Roslan SMS Corner |
Tiada paksaan dalam agama (Islam) (6/11/12) Posted: 06 Nov 2012 04:09 AM PST Apakah sebenarnya yang disebut oleh Nurul Izzah sehingga mengundang kontroversi kebelakangan ini. Terbaru Presiden PAS mengeluarkan kenyataan akan meminta penjelasan dari ahli parlimen itu sendiri. Rata-rata semua orang Islam tahu bahawa Islam mengajar kita tiada paksaan dalam agama, ini berkaitan dengan firman Allah swt dalam al Quran maksudnya: "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" al Baqarah : 256 Apa yang kita faham seseorang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Itu muktamad. Tetapi apabila seseorang telah Islam, ia terikat dengan disiplin dan hukum-hakam Islam, yang sumber tertingginya adalah al Quran dan Hadis. Dalam erti kata lain lantaran ia telah memilih Islam, ia tiada pilihan melainkan mati dalam Islam kerana itulah peraturan dalam Islam yang ia pilih untuk menganutnya. Sekali lagi saya tidak pasti apa yang telah diungkapkan akan tetapi rekasi, bukan dari media perdana tetapi media alternatif khasnya dari kalangan yang bukan Islam seolah mengambarkan ahli parlimen berkenaan menyatakan: How can anyone say (freedom of religion) only apply to the non-Muslim, it has to be applied equally. Ulasan yang diberikan seolahnya ahli parlimen berkenaan seorang Muslim yang berfikiran terbuka kerana mengakui kebebasan beragama adalah pilihan dan hak masing-masing tidak terkecuali orang Melayu. Seorang lagi pengulas dalam sebuah blog khas buat penganut Kristian memulakan tulisannya dengan menulis: The Malaysiakini report on Nurul Izzah Anwar's statement that there should be no compulsion in religion even for Malays is a watershed idea for the nation. Saya tidak mahu percaya kepada media arus perdana kerana kebanyakkannya punya agenda politik yang semua kita tahu. Tetapi bagaimana kalau laporannya dating dari yang bukan arus perdana? Apa pun terpulanglah kepada ahli parlimen berkenaan untuk membuat penjelasan dan perjelaskanlah sejelas-jelasnya agar tidak menyusah dan memberi liability kepada pihak lain. Kalau tidak benar, kalau disalah petik, dipetik luar dari maksud sebenar atau apa sahaja, buatlah penjelasan supaya tidak ada mana pihak boleh eksploitasi dan lebih penting maruah dan nama baik Islam terpelihara.Dalam surah yang sama Allah swt berfirman maksudnya: Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (al Baqarah : 257) |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan