Addin |
- Video Bukti Kekejaman UMNO Tersebar..
- Video Ustaz Azhar Idrus Hentam BR1M..
- Gempar!! Mahathir Suruh Pemimpin Umno Gulingkan Najib Selepas PRU
- Kerajaan Selangor Bakal Mengamuk Minggu Ini!!
- Rupanya Ini Kerja KOTOR Terbaru SPR..
- Kisah Benar!! Perangai Buruk Ahli Umno Ketika Bersidang
- Kantoi!! Umno Pulau Pinang Berbohong Dalam Perhimpunan Agung Umno.. Ini Buktinya
- Bancian Sinar Online, Umno BN Bakal Kalah Teruk PRU13
Video Bukti Kekejaman UMNO Tersebar.. Posted: 03 Dec 2012 08:00 AM PST Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat. Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi juga mendakwa bahawa dalam perbualan telefon tersebut, beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno. Beliau mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan pada 11 Oktober, dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara. Beliau bagaimanpun tidak mengisi borang itu dan menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember lalu. Qatrun memberitahu demikian sebelum menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pemecatannya oleh JAWI. Sementara itu, pemimpin Umno yang didakwa oleh Qatrun sebagai pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau yang menghantar 10 borang keahlian Umno kepada bekas guru berkenaan. Bagaimanapun, beliau mendakwa, ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri, yang meminta borang tersebut melalui SMS, untuk dirinya sendiri dan rakan-rakannya. Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS. "Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi. Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu. "Dia minta borang saya kasilah," katanya. Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus. Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik. Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan. Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI. "Demi Allah, saya tidak pernah suruh JAWI buang atau pecat dia. Perkara ini perlu dirujuk kepada JAWI lah. "Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya. Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik. "Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus. Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu. ~mkini |
Video Ustaz Azhar Idrus Hentam BR1M.. Posted: 03 Dec 2012 06:18 AM PST |
Gempar!! Mahathir Suruh Pemimpin Umno Gulingkan Najib Selepas PRU Posted: 03 Dec 2012 04:47 AM PST Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan pemimpin-pemimpin UMNO negeri supaya menangguhkan rancangan mereka untuk membunuh karrier politik dan menggulingkan Najib. Buat sementara waktu segala perancangan tersebut ditangguhkan sehingga selepas Pilihanraya Umum 13 berlangsung. Mahathir telah mengarahkan semua pemimpin-pemimpin UMNO negeri untuk memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional dan dalam masa yang sama memberitahu mereka boleh menggulingkan Najib selepas Pilihanraya.. Semua yang di atas itu dinyatakan oleh DS Anwar Ibrahim... Ini laporannya... PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad is asking Umno state leaders to postpone their plan to kill off Prime Minister Najib Tun Razak until after the general election, according to Anwar Ibrahim.The opposition leader said he "knew for a fact" that Mahathir had been asking state leaders to lend their support to Umno and Barisan Nasional while suggesting that they could "topple the leader after the election". "This message has gone to almost all state leaders. I think that is why because of this fear, Najib feels that his personal position is rather insecure," he told a press conference here.Anwar was responding to Najib's sudden move to thank Mahathir for voluntarily campaigning for Umno towards the end of the party's AGM on Saturday and congratulating the former premier for his Vision 2020 yesterday. "Najib has displayed very little courage as a leader, he cannot deal with [Wanita Umno chief] Shahrizat [Abdul Jalil] firmly, can't imagine he can deal with Mahathir firmly. That is why he is trying to appease everyone," he said.Asked if he thought Najib now realised that he needed Mahathir in the run-up to the 13th general election, Anwar said: "Knowing Najib he will need to cling to everyone, his personality of seemingly [appearing] confident was never Najib's style." ~ Free Malaysia Today Malang sungguh nasib Najib... kalau tadi Sinar Harian dah bagi dia pening kepala ( baca di SINI ).. ini Anwar Ibrahim pula buat dia tak lena tidur... ~asd |
Kerajaan Selangor Bakal Mengamuk Minggu Ini!! Posted: 03 Dec 2012 01:18 AM PST KUALA LUMPUR 3 Dis: Kerajaan Selangor bertegas akan merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu dalam minggu ini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kementerian Pengangkutan hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut. Menurut beliau, jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya. "Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian. "Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi. Kerajaan Negeri sebelum ini menetapkan dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan AES di Selangor. Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan. ~kd |
Rupanya Ini Kerja KOTOR Terbaru SPR.. Posted: 03 Dec 2012 12:06 AM PST Rupanya ini kerja terbaru SPR untuk memenangkan Umno BN. 4 juta anggota RELA akan di tambah pada tahun depan. Ini bermakna akan ada tambahan 4 juta pengundi pos untuk Umno BN. Pengundi pos ini akan di agih-agihkan di kerusi penyokong tegar Pakatan Rakyat. Kita saksikan, PRU13 ini adalah PRU yang terkotor dalam sejarah negara kita. Umno BN akan menggunakan segala agensi kerajaan untuk memenangkan mereka..
"Rela yakin sasaran ini dapat dicapai tahun hadapan, tambahan pula kerajaan telah meluluskan Akta Baru Rela yang akan membawa Rela kepada anjakan paradigma fungsi dan peranannya yang lebih progresif," katanya pada majlis penjenamaan semula Rela peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.
|
Kisah Benar!! Perangai Buruk Ahli Umno Ketika Bersidang Posted: 02 Dec 2012 09:58 PM PST Assalamualaikum , saya ingin berkongsi cerita dengan encik . . Saya bercuti di Kuala Lumpur , saya juga diberi penginapan di Hotel Sunway Putera ( Depan PWTC) , hadiah daripada boss saya kerana berkerja dengan cemerlang :) Saya bercadang untuk berjalan-2 di sekitar bandaraya bersama keluarga saya. Untuk pengetahuan encik , DI PWTC , terdapat persidangan UMNO. Kebanyakan mereka menetap di Hotel yang saya duduk . Dengan ada nya mereka , penggunaan lif menjadi sesak sehingga saya terpaksa menunggu 1 jam 17 minit . Ya , 1 jam 17 minit . saya trlampau menyampah sehinggakan saya mengira berapa lama saya berdiri menunggu lif . Begini ceritanya Sewaktu itu , pukul 3.30 , saya dan keluarga akhirnya berjaya melangkah masuk ke dalam lif . bilik kami di tingkat 23 . kami ingin ke hotel lobby (tingkat 9) . Ketika kami hendak turun , di tingkat 19 , ada sekumpulan orang umno ( 10 - 15 orang ) meluru masuk ke dalam lif . sampai ke orang kedua terakhir , alarm full lif berbunyi . Saya pun berkata " cik , tunggu lif satu lagi, jgn push , anak saya ada kat sni" . Salah seorang daripada mereka yang tidak dapat masuk berkata " Kami nak pi bersidang ni , cik boleh tak kluaq sat ?" WOW , mereka mengarahkan kami (saya dan kluarga) kluar daripada lif , hanya untuk mereka yang sudah terlambat ingin bersidang ? saya berkata " Cik , atas dasar apa cik nak suruh saya kluar ?" makcik tua umngok jawab " ATAS DASAR NAJIB , PM SAYA DAN KAMU" . Sedikit pertelingkahan berlaku , sehingga kan , anak saya yang paling besar itu ditolak kluar . saya ada 3 anak , 2 laki 1 perempuan . yang paling besar adalah yang paling bongsu . namanya Atif . Atif ditolak oleh seorang pakcik UMNGOK ke luar lif . saya marah dan terus memaki makcik itu balik . Mereka berkata mereka seharusnya pergi bersidang tepat pukul 3 . hei , sewaktu itu sudah pukol 3.30 - 3.40 . Nampak sangat orang UMNGOK ni tak tepati masa . Isteri saya sudah keluar dan saya mengalah lalu memberikan mereka lif yang saya susah payah menunggu di tingkat 23 itu . Share cerita saya ini kepada semua orang agar semua orang tahu UMNGOK NI GUNAKAN NAMA PM UNTUK SEGALANYA . ~bloglistmalaysia |
Kantoi!! Umno Pulau Pinang Berbohong Dalam Perhimpunan Agung Umno.. Ini Buktinya Posted: 02 Dec 2012 05:20 PM PST GEORGE TOWN, 2 DIS: UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui "pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah". Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato' Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam. Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa "tiada ada sebiji pun" rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. "UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia. "Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Zairil berkata, tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar George Town. Justeru, jelasnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung, dan sekadar fitnah UMNO Pulau Pinang yang cuba menutup penyelewengan lampau mereka. Menurutnya, Dato' Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh UMNO sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Dato' Musa Sheikh Fadzir dan Dato' Omar Faudzar. Beliau menambah bahawa tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta. Dalam erti kata lain, beliau menjelaskan bahawa dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Dato' Musa dan Dato' Omar telah mengaut keuntungan "atas angin" yang berjumlah hampir RM5 juta. "Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau? "Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata," kata Zairil. Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk meminggirkan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan yang berlaku sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional. Katanya, melalui Agenda Ekonomi Saksama, kerajaan Pakatan akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013. "Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri. "Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri," ujar beliau. ~roketkini.com |
Bancian Sinar Online, Umno BN Bakal Kalah Teruk PRU13 Posted: 02 Dec 2012 05:02 PM PST Barangkali mengambil semangat ucapan penggulungan yang berapi dari presiden Umno, Najib Altantuya kelmarin, sebuah akhbar harian berbahasa Melayu mengadakan undian terhadap pembaca edisi dalam taliannya. Setakat malam tadi, hanya 11 peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin Barisan Nasional (BN) akan menguasai kembali 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang. 89 peratus dari pembaca mereka pula memilih PAS dalam pilihan raya umum akan datang berbanding Umno. Inilah dua keputusan yang dicapai melalui bancian yang dibuat oleh Sinar Harian bermula pagi semalam. (Bancian tentang majoriti 2/3) Presiden Umno, Najib Altantuya ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang jika ahli Umno bersatu. Dalam bancian pertama, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?" Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 11 % (117), Saya tidak yakin 82 % (862) dan saya tidak pasti 6 % (67). Keputusan ini dicapai ketika jumlah yang menyertai bancian ini adalah 1046. (Bancian tentang sokongan antara BN dan Pakatan Rakyat) Dalam satu lagi bancian, Sinar bertanya, "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?: PAS 89 % (918), Umno 11 % (115). Peratusan ini dicapai ketika jumlah peserta bancian ini adalah 1033 peserta. Dalam bancian yang dibuat oleh Sinar juga, 88 peratus (951) pesertanya memilih Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional hanya 12 peratus (129). Keputusan ini dicapai ketika jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam bancian ini adalah 1080 orang. Ini bermakna, Najib Altantuya sudah hampir pasti menggunakan sepenuhnya mandat kerajaan yang akan berakhir secara automatik 28 April tahun depan. Ia sekaligus membuktikan bahawa ucapannya tidak sedikitpun menggerakkan kembali sokongan orang Melayu terhadap Umno malah orang Melayu pula semakin menjauhkan diri dari parti reput itu menjelang pilihnraya umum kurang enam bulan dari sekarang. ~jalanpulang |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan