Addin |
- Umno BN Perbodohkan Orang Asli Dengan Undi Olok-Olok
- Bongkar!! Rupanya Ini Muslihat TNB Pasang Meter Digital..
- Samseng Umno Yang Tampar Dan Serang Warga Emas Di Kenal Pasti
- Panas!! Musa Hassan, Bekas Pengerusi SPR Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari Ini?
Umno BN Perbodohkan Orang Asli Dengan Undi Olok-Olok Posted: 26 Dec 2012 06:31 AM PST KUALA LUMPUR 26 Dis: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mesti letak jawatan kerana membenarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah, Perak. Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin berkata, membiarkan perkara itu bermaksud memberi izin kepada parti politik untuk salah guna dan seleweng jentera kerajaan."Pengerusi SPR mesti letak jawatan. Apa yang berlaku bersalahan dengan undang-undang. Membiarkan JAKOA mengadakan 'latihan mengundi BN' sangat menjijikkan," katanya kepada Keadilan Daily."Membenarkan latihan tersebut diteruskan bermakna memperlekeh hak Orang Asal. Ini tindakan intimidasi kepada kelompok yang terpinggir," tegas Maria."Pihak yang terlibat seperti sengaja memilih kumpulan masyarakat ini. Tidak mustahil perkara sebegini boleh terjadi di Sabah dan Sarawak," bimbangnya.Dalam pada itu, kata Maria, Bersih dan 82 NGO yang bernaung di bawahnya akan membincangkan mengenai tindakan ke atas laporan tersebut.Sementara itu, berhubung kenyataan Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa proses pilihan raya di negara ini masih lagi belum lengkap seperti sesetengah negara yang lebih maju demokrasinya, Maria berkata, ia adalah kesalahan bekas Pengerusi SPR itu sendiri. "Sebelum ini dia yang sibuk canang untuk adakan perubahan perlembagaan dan struktur SPR, tapi tiada apa yang berlaku."Semasa jadi Pengerusi SPR mengapa tak buat? Mengapa sekarang baru bercakap? Kita telah hantar 15 tuntutan melalui memorandum pada 2010. Sampai sekarang tak disentuh."Dari lapan tuntutan, hanya satu yang hanya baru untuk ditunaikan (penggunaan dakwat kekal)," kata Maria menempelak dolak-dalik Abdul Rashid."Apa yang paling penting adalah SPR itu bebas, bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri. SPR patut melapor terus kepada Parlimen dan anggota Dewan Rakyat."SPR juga sepatutnya mempunyai kuasa dan badan penguatkuasaannya sendiri," jelas Maria sambil menambah, 'latihan mengundi BN' di Perak tidak berlaku sekiranya SPR mengambil tindakan.~kd |
Bongkar!! Rupanya Ini Muslihat TNB Pasang Meter Digital.. Posted: 26 Dec 2012 05:09 AM PST |
Samseng Umno Yang Tampar Dan Serang Warga Emas Di Kenal Pasti Posted: 25 Dec 2012 10:07 PM PST Lagi tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren. Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut. Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa. Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini. ~milosuam |
Panas!! Musa Hassan, Bekas Pengerusi SPR Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari Ini? Posted: 25 Dec 2012 08:26 PM PST Desas desus semakin bertiup kencang bilamana ada perkhabaran dalam kem polissendiri bahawa bekas ketua polis negara tan sri musa hasan bakal hadir pada petang 12 januari 2013 untuk bersama rakyat malaysia untuk hari himpunan kemarahan dan kebangkitan rakyat di kuala lumpur dataran atau stadium merdeka. Perkara dan khabar angin ini sudah merebak dalam kem kem polis dan juga kemkementerian dalam negeri sendiri, di katakan turut hadir sama pada petang harisejarah anak muda itu adalah bekas orang nombor 3 dalam polis dan bekas pengerusi SPR sendiri. Bekas ketua polis negara ini juga di katakan akan bersama sama dengan rakyatdalam kempen kebangkitan rakyat untuk menghumban Barisan Nasional yangselama ini mengganggu tugasan polis serta membuat pelbagai arahan yangtidak sepatutnya kepada pihak polis yang di paksa bekerja untuk umno. Menurut sumber bocor dari wisma putra, berkemungkinan musa hasan akanmenyertai Pakatan Rakyat bagi meneruskan agendanya untuk memastikanpolis adalah polis di raja malaysia kembali dan bukannya polis di raja umno. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan