Rabu, 5 Disember 2012

Addin

Addin


Inilah Wajah-Wajah Ahli PAS Yang Sertai Umno Di Kedah

Posted: 05 Dec 2012 08:00 AM PST


Inilah wajah-wajah ahli PAS di Kedah yang sertai Umno. Bebudak mana yang mahadzir Khalid kutip untuk berlakon ni? Kalau nak tipu biarlah nampak real, ini tidak main tangkap muat je..

Semasa PAU12, kononnya ada khabar angin bekas pimpinan PAS akan sertai Umno namun tidak menjadi kenyataan. 


Mohon PAS Cawangan Kampung Genting Palas Kuala Nerang buat pencerahan,, betui ka bebudak diatas tu ahli/anggota PAS, tengok sekali pandang macam budak baru habis exam SPM aja..


Mohon PAS Cawangan Kampung Genting Palas Kuala Nerang buat pencerahan,, betui ka bebudak diatas tu ahli/anggota PAS, tengok sekali pandang macam budak baru habis exam SPM aja..




Iklan C(ii)



Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil - Keluarga Aminulrasyid

Posted: 05 Dec 2012 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis: "Keputusan mahkamah memang sangat tidak adil kepada pihak kami," kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati anggota polis dua tahun lalu.

Keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Semasa mahkamah mengumumkan keputusan itu pagi tadi, Azura dan keluarganya tidak ke mahkamah, tetapi mengikuti perkembangan melalui internet.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Pada 13 September tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah tanpa adil membebaskannya hari ini.

Berhubung keputusan tersebut, Azura berkata, keluarganya akan berbincang mengenai tindakan selepas itu bersama peguam.

"Kami akan bincang balik dengan peguam kami untuk tindakan seterusnya," katanya dipetik Malaysian Insider. ~kd



Iklan C(ii)



Nah!! Ini Bukti SMS Arah Samseng Umno Buat Kacau JMR Gombak

Posted: 04 Dec 2012 11:56 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa 'arahan' beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak. SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin kepada Keadilan Daily malam tadi.

Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

"SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah," jelasnya.

Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.

Berikut SMS tersebut:

Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak).


Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.

"Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. ~kd



Iklan C(ii)



16 Ribu Ahli PAS Sertai Umno

Posted: 04 Dec 2012 10:43 PM PST


Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota PAS Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di Kuala Nerang, yang bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas kecewa dengan hala tuju PAS sekarang.

"Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai PAS tiga tahun lepas, namun kecewa selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti."Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasankhususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih Umno yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang malam tadi.

Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin PAS di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.Beliau yang menyertai Umno bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin PAS menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai Umno.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota PAS yang menyertai Umno tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi Umno dan BN khususnya di Padang Terap."Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar PAS untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana Umno tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam Umno menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.Beliau turut berterima kasih kepada anggota PAS yang menyokong perjuangan Umno. ~bernama


Addin :

Wah!! Ingatkan 16 ribu yang sertai Umno..itupun yang sertai bekas ahli Umno yang buat u turn balik..


Iklan C(ii)



Anggota Polis Tembak Aminulrasyid Di Bebaskan

Posted: 04 Dec 2012 09:00 PM PST

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.

Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. ~sinar



Iklan C(ii)



Sah!! Samseng Umno Di Ketuai Oleh Ketua Pemuda Umno Gombak - Azmin Ali

Posted: 04 Dec 2012 08:00 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis: Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, serangan sekumpulan samseng Umno pada Ceramah Merdeka Rakyat malam tadi diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Ketua Pemuda Umno Gombak. Megat merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju.

 "Samseng Umno malam ini diketuai Megat. Dia adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak. Dia bersama 100 samseng Umno daripada silat lincah mengganggu program seawal 8.30 malam.

"Mereka menjerit, memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah serta bertindak biadap terhadap penduduk yang hanya hadir mendengar ceramah," kata Azmin kepada Keadilan Daily selepas program itu.

Serangan bermula kira-kira jam 10 malam semasa Timbalan Presiden KEADILAN itu sedang berucap di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2.

Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program tersebut.

Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah.

"Kalau mereka hendak naikkan bendera tiada masalah, tetapi jangan biadab dan ganggu rakyat," kata Azmin.

Selain berbuat bising menggunakan kata kesat, kumpulan samseng Umno turut melempar batu ke tapak ceramah.

Dalam kejadian tersebut, seorang guru juga cedera di kepala akibat dibaling pasu.

Haider Samsudin, tuan rumah yang juga Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, cedera ketika cuba mententeramkan keadaan berikutan ancaman samseng Umno di lokasi ceramah. ~keadilandaily





Iklan C(ii)



(Kemaskini) Ketua Samseng Umno Bergelar Datuk Di Kenal Pasti..

Posted: 04 Dec 2012 07:21 PM PST


Pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat mengecam keras serangan samseng Umno pada Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi yang mengakibatkan dua penyokong Pakatan Rakyat cedera.

Menurut Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak serta Adun Batu Caves , Amirudin Shari  memaklumkan beberapa hari sebelum, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak dimaklumkan, sistem pesanan ringkas (SMS) berlegar menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program tersebut.

Sebenarnya pimpinan Pakatan Gombak membuat laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Akhirnya lebih 100 Pemuda Umno melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah sehingga berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah.

Manakala dari maklumat dari twitter Chegu Bard, ketua samseng Umno yang melakukan serangan semalam telah di kenalpasti..




Jikalau tak silap Addin, Omar Din ialah Tuan Guru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM)..

Lagi pendedahan terbaru di SINI.


Iklan C(ii)



Kini.. Tembelang Musa Hassan Pulak Terbarai..

Posted: 04 Dec 2012 06:08 PM PST

Inilah bila tersepit.. aku dedah kau..kau dedah aku.. Inilah perangai Umno dan kroni. Bila tiada pengaruh dan kuasa, barulah sedar.

Semasa berkuasa lupa diri, ibarat dunia ini ana yang punya. Beberapa hari lepas Musa Hassan dedah Hishamuddin campurtangan dalam gerak kerja polis.

Semalam, Ramli Yusuf dedah Musa Hassan pun salah guna kuasa semasa perkhidmatannya.. Ikutilah pendedahannya..


Ramli Yusuff: Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.

"JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.

"Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.

"Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan," kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes "polis RM27 juta".

"Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka," kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.

Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata "Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar."

Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.

"Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.

"Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut," kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.

"Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang."

Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.

"Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya," kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.

Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.

"Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

"Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

"Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka.

"Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM".

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah "sebenar" daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah "dimanipulasi" sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.

Musa juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut.

Beliau berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam sistem.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh. ~the malaysian insider




Iklan C(ii)



Video Samseng Umno Mengganas Di Jelajah Merdeka Rakyat Gombak Tersebar

Posted: 04 Dec 2012 04:39 PM PST


Seakan direstui pucuk pimpinan Umno yang terdesak mempertahankan kuasa dalam perhimpunan agung parti itu, sekumpulan pemuda dipercayai ahli silat bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi.

Hasilnya, seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditusuk benda tajam dipercayai menggunakan sebilah kerambit, senjata tradisional yang hampir tidak lagi digunakan sejak pengenalan pistol dan mesingan oleh British sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957.


Selain itu, sebelum ceramah diadakan, beberapa objek dipercayai batu dan buah kelapa tua turut dilempar dari kawasan ahli Umno tersebut berkumpul menyebabkan seorang lagi cedera di bahu terkena buah kelapa tua dalam keadaan kecoh malam tadi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berang dengan situasi tersebut meminta supaya penyokong Pakatan Rakyat supaya bersabar dan tidak membalas provokasi yang dilakukan puak Umno yang diketuai anak seorang guru silat terkenal di daerah itu.


Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikerah mengawal tempat kejadian diarah supaya mendisiplinkan ahli Umno yang bertindak kasar mengepung tapak ceramah yang diadakan di Dataran Salehuddin itu.

Apakah kejadian ini sengaja dilakukan ekoran ucapan berbau ugutan yang dikeluarkan ketua wanita mereka, Shahrizat Jalil yang seolah berdendam dengan pemimpin Pakatan Rakyat kerana hilang jawatan menteri kabinet, padahal orang Umno sendiri yang membocorkan maklumat berkaitan skandal membabitkan keluarganya?


Difahamkan kesemua penyokong yang cedera malam tadi akan membuat laporan polis meminta supaya insiden memalukan ini disiasat polis secepat mungkin dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan.

Saksikan antara paparan kejadian serangan berdarah malam tadi yang dihadiri hampir 15,000 orang itu. ~jalanpulang

Lihat video di sini.

Iklan C(ii)



Tiada ulasan: