WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- RAKYAT DIAJAK BANGKIT JATUHKAN Bn
- UNDI Bn BARANG NAIK
- LAWATAN ANWAR KE LANCHANG-SHAKAR BAKAL KECUNDANG
- Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari
- Rafizi ke Hong Kong minggu depan siasat skandal RM40 juta
RAKYAT DIAJAK BANGKIT JATUHKAN Bn Posted: 05 Nov 2012 05:52 PM PST |
Posted: 05 Nov 2012 03:35 AM PST Semasa berucap di Lanchang Anwar sekali lagi meyakinkan rakyat bahawa dengan mengundi Pakatan Rakyat, akan dapat mengurangkan bebanan kenaikan kos sara hidup.Beliau yang berucap dihadapan 1000 hadiirn di pekan Lanchang memberikan contoh bagaimana negeri-negeri Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan menabung hasil selama sepenggal memerintah. Beliau yang menjadi penasihat kerajaan negeri selangor juga menyatakan bahawa jika membenarkan lagi Barisan Nasional memerintah, harga barang akan turut dinaikkan apabila cukai kerajaan di kenakan keatas semua barang."Saya menjadi menteri kewangan selama 8 tahun, harga barang tak naik pun, Najib jadi menteri kewangan utang 500 billion.Macam tu pandai ka dia jaga kewangan", disambut gelak para hadirin. "Jika Pulau Pinang dan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, dan contohnya Kelantan yang telah 5 penggal sebagai model pentadbiran terbaik, maka apa lagi yang rakyat lihat tentang Barisan Nasional ini.? Berapa banyak Dato Nik Aziz ambil tanah bagi kepada anak beranak dan suku sakat?,Tan Sri Khalid , misalnya , Guan Eng di Pualau Pinang.Berapa banyak pula Menteri Bn sapu duit macam-macam yang kita dengar sekarang ini?jadi ADUN Lanchang pun dulu bukan main lagi.Saya tak mahu cakap dan jatuhan sesiapa, kita bukan datang untuk maki dan cerca orang .Kita datang bawa contoh,dan maklumat yang baik bagi menjaga reputasi kita yang Insyallah kita akan ke Putrajaya dan kita juga akan tunaikan janji-janji kita untuk semua rakyat" jelas beliau lagi. Anwar juga memuji sikap dan pandangan rakyat yang semakin berubah.Apabila rakyat di tekan dengan kenaikan harga barangan, maka sudah tentulah kenaikan ini membebankan.Oleh itu bagi mengurangkan bebanan ini, rakyat harus pandai memilih pemimpin parti mana dan undilah Pakatan Rakyat, Iaitu PKR,Pas dan juga DAP, yang sememangnya boleh dipercayai kerana parti-parti ini adalah parti yang bekerja untuk membantu rakyat .Undi Umno/Bn tahun depan berlaku kenaikan harga barang mealui system GST keatas semua barangan keperluan . Beliau mengakhiri dengan berpesan kepada rakyat dan meauangkan Reformasi. |
LAWATAN ANWAR KE LANCHANG-SHAKAR BAKAL KECUNDANG Posted: 05 Nov 2012 03:10 AM PST LAWATAN ANWAR DISAMBUT MERIAH Ketibaan anwar dilanchang merupakan kali kedua beliau melawat DUN terpencil di Pahang.Walau Lanchang sebuah bandar kecil ,ala pekan koboi, namun cukup menampung keperluan masyarakat setempat.Antaranya Felda Lakum,Felda Bukit Damar,dan Felda Bolok, lain-lanya adalah kawasan perkampungan tradisional yang kini telah mula mengalami perubahan dari segi pola penempatan penduduk . Di awal tahun ini, Anwar telah melakukan lawatan yang tidak pernah beliau lakukan sebelum ini, Beliau telah melawat dan beramah mesra dengan penduduk mukim Felda Lanchang dalam usaha untuk meraih sokongan dan dengan PKR yang bertanding di DUN Lanchang, ianya dilihat sebagai satu kawasan yang berpotensi untuk di tawan. Penduduk melayu yang kebanyakkannya peneroka, dan bekerja sendiri ini pula , masih dalam keadaan takut-takut untuk menghadirkan diri disiang hari dengan alasan bahawa agak sukar kerana bekerja.Ketakutan mereka ini bukan kerana diugut atau di bayar untuk tidak menghadirkan diri, akan tetapi merasakan takut didalam keadaan yang tertekan dengan kedudukan sebagai peneroka dan anak-anak muda pula masih kurang yang mendapat maklumat , dan diketika mereka-mereka ini bersenang dirumah dan keluarga, seramai 30 orang asal menghadiran diri ,Namun kita percaya perubahan akan tetap berlaku apabila anak-anak muda di luar berhijrah membawa angin perubahan. Ucapan pertama sebelum kedatangan Anwar ialah Cikgu Jalaludin Johan yang merupakan bekas AJK Umno bahagian Temerloh, dimana beliau telah meninggalkan Umno dan menyertai PKR dan kini giat berkempen dan berceramah. Cikgu Jalaluddin yang merupakan anak tempatan Lanchang mempersoalkan apa yang tidak ada pada orang Melayu, dimana semua rumah kedai dimiliki oleh bukan Melayu."Orang Melayu , kalau hendak berniaga hanya di tepi-tepi jalan sahaja".Sebab utamanya ialah kerana tidak ada pemimpin Umno yang mahu dan mengeluarkan idea bagi membina kedai-kedai yang mampu dimiliki oleh orang Melayu. Malah menurut Cikgu Jalaluddin lagi, di Lanchang ini orang Melayu hanya mampu menjadi penonton sahaja dengan apa yang berlaku, terutamanya pembanggunan dan pusat untuk mendapatkan hasil di tepi-tepi sungai dimana pasir dikaut dan orang Melayu juga sebagai penonton.Beliau turut mengajak penduduk kampung dan orang Melayu yang tinggal di Felda Bukit Damar, Felda Lakum,Felda Bolok,Mempatih,dan kampung-kampung disekitarnya agar berubah bagi memilih pemimpin yang mahu membantu rakyat. "Dengan negeri Pahang yang mengalami deficit 2.4 billion, mana mungkin Umno memburukkan negeri-negeri yang di perintah Pakatan Rakyat.Berdasarkan jangkaan sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR, banyak kerusi yang mempunyai kurang 70 % jumlah pengundi Melayu akan menghadapi persaingan sengit antara PR dan BN." ini maklumat yang saya dapat dari laporan akauntan negara. Tambah beliau lagi Penceramah kedua pula ialah Sdr Bob Manolan ,Timbalan Pengerusi biro orang asal dan juga felda PKR pusat menjelaskan bahawa rakyat Pahang Khasnya orang asal , harus berani menolak parti yang selama ini memperbodohkan orang asal,malah menurut beliau Menteri Besar Pahang tidak pandai, malah beliau yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari Menteri Besar Pahang, itu menghina orang asal dengan mulut celupar beliau memaki hamun orang asal dan mengatakan bahawa orang asal bodoh..Beliau mengajak semua orang asal di negeri Pahang agar menolak Adnan Yaakob yang dikatakan menghina orang asal.Orang asal kini sudah tahu parti mana yang mereka mahu pilih untuk kebaikan mereka sendiri. "Berdasarkan maklumat sayang saya dapat, kita boleh memenangi beberapa kawasan yang dulunya sukar kerusi Dun yang PKR ada peluang cerah untuk menang : 1. Damak2. Teruntum3. Semambu4. Ceka5. Benta6. Jenderak7. Lanchang "Semua kawasan ini , sebahagiannnya ada pengundi orang asal yang akan menyokong Pakatan Rakyat bagi menolak kerajaan barisan Nasional yang lama dan angkuh sehingga menghina orang asal."Demikian jelas beliau lagi. |
Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari Posted: 05 Nov 2012 02:35 AM PST Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 JanuariKUALA LUMPUR 5 November: Timbalan Presidan PAS, Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat menyertai kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil 12 Januari depan. Pengarah Program Himpunan Kebangkitan Rakyat itu mensasarkan sejuta rakyat akan bersama-sama pada himpunan yang bakal mencatat sejarah. "(Ia adalah) perhimpunan seluruh rakyat yang menyokong tuntutan Bersih dan akan disertai tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (Royalti petroleum Kelantan), Oren (Felda) atau apa-apa warna sekalipun. "Kalau kita tidak boleh duduk dalam stadium, kita himpun di luar stadium," katanya disambut sorakan bersemangat lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Seremban Sabtu lalu. Himpunan itu bagi merasmi siri program yang akan diteruskan ke setiap negeri sebelum berakhir di Bukit Jalil. Program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertujuan untuk meneruskan tuntutan pilihan raya bersih dan adil, selepas hampir 300,000 rakyat menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur 28 April lalu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38876 |
Rafizi ke Hong Kong minggu depan siasat skandal RM40 juta Posted: 05 Nov 2012 02:32 AM PST Rafizi ke Hong Kong minggu depan siasat skandal RM40 jutaPUTRAJAYA 5 November: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ke Hong Kong minggu depan untuk bertemu Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) bagi mendapat keterangan lanjut berhubung kes pemberian RM40 juta oleh jutawan balak Sabah, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datul Seri Musa Aman. "Saya akan ke Hong Kong minggu depan atau minggu berikutnya. Kita nak dapatkan jawapan ICAC kerana sehingga kini tidak ada apa-apa kenyataan rasmi. Pada masa sama pihak (di Malaysia) berminat untuk dapatkan maklumat. "Kita tahu ada media (Malaysia) hubungi ICAC. Hal ini melibatkan nama baik dan reputasi ICAC sendiri," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas melaporkan kes itu petang tadi. Rafizi berkata, ICAC sebelum ini dikata telah membersihkan nama Chia. Namun, penemuan baru di Malaysia berhubung pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah kini melibatkan keluarga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz. KEADILAN menuntut SPRM membuka fail siasatan terhadap Nazri apabila keluarganya mendapat manfaat dengan tujuan mempengaruhi keputusan membersihkan nama Chia. "Akan berlaku konflik kepentingan. Sebab itu kita desak Perdana Menteri, Najib Razak arah Nazri bercuti. Berbeza dengan kes Shahrizat (Jalil) (NFC), Nazri adalah Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPRM," jelasnya. KEADILAN sebelum ini mendedahkan wujud unsur rasuah apabila kenderaan mewah Hummer berharga RM479,000 diberikan kepada anak Nazri, Nedim seolah-olah untuk membersihkan nama Chia. "Nazri sampai hari ini tak nafikan (pemberian Hummer). Nazri seperti tak rasa bersalah dengan hujahnya mengatakan dirinya tiada kaitan. Mengikut tafsiran kami, kes ini ada asas untuk disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Seksyen 16 (a). "Sebelum ini dalam kes NFC, kita beri semua maklumat yang ada, termasuk transaksi kepada Jabatan Jenayah Komersil. Tapi SPRM tak pernah hubungi. Sebab itu kita alu-alukan semua pihak termasuk wartawan untuk berkongsi maklumat yang ada untuk membantu pembongkaran," katanya. Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau bersedia dengan sebarang akibat dari pendedahan tersebut. "Saya telah pertimbang risiko. Sebab itu saya kata, jika hal ini satu fitnah, Nazri Aziz boleh saman. Sekarang ini tidak ada sesiapa, meskipun Menteri, atau ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sekalipun, boleh sorokkan (sogokan). "Mereka bukan sahaja perlu bersih, tetapi kelihatan bersih. Masyarakat perlu menuju ke arah itu," tegas Rafizi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38937 |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan