shalehudin |
- Bangsa Umno wajib baca neh, ikut tak ikut lantak hangpa laa...
- Karpal berhenti jadi lawyer la kalau tak paham neh...
- Orang Sabah pun kata Be End kuno, habis laa
- TERKINI dari Sabah: 49 tahun masih tak ketahuan hala
- Tobat lahom Ameno nak lepas dia masuk...
- Dia ni pun Imigresen tahan, lawyer Scorpene boleh lepas ka? Haha...
- WAJIB BACA: Terbaik dari Aspan Alias
- PANAS: Tukang masak Nasi Kandar HINDU
- Biadap, warga asing cabul anak gadis tempatan...
- Beberapa KEAJAIBAN peperangan di Gaza [Allahuakbar]
Bangsa Umno wajib baca neh, ikut tak ikut lantak hangpa laa... Posted: 18 Nov 2012 08:30 AM PST Boleh murtad jika perlekeh Islam KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam). Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.
"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu. "PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja. "Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi.Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad. Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri. "Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang.Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam: 1. "Hukum apa ini?" 2. "Hukum ini sudah lapuk." 3. "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan." 4. "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus." 5. "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?" 6. "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?" 7. "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?" 8. "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju." 9. Berkata: "Perbuatan yang demikian tidak beradab" – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya. 10. Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat. 11. Berkata: "Si anu dah mulai menyalak" – semasa ia mendengar azannya. 12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. 13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim. |
Karpal berhenti jadi lawyer la kalau tak paham neh... Posted: 18 Nov 2012 07:05 AM PST Hudud : PAS tidak paksa bukan Muslim terima KOTA BHARU, 18 Nov — Pelaksanaan hukum hudud adalah hak orang Islam dan PAS tidak memaksa golongan bukan Islam menerima hukum itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi ketika sidang media sejurus tamat Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbiah Islamyiah Kelantan (Putik) hari ini bagaimanapun menegaskan PAS akan melaksanakan hudud melalui proses demokrasi. "Hudud hak kita ... dan kita tidak paksa orang bukan Islam, dan kita akan melaksanakan melalui proses demokrasi. "Hak bukan Islam diizinkan untuk agama mereka ... contohnya arak, itu diizinkan agama dia ... walaupun Islam mengharamkan, tetapi itu hak dia," katanya kepada pemberita.Mengambil contoh penjualan arak kepada bukan Islam di Kelantan, Abdul Hadi (gambar) menjelaskan itu adalah salah satu perkara di dalam hudud. "Di Kelantan kita benarkan jual arak kepada bukan Islam ... itu adalah hudud, tetapi bukan untuk Islam," katanya lagi.Memetik laporan Bernama sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu PAS memperjelaskan tafsiran mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud. Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama. "Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. "Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya. "Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri. "Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu semalam.Mengulas berkenaan perkara itu, Ahli Parlimen Marang itu dalam nada sinis berkata perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu tidak memahami maksud hudud. "Dia (Dr Mahathir) bukan tahu ... dia cakap pasal perubatan sahaja lah," katanya lagi.Pemimpin PAS yang dicadangkan untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-13 dalam muktamar hari ini turut berkata, pihaknya telah menjalankan kaji selidik berhubung pelaksanaan hudud dan peratusan kumpulan bukan Muslim menerima hudud adalah tinggi. "Kita telah buat kaji selidik ... peratus besar bukan Islam sokong kerana undang-undang sedia ada gagal tangani jenayah," katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung PAS atuk Mustafa Ali turut mempertahankan rakan parti komponen dari DAP, Karpal Singh yang menolak pelaksanaan hudud dengan menegaskan, pengerusi DAP itu tidak menolak Islam, sebaliknya itu adalah pendapat beliau. "DAP bukan tolak Islam, itu dia beri pandangan, kalau tidak dah lama mereka masuk Islam. "DAP dan PKR sudah menerima negara Islam dan Hudud sudah selesai, kita bersetuju untuk tidak bersetuju," katanya.Abdul Hadi turut menerangkan, kerjasama Umno dan MCA adalah menggadai prinsip, sehingga menimbulkan kefahaman judi apabila mempunyai lesen sebagai halal, dan tiada lesen haram. "Kita benarkan orang bukan Islam buka kedai arak, apa yang dibenarkan untuk dia, hanya untuk dia sahaja," katanya lagi. |
Orang Sabah pun kata Be End kuno, habis laa Posted: 18 Nov 2012 05:29 AM PST Alamak!! Kubur Umno sudah pecah daaa... Oppss, sori... gua silap derr... Errr, bukan KUBUR tapi KUBU Umno dah pecah lagi.. hehe... Lebih 213 orang Umno/Be End telah sertai PKR di Cabang Tenom, Sabah... Baca seterusnya... Gelombang perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan Rakyat.Buktinya, seramai 213 orang ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) merangkumi empat buah parti iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Umno dan Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tenom. Mereka telah menandatangani secara TRANSPARENT borang penyeraan tanpa ada paksaan dari sesiapa dalam majlis itu, malam tadi.Halik Zaman ketika mengalu-alukan penyertaan bekas ahli parti BN ke dalam KEADILAN Cabang Tenom bermakna sudah sebilangan besar rakyat Tenom menolak BN yang mereka anggap parti kuno yang sudah tidak berfungsi membela nasib rakyat khasnya rakyat Tenom dan seluruh rakyat Malaysia amnya.Salah seorang bekas ahli BN, Taib Kimin berkata, "Kami sudah mengambil keputusan muktamad. Kami sudah rasa jadi anggota BN bagai anak tiri kepada Umno dan kami tidak rela selama-lamanya bagai katak bawah tempurung tanpa melihat dunia yang sering berubah ubah. Kami pilih PKR sebagai wadah politik kami mahukan perubahan dalam hidup kami."Borang penyertaan mereka akan diproses di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya, Selangor dalam masa terdekat. Sementara itu, dalam satu lagi majlis berasingan, Saimon Sambang yang merupakan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama Setiausaha SAPP Cawangan Kampung Lalandang, Arus Paran juga dengan rasminya menyertai PKR Cabang Tenom. Setiap kampung diadakan ceramah kelompok menerangkan hala tuju KEADILAN.Kelihatan Masdin Tumas sedang memberi penerangan dalam Buku Jingga yang kini dicadangkan oleh Pakatan Rakyat yang boleh mengubah hidup rakyat Sabah dan Malaysia lebih baik dari transformasi Najib Altantuya yang penuh dengan janji kosong dan pembohongan. Menurut Leong Chau Chu, kalau menang pun Parti Reformasi Sabah (STAR) satu atau dua kerusi ia tidak ke mana-mana. Kerana parti STAR sebuah parti kecil yang berpusat di Sarawak "serba serbi kekurangan". Terpaksalah setiap kali mesyuarat AJK semua AJK Bahagian dikerah menderma RM100 seorang barulah mesyuarat boleh dijalankan. Beliau menyertai KEADILAN sebuah parti nasional yang mewakili semua bangsa dalam Negara Malaysia. Laporam Halik Zaman, Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Sabah |
TERKINI dari Sabah: 49 tahun masih tak ketahuan hala Posted: 18 Nov 2012 04:23 AM PST 49 tahun merdeka tapi Sabah masih cerita pasal tiang lampu SABAH 18 Nov: Sekalipun merdeka sejak 49 tahun lalu tetapi Sabah masih berdepan masalah kekurangan intrastruktur asas, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Khairul Anuar Zainuddin.
"Inilah akibatnya apabila kerajaan Umno BN korup," katanya depan 300 rakyat di Kampung Pelantong, Beluran semalam.Beliau antara pimpinan yang menyertai Siri Jelajah Tuntutan RM40 Juta Hak Rakyat Sabah kendalian AMK ke seluruh pelusuk Sabah bermula dari Tuaran dan berakhir di Labuan pada 19 November ini. Antara pimpinan AMK yang ikut serta ialah Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin; Pengarah Strategi AMK, Ahmad Zaki Yamani; Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Yunus; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip dan Exco AMK Pusat, Dr Natassia Sarah. Beliau turut menempelak kerajaan Umno BN yang gagal mengatasi kemiskinan rakyat. "Statistik menunjukkan 40 peratus rakyat cuma berpendapatan bawah RM1,500 manakala di Sabah masih ada yang diberi gaji hari. "Ini kerja gila, kerja zalim. Gaji dan sumber pendapatan isi rumah terlalu rendah sedangkan kos sara hidup makin naik," katanya.- KD |
Tobat lahom Ameno nak lepas dia masuk... Posted: 18 Nov 2012 02:48 AM PST Hisham: Biar pihak imigresen uruskan William Bourdon KUALA LUMPUR, 17 Nov — Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata beliau akan menyerahkan kepada pihak Imigresen membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak kemasukan peguam Perancis, William Bourdon ke Malaysia. Menteri Dalam Negeri itu berkata, masih belum mendapat sebarang maklumat terperinci tentang kehadiran Bourdon ke negara ini. "Saya belum dapat sebarang maklumat dari Imigresen, dan kita dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan serahkan kepada pihak Imigresen untuk jalankan tugas mereka," kata Hishamuddin dalam sidang media selepas merasmikan BN Youth Job Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. "Kalau Imigresen tidak benarkan beliau masuk, kita harap supaya tidak dipolitikkan."Peguam Perancis itu yang mewakili Suaram dalam kes Scorpene telah dihantar pulang setelah tiba di Malaysia tahun lalu, akan datang kembali ke negara ini pada 22 November ini atas jemputan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut surat Bourdon pada 29 Oktober yang lalu berkata, "Saya, William Bourdon, dengan ini mengesahkan bahawa saya akan ke Kuala Lumpur sebelum 22 November untuk menerima jemputan Anwar, yang saya terima pada 2 Oktober berkenaan isu kapal selam Scorpene." Ahli parlimen Batu dan Subang, Chua Tian Chang, dan R Sivarasa berkata bahawa peguam Perancis tersebut akan datang ke Malaysia dan memberi penerangan kepada ahli parlimen mengenai isu tersebut. Mereka juga berharap pihak KDN tidak menghalau Bourdon seperti yang berlaku tahun lalu apabila peguam Perancis itu ditahan dan dihantar pulang. Bourdon, yang dilantik oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjadi peguam bagi mewakili mereka dalam kes Scorpene. Pada April tahun ini, mahkamah di Perancis telah memulakan inkuiri untuk menyiasat dakwaan Suaram bahawa firma pembinaan kapal Perancis, DCNS untuk menyogok pegawai-pegawai tertinggi di Malaysia sebanyak RM452 juta untuk memastikan kontrak membeli dua kapal selam Scorpene. |
Dia ni pun Imigresen tahan, lawyer Scorpene boleh lepas ka? Haha... Posted: 18 Nov 2012 01:30 AM PST Maria (kanan) berkata apabila beliau dibenarkan melalui lapangan terbang untuk ke majlisnya, dua pegawai Cawangan Khas dilihat sibuk merakam fotonya. — Gambar fail KUALA LUMPUR, Nov 17 — Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) Maria Chin Abdullah ditahan oleh pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), jam 7.30 malam semalam. Menurut Maria, beliau ditahan dan dibawa ke bilik sambil diiringi lima orang pegawai wanita. "Saya telah disoal siasat dalam masa 20 minit, dan apabila saya ditanya kenapa saya ditahan, pegawai itu menjawab kerana 'saya bukan orang Sabah'. "Kemudian, pegawai tersebut memberitahu saya bahawa nama saya telah disenaraihitamkan dan saya seharusnya tahu kenapa saya ditahan," kata Maria apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.Maria kemudian berkata mereka mengambil kad pengenalan dan difotokopi, sebelum mereka membenarkannya pergi. "Seorang lagi ahli jawatankuasa, Ahmad Syukri Che Abdul Razak yang juga rakyat Sabah, telah diminta mengambil penerbangan pulang apabila tiba di Kota Kinabalu bulan lepas, kerana dijadualkan berucap di sebuah bengkel di sana," katanya.Maria berkata ini merupakan lawatan pertamanya ke Sabah selepas perhimpunan Bersih 3.0 dan tidak menghadapi masalah di sana sebelum ini. "Ini adalah kali kedua saya mengalami masalah ini, kerana kali pertama semasa saya mahu terbang ke Nepal. "Bagi saya, ini adalah satu tindakan yang tidak wajar. "Saya mengesyaki mereka menahan saya kerana saya ahli jawatankuasa Bersih 3.0," katanya lagi.Ahli lain jawatankuasa pemandu Bersih yang berdepan masalah sama adalah peguam Andrew Khoo, dan bekas pengerusi Majlis Peguam Yeo Yang Poh. Maria berkata apabila beliau dibenarkan melalui lapangan terbang untuk ke majlisnya, dua pegawai Cawangan Khas dilihat sibuk merakam fotonya. "Selepas naik teksi di lapangan terbang saya nampak dua pegawai polis Cawangan Khas mengambil gambar saya sebelum pergi."Maria menggesa pihak berkuasa supaya menghentikan gangguan terhadap semua ahli jawatankuasa pemandu Bersih. "Saya telah menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen mengapa kami diperlakukan begitu. "Tetapi sehingga kini, mereka tidak memberi sebarang jawapan. Bagi saya ini sangat menjengkelkan," kata Maria lagi.Beliau juga berharap tidak ditahan lagi dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Imigresen Sabah menemui kegagalan. |
WAJIB BACA: Terbaik dari Aspan Alias Posted: 17 Nov 2012 11:47 PM PST Muktamar PAS kali yang ke-58 memberangsangkan Rakyat. Muktamar kali ini merupakan muktamar yang terakhir sebelum PRU di adakan jika pilihanraya benar-benar akan di adakan. Muktamar di Putik Kelantan ini amat memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan kerana tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya. Semasa menyampaikan ucapan dasarnya, Tok Guru Hj Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh dan mampan serta sangat penting untuk di ikuti dan di tarbiyah secara menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan PAS sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat. Yang menariknya ucapan itu juga telah menyentuh tentang apa yang bakal dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi PRU itu nanti. TGHA telah meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal parti supaya menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi ombak pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat secara sukarela dengan perjuangan sudah tidak wujud lagi di dalam UMNO dan BN. UMNO akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi dan ia akan memakan jumlah yang besar dan wang itu tentulah datangnya dari sumber rasuah. Wang rakyat sendiri yang telah di curi secara sistematik oleh pimpinan UMNO. UMNO sudah tidak ada sokongan, maka parti itu terpaksa membeli perasaan dan jiwa orang Melayu khususnya. Wang jugalah yang akan digunakan untuk menyatukan ahli-ahlinya semasa PRU itu nanti kerana UMNO akan mula berpecah diperingkat bawahan sejurus calon-calon mereka diumumkan. TGHA juga menyentuh tentang pentingnya PAS bersedia dengan media massa alternatif yang efektif seperti Harakah dan Harakah on line. Untuk menafikan fitnah dan cemuhan yang akan dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Utusan serta kumpulan New Straits Times yang berpihak kepada parti kerajaan secara tidak beretika selama ini. Presiden PAS itu juga telah menelah yang UMNO akan memainkan isu perkauman dengan hebat sekali kerana UMNO kini sudah begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO sedar yang rakan kongsinya MCA tidak lagi dihormati oleh bangsanya sendiri yang kini sedang memberikan sokongan yang padu kepada PR. TGHA juga telah memperbaharui azam PAS untuk bersama-sama PR untuk menjayakan cita-cita pembaharuan untuk negara ini. UMNO dan BN akan berterusan untuk memisahkan di antara parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana itu sahajalah yang tinggal harapan BN untuk terus mendapatkan mandat bagi menyambung kuasa yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi ini. UMNO tidak akan ada sempadan dalam tindakan mereka mempertahankan kedudukan mereka. Ia akan melampaui batas undang-undang serta etika berpolitik secocok dengan sebuah negara yang mengaku sebagai negara demokrasi. UMNO akan sanggup untuk menjadikan negara ini kucar kacir asalkan mereka dapat mempertahankan kuasa mereka. Sebutkan apa sahaja, mereka akan lakukan. UMNO tidak dapat menyerapi unsur demokrasi di dalam pemikiran mereka. Bagi mereka demokrasi itu adalah kemenangan untuk mereka sahaja. Jika mereka kalah dan tidak mendapat mandat itu bukanlah demokrasi bagi mereka. Tidak ada ruang di dalam artikel ini untuk memberikan ulasan secara 'detail' terhadap ucapan yang mantap TGHA ini tetapi cukup bagi saya memberikan gambaran yang ucapan telah menyentuh bidang ekonomi sebagai sebuah negara berkebajikan yang menjadi tuntutan agama itu. TGHA juga telah menyentuh tentang isu sosial yang mendesak untuk di selesaikan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. TGHA telah berkata dengan terang dan jelas yang PAS sudah bersiap sedia untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mempunyai masalah untuk membuktikan kepada rakyat yang PR mampu untuk membuktikan kelainan dalam pentadbiran baru negara nanti. Di dalam muktamar ini juga PAS telah menerima permohonan dari seorang bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tuan Haji Nahwari Hashim sebagai ahli PAS dan ini merupakan lanjutan kepada tindakan ramai bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini PAS nampaknya semakin jelas merupakan parti pilihan bagi orang Melayu seperti juga parti-parti lain dalam Pakatan dan ini adalah pemangkin kepada PAS untuk menjadi parti yang mendapat sokongan setiap lapisan rakyat yang berbilang kaum ini. Sempena muktamar ini juga telah di adakan Himpunan Rakyat yang sangat besar kehadirannya di stadium Sultan Mohamad ke-empat. Seramai 30,000 ribu rakyat jelata telah membanjiri stadium itu untuk menunjukkan kepada ramai yang rakyat benar-benar serius untuk melakukan perubahan kali ini. Mereka ini datang tanpa dibayar dan diberi makan karipap dan sebagainya, jauh sekali untuk diberikan baju T atau topi dan perkara-perkara yang lain seperti yang terpaksa di adakan oleh UMNO jika hendak membuat perhimpunan mereka. Satu-satu perhimpunan yang hendak dilakukan oleh UMNO akan memaksa parti itu berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menjayakannya. PAS yang di fahamkan akan bertanding di 70 kawasan parlimen akan memenangi jauh lebih banyak kerusi dari yang mereka dapati semasa PRU 2008 dahulu. PAS tidak syak lagi akan menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran baru nanti dan saya secara peribadi tertunggu-tunggu 'ambience' politik yang baru itu. PR akan membuktikan yang mereka lebih baik dari pentadbiran BN. Seperti biasa dalam politik penilaiannya adalah secara relatif. Tetapi PR pasti merupakan 'coalition' yang lebih baik dari BN. Seperti yang saya sebutkan selalu, 'the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional'. Yang 'perfect' hanya ada kepada Maha Pencipta, Allah SWT sahaja.- Aspan Alias |
PANAS: Tukang masak Nasi Kandar HINDU Posted: 17 Nov 2012 09:17 PM PST Tukang Masak Nasi Kandar Dijumpai Mati Dalam Tandas, Leher Hampir Putus GEORGE TOWN: Seorang tukang masak dijumpai mati di dalam tandas sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru semalam, dengan lehernya hampir putus. M. Muthuraj, 33, seorang warga India yang telah bekerja di restoran itu selama empat tahun, dijumpai oleh anggota Jabatan Bomba dan Kecemasan, yang dikejarkan ke sana lebih kurang pukul 8 malam, menurut laporan Bernama. Polis pada mulanya diberitahu bahawa seorang lelaki telah terjatuh di dalam tandas dan pintu tersebut dikunci dari dalam, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh. "Anggota keselamatan memecahkan pintu tandas tersebut dan menjumpai Muthuraj terbaring diatas lantai. Sebuah pisau pemotong daging dijumpai berhampiran mayat beliau," kata Mohd Nasir.Dia berkata mayat lelaki tersebut dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah-siasat. Beliau berkata, buat masa ini, pihak polis tidak mengesyaki kewujudan elemen jenayah dalam kes tersebut. Mohd Nasir berkata Kedutaan India telahpun diberitahu tentang kematian Muthuraj. P/S: Haram **** betoi - Tukang masak nasi Kandar neh "HINDU" rupanya... Patut ramai Melayu bengong, makan kedarah air tangan "HINDU" Sebelum ni kecoh dah pasal TOKEY nasi kandar beragama "HINDU"... hadoiihh.... |
Biadap, warga asing cabul anak gadis tempatan... Posted: 17 Nov 2012 05:35 PM PST Polis menahan seorang lelaki warga Sri Lanka malam kelmarin, selepas dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun di Pangsapuri Sri Nervillia, Seksyen 31, Kota Kemuning, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata lelaki itu ditahan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam jam 11.30 malam selepas polis menerima laporan daripada bapa tiri mangsa. Katanya, lelaki terbabit dipercayai pekerja kilang, kini ditahan di lokap IPD sebelum proses mendapat perintah tahan reman dibuat esok. Sepasukan polis menahan suspek berusia 46 tahun berasal dari Sri Lanka, kira-kira jam 11.30 malam di Blok 13, Pangsapuri Sri Nervillia, selepas menerima laporan seorang bapa mendakwa anak perempuannya dicabul lelaki berkenaan, katanya ketika dihubungi, semalam. Kejadian dipercayai berlaku tengah hari Selasa lalu dan hanya dimaklumkan kepada bapa tiri mangsa pagi kelmarin, oleh seorang jiran yang ternampak kanak-kanak itu ditarik suspek pada hari kejadian. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk menjalani pemeriksaan. Kejadian kelmarin adalah yang kedua dilaporkan membabitkan warga asing mencabul kanak-kanak perempuan lapan tahun di kawasan sama tahun ini. Ogos lalu, seorang pekerja warga Bangladesh berusia 30-an ditahan polis selepas bapa kanak-kanak berusia lapan tahun membuat laporan polis, anak perempuannya dicabul lelaki itu di sebuah pusat siber di pangsapuri sama, jam 5 petang, 15 Ogos lalu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa, pada sidang media ketika itu mengesahkan penahanan warga Bangladesh terbabit yang kemudian didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. Mangsa dalam kejadian itu dikatakan murung beberapa hari tetapi perbuatan keji warga asing itu bagaimanapun terbongkar apabila mangsa akhirnya menceritakan kejadian sebenar kepada seorang ahli keluarganya. Sementara itu, kejadian cabul terbaru kelmarin, menyebabkan beberapa penduduk berang dan mendakwa kediaman di pangsapuri itu seolah-olah semakin tidak selamat sejak lebih 1,000 warga asing turut menghuni di beberapa blok perumahan berdekatan.- UN |
Beberapa KEAJAIBAN peperangan di Gaza [Allahuakbar] Posted: 17 Nov 2012 04:08 PM PST Allahuakhbar! Keajaiban di Peperangan Gaza Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza : Peristiwa 1 Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!Peristiwa 2 Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???Peristiwa 3 Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.Peristiwa 4 Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!Peristiwa 5 Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !Peristiwa 6 Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!! p/s : Teruskan berdoa untuk mereka.- FB |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan