Addin |
- Lagi Restoran Sekinchan Ikan Bakar Di Tutup
- Panas!! Samseng BN Halang Solat Di Masjid
- Muhyiddin Kencing Kita Lagi..Baca Ni!!
- Perdana Menteri Letak Jawatan
- Bangla, Indon, Burma Adalah Kakitangan MAS
- Gambar Muhyiddin Jadi Imam Solat Tersebar..
Lagi Restoran Sekinchan Ikan Bakar Di Tutup Posted: 22 Dec 2012 09:01 AM PST Bila rakyat bangkit maka para peniaga berdarah dan berjiwa pekat totok UMNO yang sombong, angkuh, berlagak dan kepala besar akan sakit. Terbukti apabila rakyat mengambil sikap mau memboikot Restoran Sekinchan Ikan Bakar kepunyaan Jamal Yunus, Pengerusi Bersih 4.0 tiruan yang membuat fitnah konnnya para peniaga kecil di Kuala Lumpur kerugian ratusan juta ringgi kerana perhimpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012, sampaikan sanggup mereka cipta cerita sambil mau berniaga didepan rumah Pengerusi Bersama Bersih 4.0, Datuk Ambiga untuk menampung segala kerugian. Dan paling terserlah kesombongannya apabila mau gerakkan semua ahlinya untuk bertindak kasar dan agresif kepada semua peserta Janji Bersih ( Janji Demokrasi ) pada malam ambang Merdeka 30hb Ogos 2012 yang lalu di Dataran Merdeka. Sekarang lihat apa terjadi pada perniagaan Restoran Sekinchan Ikan Bakarnya... Lepas satu satu rangkaian restorannya tutup. Nak katakan ditutup untuk direnovasi , hasil tinjuan dapati tiada menampakannya sedemikian rupa. Setelah dibuat risikan dan pertanyaan, maka sah restoran ini sudah ditutup. Kempen cabutan bertuah bernilai hampir RM2juta dengan hadiah utama kereta Lamborghini dan BMW tidak mampu menyekat keruntuhan restorannya satu demi satu. Disini amat jelas, bukan saja yang tidak menyokong UMNO boikot restoran-restoranya tetapi pendokong dan penyokong UMNO totok pun tidak mau berkunjung bagi memberikan sokongan moral. Ikut hukum akal logik, kalaulah ahli-ahli UMNO termasuk ahli PERKASA/PEKIDA/JATI/GAPS dll NGO mesra UMNO memberikan sokongan padu apa yang dilakukan oleh Jamal Yunus ini, maka mustahil rangkaian restorannya tutup satu demi satu.
~erapasca Addin : Lepas ni cawangan kat MITC, Melaka pulak bungkus.. | ||||||||||||||
Panas!! Samseng BN Halang Solat Di Masjid Posted: 22 Dec 2012 05:57 AM PST KAJANG 22 DIS: Peserta perkhemahan 'Solidariti Umar Mohamad' di depan Penjara Kajang yang berkhemah depan pintu penjara sejam malam tadi, dihalang dari menggunakan masjid untuk solat Asar. Seorang pegawai Unit Keselamatan Penjara (UKP) berpangkat Koperal dengan tanda nama 'Roslan' memaklumkan, larangan itu dibuat terhadap mereka yang berkhemah.Wartawan Keadilan Daily dan Harakah Daily yang berada di lokasi untuk membuat liputan turut dihalang bersolat Asar di masjid itu."Ini arahan orang atasan," kata pegawai yang tidak menyatakan rasional arahan itu. Di asak soalan, Roslan kemudia mendapatkan bantuan pegawai atasan yang hanya mahu dikenali dengan nama 'Kamil'."Masjid ini untuk kegunaan keluarga staf penjara. Hanya kami yang ada kuasa untuk benarkan atau tidak sesiapa yang mahu sembahyang di sini," katanya kepadaKeadilan Daily."Lagi pun 'bumi Allah' sendiri adalah masjid. Dekat mana-mana pun boleh sembahyang bukan," katanya, memberi alasan. Sementara itu, bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mohd Afendi yang dikenali sebagai kartunis Ronasina memaklumkan, Masjid Penjara Kajang adalah lokasi terbuka yang dibenarkan untuk orang awam."Setiap minggu orang solat Jumaat. Pada malamnya, ada tazkirah yang dihadiri orang awam. Sepatutnya tak masalahnya?" kata Ronasina.Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dalam reaksinya selepas dihalang, kesal dengan tindakan pegawai penjara yang sengaja mengambil langkah konfrontasi dengan peserta perkhemahan. "Kalau satu orang makmun dan satu imam pun dikira sebagai berjemaah. Buat apa bina masjid besar-besar?" katanya.Semalam, Umar Mohamad, lulusan Diploma Keselamatan Industri yang kini menjalani latihan praktikal di Johor Bahru, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana dikatakan menghalang tugas penjawat awam. ~kd | ||||||||||||||
Muhyiddin Kencing Kita Lagi..Baca Ni!! Posted: 22 Dec 2012 02:13 AM PST KUALA TERENGGANU - Sokongan pengundi muda, sebagai tunjang negara untuk mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020, kini dilihat sudah memihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.Beliau berkata kesedaran pengundi muda terhadap kemampuan BN untuk kekal menerajui negara ini kini semakin kuat kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada negara. "Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda... tadi saya nampak poster "Orang Muda sokong BN"...mereka mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau Bahagia Manir di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.Katanya BN memberi jaminan tidak akan ada kumpulan rakyat sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak yang tertinggal ataupun tercicir daripada perhatian kerajaan jika BN kekal memerintah menjelang tahun 2020.Menurutnya pemerintahan BN hari ini adalah amanah untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menjalani kehidupan dengan baik dan selamat. Katanya dalam melaksanakan amanah tersebut kerajaan sentiasa memastikan ekonomi negara berkembang, peluang kerja bertambah, industri bertambah maju, kemudahan sosisal seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan lebih baik."Dalam lapan tahun lagi janji kita kepada rakyat adalah untuk menjadi negara maju...setiap peringkat rakyat...tua muda semua kaum...Semenanjung Sabah dan Sarawak akan dapat diberikan perhatian dan pembelaan secukupnya," katanya. Timbala Perdana Menteri berkata ia bukannya janji kosong kerana BN memberi jaminan bahawa menjelang fajar 2020, Malaysia akan menjadi negara maju yang sebagaimana yang rakyat idamkan.Beliau menegaskan parti Pas tidak akan dapat menjadi pembela nasib orang Melayu dan Islam di negara ini sebagaimana yang Umno lakukan selamanya."Bila kita bantu rakyat, Pas kata ini rasuah, saya tidak tahu fatwa mana yang mereka pakai, ini tanggungjawab kerajaan kepada rakyat," katanya dan menurutnya kerajaan BN tidak pernah pilih kasih dalam membantu rakyat. Dalam pada itu, Muhyiddin yakin Terengganu akan kekal diperintah BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang dengan adanya sokongan setiap lapisan rakyat jelata yang ingin melihat perubahan dan pembangunan berterusan di negeri ini.Katanya sokongan rakyat Terengganu kepada Umno dan BN dijangka meningkat pada PRU-13 berbanding pilihan raya umum yang lepas."Marilah kita sama-sama tekad dan berazam untuk membawa perubahan kepada masyarakat Islam di negeri kita ini di bawah Umno dan BN," katanya. Pada majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 rakyat itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM2.9 juta untuk membaik pulih rumah orang miskin dan beberapa projek kemudahan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir. ~bernama | ||||||||||||||
Posted: 21 Dec 2012 09:40 PM PST Kedudukan semasa yang tidak menyebelahinya menyebabkan perdana menteri mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam semua portfolio yang disandangnya.Bagaimanapun, ia tidak berlaku di Malaysia, sebaliknya nun jauh di Itali!Perdana menterinya, Mario Monti yang cuma memegang jawatan selepas 13 bulan mengangkat sumpah, akhirnya membuat keputusan tersebut malam tadi sambil disaksikan Canselor Austria, Werner Faymann di Istana Chigi di Rome sebentar tadi.Presiden Itali, Gorgio Napolitano dijangka akan memanggil pilihanraya umum pada 24 Februari 2013 setelah membayangkan akan membubarkan parlimen beberapa hari selepas spekulasi mengenai perletakkan jawatan Monti tersebar ke seluruh negara itu. Sekutu kuat Monti di Eropah, Canselor Jerman dan presiden Suruhanjaya Eropah (EU), Jose Manuel Barroso yang menyokong kuat agenda reformasi ekonomi turut terkejut dengan berita perletakan jawatannya yang berkuat kuasa malam tadi.Monti dijadual akan menjelaskan sebab-sebabnya pada satu sidang media esok di ibu negara Itali itu.Dipercayai sokongan lemah ke atas sekutu politik bekas perdana menteri penuh spekulasi, Silvio Berlusconi merupakan antara sebab utama parti gabungan dalam kerajaan menarik diri dan parti pemerintah, Parti Demokrat seterusnya hilang majoriti dalam parlimen negara itu. Belum pasti siapakah perdana menteri sementara yang akan menggantikan tempat Monti tetapi dipercayai beberapa nama sedang disenarai pendek untuk dimaklumkan kepada presiden selaku ketua negara tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif memecat atau melantik perdana menteri, dan begitu juga sebaliknya.Pelan pembaharuan ekonomi yang dicadangkannya mendapat sokongan rakyat sebanyak 62 peratus tetapi atas desakan parti pembangkang yang tidak setuju dengan cadangannya memaksa beliau berbuat demikian.Sementara itu indeks saham di negara itu susut 0.37 peratus kepada 17,235.71 mata susulan daripada berita perletakan jawatan Monti. | ||||||||||||||
Bangla, Indon, Burma Adalah Kakitangan MAS Posted: 21 Dec 2012 06:53 PM PST SHAH ALAM,21 DIS : Pihak pengurusan baru syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) diseru memberikan penjelasan berkenaan polisi pengambilan pekerja asing yang dikhuatiri boleh menjejaskan kecekapan syarikat itu. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, usaha pemulihan prestasi MAS perlu dilaporkan kepada rakyat dan bukan sekadar hanya pihak kroni yang mendapat keuntungan."Difahamkan banyak kerja-kerja MAS yang disumberluarkan dan diagihkan-agihkan kepada pihak kroni. "Dan banyak kerja-kerja MAS seperti penyelenggaraan kargo dijalankan oleh pekerja asing yang tidak mempunyai kemahiran dan latihan seperti pekerja MAS asal," katanya dalam sidang media di pejabatnya.Dalam sidang media itu juga, Khalid mempertontonkan kepada pihak media sebuah video yang dikatakan dihantar ke pejabatnya oleh individu tidak dikenali berkenaan kecuaian pekerja asing dalam penyelenggaran kapal terbang milik MAS. Dalam video durasi kira-kira dua minit yang bertarikh November lepas itu menunjukkan pekerja yang didakwa warga asing melakukan aksi melanggar bahagian enjin sebuah pesawat 737 di sebuah landasan kapal terbang yang tidak dinyatakan lokasinya.Ujarnya, dahalu syarikat MAS mempunyai kedudukan dan setaraf dengan syarikat penerbangan asing seperti Singapore Airlines System (SIA) dan beberapa syarikat antarabangsa lain. Namun akibat pemberian kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan kepada pihak kroni menyebabkan prestasi MAS kini dipertikaikan."Selepas bermacam-macam campurtangan politik khususnya semasa zaman Tun Mahathir situasi semakin memburuk."Kita mahukan ketelusan dan akauntabiliti pihak MAS, kita tidak mahu perkara yang berlaku semasa Tajuddin Ramli berulang kembali," ujarnya. Sebelum ini, MAS mencatatkan kerugian bersih RM2.52 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, yang terbesar dalam sejarah korporatnya dengan pendapatan RM13.9 bilion. ~selangorku | ||||||||||||||
Gambar Muhyiddin Jadi Imam Solat Tersebar.. Posted: 21 Dec 2012 04:39 PM PST Gambar muhyiddin jadi imam solat tersebar..najib bila lagi? Tak akan lah nak jadi makmum je.. Sekali sekala bolehlah try jadi imam. Najib mungkin makin tertekan dengan pesaingnya muhyiddin. Ini kerana sudah ada orang umno berani bersuara untuk menggantikan najib.Najib dilihat sebagai pm paling gagal oleh umno dan rakyat malaysia. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan