Khamis, 8 November 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


TIDAK: Tiada kebebasan agama buat kami yang sudah Islam (8/11/12)

Posted: 08 Nov 2012 05:55 AM PST


Dalam laman Free Malaysia Today dipaparkan identiti wanita yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah dalam satu forum bertajuk : ""Islamic state: Which vision? Whose responsibility?",  tempoh hari. Respon ahli parlimen itu telah mencetuskan kontroversi sehingga mengakibatkan beliau terpaksa beri penjelasan dan penerangan tentang apa sebenarnya maksud ulasan beliau itu.
Siapakah wanita itu? Namanya Siti Kasim seorang peguam yang merupakan ahli jawataknuasa hak asasi Majlis Peguam.

Soalannya menurut pengakuan beliau adalah: ……. whether freedom of religion should be extended to the Malays….( samada kebebasan agama boleh terpakai ke atas orang-orang Melayu)
Kalau soalan itu diajukan kepada saya, sudah pastilah jawapannya TIDAK kerana ayat:

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"  al Baqarah  : 256
hanya merujuk kepada mereka yang belum Islam yang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Ini sebagaimana diperjelaskan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz di dalam facebooknya:

Ayat 'tiada paksaan dalam berugama' adalah merujuk kepada hak non muslim untuk kekal dalam ugama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih ugama masing-masing. Tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa non muslim untuk memeluk ugama Islam.
TETAPI, jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak hak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim?
Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar ugama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain??

Semoga jelaslah semua pihak yang perlu dijelaskan. Semoga jangan diulangi kenyataan-kenaytaan yang Cuma boleh memerangkap dan merugikan diri dan agama kita.

 

Jom perhatikan Obama (8/11/12)

Posted: 07 Nov 2012 07:18 PM PST


Obama menang penggal kedua, Romney tewas. Demokrat bertahan di Senat, Republikan di Dewan Perwakilan. Apa ada semua ini pada anda?
Saya teringat menonton temubual di TV dengan beberapa rakyat Palestin, semasa kempen pilihanraya Presiden AS itu, rata-rata yang ditemubual berkata, tiada beza Obama atau Romney, AS selama-lamanya tidak pernah membantu membela nasib rakyat Palestin.

Romney sudah kecundang oleh itu impian untuk melihat seorang Paderi Gereja Mormon yang cenderung kepada Negara Haram Israel, menjadi Ketua Negara AS berakhir. Kini yang ada Obama, yang walau bukan orang agama, dan tidak berapa "ultra" Israel namun tidaklah juga cenderung kepada Islam mana pun.

Obama buat masa ini enggan menyerang Iran, tetapi Romney bersedia. Tetapi Obamalah yang telah membunuh Osama Ben Laden, tidsak menangkapnya dan menyeret ke pengadilan seperti Saddam, kerana mahu membuktikan bahawa dialah juara menentang pengganas.
Apa pun yang penting AS mestilah selaku pemain terbesar dalam percaturan ekonomi dunia perlulah lakukan sesuatu untuk merawat ekonomi dunia yang sedang menggelungsur, termasuk menjejaskan kita di sini. Tak tahulah "magic" apa akan digunakan, tetapi Obama lah penggeraknya.

Dunia Islam sebelah Timur khasnya di Mindanao sudah mula melihat tanda akan aman, kita menunggu pula apa nasib di Selatan Thai, Myanmar (melibatkan kaum Rohingya). Di Timur Tengah khasnya di Plaestin tidak nampak sebarang tanda penyelesaian yang positif. Barat terus membantu PLO tanpa memperduli Hamas dan Negara Haram Israel terus dibelai sebagai anak manja termasuk oleh Obama.
Di Mesir, Obama tidak campur tangan apabila rakyat mengundi blog Ikhwan dan Morsi menjadi Presiden, namun mereka terus diperhatikan. Libya masih kacau begitu juga Syria dan lain-lain Negara Islam khasnya di Utara Afrika.

Kerajaan Syiah Iran terus bertarik-tali dengan Barat.
Apa pun kalau sekali lagi ditanya, apa ada semua ini pada anda, mungkin ada yang menjawab "Ada aku kisah !?!" Kisah tak kisah sebab kita ni duduk atas dunia dan bukan di bulan atau planet lain, maka terbatuk Presiden AS maka kita di sini, kisah tak isah, tetap merasa gegarnya.

Jom perhatikan Obama.

Tiada ulasan: