ALHUSSEYN |
PAS: Ganti istilah 'God' kepada Tuhan, bukannya Allah Posted: 26 Dec 2012 12:18 AM PST
PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. "Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam," kata TUan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. PAS, tegasnya, melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan, tambahnya, cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian. "Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. "Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk," katanya. Sehubungan itu, katanya, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar. > "Bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah 'Lord'. "Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik," katanya. Menurut Tuan Ibrahim, ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.- Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan