Addin |
- (Gambar) Sambutan Hambar Rakyat Perlis Di Himpunan Kebangkitan Rakyat
- Lim Kit Siang Minta Maaf Kepada Najib
- Harakah Minta Maaf..
- Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Serang Tapi Polis Buat Tak Tau Je..
- Adun DAP Di Hambat Keluar Oleh Samseng Umno
- Umno Terdesak, Harussani Ungkit Kembali Amanat Haji Hadi
- Orang Umno Mahu Najib Di Singkirkan?
- Big Boss Sinar Harian BANTAI Ibrahim Ali..
- Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak Seru Undi PAS
- Video Mahathir Menari Ala Bollywood Tersebar..
- (Gambar) Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Perak, Walaupun Hujan Ribuan Rakyat Tidak Berganjak
(Gambar) Sambutan Hambar Rakyat Perlis Di Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 17 Dec 2012 09:05 AM PST | ||
Lim Kit Siang Minta Maaf Kepada Najib Posted: 17 Dec 2012 07:29 AM PST KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang (gambar) 'memohon maaf' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno yang lain kerana beliau menang dalam pemilihan DAP baru-baru ini. "Saya memohon maaf kepada Najib dan pemimpin Umno/BN kerana terpilih semula ke dalam CEC sebagaimana Kongres DAP sebelum ini, kali ini dengan undi paling tinggi," kata Kit Siang dalam kenyataan. Menurut Kit Siang, Najib dan pemimpin Umno yang lain pergi ke seluruh negara memberitahu bahawa DAP sebuah parti yang tidak demokratik, "mendakwa saya pemimpin DAP walaupun saya tidak terpilih sebagai pemimpin DAP." "Walaupun hanya memegang jawatan sebagai ahli parlimen dan bukannya pemimpin yang dipilih, Lim Kit Siang terbukti seorang individu yang berkuasa dalam parti pembangkang," kata Najib semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 12) baru-baru ini. "Sekarang apakah kebenarannya, adakah Najib tersalah nasihat atau sengaja menipu terhadap saya," kata Lim Kit Siang. ~harakahdaily | ||
Posted: 17 Dec 2012 06:02 AM PST KUALA LUMPUR - Para blogger Umno mendakwa akaun facebook yang dimiliki oleh Norhashimah Mohammad yang menghina polis adalah rekaan semata-mata. Gambar yang digunakan oleh status orang ini pula adalah milik seorang pekerja Rumah Kebajikan Seri Kenangan Kangar. Semakan Harakahdaily ke atas akaun Facebook yang dimilki oleh Norhashimah Mohammad ini sudah tidak ada lagi. Sebaliknya, satu fan page (gambar) telah dibuka atas nama Norhashimah Mohamad ini. Harakahdaily dengan ini menarik balik berita yang disiarkan sebelum ini dan memohon maaf kepada pihak yang berkenaan termasuk pasukan polis. ~harakahdaily | ||
Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Serang Tapi Polis Buat Tak Tau Je.. Posted: 17 Dec 2012 03:49 AM PST TAPAH 17 Dis: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang samseng Umno ketika menuju ke ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak semalam, menyebabkan cermin sisi penumpang di tingkat atas retak dan berlubang. Semasa kejadian, Ketua Umum KEADILAN tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas. Menurut saksi yang juga Setiausaha Pengelola KEADILAN, Raden Shamsul Akmar Raden Shamsuddin, insiden itu berlaku antara 6.30 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar. "Kejadian berlaku ketika bas berada di lebuh raya. Kami sendiri tak sedar. Tiba-tiba ada bunyi kuat di cermin. "Cermin retak dan ada satu lubang kecil. Saya syak mungkin ia dibaling objek dari atas kerana berdasarkan kerosakan, ia bukan dibaling dari bawah dengan kereta atau motosikal. Mungkin dilastik, kerana atas lebuh raya itu ada satu jambatan," katanya ketika dihubungi. Berikutan insiden itu, menurut Raden, Timbalan Ketua Cabang Tapah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Tapah, berkenaan perkara tersebut. "Kita tidak buat laporan polis. Apa pun kita akan perbaiki dan tukar cermin baru. Lagi pun tiada sebarang kecederaan dan kerosakan lain dalam bas. "Tiada apa-apa pun respon dari polis. Mereka hanya berkawal seperti biasa di tapak ceramah dan bas dibiarkan tanpa iringan," ujarnya. ~kd | ||
Adun DAP Di Hambat Keluar Oleh Samseng Umno Posted: 17 Dec 2012 12:58 AM PST Ini semua kes dah nak hilang kuasa nampaknya. ADUN Temiang dari DAP, Ng Chin Tsai diarah keluar dari Dewan Undangan Negeri oleh Speaker sebentar tadi. Menurut ADUN Sikamat, Aminuddin Harun, Chin Tsai juga diperintah digantung dari menghadiri sidang selama dua hari bermula hari ini. Menurut Aminuddin lagi, Razak Mansor yang juga speaker hari ini terlalu sensitif atas persoalan yang dibangkitkan semasa perbahasan belanjawan negeri untuk tahun 2013 yang bermula hari ini. Manakala Chin Tsai enggan menarik balik kata-katanya yang merujuk kepada pemborosan kerajaan Negeri Sembilan hingga terus berada dalam keadaan defisit buat 12 tahun berturut-turut. Razak yang merupakan ADUN Pertang kemudiannya mengarahkan Chin Tsai keluar dewan setelah berlaku pertikaman lidah antara mereka hingga menyebabkan ADUN Barisan Nasional (BN) berang dengan situasi tersebut. Manakala ADUN Pakatan Rakyat yang menyokong kenyataan Chin Tsai terus mempertahankan fakta yang dikemukakan. Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan negeri yang baru selepas pilihanraya umum akan datang. ~jalanpulang | ||
Umno Terdesak, Harussani Ungkit Kembali Amanat Haji Hadi Posted: 17 Dec 2012 12:06 AM PST KUALA LUMPUR - Dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu. "Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena pertemuan bersama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini. Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti. "Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya. Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi. "Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya. Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja. "Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik. "Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya. Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini. ~sinar | ||
Orang Umno Mahu Najib Di Singkirkan? Posted: 16 Dec 2012 11:11 PM PST KUALA TERENGGANU – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini. Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan 'Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin' dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius. Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN. Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13. "Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut. Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini. Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun 'bunga-bunga' ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini. Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku. ~sinar | ||
Big Boss Sinar Harian BANTAI Ibrahim Ali.. Posted: 16 Dec 2012 09:49 PM PST SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (gambar). Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau. "Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain. Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin. Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009. ~sinar Addin : Sebab tidak relevanlah Ibrahim Ali meroyan sana sini supaya dicalonkan oleh Umno BN dalam PRU13.. Singkir spesis manusia tak bertamadun ni pada PRU13.. | ||
Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak Seru Undi PAS Posted: 16 Dec 2012 06:12 PM PST Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Ustaz Misbahul Munir menziarah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak Dato' Ustaz Abdul Majid Abdul Hamid pada 15 Disember lalu. Ahli fatwa tersebut juga sempat mengharapkan dalam PRU13 nanti PAS akan menang. Dato' Ustaz Abdul Majid juga mengharapkan Umno akan tumbang pada pilihanraya pada kali ini. Ahli fatwa tersebut juga sempat mengharapkan dalam PRU13 nanti PAS akan menang. Dato' Ustaz Abdul Majid juga mengharapkan Umno akan tumbang pada pilihanraya pada kali ini. Turut hadir Hj Zainuddin Hamzah, Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Bukit Gantang. | ||
Video Mahathir Menari Ala Bollywood Tersebar.. Posted: 16 Dec 2012 06:00 PM PST Kedatangan pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang sanggup singgah sebentar dari Jakarta, Indonesia semata-mata menghadiri majlis hari lahir ke-87 bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad rupanya menjadi saat paling tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Mana tidaknya, Shah Rukh Khan yang kononnya 'mengusik' isteri Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali mengajaknya menari sebuah lagu popular dari sebuah filem lakonannya secara spontan mengejutkan hadirin yang diundang khas seramai 300 orang itu. Diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Mahathir juga dilihat menggoyang-goyangkan badannya menari mengikut irama Bollywood yang sudah menjadi darah dagingnya kerana keturunannya juga berasal dari India. Jika diperhatikan, memang tidak salah sesiapa pun menari secara spontan tetapi jika ulama Umno seperti Fathul Bari melihat video ini, apa agaknya yang dikatakan kepada kelakuan tak senonoh ini kerana Mahathir bukannya orang biasa tetapi pernah menjadi pemimpin negara yang kununnya mengaku negara Islam selama 22 tahun. Inikah contoh yang hendak ditunjukkan terhadap generasi muda yang semakin hanyut dibawa budaya hedonisme (hiburan berlebihan) di saat usia subsidinya sudah sepatutnya berjinak-jinak dengan tikar sejadah dan tasbih di tangan? Mengapa Mahathir sanggup menunjukkan kelakuan hodoh sebegini tanpa memikirkan kesan ke atas akhlak anak muda yang sepatutnya diajar sejak kecil lagi? Barangkali, inilah tempias yang diterima setelah perdana menteri, Najib Altantuya juga menari hodoh lagu 'Anak Kampung' semasa sambutan rumah terbuka hari raya aidilfitiri tahun ini di Seri Perdana, Putrajaya yang kerap ditonton semasa Jelajah Merdeka Rakyat hingga menjadi bahan ketawa seluruh negara. Umno dan hiburan sememangnya tidak dapat dipisahkan, jika terpisah maka hilanglah sokongan orang muda terhadap mereka selain mengajak mereka lalai dan jauh dari suruhan agama. Insaflah sementara stok nyawa masih ada.. Lihat video di SINI. ~jalanpulang | ||
(Gambar) Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Perak, Walaupun Hujan Ribuan Rakyat Tidak Berganjak Posted: 16 Dec 2012 04:55 PM PST SRI ISKANDAR - Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam tadi, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek. Walaupun hujan renyai-renyai turun sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat Antara yang berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw. ~harakahdaily
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan