Jumaat, 21 Disember 2012

Addin

Addin


Najib Sudah Umum Tarikh PRU13 Sebentar Tadi

Posted: 21 Dec 2012 09:56 AM PST


TERKINI...Dato Najib sebentar tadi menerusi Buletin Utama TV3 tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum 13 akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina.  Rasanya ini kali pertama Najib keluarkan statement demikian. 

Malah beliau nyatakan dalam riak wajah yang agak serius sambil memberitahu BN telah siap sepenuhnya senarai calon BN. Ayuh teman-teman....perang sudah bermula. (anda boleh lihat lagi kenyataan Najib di dalam berita inggeris TV3 jam 12 malam ini)



Iklan C(ii)


Kerana Zam, Najib Di Perlekeh Dan Di Hina Oleh Presiden Indonesia

Posted: 21 Dec 2012 07:00 AM PST


KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Dakwaan kontroversi bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Presiden Indonesia itu menyentuh perkara berkenaan semasa lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas Presiden Indonesia dalam akhbar tempatan."Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku," kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur, dipetik Malaysia Kini yang memetik The Jakarta Globe.

Perdana Menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu."Bagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain," katanya.

Zainuddin telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.Zainuddin memanggil Habibie dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme". ~kd




Iklan C(ii)


Biskut Telinga Cap Adnan Popular Di Bentong

Posted: 21 Dec 2012 03:08 AM PST

KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Jualan 'biskut telinga cap Adnan' akan dibuat di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong sempena konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 31 Disember 2012".

Kita akan buat jualan biskut telinga cap Adnan," kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Pada 30 November lalu, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa mahu memotong telinganya dan terjun Sungai Pahang kononnya kerana yakin isu Lynas tidak menjejaskan peluang BN di negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman mengenai konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012.Konvoi 'Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan' bermula jam 8 pagi 31 Disember 2012 di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. ~kd



Iklan C(ii)


Anwar Enggan Berpayung, Rela Basah Kuyup Bersama Anak Muda

Posted: 21 Dec 2012 12:17 AM PST

PETALING JAYA 21 DISEMBER: Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berpayung, malah berhujan bersama-sama rakyat yang hadir program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama, malam tadi.

Selepas kira-kira 30 minit berucap, hujan mulai renyai menyebabkan sebahagian hadirin gelisah lalu bangun untuk mencari tempat berteduh.

Namun, Anwar tidak berganjak dari pentas ceramah, malah menolak apabila petugas program mahu memayungi beliau.

"Tak payah. Mereka tiada payung, saya (pun) tiada payung. Saya bukan (Datuk Seri) Najib Razak. Mereka basah, saya (pun) basah," katanya, tegas.

Tersentuh dengan kerendahan budi pemimpin reformasi itu, orang ramai terutama anak muda terus bersama-sama mendengar ucapan Ketua Umum KEADILAN itu.

Antara yang turut berucap dalam program anjuran Angkatan Muda KEADILAN itu ialah beberapa pemimpin parti, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Haniza Talha, Sim Tze Tzin, Shamsul Iskandar dan aktivis mahasiswa, Adam Adli. ~kd



Iklan C(ii)


Anwar Dedah Umno Cipta Video Fitnah Terbaru Dirinya..

Posted: 20 Dec 2012 07:06 PM PST


PETALING JAYA 21 DISEMBER: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Umno BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapnya atau pimpinan Pakatan Rakyat, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya diberitahu ada video baru. Dulu muka macam Anwar (tetapi) perut buncit. Sekarang tidak, muka macam Anwar, perut pun dah (di)kempis(kan).

"Politik sampai macam itu," katanya kepada lebih 5,000 anak muda dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda di Petaling Jaya malam tadi.

Namun, Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat lebih cerdik dan tidak mudah termakan dengan setiap fitnah yang dijaja juak-juak Umno BN.

"Saya yakin, Insya-Allah. Kita akan (dapat) lalui (dengan baik). Orang tanya kenapa saya yakin kita boleh menang? Saya kata: Apa kamu ingat rakyat bodoh?

"Rakyat di bawah, (yang) kerja kilang, buka gerai (dan) pendidikan (sekadar) tingkatan tiga dan lima tak semestinya bodoh. Sebab hati mereka bersih. Mereka mencari kebenaran," katanya.

Pada 21 Mac 2011, trio 'Datuk T' – bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video fitnah seks kepada wartawan arus perdana di Hotel Carcosa Seri Negara.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhi mereka hukuman denda RM5,500 kerana menayangkan video lucah di tempat terbuka.

Video itu terbukti rekaan semata-mata berikutan pelakon watak Anwar, perutnya buncit, selain beberapa kelemahan lain termasuk rambut yang lebih panjang sedangkan sehari sebelumnya rambut Anwar, pendek.

Malah, KEADILAN juga membukti video yang menyerupai mana-mana watak sebenar boleh dihasilkan di Thailand apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul 'diubah suai' menjadi P Ramlee. ~kd



Iklan C(ii)


Samseng Umno Yang Buat Hura-Hara Dalam Program PAS Kini Sertai PAS

Posted: 20 Dec 2012 06:42 PM PST


5 hari demam, terubat dan berasa lega hari ini apabila saya menerima borang PAS dari 78 orang yang sebahagian besarnya bekas pemimpin dan ahli Umno dari Felda Bkt Permai.

Ketua penaja PAS Cawangan, En Kamal Hamzah mewakili yang lain2 menyerahkan borang kepada saya sambil disaksikan Yang DiPertua PAS Kawasan Kulaijaya, Sdr Hisham Mohd Zin dan Ketua Dewan Pemuda, Sdr Ahmad Tabrani.

Ia disusuli takbir yang bergema beberapa kali mengiringi peristiwa bersejarah tersebut. Hampir 90% peratus yang menyertainya adalah orang muda berusia antara 25-50 tahun.

Ada dikalangan mereka dulunya adalah samseng Umno 'berdengung' yang menghalang PAS daripada apa jua aktiviti.

Kini, kata mereka, kami dah tobat.

Kami mahu mati dalam Perjuangan Islam!

Majlis diselangi dengan sumbangan peralatan sekolah kepada hampir 100 pelajar dari Felda Bkt Permai dan Kg Murni Jaya.

Kalau ramai tokoh2 hebat dah masuk PAS, orang biasa nak tunggu apa lagi?




Iklan C(ii)


Tiada ulasan: