Addin |
- Gambar Kuliah Ustaz Azhar Idrus Yang Di Hadiri 30 Orang
- LIVE!! Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah Dari Alor Setar
- Musa, Deepak Bergabung Hancurkan Najib?
- Kerana Takut Malu, Najib Batal Program Serta Merta
- Gambar Terbaik 2012.. Saksikanlah!!
- Papagomo Seorang Bacul.. Ini Adalah Buktinya
Gambar Kuliah Ustaz Azhar Idrus Yang Di Hadiri 30 Orang Posted: 07 Dec 2012 08:03 AM PST |
LIVE!! Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah Dari Alor Setar Posted: 07 Dec 2012 06:38 AM PST Live!! Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah dari Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.. Selamat menonton.. Free desktop streaming application by Ustream |
Musa, Deepak Bergabung Hancurkan Najib? Posted: 07 Dec 2012 03:56 AM PST Pendedahan mengejutkan bekas rakan perniagaan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan berhubung akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuktikan wujudnya konspirasi peringkat tertinggi bagi menutup penglibatan perdana menteri Najib Altantuya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006. Tidak lama selepas itu, bekas ketua polis negara, Musa Hassan pula tampil dengan kenyataan mengerikan membuatkan lidah Najib Altantuya kelu untuk menjawab dan hanya berani mengucapkan takziah kepada penuntut Malaysia yang meninggal dunia di London pagi tadi di Twitter. Apa yang menyebabkan kedua-dua bekas orang suruhan Najib Altantuya berbuat demikian? Mudah saja, jika anda sudah tidak diperlukan lagi menyelamatkan perniagaan kroni dan suku sakat, bersedialah untuk ditendang keluar umpama kucing kurap. Bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dipercayai dalang di sebalik keluarnya dari pertapaan kedua-dua nama besar yang pernah menjadi topik hangat sebelum menghilangkan diri akibat tekanan berterusan yang dikenakan ke atas mereka. Maka di bahu Mahathir lah kununnya nama mereka boleh dibersihkan dari terpalit dengan skandal yang dicipta khusus untuk mematikan karier politik Najib Altantuya yang semakin hilang sokongan di peringkat akar umbi selepas perhimpunan agung Umno (PAU) terakhir sebelum pilihanraya umum. Seperti dijangka, sehingga kini Najib Altanuya enggan menjawab satu pun dakwaan Deepak yang mengaitkan dirinya dengan skandal pembunuhan Altantuya menurut akuan bersumpah pertama yang dibuat Balasubramaniam tidak lama selepas Najib Altantuya diangkat menjadi timbalan perdana menteri. Pun begitu, nasib Najib Altantuya bukannya terletak di tangan 13.2 juta rakyat Malaysia yang bakal keluar menunaikan tanggungjawab mereka empat atau lima tahun sekali tetapi kini ia berada di tangan Mahathir selaku pencatur politik terhebat Umno sejak 1981. Musa pula yang setia dengan Mahathir terutamanya dalam konspirasi pemecatan bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim pada 1998 tidak berpatah balik lagi ekoran skandal penyelewengan kuasa yang didedahkan bekas pesaingnya, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ramli Yusuff yang mendedahkan kumpulan samseng Tengku Goh di belakang Musa semasa menjadi orang nombor satu di Bukit Aman. Musa juga tersepit sama seperti Deepak tetapi nasib Deepak jauh lebih baik kerana awal-awal lagi menyatakan pendiriannya dalam satu konspirasi membayar sejumlah RM5 juta yang diberikan kepada adik Najib Altantuya, Nazim untuk menutup mulut penyiasat yang diupah khas kawan baik Najib Altantuya, Razak Baginda yang kini hidup dalam buangan di London, United Kingdom. Kini dia hanya menunggu arahan Mahathir untuk melepaskan 'bom berangkai' yang dipercayai kertas siasatan ke atas pembunuhan Altantuya yang sempat disimpannya untuk rujukan sekiranya diperlukan dalam masa sesak seperti sekarang ini. Apakah siri pendedahan kedua-dua mereka ini akan berakhir begitu saja? Nampaknya tidak, bahkan menurut satu sumber, Deepak dan Musa dipercayai bergabung tenaga atas arahan Mahathir memusnahkan Najib Altantuya bagi memberi laluan kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk memimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi serangan terhebat Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Kita tunggu saja perkembangan lanjut apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Deepak dan Musa serta tindak balas yang dianggap lemah oleh Najib Altantuya dalam misi mempertahankan kuasanya yang semakin menipis hingga April tahun depan. ~jalanpulang |
Kerana Takut Malu, Najib Batal Program Serta Merta Posted: 07 Dec 2012 02:02 AM PST Nampaknya parti yang 'dipilih Allah' seperti mana yang didakwa ketua penerangan pemuda Umno, Reezal Marican Naina Marican ini semakin 'tidak dipilih' rupanya! Maklumat ini disahkan sendiri menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan anak syarikat Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), UDA Land (North) Sdn. Bhd., yang menyebut majlis pecah tanah pembinaan Warisan Tanjong di Tanjong Tokong yang sepatutnya dirasmikan Najib Altantuya esok, terpaksa dibatalkan kunun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Surat yang bertarikh 3 Disember lalu yang ditandatangani Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn. Bhd., Kamarudzaman Mohd Zain itu baru tersebar di laman sosial sebentar tadi. Dalam surat empat perenggan itu, Kamarudzaman tidak menyatakan secara terpeinci sebab-sebab pembatalan majlis tersebut, tetapi dipercayai skandal penipuan penjualan tanah oleh beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang yang diketuai timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Musa Sheikh Fadzir adalah di antara penyebab utamanya. Sambil 'memohon maaf dan dukacita' di atas pembatalan majlis tersebut, Kamarudzaman dipercayai sudah mengarahkan kakitangan UDA yang dikerah hadir menyambut Najib Altantuya di majlis pecah tanah tersebut supaya membatalkannya serta-merta. Najib Altantuya seperti biasa bakal diiringi suaminya, Rosmah Mansor dan pegawai kanan kerajaan persekutuan dalam lawatan selama sehari juga bermula esok. Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih belum dapat ditemui bagi meminta komennya tentang pembatalan majlis tersebut yang dianjur agensi kerajaan pusat di bawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan itu. Musa yang didakwa memperolehi kekayaan segera RM5 juta dalam tempoh tiga bulan selepas berjaya memperdaya penduduk Melayu di negeri itu sehingga kini masih mendiamkan diri tanpa berani mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat yang membongkar skandal penipuannya ke mahkamah. Musa merupakan adik kepada bekas menteri pelancongan dan bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu yang kini aktif bersama Pakatan Rakyat membongkar kebejatan pemimpin Umno, Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Selain majlis tersebut yang kini dibatalkan, Najib Altantuya yang terkenal dengan gelaran 'Bapa Pengumuman' dijangka akan merasmikan sambutan perayaan rumah terbuka Deepavali peringkat negeri dan kesempatan ini terus digunakan menyerang kerajaan negeri kununnya masalah perumahan untuk penduduk kelas pertengahan dan bawahan yang serius di bahagian pulau tidak diselesaikan, padahal Pakatan Rakyat baru memerintah hampir sepenggal penuh. Bagaimanapun Guan Eng sudah cukup bersedia dengan serangan yang bakal dilancarkan Najib Altantuya termasuk isu pembatalan pembelian tanah di Taman Manggis kerana BN negeri gagal membayar premium tanah setelah tempoh dua bulan yang diberikan tamat semalam. Gula-gula lain yang dijangka ditabur Najib Altantuya adalah kununnya akan menyelesaikan masalah kesesakan di Georgetown dan Bayan Lepas sedangkan rejim BN gagal membayar hasil tahunan negeri yang dianggarkan 21% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri itu sebaik Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN dengan majoriti besar pada 2008 lalu. ~jalanpulang |
Gambar Terbaik 2012.. Saksikanlah!! Posted: 06 Dec 2012 07:50 PM PST Gambar terbaik 2012.. apa yang tersurat dan tersirat dalam gambar ni? Jangan luahkan dan komen.. simpan dalam hati je.. |
Papagomo Seorang Bacul.. Ini Adalah Buktinya Posted: 06 Dec 2012 04:44 PM PST Mengikut teman Tulang Besi yang mengikuti pusingan pertama saman Husam terhadap PAPAGOMO yang berjumlah RM10juta itu: PAPAGOMO ini menggunakan peguamnya untuk kerap meminta penangguhan. Tak tau kenapa PAPAGOMO nak pengangguhan ni. Yang lebih menyedihkan, PAPAGOMO seboleh-boleh MENAFIKAN yang blog PAPAGOMO beliau itu bukan miliknya. Kita semua ingatkan PAPAGOMO mahu mempertahankan hujjah tulisan beliau yang tidak disukai Husam Musa itu. Rupanya, sikit pun dia tak sentuh tulisannya itu. PAPAGOMO lebih selesa menafikan blog beliau itu adalah miliknya. Rupanya, manusia PAPAGOMO ni hanya berani mengaum dalam alam siber sahaja. Bila disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, dia menikus. Manusia PAPAGOMO ini adalah jenis manusia pengecut, bachul dan suka baling batu sembunyi tangan. Dia lebih selesa melontar tuduhan dan fitnah dari jauh tanpa mengira tuduhan itu benar atau tidak. Apabila dia disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, terus lari lintang pukang. Dia ingin mengikut jejak langkah kawannya, si Ruang Bicara Faisal, yang berjaya mengelak dari di saman kerana Mahkamah tidak yakin bahawa Faisal ini adalah tuan punya blog Ruang Bicara Faisal. Namun jangan takut kerana walaupun RBF ini menang pusingan pertama, kes beliau sedang berjalan di Mahkamah Rayuan. Khabarnya kali ini selori saksi2 akan memberi keterangan mengecam manusia bachul bernama Faisal ini.Maka atas pengalaman dengan blogger bachul nama Faisal itulah, kali ini peguam2 Husam Musa telah menyeret selori saksi yang akan mengecam PAPAGOMO. Termasuk yg akan jadi saksi adalah sepupu kepada Papagomo sendiri. Kalau ahli keluarga pun cam dia, mcmna dia nak nafi lagi? Rasanya kali ini PAPAGOMO tidak akan dapat lari seperti kawannya di Faisal itu. Ini kerana trick si Faisal tu Husam Musa serta lawyer2 Husam sudah maklum. Apa punya manusia si Papagomo ni. Blog sendiri pun tak nak mengaku. Jelas kepada kita bahawa Papagomo ini adalah manusia pendusta. ~tulangbesi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan