pengarah hub halal jakim Ustaz Mohd Amri Abdullah bersama anggota dan pegawai Jakim dan KPDNKK Selangor. Pemeriksaan juga menemui sijil halal tetapi dari pihak swasta yang sememangnya tidak pernah diiktiraf oleh jakim dan kerajaan, sijil itu pula telah pun tamat sejak setahun yang lalu, atas kesalahan itu pemilik restoran ini telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 (1) akta perihal dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksimum sehingga RM 250 ribu jika sabit kesalahan. Semua logo logo Halal itu wajib DITANGGALKAN dan tidak lagi dipamirkan di premis itu... Laporan lebih lengkap mengenai Restoran yang Najib dan Rosmah singgah untuk mentekedarah ni sila lihat di ( SINI ) Suwey sungguh Najib dan Rosmah ni.. nak cari publisiti murahan kononnya mereka adalah pemimpin yang berjiwa rakyat tapi dah masuk silap kedai.. |
Ahmad Maslan jadi penasihat Biografi Rosmah.. Posted: 10 Dec 2012 05:19 AM PST Buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal terbit pada pertengahan Januari depan hari ini dipromosi sebagai penerbitan yang "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu. Penasihat penerbitannya Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu diperuntukkan khas dalam satu bab untuk buku setebal 164 halaman itu. "Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau (Rosmah) akan jawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah," katanya. Jelasnya, ia merupakan salah satu objektif buku yang memuatkan pelbagai gambar, serta menceritakan kisah hidup Rosmah dari kecil sehingga kini. "Kalau ada 10 objektif (penerbitan buku), salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat," katanya. "Bukan nak jawab tuduhan (semata-mata) tapi untuk gambarkan siapakah sebenarnya Datin Seri Rosmah dan perjuangannya," kata Ahmad Maslan. Ketika ditanya, Ahmad bagaimanapun enggan menyatakan bentuk dakwaan fitnah yang akan diperjelaskan Rosmah dalam buku berkenaan. "Kita tunggulah. Kemudian," katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media selepas pelancaran buku yang bakal diterbitkan Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) itu. Jawapan sama juga diberikan oleh pengerusi YAPM, Shamsulbahrin Ludin yang bertindak sebagai penerbit buku berkenaan. "Kena tunggulah. Kita tunggu. Apa yang disediakan akan diteliti dan bila selesai akan dijawab," katanya. Turut hadir dalam majlis pelancaran hari ini ialah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Sementara itu, Bernama melaporkan pada majlis hari ini, sebuah lagu dicipta khas untuk Rosmah, bertajuk 'Wanita Perdana' didendangkan penyanyi terkenal tanah air, Misha Omar. Lagu itu dicipta oleh Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) dan liriknya nukilan penggiat teater serta pengarah filem dan drama, Rosminah Tahir. Shamsulbahrin pada sidang media yang sama, berkata buku itu ditulis secara santai dan idea untuk menerbitkannya tercetus ketika beliau berada di London pada Mei lalu untuk menghadiri majlis bersama Perdana Menteri dan isteri di negara berkenaan. "Ekoran daripada pertemuan tersebut dan melihat laporan yang tersiar di internet, saya mendapati banyak perkara yang dilaporkan bertentangan dengan apa sebenarnya yang terjadi. "Hasil daripada kesedaran tersebut, saya berunding dengan Datuk Ahmad Maslan untuk merangka gerak kerja bagi menyediakan biografi ini, dengan dibantu dua penulis tersebut untuk menyediakan buku ini melalui proses penyelidikan, temu bual dan temu ramah terutama bersama Datin Seri Rosmah dan orang yang dikenal pasti," katanya. Shamsulbahrin berkata penyediaan buku tersebut telah selesai dan pada masa ini dalam proses penelitian dan semakan bagi tujuan percetakan. Dua penulis yang mengusahakan buku berkenaan ialah Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Siti Rohayah berkata terdapat 12 bab dalam buku itu dan memaparkan kehidupan Rosmah sejak zaman kanak-kanak, remaja, zaman persekolahan, universiti, alam pekerjaan, perkahwinan, anak-anak dan keluarga serta kehidupan sebagai isteri pemimpin. "Terdapat pandangan rakan dan kenalan lama antaranya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, rakan-rakan yang dikenali sejak 1964 di Kolej Tunku Kursiah yang mana pada zaman itu, beliau mempunyai empat rakan yang digelar pengetuanya sebagai 'the giddy group', mereka nakal tetapi cerdik dan pintar dan kebanyakan mereka ini adalah orang yang berjaya," katanya. Katanya beliau mengenali isteri perdana menteri itu sejak awal perkahwinan Rosmah dan Najib, bukan selepas menjadi isteri timbalan perdana menteri atau perdana menteri. "Kenapa saya bersetuju untuk menulis buku ini, saya menulis buku ini kerana saya sayang Datin Seri Rosmah dan saya mengenali hati budinya. Oleh kerana itu, apabila kita membaca sebuah buku, kita tidak boleh melihat kulit buku itu tetapi dari dalam," katanya. ~ Malaysiakini |
Ahli Parlimen Jerantut tak keluar UMNO la.. Posted: 10 Dec 2012 02:33 AM PST Menurut sumber, cerita mengenai bermula Tengku Azlan keluar UMNO initelah bermula bila beliau ditemuramah oleh Makkal Osai beberapa hari yang lalu. Dalam temuramah tersebut, dia tidak langsung menyentuh soal keluar parti atau menyertai parti Pakatan Rakyat. Apa yang beliau nyatakan ialah dia akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding lagi pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Hasratnya untuk bersara telah dinyatakan sebaik saja dia menolak jawatan Timbalan Menteri Luar semasa Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi mahu melantiknya dahulu. Beliau juga telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Maknanya tidak timbul soal "keluar parti" seperti yang dihebohkan sebenarnya. Ini laporan dari Free Malaysia Today PETALING JAYA: Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan beberapa blog. Ini pula laporan dari Keadilandaily.. KUALA LUMPUR 10 Dis: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan). |
Prihatinnya Najib nie.... terharu aku melihatnya.. Posted: 09 Dec 2012 04:30 PM PST Semuanya gara-gara pilihanyara yang bakal menjelang tiba... Anak bangsawan terpaksa berpura-pura hidup sebagai rakyat biasa meskipun selama ini tak pernah dijejaknya tempat sebegini.. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya dilihat singgah di sebuah restoran daun pisang di Jalan Gasing, Petaling Jaya tengah hari semalam. Kehadiran beliau yang memandu sendiri kenderaannya mengejutkan pengunjung yang makan di restoran tersebut. Najib turut mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra dengan mereka yang ada di situ. Sebenarnya bukan Najib saja yang terpaksa berpura-pura begini.. ramai lagi pemimpin ataupun ahli politik yang mempamirkan sikap hipokrit mereka bila pilihanraya menjelang tiba baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Jika dulu selepas pilihanraya, setelah menang mahu berjumpa pun sangat susah kononnya mereka kini setelah bergelar Wakil Rakyat terlalu sibuk kehidupan mereka. Sedangkan sebelum menang dulu, sanggup berjumpa rakyat dan bersama petugas parti sampai pukul dua atau tiga pagi.. Dulu.. setelah bergelar Waki Rakyat. pemimpin dari peringkat bawahan yang tidak sehaluan dengan mereka dianggap sebagai musuh mereka meskipun berada di bawah bendera yang sama.. pantang silap sikit, nak pecat saja yang sering keluar dari mulutnya.. Tapi sekarang kerana pilihanraya yang bakal tiba.. orang bawahan yang dianggap sebagai musuhpun sanggup dipeluknya seolah-olah dialah pemimpin yang sangat peka akan hal orang bawahannya.. Dulu setelah menang pilihanraya nak memenuhi jemputan kemajlis yang dianjurkan oleh ahli-ahli parti sendiri pun sangat susah.. Kalau hadirpun sekadar melepas batuk ditangga.. datang.. duduk lima minit keudian beri ucapan lepas tu bergegas meninggalkan majlis.. Tapi oleh kerana pilihanraya menjelang tiba.. dijemput pukul 8.30 malam.. pukul 8.00 malam dah tiba, boleh pula tunggu hingga majlis selesai lebih kurang pukul 11.30 baru meninggalkan majlis.. Yang dapat gelaran Datuk pula.. kalau dulu bersembang dengannya atau menyebut gelaran Datuk yang ada didepan namanya.. dia marah.. tapi plihanraya punya pasal.. sekarang ni tak sebut Datuk tapi sebut nama dia terrus pun dia tak kisah.. Sekarang baru pandai nak berjumpa semua orang untuk bersalam dengan semua orang yang ada dalam majlis.. dulu nak bersalam dengan semua orang?? Sorry lah.. aku ada title 'Datuk'.. korang ada apa? kalau korang nak bersalam dengan aku datang dekat aku.. Samalah dengan apa yang Najib lakukan ni... Siapa yang aku maksudkan di atas tu.. Ahli-ahli PKR Pulau Pinang yang aktif tentu sedia maklum.. jangan buat-buat bodo pulak... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan