SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 04 Nov 2012 03:19 PM PST Teka teki bila pilihan raya umum ke 13 tidak diperlukan lagi. Ia bakal muncul menjelang tahun 2013. Kurang lebih 60 hari lagi. Isunya ialah adakah jentera pilihan raya di akar umbi sudah "pulun" habis-habisan. Yang punya jawatan punya kuasa. Yang punya kuasa ada hak merancang dan mengarahkan jentera pilihan raya. Jentera mesti licin dan lancar. Jentera kena akur dan bergerak seiring dengan arahan dan perancangan pimpinan atasan. Jika jentara tak berjalan, pimpinan kena tukar jentera baru. Tetapi jika tak mampu menukar jentera baru, sewajarnya yang punya kuasa mengundur diri. Lantik jenderal baru pula. Ada yang kena berkorban dan ada yang perlu dikorbankan. Masa sudah terlalu singkat. Nilailah prestasi semasa. Aturkan kerja segera. Kini perlu mesyuarat setiap 3 hari sekali. Bilik Gerakan sewajarnya telah dibuka setiap hari. Semangat anggota dan penyokong perlu dibakar. Pengundi telah dimesrai. Persiapan dana telah mencukupi. Kemenangan bukan datang secara ajaib dan tiba-tiba. Ianya memerlukan dokongan padu semua pihak. Jika markas pun jarang dibuka dan tidak dimakmurkan, lupakan perkataan kemenangan!!!!! |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan