WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Waktu ini, senyap itu emas! (Silence is golden) Posted: 16 Nov 2012 04:48 PM PST Isu Hudud. Inilah adalah antara topik yang sangat digemari oleh Umno/BN untuk melaga-lagakan pakatan pembangkang. Belum pun reda kepanasan isu 'bebas beragama' yang ditimbulkan Nurul Izzah, pakatan nampaknya dah keluarkan peluru tambahan yang akan digunakan oleh Umno/BN untuk menimbulkan suasana 'kurang mesra' di kalangan anggota pakatan pembangkang. Tidak bolehkah para pemimpin berusaha menyimpan ulasan-ulasan yang boleh menimbulkan masalah kepada pakatan? Susah sangatkah nak keluarkan jawapan "saya tangguhkan dulu komen sehingga selepas pilihan raya" atau "I reserved my comments on that matter...." Susah sangat ke mangkuk-mangkuk tu nak tepis wartawan dengan kata-kata itu? |
ELOK LA..HANG BUKAN MUDA LAGI.LAGI PULAK BAKAL NAK BUNGKUIH DAH UMNO Posted: 15 Nov 2012 10:37 PM PST KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya di dalam Umno, mengatakan dirinya sudah penat dengan semua tanggungjawabnya di dalam parti. KADANG-KADANG ACAH MACAM NI PUN MASYUKKKK Beliau membuat keputusan itu semalam, dan akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat. "Saya berasa penat menanggung beban dalam pentadbiran di bahagian cawangan, bahagian dan peringkat negeri. "Terlalu banyak tanggungjawab yang saya pikul, jadi saya sudah penat," katanya setelah dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini. Beliau bagaimanapun berkata, beliau tidak keluar dari Umno sebaliknya membantu jentera parti menghadapi pilihan raya akan datang. "Saya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin, ini adalah masanya untuk ahli Pemuda Umno Perlis untuk berdikari. "Umno Perlis sentiasa mempunyai barisan untuk memimpin. "Dan saya akan terus menjadi ahli Umno dan terus berjuang untuk Umno," katanya lagi. Beliau berkata, beliau tidak mahu memegang banyak jawatan, kerana ia hanya membawa keburukan sekiranya tidak mampu untuk memikul semua jawatan. "Saya berharap semua ahli Umno akan teruskan perjuangan, jangan berjuang hanya kerana jawatan," kata Mohsin lagi. Mohsin semalam meletakkan status di Facebooknya, "hari ini saya mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam Umno". |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan