Addin |
- Ini Penjelasan Terbaru Zizan Berkenaan Bantahan AES Di Sri Pentas
- Seorang Yahudi Ekstrem Akhirnya Memeluk Islam
- Polis,FRU Biarkan Samseng Umno Serang Kembara Oren.. Saksi Ini Sebagai Bukti
- Mahkamah Taiping Huru Hara Kerana AES
- 'Mustapha Kamal Artis Berjiwa Reformasi' - Rafizi Ramli
- Satu Lagi Projek Giler Najib Dan Kroni..
Ini Penjelasan Terbaru Zizan Berkenaan Bantahan AES Di Sri Pentas Posted: 24 Dec 2012 09:24 AM PST Post sebelum ini Zizan Raja Lawak Turut Serta Halau Mazidul Akmal elah memdapat komen seorang pembaca Jerung Jepun memberikan situasi sebenar kenapa Zizan turut serta berada di hadapan Sri Pentas hari ini. PLEASE SHARE: TUDUHAN BUAT ARTIS DAN PELAWAK POPULAR ZIZAN RAZAK ADALAH FITNAH DAN DISALAH ERTI. Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi. Addin: Blog ini ada menyiarkan berkenaan penglibatan zizan berkenaan bantahan di sri pentas. Di sini addin selaku admin blog ini memohon maaf secara terbuka kepada zizan berkenaan penerbitan artikel tersebut yang di petik dari blog lain. Addin akan tarik balik artikel tersebut. |
Seorang Yahudi Ekstrem Akhirnya Memeluk Islam Posted: 24 Dec 2012 08:04 AM PST Mikhail Chernovska adalah seorang Yahudi Ekstrimis yang menyatakan keislamannya, mendedahkan semangatnya ingin melihat Khilafah islamiyyah tegak dengan Al-Quds sebagai ibukotanya. "Sungguh aku telah mendapat petunjuk. Sebabnya hanya satu, kerana aku ingin mencari kebenaran "ungkap Mikhail.Hal ini dismapaikan oleh laman harakatut tauhid Al-islamy selasa 8 November 2011. Mikhail mempunyai nama hijrah Muhammad Al-Mahdi mirip dengan nama seorang imam yang dijanjikan Rasulullah SAW di akhir zaman yang akan membawa keadilan dan menegakkan Dinullah dimuka bumi. Mahdi adalah seorang Yahudi yang berasal dari Azerberijan yang kemudian berhijrah ke Palestin setelah masuk Islam.Tempat tinggal Mahdi sekarang tepat di kota Hebron tepi barat. Ia lahir di baku, Azerbeijan 37 tahun yang lalu. Lelaki asal Azerbeijan ini hidup di tengah-tengah keluarga yang ektrim. Ia hijrah ke Israel pada awal 90an.Hebron adalah tempat pembunuhan seorang Yahudi radikal, Baruch Goldstein, di gua para leluhur. Pada saat itu ada sekitar 29 muslim yang merasakan pengaruh dari pembunuhan tersebut. maka bersamaanitu Mahdi memutuskan untuk pindah ke pemukiman Kiryat Arba, di mana dia tinggal bersama pahlawan dalam pandangannya pada waktu itu, Goldstein, dan bergabung dengan penduduk ekstremis. Dia menambah bahawa perbincangan agama dan falsafah dengan seorang Palestin yang mempunyai Kraja, untuk memperbaiki kereta di Hebron, membuatnya meninjau pandanganya secara berperingkat, sehingga masuk Islam dan kembali ke Baku dalam rangka menikahi seorang Muslimah. Mahdi mendedahkan bahawa ia mendapat sambutan yang hangat dari jirannya yang baru di Hebron, walaupun darahnya Yahud. Ia mendedahkan kepada wartawan AFP apabila mengunjunginya di rumah "Aku dulu penduduk ekstrimis dan bermusuhan dengan mereka, tapi mereka melayan aku seperti seorang kakak bagi saya dan menawarkan bantuan" kenang Muhammad Al-Mahdi. Fakta yang merujuk pada kehidupan Mahdi, di Kiryat arba, seolah-olah tidak mungkin, setelah ia masuk Islam dan berkahwin dengan Sabina muslimah. Yang mempunyai 4 anak setelah hidup bersamanya. "Parta penduduk menyerang saya beberapa kali, dan melemparkan batu di rumah saya, dan menulis slogan-slogan di dinding mengundang saya untuk meninggalkan tempat itu" ujar lelaki berusia 37 tahun itu.Dia menambah "Kemanapun kita pergi kita mengalami gangguan, kerana isteri saya mengenakan tudung, dan berulang kali dipersoalkan oleh pasukan keselamatan, tapi yang aku peduli adalah bahawa anak-anakku hari ini adalah Muslim, dan mengikuti agama yang telah aku pilih". Ia sangat bersemangat untuk melihat Khilafah Islamiyyah tegak dengan Al-Qus sebagi ibukotanya.Ia menegaskan: "Saya menyedari bahawa agama Yahudi ada banyak yang percanggahan, dan bahawa Islam adalah agama kebijaksanaan dan kebenaran, saya telah mendapat petunjuk kerana saya mencari kebenaran, itulah satu-satunya penyebab keislamanku" tandas Al-Mahdi seraya mengakui kebaikan temanya Zalloum, pemilik karaj, yang telah menjadi sebab ia mendapatkan hidayah. Zalloum mengakui bahawa sejak awal mengnal Mikhail yang muncul dalam [persepsinya adalahMikhail orang yang baik tidak seperti penduduk kebanyakan di Kiryat Arba. Ia sering berdialog masalah agama dan falsafah dengan Mikhail sampai suatu saat ia berkata pada Mikhail: "Kalau tidak aku menjadi Yahudi melalui kamu, kamu yang masul Islam melalui aku, setelah enam bulan perbincangan, akhirnya ia mendapatkan hidayah masuk Islam" ungkap Zalloum. ~khabarislam |
Polis,FRU Biarkan Samseng Umno Serang Kembara Oren.. Saksi Ini Sebagai Bukti Posted: 24 Dec 2012 06:09 AM PST KUALA LUMPUR 24 Dis: Seorang saksi yang turut mengikuti Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam kesal apabila polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan samseng Umno ke atas kumpulan itu. Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara.Rebin Birham yang juga Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN berkata, sikap pihak berkuasa amat mendukacitakan, walaupun peserta konvoi dipukul, dipijak dan diserang dengan pelbagai objek keras, tetapi serangan itu hanya mampu dilihat dan dibiarkan oleh polis."Felda Bukit Rokan Barat dan Utara, dan di Tampin, paling teruk berlaku provokasi. Penyokong Umno awal-awal sudah menunggu dengan bangga mengibarkan bendera BN, sambil memegang kayu, besi dan batu besar," jelasnya kepada Keadilan Daily."Apa yang lebih menyedihkan apabila pasukan Rela turut membantu mereka membawa bendera tersebut," kata Rebin yang juga Naib Ketua KEADILAN Cabang Jempol. Menurut Rebin, pihak konvoi diberitahu serangan itu mendapat arahan pihak pengurusan Felda, yang mengarahkan penyokong Umno, pihak berkuasa dan anak muda Felda agar menghalang kembara dari memasuki kawasan tersebut."Saya percaya sebahagian besar mereka yang menyerang itu adalah remaja belasan tahun yang diupah. Kami tak lawan, kami cuma bertahan, itu yang menjadikan keadaan kami teruk diserang," jelasnya. Akibat serangan itu, Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Naraza Muda cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan sebatang kayu yang tajam.Jurukamera yang berdiri di bahagian belakang pacuan empat roda turut dipukul sehingga jatuh dari kenderaan lalu dipijak, selain cermin depan dipecahkan."Jelas Umno sangat terdesak. Mereka takut kita sampaikan maklumat yang benar tentang penyelewengan mereka kepada orang Felda," kata Rebin. ~kd |
Mahkamah Taiping Huru Hara Kerana AES Posted: 24 Dec 2012 04:46 AM PST TAIPING 24 Dis: Mahkamah pertama yang mengendalikan kes saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini 'kelam kabut' apabila pendengarannya terpaksa dibatalkan kerana senarai kes itu tiada dalam rekod.Menurut peguam yang mengendalikan kes tersebut, Fitri Asmuni, mengikut surat yang dihantar kepada lima mangsa saman, mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Taiping bagi pendengaran yang dijadualkan bermula jam 8.45 pagi tadi."Hari ini tiada pendengaran ataupun keputusan. Mangsa saman diarahkan pulang. Kes saman langsung tidak dimasukkan dalam senarai kes untuk didengar di mahkamah."Ini kerana surat saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kemungkinan besar mereka akan dipanggil semula kerana saman tidak digugurkan."Mungkin juga ini ada kaitan dengan kenyataan Peguam Negara berhubung penangguhan kes AES di mahkamah," kata Fitri yang juga Ahli Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham).Mengulas lanjut, beliau kesal dengan tindakan mahkamah kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu berhubung perkara tersebut."Sepatutnya mahkamah maklumkan awal. Mereka perlu dapatkan butiran daripada JPJ bagi kes saman AES. Mereka terbabit bukan semua penduduk setempat, ada yang datang dari Butterworth, Pulau Pinang," jelasnya.Terdahulu, Jabatan Peguam Negara mengumumkan penangguhkan semua prosiding berhubung kes AES di mahkamah.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimanapun menegaskan, semua saman AES yang dikeluarkan JPJ adalah sah. Sebelum itu, Pakatan Rakyat membantah keras saman tersebut yang bersifat menindas rakyat dan hanya menguntungkan kroni Umno BN.Bantahan itu diaplikasikan di empat negeri Pakatan yang menangguhkan operasinya untuk dibuat penambahbaikan. ~kd |
'Mustapha Kamal Artis Berjiwa Reformasi' - Rafizi Ramli Posted: 24 Dec 2012 12:41 AM PST KUALA LUMPUR 24 Dis: Kemunculan pelakon terkenal, Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal dalam sebuah program bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli baru-baru ini menambah gerun kerajaan Umno BN.Mustapha turut mengambil peluang bergambar bersama calon KEADILAN Pandan itu dan menyampaikan ucapan dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi pada 18 Disember lalu. "Saya perasan dia dah lama mengikuti saya di facebook, dan sering melontarkan pandangan yang tegas dan berani, tanpa perlu berselindung. Dari situ saya faham Mustapha seorang berjiwa reformasi," kata Rafizi kepada Keadilan Daily."Kemudian beliau hadir dalam program yang diaturkan untuk saya di Pandan. Kebetulan beliau juga penduduk dan pengundi Pandan," jelas Rafizi.Beliau menghargai kehadiran dan sokongan Mustapha, sekaligus memberi contoh kepada artis lain untuk berani tampil ke hadapan menyatakan pendirian."Saya juga bimbang beliau akan ditekan kerana kehadirannya itu. Mustapha hanya menggunakan haknya untuk mengenali bakal calon di Pandan, dan itu tidak salah," kata Rafizi."Samada dia mahu sertai KEADILAN atau tidak, itu hak beliau. Tetapi Umno janganlah 'menggelupur' dan beri tekanan kepada beliau atau mana-mana artis yang membuat penampilan seperti itu," tegas Rafizi. Pada 2 Jun lalu, Mustapha turut menghadiri Majlis Dialog Anak Kelantan di Perantauan yang juga dihadiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sempat beramah mesra serta bergambar kenangan bersama pemimpin itu.Sebelum ini, penyanyi Dayangku Intan, yang popular dengan lagu 'Semakin Rindu Semakin Sayang' mengesahkan menyertai KEADILAN pada April lalu. Penulis lirik dan pelawak, Bob Lokman turut memilih untuk terlibat dengan Pakatan Rakyat apabila menyertai PAS.Begitu juga pelakon dan selebriti Abby Abadi mengikuti jejak sama Bob dengan menyertai PAS Julai lalu.Perkembangan ini sudah tentu meresahkan kerajaan Umno BN untuk berhadapan pilihan raya umum nanti. ~kd |
Satu Lagi Projek Giler Najib Dan Kroni.. Posted: 23 Dec 2012 10:24 PM PST Selagi KPM dipaksa merujuk kepada orang politik dan para profesor yang banyak berteori selagi itulah masalah penguasaan BI sekolah-sekolah tak akan selesai. Sebenarnya apa yang berlaku terhadap pencapaian BI dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah bukanlah berpunca daripada guru-guru tetapi disebabkan sistem pembelajaran BI di sekolah adalah salah dan tak selaras dengan apa yang dikehendaki. Apa yang KPM nak sebenarnya- nak melahirkan pakar BI atau nak melahirkan rakyat yng mampu berkomunikasi dalam BI?MAKA itu sistem dan kaedah pnp mesti ada dua kaedah antara melahirkan pakar BI dengan melahirkan mereka yang mampu berkomunikasi! Untuk melahirkan pakar BI Penekanan mesti menyuluruh terutama dari aspek tatabahasa. Untuk mampu berkomunikasi penekanan perlu lebih kepada pengkayaan perbendaharaan kata dan kemampuan menyampaikan idea.Apa pulak sampai perlu ambil guru dari India! Baik ambik guru dari Monggolia!Malaysikini melaporkan: Ambil guru BI dari India perlu kajian mendalam - NUTP Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini.Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan."Kajian lebih mendalam perlu diatur supaya ia tidak menjadi kerugian di mana-mana pihak. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan