WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Isu Perdana Menteri Pakatan telah lama selesai
- PERSIDANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG
- Kemewahan di hujung usia....
- Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah
- Rekod kes pembunuhan Altantuya akan diteliti Hakim Scorpene
- PM dan Razak Baginda mungkin disepina – Peguam Scorpene
- HALANG MASUK MALAYSIA.SIDANG DI SINGAPURA
Isu Perdana Menteri Pakatan telah lama selesai Posted: 27 Nov 2012 05:43 PM PST Isu Perdana Menteri Pakatan telah lama selesai
SEBAGAIMANA yang saya duga membangkitkan isu bakal Perdana Menteri kiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 seperti yang disuarakan dalam Muktamar Dewan Ulama PAS boleh mengganggu kelancaran kempen membebaskan Putrajaya dari pemerintahan rasuah BN. Ia membuka jalan kepada musuh memperleceh muafakat Pakatan Rakyat dalam kempen perubahan itu. Susah bagi pemimpin Pakatan untuk menjawab serangan musuh sedang masa sudah bertambah singkat untuk persiapan akhir menghadapi pilihanraya. Komen sekalian penganalisis betapa membangkitkan perkara itu adalah suatu yang kurang bijak patut didengar. Isu Perdana Menteri itu adalah antara strategi penting PR menghadapi PRU13. Antara yang pengundi mahu tahu ialah siapa Perdana Menteri? Pada fahaman saya yang berada di luar dari pimpinan PAS, isu Perdana Menteri itu sudah selesai sejak tercapainya muafakat untuk bersama mara membebaskan Putrajaya. Apa yang dibangkitkan itu wajar dianggap tidak berlaku, kerana calon Perdana Menteri itu telah selesai kecuali dia tewas dalam pilihanraya. Apapun kelemahan yang timbul gara-gara isu itu calon Perdana Menteri Pakatan adalah jauh lebih berwibawa dari Perdana Menteri yang ada. Bukan saja Perdana Menteri tidak dapat menyelesaikan beban yang ditinggalkan oleh para pimpinan yang terdahulu, dia menambah masalah. Hutang negara bertambah berganda sudah melepasi RM500 bilion. Rasuah dilihat tidak berubah bahkan kian berkembang, keyakinan terhadap mahkamah, jabatan peguam negara, keberkecualian polis dan profesionalisma pegawai awam masih di takuk lama. Cara kementenrian kewangan dikendalikan bukan lagi tiris tetapi bocor di sana sini. Kemungkinan muflis seperti di Greece adalah tidak mustahil. Betapa lemahnya Perdana Menteri yang ada dapat dicerminkan dari tinjauan Prof. Datuk Shamsul Amri tentang pencapaian BN sehingga bulan September lalu. Kiranya pilihanraya diadakan masa itu BN mampu merasih 120 kerusi berbanding dengan 140 kerusi yang diperolehinya dalam PRU 2008. Walaupun BN diramal menang tipis tetapi prestasinya diagak lebih buruk dari yang dicapai oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu. Semua warga BN mengira Tun Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri BN paling lemah. Kerana itu dia dipaksa berundur. Tetapi tinjauan Prof. Dato Shamsul mendapati Perdana Menteri Najib belum berjaya mengatasi mengatasi pencapaian Tun Abdullah dalam PRU12. Begitu banyak wang yang ditabur, hari-hari menemui rakyat di merata-rata dia baru dapat 120 kerusi, 20 kerusi kurang dari yang Pak Lah dapat. Jika dia dapat satu 24 lagi kerusi yang kelabu baru dia dapat melebihi prestasi Abdullah. Itupun baru 144 kerusi, empat kerusi saja lebih dari tsunami dulu. Jika dia sekadar dapat 144 saja, tidak padan dengan gegak gempira petir transformasi berbagai bidang yang dirongrongkan. Seolah-olah bukan lagi petir, tetapi guruh yang kurang kedengaran. Jika keburukan Perdana Menteri dalam berbagai perkara tidak terbongkar ialah kerana kuasa yang ada pada Perdana Menteri tidak memungkinkannya. Adalah biasa bagi semua warga UMNO dan BN hanya mengira seseorang Perdana Menteri itu buruk selepas dia tidak menjadi Perdana Menteri. Tiada siapa berani kata Dr. Mahathir buruk ialah kerana dua Perdana Menteri selepasnya lemah belaka. Dengan suasana yang menyelubungi orang-orang yang berkuasa itu masih dilihat masih tidak berwibawa dibandingkan dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat walaupun ia dilanda badai dan gelombang yang bermacam-macam. Calon Perdana Menteri itu masih dihormati di peringkat antarabangsa. Dengan ini isu Perdana Menteri Pakatan itu bukanlah suatu malapetaka kepada muafakatnya. | ||||||
PERSIDANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG Posted: 27 Nov 2012 05:43 PM PST Banyak beristighfar dengar ucapan pemimpin Umno
Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu. Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP. Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masa kini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu. Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu dipenuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa di dunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu diselang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih. Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara 'head-on' dengan kehendak agama dan negara. Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan disamakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia. Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu 'desperate' untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini. Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya. Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih diharapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi 'billionaire' dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini. Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya. Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang diseru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh dikotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu. Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN. Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang 'there is life after UMNO'. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir. Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang 'subservient' kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain. Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsyar nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah. Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO diumumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya. Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat. Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini. | ||||||
Posted: 27 Nov 2012 05:10 PM PST Majlis sambutan harijadi berkembar KDYMM Sultan Pahang ke-81 dan putera baginda, Putera Fahad yang ke-18 yang diadakan serentak di sebuah hotel mewah Corinthia, London. Majlis penuh kemewahan dan warna-warni yang dihadiri oleh kaum kerabat serta rakan-rakan terdekat baginda Sultan Pahang ini turut mengadakan pertujukan fesyen koleksi musim panas oleh Dior's. Turut melengkapkan sambutan ialah pameran koleksi permata dan berlian oleh Raishma Couture and Amrapali. | ||||||
Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah Posted: 27 Nov 2012 03:02 AM PST Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya. Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak. Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib. Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib. Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan. Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib. "Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily. Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau. Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)? Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah. Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau? Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau. Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia? Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri Pertahanan. Bisnes apa yang saudara buat dengan dia? Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja. Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain? Ya boleh dikatakan begitu. Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat? Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile. Sebelum ini tidak ada apa-apalah? Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes. Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai? Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita. Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah. Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau... Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib. Saudara memang kenal Bala? Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat. Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular? Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi. Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah? Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya. Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu? Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah. Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu? Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri. Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri? Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori. Jadi apa tindakan saudara? Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam. Apa tindakan selepas itu? Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka. LAPORAN BERKAITAN Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran | ||||||
Rekod kes pembunuhan Altantuya akan diteliti Hakim Scorpene Posted: 26 Nov 2012 11:42 PM PST Rekod kes pembunuhan Altantuya akan diteliti Hakim ScorpeneDaripada Fazallah PitSINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene. Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin 'kunci' kepada kes Scorpene di Malaysia. "Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat," katanya. Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene. Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini. Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah. Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis. Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut 'Najib Razak' sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40172 | ||||||
PM dan Razak Baginda mungkin disepina – Peguam Scorpene Posted: 26 Nov 2012 11:41 PM PST PM dan Razak Baginda mungkin disepina – Peguam ScorpeneSINGAPURA : Daripada tujuh senarai saksi yang diberi Suaram, nama Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina, kata peguam Scorpene, Apoline Cagnat.Beliau juga menegaskan tiada siapa termasuk Perdana Menteri Malaysia itu memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan. Bagaimanapun, Apoline tidak dapat memastikan tempoh sepina itu diberi kerana proses sedemikian mengambil masa tetapi tidak menolak kemungkinan kedua-dua individu itu bakal disepina. Peguam itu juga sepanjang taklimat menyebut 'Najib Razak' sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam senarai saksi cadangan. Apoline adalah rakan sejawat kepada William Bourdon yang pernah dihalau kerajaan Malaysia sebelum ini. Selain Najib dan Razak Baginda, mereka yang dalam senarai Suaram untuk disepina ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan seorang korporat, Lodin Wok Kamaruddin. Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia hari ini, ditukar lokasi ke Changi, Singapura berikutan halangan daripada kerajaan Malaysia. Terdahulu, Apoline juga menyatakan rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40180 | ||||||
HALANG MASUK MALAYSIA.SIDANG DI SINGAPURA Posted: 26 Nov 2012 11:40 PM PST Siaran langsung taklimat Scorpene di KLSCAH hari iniKUALA LUMPUR 27 November: Orang ramai dijemput mengikuti siaran langsung taklimat Scorpene oleh peguam Perancis yang diadakan di Hotel Changi Village, Singapura menerusi ruangan awam yang disediakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula 12 tengahari ini.Siaran langsung itu dibawakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu dijadual berlangsung dua jam. Taklimat itu yang sepatutnya dibuat di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Singapura sebagai lokasi alternatif berikutan halangan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam kenyataan berkata, taklimat tersebut akan merungkai banyak pendedahan dan maklumat baru berkaitan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Antara perkara penting yang bakal diketahui termasuk persoalan siapakah lelaki ketiga, apa peranan Altantuya, siapa Aminah Abdullah dan siapa yang dapat pasport Malaysia. "Kita juga bakal mengetahui nama dan alamat syarikat yang terbabit dalam urusniaga ini, siapa yang ambil duit komisen pembelian Scorpene, apa peranan Najib Razak dalam skandal ini termasuk bukti pertemuan Najib dan Altantuya di Paris. Semua ini dalam tangan peguam Perancis," katanya. Menurut Edy Noor, sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat. "Orang ramai dan semua pengamal media dijemput hadir. Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40148 |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan