Ahad, 23 Disember 2012

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


TV3 SUKU - BERLAKU DEPAN MATA TAPI TAK MASUK BERITA

Posted: 23 Dec 2012 05:33 AM PST

 Buletin Utama TV3 tidak menyiarkan berita ini:-
Sedangkan ianya berlaku di hadapan TV3!


Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak  program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan  "Kami sayang TV3".

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.

Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.

Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar.

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya.

Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.

Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi.

LAWAK AHAD - PAK DIN KATA NIK AZIZ CELUPAR

Posted: 22 Dec 2012 06:32 PM PST


KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dianggapnya celupar kerana mendakwa menyokong UMNO itu satu perbuatan yang mungkar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, itu merupakan satu lagi bukti jelas bahawa Nik Abdul Aziz sanggup mengeluarkan fatwanya sendiri tanpa berlandaskan hukum agama semata-mata untuk mempengaruhi orang Melayu mengundi Pas.

"Nik Aziz ini selalu dia celupar.. celupar ini taulah.. terlepas cakap begitu tanpa bersandarkan apa-apa hukum.

Sebelum Pak Din nak nasihatkan Nik Aziz, Pak Din perlu tanya diri sendiri adakah ilmu beliau setaraf dengan ulama!?.. Kalau anak sendiri pun gagal nak nasihatkan tutup aurat janganlah pergunakan Majlis Fatwa untuk kepentingan politik.

 Pak Din sendiri pun gagal tarbiyah anaknya agar menutup aurat

Hiburan kpop - hanya berpakaian seluar pendek dan skirt. Mana majlis fatwa... 

 Tanya budak-budak sekolah pun tahu, tak tutup aurat tu haram

 Chua Toilet hina hudud, Majlis fatwa sembunyi kat mana!...

 Pukul orang awam, dibolehkan oleh syarak ker!...

Tiada ulasan: