Tukar Tiub |
- PENCERAHAN YANG TERANG DARI PEMBACA
- ANAK ANAK MUDA BERSEDIA - KEMPEN RUNTUHKAN KAMERA AES AKAN BERJALAN
- RASUAH MALAYSIAN SUDAH SAMPAI KE HONG KONG
- HINAKAN MEREKA YANG MAKAN DI MEK DOGAL
- MALAYSIA DAPAT NUMBER 8 - YA TUHAN SELAMTKAN LAH NEGARA YANG DAPAT NUMBER 9
- TUKAR TIUB MENGHASUT LAGI
- KENAPA KITA WAJIBH TURUN KE JALAN RAYA 12 JANUARI NANTI
- LAGI PERCUBAAN UTUK MENIPU ORANG MELAYU
- NOH OMAR BUAT ONAR LAGI
PENCERAHAN YANG TERANG DARI PEMBACA Posted: 20 Nov 2012 06:00 PM PST SEORANG NELAYAN BOLEHKAH HADI AWANG JADI PM? bro.. lu xnak kupas isu hadi awang jd pm ka? terengganu pun xdapat rampas balik ni plak nak jadi pm? negeri lain kita dpat sapu tapi terengganu xdapat. sebab apa? sebab rakyat terengganu sendiri tolak kerajaan pas terengganu had awang dulu. bukan sebab pengundi hantu. apa kejayaan dia masa perintah terengganu dulu? mansuh tol, buang patung penyu dan besarkan markas pas. itu je? lain xda sebab xdapat royalti katanya. 4tahun perintah 4tahun dok berkokok nak royalti. itu je la yg depa tau. xda royalti negeri xleh bangun. ini nak jadi pm? kedah pun pru akan datang dapat balik kat bn la. percaya la. lagi satu xkan kt nak amik menteri dari penggangur yang harap elaun pemuda je jadi menteri penuh dah 2 selera besar nak pakai keta mahal. orang xheran la kalo gaji 10k pun janji jujur. background 2 penting. macam mb khalid. korporat berjaya. jadi mb pun mb terbaik. ni nak amik penganggur makan elaun pemuda je jadi menteri?? hmmm... patut la berkokok UG UG UG on HINAKAN MEREKA YANG MAKAN DI MEK DOGAL Jangan polemikkan isu jawatan PM – Mustafa Harakahdaily Selasa, 20 Nov 2012 KUALA LUMPUR: Isu siapa menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 nanti tidak perlu dijadikan polemik di kalangan pemimpin dan penyokong PR, kata Datuk Mustafa Ali. |
ANAK ANAK MUDA BERSEDIA - KEMPEN RUNTUHKAN KAMERA AES AKAN BERJALAN Posted: 20 Nov 2012 05:02 PM PST KESAH DALAM 3 BINGKAI 1 - orang ramai jumpa kamera aes orang ramai berkumpul 2 - orang ramai gotong royong goncang batang kamera ini 3 - kamera ini jatuh tersembab menyembah bumi KESAH BERGAMNAR NOTA: anak anak muda di selangor diminta mula mengenal tempat diminta mula mengenal lokasi kamera aes din pasang pada 26 haribulan ini tarikh 2 minggu yang diberikan oleh kerajaan selangor tamat justeru jika kamera itu masih terpaksang adalah menjadi mudarat kepada orang ramai sebagai amal jariah maka hendaklah beramai-ramai secara bergotong royong dicabutkan kamera ini tidak adalah kerja yang lebih baik dalam dunia ini melainkan melakukan kebaikan untuk orang ramai Gesa segera pasang AES Orang ramai mahu Jalan Masai-Kongkong dilengkapi sistem didik pemandu Pasir Gudang: Orang ramai mahu kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) segera dipasang di Jalan Masai-Kongkong di sini, berikutan kemalangan jalan raya sudah meragut sembilan nyawa di situ dalam tempoh dua bulan lalu. Mereka yang ditemui sependapat, pemasangan AES dapat mengubah sikap pemandu dan penunggang untuk lebih bertanggungjawab ketika menggunakan laluan berkenaan. Ini berikutan tindakan segelintir pemandu gemar memandu laju dan memotong di kawasan larangan di laluan sejauh kira-kira 50 kilometer itu dan sering menjadi punca nahas jalan raya hingga meragut mereka yang mematuhi peraturan jalan raya GESA SEGERA RUNTUH KAN AES Serdang: Orang ramai mahu kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) segera diruntuhkan di Jalan Serdang- Bangi, berikutan dcengan kenyataan kerjaan Selangor yang mengatakan bahawa kemera ini dibuat untuk mengkayakan kroni United Malays National Organisation. Mereka yang ditemui sependapat, pemasangan AES ada cara bagaimana duit pemandu dan penungang motosikal ramai dapat dirampas dengan mengunkan undang-undang. Orang ramai menyifakan kamera ini sebagai lanun daratan. Satu kumpulan pemandu telah merancanag untuk meruntuhkan kamera ini apabila tarikh dua minggu yang diberi oleh kerajaan Selangor tamat. |
RASUAH MALAYSIAN SUDAH SAMPAI KE HONG KONG Posted: 20 Nov 2012 04:30 PM PST KENYATAAN MEDIA 20 November 2012 "FACT FINDING MISSION" KE HONG KONG: LAPORAN KEPADA JAWATANKUASA SEMAKAN ICAC UNTUK MENYEMAK/ MEMBUKA SEMULA KES RASUAH RM40j MELIBATKAN DATO' SERI MUSA AMAN, DATO' SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu rombongan ke Hong Kong bertujuan mengumpul maklumat lanjut dan menyampaikan perkembangan terkini kepada pihak-pihak berkuasa dan berkepentingan di Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato' Seri Musa Aman, Dato' Seri Nazri Aziz dan Michael Chia. Ini bertepatan dengan kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat baru-baru ini yang menggunakan nama dan reputasi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk menggugurkan dakwaan rasuah terhadap Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia. Sedangkan sehingga kini, tidak ada satu pengesahan pun dari ICAC yang mengiyakan kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz itu, ditengah-tengah tuduhan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama dari pihak berkuasa Malaysia yang sengaja melengah-lengahkan kes tersebut. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan perkembangan terkini dari siasatan terhadap tuduhan rasuah melibatkan hartawan Ananda Krishnan di India, apabila pihak berkuasa India turut menyuarakan bantahan terhadap pihak berkuasa Malaysia yang dilaporkan sengaja tidak memberi kerjasama untuk melengah-lengahkan kes tersebut. Jelas bahawa ada perkaitan yang membimbangkan di antara kedua-dua kes; apabila pihak berkuasa Malaysia dituduh tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa lain yang menyiasat kes rasuah individu tertentu yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan untuk mengesahkan kebenaran kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz dengan merujuk kembali perkara ini kepada ICAC dan pihak berkuasa Hong Kong. Sekiranya ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya, ini adalah satu skandal besar yang perlu disiasat dengan lebih lanjut oleh SPRM dan pihak berkuasa di negara ini. Pendedahan terbaru bahawa keluarga Dato' Seri Nazri Aziz ada mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah dianggarkan berharga RM1 juta dari Michael Chia menguatkan lagi persepsi bahawa tindakan Dato' Seri Nazri Aziz membersihkan nama Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia adalah berunsurkan rasuah yang perlu disiasat segera. Saya telah menghubungi ICAC dan sementara ia menjelaskan ia perlu menjaga kerahsiaan siasatan, ICAC juga memaklumkan bahawa wujud mekanisme semakan semula siasatan melalui sebuah badan yang dipanggil Operations Review Committee (Jawatankuasa Semakan ICAC). Oleh yang demikian, satu rombongan yang turut disertai wakil-wakil rakyat akan berkunjung ke Hong Kong untuk memulakan proses permohonan kepada Jawatankuasa Semakan ICAC untuk: 1. Memaklumkan fakta-fakta kes yang menyebabkan ICAC terpaksa menutup kes ini untuk mengesahkan sama ada dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan kerjasama benar atau tidak; 2. Membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah RM40 juta dan pengubahan wang haram (money laundering) terhadap Dato' Seri Musa Aman, Dato' Seri Nazri Aziz dan Michael Chia mengambil kira perkembangan terkini termasuklah kenyataan-kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz di Parlimen dan keterlibatan keluarga beliau menerima habuan dari Michael Chia Rombongan ini yang disertai oleh saya, YB William Leong (AP Selayang), YB Hee Loy Sian (AP Petaling Jaya Selatan) dan YB Chang Li Kang (ADUN Teja) akan berlepas ke Hong Kong esok (21 November 2012). Dalam rangka lawatan ini, rombongan akan menemui ahli Majlis Perundangan Hong Kong (Legislative Council) seperti berikut: Leung Kwok-Hung, pengerusi League of Social Democrats James To Kun-Sun, wakil Parti Demokratik Raymond Wong Yuk-Man dan pimpinan parti People's Power Pimpinan Civic Party Rombongan juga akan mengadakan pertemuan dengan NGO dan media untuk menerangkan kesan kes ini kepada reputasi ICAC. Satu sidang penerangan akan diadakan pada hari Khamis, 22 November 2012 yang akan turut disertai oleh wakil-wakil parti politik, NGO dan media. Sesi penerangan dan pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Perundangan Hong Kong adalah bertujuan untuk mendapatkan kerjasama mereka untuk berunding dengan Jawatankuasa Semakan ICAC untuk menyemak kembali kes tersebut. Akhir sekali, rombongan akan bertemu dengan wakil ICAC untuk menyampaikan permohonan rasmi agar kes ini disemak kembali mengambil kira kesannya kepada reputasi antarabangsa ICAC, apabila namanya digunakan di Malaysia untuk membersihkan nama Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia dalam suasana yang menimbulkan penuh tanda tanya. Misi ini adalah misi yang pertama dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada perkembangan di Hong Kong. Satu sidang media akan diadakan di ibu pejabat KEADILAN pada hari Jumaat, 23 November 2012 jam 4 petang sejurus rombongan tiba dari Hong Kong. |
HINAKAN MEREKA YANG MAKAN DI MEK DOGAL Posted: 20 Nov 2012 05:00 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB tak perlu cakap banyak tak perlu pergi ke gaza tak perlu heboh heboh mek dogal ialah milik zionis mek dogal memberi dana untuk israel mek dogal beri sokong untuk israel luaskan kempen anti mek dogal luaskan kempen anti isreal luaskan kempen anti zionis hinakan mereka yang makan di mek dogal kutuk mereka yang makan di mek dogal kapirkan mereka yang makan di mek dogal babikan mereka yang makan di mek dogal harbikan mereka yang makan di mek dogal laknatkan mereka yang makan di mek dogal PAS GESA PULAU EKONOMI, MEDIA PRO ISRAEL – harakah daily KUALA LUMPUR: PAS berpendirian, sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan yang pro aktif dalam menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang tergempar berhubung serangan terbaru Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza. Demikian tegas Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat ketika berbahas menyokong usul mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi "Pillar of Defence", 14 November lalu ke atas Wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut. "Sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan yang pro aktif dalam menangani isu ini khususnya melalui OIC untuk mengadakan sidang tergempar mempengaruhi rakan-rakan OIC dan rakan-rakan negara Arab. HARI RAKYAT BANGKIT MELAWAN |
MALAYSIA DAPAT NUMBER 8 - YA TUHAN SELAMTKAN LAH NEGARA YANG DAPAT NUMBER 9 Posted: 20 Nov 2012 03:00 AM PST KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah.... YA AMPOOOON!... kah kah kah woit... CUBA BAYANGKAN NEGARA YANG DAPAT NUMBER 9.... kah kah akh.. kah kah kah...CUBA BAYANGKAN NEGARA YANG DAPAT NUMBER 10...kah kah kah.. kah kah kah... KALAU NUMBER 8 ... MACAM INI PUNYA SEKSA.... MACAM MANA AGAKNYA NUMBER 9..... kah kah kah kah kah kah... YA TUHAN SELAMATKAN LAH NEGARA YANG DAPAT NUMBER 9...kah kah ka ARKIB : 19/11/2012 M'sia dapat pengiktirafan negara ke-8 `paling bahagia' - KPNKOTA KINABALU 19 Nov. - Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121119/dn_18/Msia-dapat-pengiktirafan-negara-ke-8-paling-bahagia---KPN#ixzz2CjyUd6jT © Utusan Melayu (M) Bhd Seorang mati, dua cedera diserang 10 lelaki bersenjata Seorang lelaki mati dipercayai ditetak manakala dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian kira-kira 6.30 petang di Lorong Ikan Jelawat Enam dekat ibunegara malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata ketika kejadian, tujuh lelaki sedang melepak di taman permainan sebelum tiga daripada mereka dikejar sekumpulan lelaki lain. "Sekumpulan penyerang lelaki terbabit, yang dianggarkan seramai 10 orang menaiki sebuah kereta dan dua buah motosikal, menyerang mangsa menggunakan senjata dipercayai parang. Beliau berkata seorang daripada mangsa yang berusia 25 tahun mati di tempat kejadian manakala dua lagi berusia 21 tahun cedera di bahagian badan dan dihantar ke Hospital Ampang," katanya. Amiruddin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - Bernama |
Posted: 19 Nov 2012 10:30 PM PST PILIHAN MASA DEPAN PILIHAN RAYA ATAU PILIHAN JALAN RAYA (Pada Sabtu 3 haribulan November yang lalu hampir 30,000 Warga Demokrasi telah berhimpun di Seremban. Dalam hujan lebat mereka tidak berganjak. Guruh halilintar membelah bumi namun 30,000 Warga Demokrasi enggan berundur. Mereka menuntut Janji Bersih. Mereka menuntut 8 Tuntutan Bersih.) Sekali saya membuka perbincangan tentang pilihan raya. Jangan tersilap anggap. Saya tidak menolak pilihan raya. Ini kerana pilihan raya adalah salah satu dari beberapa pendekatan dan metod untuk mengurus, mengagih dan mentadbir kuasa. Dalam dunia hari ini pilihan raya telah menjadi amalan pengagihan kuasa untuk hampir kesemua negara-negara di dunia ini. Walau pun ada negara saperti Saudi Arabia yang tidak pernah mengadakan pilihan raya - hakikatnya sistem pengagihan kuasa melalui pilihan raya ini telah diterima pakai secara menyeluruh. Malah dalam negara-negara dimana Sultan, Shah, Al Malik dan Raja masih wujud - pilihan raya juga telah diterima pakai sebagai cara pengagihan kuasa. Pilihan raya telah dikait rapat dengan demokrasi. Tetapi jangan salah hitung - demokrasi boleh wujud tanpa pilihan raya. Wujudnya pilihan raya bukan pula satu jaminan untuk kewujudan demokrasi. Adalah salah untuk membuktikan bahawa kebebasan dan demokrasi hanya wujud jika ada pilihan raya. Bagitu juga adalah salah untuk menganggap jika tidak ada pilihan raya maka demokrasi tidak wujud. Hitler yang telah melancarkan Perang Dunia ke Dua menjadi Chanselor Germany bukan melalui rampasan kuasa. Adolf Hitler mendapat kuasa melalui kemenangan pilihan raya. Pada 31 Julai 1932 Parti Nazi yang rasis lagi zalim telah menang dengan 230 kerusi. Kemenangan dalam pilihan raya ini telah membuka jalan untuk Hitler berkuasa. Ini bermakna ditaktor juga boleh naik tahtha melalui pilihan raya. Dalam Adat Perpatih Perpatih di Negeri Sembilan, anggota masyarakat memilih, melantik dan memberi kuasa kepada pemimpin mereka tanpa pilihan raya. Dalam cara agihan kuasa dan pemilihan penguat kuasa tanpa pilihan raya ini masih wujud ciri-ciri demokrasi dan kebebasan. Demokrasi bentuk ini, sama saperti demokrasi dalam pilihan raya - lahir kerana keperluan ekonomi. Adat Perpatih di Negeri Sembilan muncul kerana ekonomi berasaskan sawah dan padi. Mari kita kembali melihat sejarah pilihan raya di Malaysia. Di Tanah Melayu yang kemudian menjadi Malaysia telah mengadakan 12 kali pilihan raya umum. Manakla pilihan raya kecil telah berpuluh kali dijalankan. Tetapi ini bukan bermakna ada demokrasi dan kebebasan dalam negara ini. Memang betul kita ada pilihan raya. Memang betul lima tahun sekali ada pesta pilihan raya untuk seluruh negara. Dari segi prosedur tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia mengadakan pemilihan wakil rakyat melalui undi. Tapi kewujudan prosedur bukan tanda wujudnya kebebasan hak memilih yang bersih, adil dan jujur. Pemilihan melalui pengundian telah diwujudkan oleh penjajah British pada tahun 1955. Sistem pemilihan wakil rakyat yang dilembagakan oleh British ini telah hilang pupus. Selama lebih dari 50 tahun sistem peninggalan British yang memiliki asas demokrasi dan kebebasan telah berubah rupa. Dalam tiga tulisan saya yang lalu, telah diterangkan bahawa untuk PRU13 kali ini telah diwujudkan satu sistem pemilihan khusus untuk menipu para pengudi. Sistem yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini bertujuan untuk memastikan parti United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Kenapa SPR melakukan sademikian? Bukankah SPR ini satu badan yang bebas yang hanya mengikut arahan Agong. Memang betul lembaga SPR ini bunyinya bebas. Pengerusi dan para pegawai SPR yang dilantik oleh Agong. Tetapi Agong hanya melantik nama-nama yang diberikan oleh Perdana Menteri. Justeru adalah mustahil Dolah Badawi atau Najib Razak yang juga Presiden United Malays National Organisation akan melantik Tian Chua atau Saifuddin Nasution untuk menjadi Pengerusi SPR. Sosok yang akan mengepali SPR ini pastilah barua budak suruhan United Malays National Organisation yang setia dan senang untuk disuruh arah. Pengerusi dan para pegawai didalam SPR ini telah diikat dengan kepentingan ekonomi dan kepentingan kelas untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa. Hakikatnya SPR ini bukan badan yang bebas. Ini terbukti apabila rakyat Malaysia gempar apabila diberitahu bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli parti United Malays National Organisation. Dua bengolan SPR ini bukan minta maaf dan meletak jawatan. Malah mereka membabi buta menafikan yang mereka ahli parti walau pun bukti saheh telah ditonyohkan ke hadapan mata mereka. Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah : Surahanjaya Pilihan Raya Malaysia ini tidak boleh dipercayai. Lembaga ini adalah barua kepada United Malays National Organisation. Penipuan dan semua rancangan penipuan yang telah dibogelkan berpuluh kali oleh Bersih dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak diendahkan kerana penipuan ini adalah sebahagian dari rancangan yang SPR sendiri terlibat. Justeru rakyat tidak ada jalan lain. Jalan yang terbuka luas ialah turun sekali lagi ke jalan raya. Kerana inilah 30,000 Warga Demokrasi berhujan lencun dimalam Sabtu lalu. Warga Demokrasi membuktikan bahawa mereka menyokong teguh racangan demo pada 12 Januari akan datang. Kalau dalam hujan lebat 30,000 yang datang bayangkan berapa ratus ribu yang akan ke jalan raya pada petang 12 Januari nanti di Kuala Lumpur? Demo 12 Januari Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan ini lebih besar dari besar. Akan lebih lebih mega dari mega. Himpuanan Kebangkitan Rakyat ada ibu dari segala ibu demo. Demo Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini adalah sambungan dari perjuangan Bersih yang menuntut 8 Tuntutan. Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah serangan akhir dituju kepada SPR untuk menunaikan 8 Tuntutan Bersih. Warga Demokrasi telah muak dengan memo. Warga Demokrasi telah berpuluh puluh kali membuat laporan polis. Warga Demokrasi telah berkali-kali membuktikan penipuan dalam senarai nama pengundi. Hasilnya sifar, zeri, nil..zilch. Maka jelas jika 8 Tuntutan ini tidak ditunaikan maka PRU13 ini sekali akan lagi menobatkan United Malays National Organisation dengan cara tipu. Warga Demokrasi tidak lagi akan menerima penipuan ini. Selama 50 tahun Warga Demokrasi telah ditipu maka PRU13 ini adalah tanda nokhtah. PRU13 adalah perenggan akhir untuk SPR untuk menjalankan pemililhan secara jujur dan bersih. PRU13 ini adalah persimpangan – penerusan penipuan oleh SPR untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa atau mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Untuk Warga Demokrasi telah jelas, mereka hanya akan menerima pilihan raya dengan tertunainya 8 Tuntutan. Warga Demokrasi, penyokong Bersih dan penyokong Pakatan Rakyat akan menerima keputusan PRU13 dengan hati terbuka. Jika Selangor kalah maka gugurlah kerjaaan Pakatan Rakyat. Jika Kedah kalah maka kalahlah kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Bagitu juga seluruh keputusan PRU13 akan disambut dengan sopan. Warga Demokrasi akan menerima keputusan PRU13 dengan hati terbuka. Waspada! Warga Demokrasi akan bersopan dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka hanya satelah 8 Tuntutan telah ditunaikan. Penunaian ini bererti sistem penipuan yang sedang di rancang oleh SPR ini telah ditalkinkan. Sama ada Pakatan Rakyat menang atau United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya menang bukan persoalan untuk Warga Demokrasi. Yang penting PRU13 dijalankan dengan bersih dan adil. Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini adalah adalah pembukaan tirai pendemokrasian di Malaysia. Telah jelas kepada Warga Demokrasi bahawa segala porak peranda yang berlaku sekarang. Segala kerenah – rasuah, pembunuhan, perampasan tanah dan dan dan... semuanya berpunca dari pimpinan negara yang dipilih secara tipu. Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah perkahwinan semua Warga Demokrasi. Bersih dengan baju kuningnya. Himpunan Hijau pencinta alam sekitar dengan baju hijaunya. Penentang ISA dengan baju merahnya. Penyokong bahasa ibuanda dengan baju putehnya. Dan anak muda punk rocker dan counter culture bersama dengan Gerakan Selamatkan Warisan dengan baju hitam mereka. Kuning, hijau, merah, puteh atau hitam adalah tanda pengembelingan kebangkitan rakyat menuntut PRU13 dijalankan tanpa penipuan. Pada 12 Januari tahun hadapan kota Kuala Lumpur akan menjadi kota pelangi. Warna-warna ini adalah warna pendemokrasian. Warna-warna ini adalah tanda bahawa orang ramai akan mengitiraf SPR yang menipu. Bersih 2.0 Secara resmi telah menuntut agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan. Ini kerana Bersih tidak yakin dengan kepimpinan dua ahli United Malays National Organisation ini. Desakan Bersih ini tidak diindahkan. Maka mari kita tunggu dan lihat apakah rancangan dan kerenah SPR untuk meneruskan penipuan apabila pada 12 Januari 2013 satu juta.... diulangi ... apabila satu juta Warga Demokrasi turun ke jalan raya. Apakah PRU13 akan diadakan sebelum 12 Januari? Tunggu minggu hadapan untuk jawapan. (TT) NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN yang terbaru - sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon: 03-22-72-40-45 |
KENAPA KITA WAJIBH TURUN KE JALAN RAYA 12 JANUARI NANTI Posted: 19 Nov 2012 09:27 PM PST NOTA:untuk warga selangor melihatuntuk warga luar selangor membacabagaimana telusnya kerajaan pakatan rakyatbelanjawan dipaparkan terbuka kepada umumbelanjawan boleh dilihat umum untukdikaji di selidik atau untuk di bantah pernah: united malays national organisation buat macam ini? malah semua perjanjian di akta rahsiakan kerana itu kita wajib turun ke jalan raya pada 12 januari nanti Ringkasan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2013 Kerajaan Selangor dengan konsisten telah berjaya membentangkan belanjawan berimbang selama lima tahun berturut-turut sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2008.Belanjawan 2013yang bertemakan 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia', Kerajaan Selangor sekali lagi membentangkan belanjawan berimbang dengan peruntukan sebanyak RM1.630 billion iaitu RM996,980,690.00 atau 61 peratus untuk perbelanjaan Mengurus dan RM633,019,310.00 atau 39 peratus untuk perbelanjaan Pembangunan.Anggaran perbelanjaan ini terdiri daripada anggaran Hasil Cukai sebanyak RM584,444,172.26 atau 35.86 peratus, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM859,803,567.74 atau 52.75 peratus dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM185,752,260.00 atau 11.40 peratus.Di bawah peruntukkan Mengurus, perbelanjaan Emolumen sebanyak RM363,840,812.44 atau 36.49 peratus), Bekalan dan Perkhidmatan (RM414,867,037.37 atau 41.61 peratus),Aset (RM3,716,600 atau 0.37 peratus), Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (RM201,291,160.19 atau 20.19 peratus dan Perbelanjaan Lain RM13,265,080.00 atau 1.33 peratus).Peruntukkan Mengurus ini turun 0.3 peratus berbanding RM1 billion yang diperuntukkan dalam Bajet 2012 disebabkan penurunan bayaran balik pinjaman Persekutuan yang dibayar secara komited dan ini membuktikan Kerajaan Negeri peka dan cekap menguruskan hutang sejak 2008.Manakala, peruntukkan Pembangunan meningkat 5 peratus berbanding Bajet 2012 (RM600 juta) yang membuktikan pengurusan kewangan yang baik dan teratur.Anggaran perbelanjaan Pembangunan untuk sektor utama iaitu Infrastuktur sebanyak RM343,260,610 atau 54 peratus, sosial sebanyak RM188,399,600 atau 30 peratus, ekonomi RM91,951,100 atau 15 peratus dan perbandaran RM9,408,000 atau 1 peratus.Anggaran perbelanjaan sektor infrastruktur melibatkan Kemudahan Awam (RM297 juta), Sains Teknologi dan Inovasi (RM42 juta) dan Perumahan (RM4.7 juta).Sektor Ekonomi melibatkan kewangan (RM53.6 juta), Pertanian ((RM17.8 juta), Pelancongan (RM5.6 juta), Pembangunan Usahawan (RM7.7 juta), Sumber Alam (RM2.9 juta), Kajian dan Penyelidikan (RM2.8 juta), Pelaburan dan Perindustrian (RM1.6 juta) Sektor Perbandaran melibatkan Pengurusan Sisa Pepejal (RM408,000), Kelengkapan CCTV di PBT (RM6 juta) dan Kerajaan Tempatan (RM3 juta).Bagi sektor sosial, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan besar kepada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (RM118.2 juta), Pendidikan (RM26.8 juta), Pembangunan Modal Insan (RM11.3 juta), Kampung Baru (RM5 juta), Sukan (RM5.8 juta), Adat Melayu (RM775,030),.Program-program Belia (RM3.5 juta), Program Pembasmian Kemiskinan (RM7.5 juta), Pembangunan Luar Bandar (RM1.5 juta), Kerajaan Prihatin (RM1.1 juta), Tabung Kebajikan Anak Pekerja Ladang (RM1 juta), Wanita (RM1 juta), Pemeliharaan Alam Sekitar (RM650,000), Kebudayaan dan Kesenian (RM500,000) dan Kesihatan (RM500,000).Belanjawan 2013 ini meneruskan strategi tahun lalu tetapi menekankan kepada tiga strategi utama iaitu memperkasakan Pengurusan Tenaga Kerja, Sumber Kewangan,Pentadbiran dan Aset Negeri; Melestarikan Pembangunan Inovasi dan Moden; serta memperkukuhkan Kualiti Hidup Rakyat.Di bawah strategi memperkasakan Pengurusan Aset Negeri, kerajaan Selangor mengenal pasti aset negeri atau aset rakyat bernilai lebih RM27 billion iaitu RM15.2 billion Aset Alih (harta modal, inventori dan stok) dan Aset Tidak Alih (Tanah dan Bangunan) dan lebih RM12.3 billion aset air seperti empangan, loji rawatan air, kolam, rumah pam dan data-data sistem pengagihan.Di bawah strategi Melestarikan Pembangunan Inovasi dan Moden, Kerajaan Selangor berjaya menjimatkan kos hampir RM81 juta setahun hasil ambil alih Pengurusan Sisa Pepejal. Wang penjimatan ini disalurkan kepada rakyat melalui Skim Pemberian 25 % rebet cukai pintu kepada pemilik dan tinggal di rumah bertingkat kos rendah di seluruh Selangor.Kerajaan Selangor juga menjimatkan RM102.2 juta atau 18.61 peratus hasil tender terbuka yang dijalankan sepanjang 2012 yang melibatkan 63 projek berjumlah RM446,941,107.42 yang mana anggaran kos awal projek-projek ini ialah RM549,206,460.75.Kedua-dua kejayaan ini hasil penerapan konsep 'value for money' yang dipraktikkan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu.Rizab Negeri Selangor bagi tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan mencecah RM2.570 billion setakat 31 Oktober 2012.Kerajaan Negeri bercadang menggunakan RM500 juta dari wang rizab ini kerana sikap tidak adil kerajaan Persekutuan yang menyalurkan peruntukkan ke negeri lain walaupun Negeri Selangor menyumbang 23 peratus kepada ekonomi Malaysia.Daripada RM500 juta ini, RM300 juta akan digunakan untuk membina jambatan ketiga di Klang yang telah dijanjikan Barisan Nasional dan majlis pecah tanah diadakan sebelum pilihan raya umum 2008 tetapi janji ini tidak ditepati.Pembinaan jambatan ini adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang pembinaan bagi mengotakan janji yang tidak ditepati oleh Barisan Nasional.RM100 juta bagi memulakan pelaksanaan penggunaan Storm Water di hiliran sungai sebagai air terawat kerana kajian National Water Resources Study mendapati terdapat kuantiti air larian yang sangat besar iaitu 9,168 juta liter sehari.Kerajaan Negeri akan menerokai pembangunan air di hiliran sebagai sumber air terawat di Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Semenyih dengan kaedah yang sesuai dan praktikal.RM50 juta untuk baiki dan naik taraf sistem saliran di negeri Selangor kerana kegagalan kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1 billion kepada Jabatan Pengairan dan Saliran.RM50 juta untuk membina Rumah Mampu Milik Pasang Siap yang dikendalikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi mengurangkan beban rakyat ekoran harga rumah yang melambung.Rumah Mampu Milik Pasang Siap ini diharap mampu mengimbangkan rumah-rumah mampu milik di pasaran.Mengenai pelaksanaan Geran Selangorku berjumlah RM300 juta hasil kutipan hutang lapuk syarikat Talam, sejumlah RM37.4 juta daripada peruntukkan RM50 juta telah dibelanjakan untuk 264 projek pembangunan infrastruktur di seluruh Selangor.Bagi pembangunan Infrastuktur Sukan, sebanyak 35 projek diluluskan dengan perbelanjaan RM6 juta manakala program bukan fizikal, sebanyak 62 projek diluluskan dengan perbelanjaan RM7.48 juta setakat Oktober 2012.Mengenai kerugian yang ditanggung Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara, ia berpunca daripada liabiliti jangka panjang yang ditanggung UNISEL.Pendidikan Industri Yayasan Selangor Berhad (PIYSB)-UNISEL menanggung hutang bagi pinjaman terbitan Bithaman Ajil Islamic Debt Securities (BaIDS) dengan Affin Investment Bank Bernad sebanyak RM150 juta.Hutang ini dicipta untuk pembinan kampus UNISEL oleh Lebar Daun Sdn Bhd setelah perjanjian dengan Talam dibatalkan oleh kerajaan negeri BN.Hutang ini diambil alih oleh kerajaan negeri dan bayaran balik terbitan BaIDS telah mula dijelaskan pada 2011 dan berakhir 2022.Bagaimanapun hutang itu hanya boleh dikeluarkan pada Penyata Kewangan PIYSB bagi tahun berakhir 31 Disember 2012. Terdapat perbezaan pada Penyata Kewangan 31 Disember 2011 berbanding 30 Jun 2012 selepas penstrukturan hutang dilakukan yang mana UNISEL telah merekodkan keuntungan lebih RM127 juta.untuk tahun semasa dan untuk terkumpul lebih RM43 juta. Disediakan oleh Sekretariat AkhbarPejabat Dato' Menteri Besar Selangor |
LAGI PERCUBAAN UTUK MENIPU ORANG MELAYU Posted: 19 Nov 2012 08:30 PM PST KEPALA BANA INI WAJIB DI TIDO KAN KAMERA AES DILETAK DI KAWASAN HITAM – berita hairan Kuala Lumpur: Semua 831 lokasi pemasangan kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) disahkan sebagai kawasan hitam atau kawasan yang mencatatkan kadar kemalangan tertinggi di negara ini. Perkara itu disahkan Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jaafar Mohamed kepada BH semalam, sekali gus menafikan dakwaan lokasi pemasangan kamera itu sengaja diwujudkan untuk memerangkap pengguna jalan raya. Beliau berkata, senarai kawasan berbahaya itu diperoleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Daripada senarai itu, mereka lakukan penyelidikan dan mengenal pasti 831 lokasi yang dianggap paling kritikal kerana kadar kemalangan yang lebih tinggi berbanding kawasan lain, katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... SATU LAGI PERCUBAAAN UNTUK MENIPU.... kah kah kah.. kah kah kah...KALAU MACAM ITU LETAKKAN DI PEJABAT DBKL...kah kah kah.. kah kah kah...ATAU DI PEJABAT JPJ... kah kah kah... kah kah kah...ATAU DI SEMUA RUMAH PASONG... kah kah kah.. woit... KEMUDIAN KEPALA BANA INI BOLEH MENGAJAR...kah kah kah.. kah kah kah...HARI INI BOLEH DUDUK TEMPAT GELAP...kah kah kah... KAH KAH KAH akhirnya : aes ialah seorang guru yang boleh mengajar dalam gelap untuk menghapuskan rasuah kah kah kah kah kah kah NOTA: mesin baru aes ini akan boleh membuat bak kut teh dan mee sup kah kah kah |
Posted: 19 Nov 2012 07:54 PM PST MAT SAMSENG tengok muka macam ini boleh di percayai ke? kah kah kah SHAH ALAM, 20 Nov : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holdings Bhd (WHB) yang dikatakan merancang menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM 150 juta kepada syarikat bukan Bumiputra. Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata, WHB tidak akan menjual pegangan sahamnya itu kepada mana - mana pihak dan akan kekal menjadi milik perbadanan itu. "PKNS menubuhkan anak syarikat untuk memiliki aset komersial PKNS dan proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham 'shell company' ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Setiausaha Syarikat." "Ini adalah isu pentadbiran yang biasa dilakukan dan melibatkan SSM serta Setiausaha Syarikat," katanya yang menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan mengelirukan. WHB merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama iaitu pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, penjana kuasa bebas, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan. Sementara itu, Ishak juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai tindakan yang tidak beretika dan boleh mengelirukan pelanggan – pelanggan dan rakan niaga PKNS dan WHB serta orang awam. "PKNS dan WHB tidak berminat untuk terlibat dalam polemik politik dan menggesa agar pihak yang terlibat untuk memeriksa dan memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang dakwaan di media," katanya lagi. - www.pkns.gov.my - |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan