shalehudin |
- Mampuih Umno, hampa ada dua minggu ja lagi...
- Sapa boleh lupa kehebatan si Rahim Thamby Chik
- Senarai Janji Ameno Yang Tak Ditepati...
- Sori Ameno, Chegubard dah pecah lobang dulu...
- Tak payah melenting ngan Dr Asri...
- Suka tak suka, Anwar saja pilihan yang ada...
- TERHOT: Kisah MB Selangor terjumpa HANTU...
Mampuih Umno, hampa ada dua minggu ja lagi... Posted: 24 Nov 2012 09:22 AM PST KEADILAN akan ke Hong Kong semula untuk serah semua bukti PETALING JAYA 23 November: Delegasi KEADILAN akan ke Hong Kong semula dua minggu lagi bagi menyerahkan semua bukti dokumen transaksi berkaitan kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang merupakan salah seorang anggota delegasi berkata, bukti-bukti berkenaaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC). Katanya, ia ekoran jaminan dari Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zervos dan James yang mengalu-alukan bukti baru untuk membuka semula siasatan ke atas kes itu. Rafizi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian membuat sidang media itu di ibu pejabat parti di sini petang tadi sekembalinya mereka dari Hong Kong hari ini. Delegasi itu bertolak ke Hong Kong Rabu lalu. Menurut Rafizi, beliau mempunyai bukti mencukupi termasuk dokumen transaksi kes rasuah melibatkan RM40 juta oleh Musa dan taikun balak, Michael Chia. "Sebab itu kita perlukan dua minggu untuk menyusun semua bukti-bukti," katanya.Sebelum bertolak ke Hong Kong 21 November lalu, Rafizi membuat laporan berhubung kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kita juga akan serah bukti nanti, jadi SPRM tidak ada alasan untuk tutup kes ini buat kali kedua," katanya.Sepanjang di Hong Kong, kes rasuah tersebut mendapat liputan akhbar dan televisyen di sana. Delegasi terbabit juga membuat temuramah khas bersama Reutera-Bloomberg yang mengikuti perkembangan kes tersebut. "Kes ini menarik minat antarabangsa dan kita yakin ia adalah skandal besar yang tidak boleh lagi dipadamkan Umno Barisan Nasional," kata Rafizi.- KD |
Sapa boleh lupa kehebatan si Rahim Thamby Chik Posted: 24 Nov 2012 05:27 AM PST Pindaan Seksyen 376 peruntuk penjara mandatori perogol gadis bawah umur PADANG RENGAS: Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman. Katanya pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang. "Saya telah minta kepada Peguam Negara dan dengan persetujuan beliau dan nasihatnya kita nak pinda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya tidak diberikan budi bicara kepada hakim untuk memberikan hukuman yang ringan kepada pesalah melainkan mesti mengenakan hukuman yang ada iaitu penjara tidak lebih 30 tahun bagi kes hubungan jenis dengan wanita di bawah umur 16 tahun," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program "Kepimpinan Berkesan" anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Padang Rengas di sini, hari ini. Pindaan itu dicadangkan supaya hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman. Mohamed Nazri berkata pindaan itu perlu bagi melindungi gadis bawah umur daripada terdedah kepada jenayah rogol. Beliau berkata sebanyak 6,000 kes hubungan jenis melibatkan wanita di bawah umur direkodkan dalam tempoh lima tahun sejak 2007. Katanya beliau juga menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Seri Zakaria Sam baru-baru ini yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setengah terhadap seorang juruteknik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan merogol gadis bawah umur. Zakaria menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25,000 pada Ogos lalu. - BERNAMA |
Senarai Janji Ameno Yang Tak Ditepati... Posted: 24 Nov 2012 01:03 AM PST Bertemakan 'Selamat, Aman dan Makmur', dokumen itu Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto boleh juga diperolehi di laman web rasmi BN untuk pilihanraya umum 2008 di alamat bn2008.org.my. Manifesto dalam sembilan topik utama itu, antaranya, memuatkan janji-janji berikut: Ekonomi - Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu - Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun - Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun - Mengurangkan lagi defisit fiskal negara - Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi Keselamatan - Mengurangkan indeks jenayah negara - Menangani isu pendatang asing tanpa izin - Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai - Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam Urus tadbir kerajaan - Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih - Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) - Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa Pendidikan - Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan, - Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil - Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK) - Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum Pembangunan - Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010 - Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli - Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu - Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas - Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar - Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru - Pendekatan "Kelantan Baru, Kelantan Maju" bagi penduduk negeri itu Perkhidmatan awam - Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan - Cepatkan pengeluaran lesen dan permit - Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam Agama - Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari - Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah - Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama Di laman web itu, BN turut menggariskan tiga sebab pemilih harus memangkah parti itu, antaranya: Sistem perkongsian kuasa yang terbukti sejak zaman Perikatan. Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun kemerdekaan. Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan |
Sori Ameno, Chegubard dah pecah lobang dulu... Posted: 24 Nov 2012 12:48 AM PST Ketua Pemuda Umno ditahan polis bersama arak, dadah – Chegubard Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu. "Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak," kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator. Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik. "Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno," kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa. "Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup," katanya.- KD |
Tak payah melenting ngan Dr Asri... Posted: 23 Nov 2012 08:10 PM PST Relevankan Pas dalam realiti baru? Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu. Perasaan mereka, saya tidak tahu. Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka. Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah. Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah. Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu. Berubah Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan. Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya. Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan 'Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era 'nation states' tidak sama dengan era empayar sebelum itu. Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia. Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri. Retorik Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya. Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'. Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut. Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori 'daulah Islamiyyah' ataupun 'Islamic State' telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan. Fokus terhadap menghukum rakyat dengan 'hukuman syariah' lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah. Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat 'robot patuh shariah' bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan. Nilai Semula Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks. Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men'jahanam'kan negara. Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup. Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan. Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan. Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama. Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. 'Arab Spring' menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru. Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat? Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)? Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan. Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah. Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka. Mendapat Tempat Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan. Pendekatan 'haram', haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat. Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir. Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada. Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu. Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas. Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini? * Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah USM dan bekas Mufti Perlis |
Suka tak suka, Anwar saja pilihan yang ada... Posted: 23 Nov 2012 07:12 PM PST Orang ramai dah mula sibuk - siapa layak jadi PM? Akhir-akhir ini orang ramai dah mula sibuk bercakap pasal siapa layak jadi PM?. Maknanya seluruh rakyat Malaysia kini sedang ternanti-nanti siapa yang benar-benar layak. Ini menggambarkan Najib yang berkuasa hari ini seolah-olah tidak layak? atau hanya bertaraf pemangku? Kebetulan Najib anak bangsawan Pahang ini belum dapat sebarang mandat dari PRU (Pilihan Raya Umum). Mandat yang dipegang nya hari ini ialah mandat Abdullah Badawi. Justeru,, siapa yang paling layak jadi PM? Sudah tentu rakyat mengharapkan seorang insan yang benar- benar jujur, ikhlas, adil dan berjiwa rakyat untuk menjadi pemimpin No.1 negara,, bukan seperti Najib,anak bangsawan yang lembik dan penakut, bukan Muhyiddin, bukan Zahid Hamidi, bukan Hishamudin Tun Husien. Bahkan Ibrahim Ali dan Hasan Ali juga bukan ! Zulkifli Nordin? Jauh panggang dari api ! Cukuplah sekadar berangan Mat Jenin. Setelah teman lihat, kaji dan telek, tak ada satu pun pemimpin Umno diperingkat negeri dan pusat yang masih bersih – berintegriti jauh sekali. Kebanyakannya bersalut dengan politik wang, politik kroni, rasuah dan seribu satu macam sifat buruk. Nak cari pemimpin Umno sebersih Nik Aziz, Haji Hadi, atau kebanyakan pemimpin PAS, round satu Negara pun takkan jumpa. Nak dapat pemimpin Melayu berkarisma sehebat ketua pembangkang juga amat payah. Jadi buat masa ini siapa yang layak? Sudah tentu DS Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi dikhianati dan difitnah. Kenapa beliau layak? Kerana sudah terbukti beliau seorang yang berani, tegas, adil dan ikhlas dalam perjuangan. Beliau juga merupakan seorang insan yang tidak lupa dengan agamanya, bahkan alim ulamak adalah menjadi sumber rujukannya. Rakyat melihatnya bukan saja dengan mata, tetapi dengan matahati dan hatibudi! Seburuk manapun Anwar digambarkan oleh Umno, namun di matahati rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa Anwar tetap baik dan bersih dari rasuah, sebab itu dia menjadi pilihan rakyat!! Oleh : rahimothman |
TERHOT: Kisah MB Selangor terjumpa HANTU... Posted: 23 Nov 2012 04:58 PM PST Laporan Projek Pendemokrasian Selangor Dedah 134,675 Pengundi Tidak Dikenali SHAH ALAM 23 NOV : Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor dedah Laporan Projek Pendemokrasian. Jumlah ini mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan. Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri ini mencecah 1,924,281 orang. Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang. Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun. Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun. Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita. Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita. Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011. Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan. Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti. Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan. Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka. Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan. Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012. Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita. Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini dan diedarkan kepada Adun. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sebaik sidang DNS berakhir minggu depan. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan