Khamis, 8 November 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Letak jawatan Mashitah, desak Jingga 13

Posted: 08 Nov 2012 08:28 PM PST

NGO tersebut mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri gagal menjaga kesucian Islam tetapi mengkritik pemimpin PKR, Nurul Izzah Anwar.

PETALING JAYA: NGO pro – PKR, Jingga 13 hari ini mendesak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim meletakkan jawatan beliau ekoran dari tindakan Mashitah mengkritik Naib Presiden PKR ,Nurul Izzah Anwar.
"Mashitah  wajar meletakkan jawatan kerana beliau gagal dan bersikap hipokrik dalam menjaga kesucian Islam yang telah dicemari oleh Umno dan sekutu BN," kata ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa dalam satu kenyataan media.
Desakan ini timbul berikutan kenyataan Mashitah pada hari kelmarin di Dewan Rakyat. Mashitah menyatakan Nurul yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai boleh didakwa di bawah enakmen kawalan agama kerana menghina Islam.
Pada hari Sabtu lepas, Nurul yang menjadi ahli panelis forum  "Negara Islam? Visi mana? Tanggungjawab siapa?" dilaporkan menyatakan sokongan terhadap kebebasan beragama berdasarkan kepada Surah Al-Baqarah dan syariat Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Persecuting Nurul: UMNO's version of Islam same as Zionism - group

Posted: 08 Nov 2012 08:27 PM PST

The current smear campaign against PKR vice president Nurul Izzah Anwar is steeped in ethnic sentiments and no different from the Zionist ideology which confuses race and religion, according to a Muslim organisation.
Persecuting Nurul: UMNO's version of Islam same as Zionism - groupIn a statement condemning the "irresponsible mischaracterisation" by UMNO leaders over Nurul's statement on freedom of religion as stated in the Qur'an, Kuala Lumpur-based Islamic Renaissance Front said the basic premise of the campaign to vilify Nurul was against the Qur'anic principle of freedom of conscience.
"In particular, the danger lies in the unmistakably ethnic nature of the sentiments that are motivating the on-going smear campaign against her. The erroneous assumption being encouragedis that Malays can only be Muslims. This, to be sure, goes against the elementary confusion of an ethnicity with a religion.
"Here, we should pause to reflect on how that very confusion is also discernable in conservative Zionist thinking, which some Malay-Muslims who are so enraged by Nurul Izzah's statement are also supposed to oppose," IRF said.
Manipulated to deflect attention from corruption woes
Nurul made a statement during a forum on the theme of Islamic state in Subang Jaya on November 3, where she was a panelist alongside PAS member of parliament Mujahid Yusof Rawa, Sarawak PKR leader Baru Bian, head of Malay Studies Department at the National University of Singapore Dr. Syed Farid Alatas, lawyer and rights activist Malik Imtiaz, social activist Dr. Wong Chin Huat, and Christian activist and lawyer Kenny Ng.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah Dilindungi : Keengganan Putrajaya, pengaruh Ananda, bakal akhiri siasatan rasuah Maxis di India

Posted: 08 Nov 2012 08:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Pegawai penyiasat India semalam berkata berkemungkinan gagal meneruskan pendakwaan ke atas skandal kes rasuah Aircel-Maxis selepas kerajaan Malaysia menolak permintaan untuk memberikan butiran perbankan melibatkan jutawan telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan (gambar).
Biro Pusat Penyiasatan India (CBI) yang duduk dalam Mahkamah Agung di New Delhi serta memantau siasatan mengakui bahawa mereka memerlukan bukti kukuh ke atas pihak berkenaan yang didakwa, serta memberi isyarat bahawa agensi tersebut mungkin terpaksa menutup kes kontroversi melibatkan pemgambilan syarikat telekomunikasi India, Aircel oleh Maxis Berhad yang didakwa melibatkan RM351 juta wang sogokan kepada bekas Menteri Telekomunikasi India, Dayanidhi Maran dan adiknya.
Kemudiannya, mahkamah meminta Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia melanjutkan kerjasama penuh dengan agensi penyiasatan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan menurut laporan akhbar di India hari ini.
Menurut laporan akhbar di India, CBI memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah melengkapkan siasatan domestik ke atas urusniaga tersebut tetapi siasatan luar negara tergendala memandangkan jutawan Malaysia terbabit memiliki "pengaruh politik kuat".
Read More / Baca Lagi >>

Umno guna agama untuk raih keuntungan politik

Posted: 08 Nov 2012 08:24 PM PST

KUALA LUMPUR 9 NOV:  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno BN  menggunakan agama untuk mencari keuntungan politik dengan kali ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi  mangsa.
Menyifatkan serangan fitnah terhadap anaknya itu sebagai bermotif dendam, beliau percaya perjuangan Nurul Izzah bukan terletak di tangan kerajaan sebaliknya dihakimi rakyat biasa.
"Satu kerajaan datang hentam dia, tapi saya nak kata bukan kerajaan penentunya, tapi rakyat yang akan menghakimi segala-galanya.
"Mereka nak kalahkan Izzah, nak angkat Raja Nong Chik. Apa mereka lupa isu tanah di Kampung Baru pun tak selesai, anak dia pula dapat kontrak tender berbilion ringgit.
"Saya pesan dekat Izzah, ini ujian. Kita kena hadapi," kata Ketua Pembangkang itu.
Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewas Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Raja Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya.
Read More / Baca Lagi >>

Panel: 'Nazri Aziz pun tidak boleh campur tangan siasatan SPRM'

Posted: 08 Nov 2012 08:23 PM PST


Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
bercakap pada sidang media berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor
 
KUALA LUMPUR - Semua penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak, kata Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Abdul Jalil.
Sehubungan itu, beliau bekata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pun tidak boleh campur tangan dalam urusan siasatan SPRM memandangkan semua hasil siasatan oleh SPRM akan dibentang kepada PPO untuk pandangan ahli-ahli panel.
"Hubungan SPRM dengan Menteri adalah beliau hanya bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkaitan isu rasuah atau mengenai SPRM yang dikemukakan di Parlimen berdasarkan maklumat oleh SPRM," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau menjelaskan PPO adalah satu daripada lima panel bebas yang ditubuh oleh SPRM tiga tahun lepas ekoran banyak tohmahan dan tuduhan ketika itu kononnya agensi itu tidak mempunyai kebebasan dan banyak kes ditutup sewenang-wenangnya.

Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah serahkan transkrip ucapan forum kepada Jais, saman terhadap akhbar diteruskan

Posted: 08 Nov 2012 08:20 PM PST

SHAH ALAM, 9 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bertemu dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin untuk memberikan penjelasan dan menyerahkan transkrip ucapannya berhubung dengan forum yang menjadi kontroversi kerana dikatakan beliau menyokong kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu-Islam di negara ini.
Nurul Izzah Anwar di pejabat Jais Shah Alam untuk member kenyataan mengenai forum Sabtu lepas, 9 November 2012. — Gambar oleh Choo Choy May
"Saya telah memberikan aduan yang menyatakan penjelasan perkara sebenar kepada pengarah Jais, Datuk Marzuki. "Dan Alhamdulillah Jais telah memberikan kerjasama yang baik," katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas bertemu dengan Jais.
Nurul Izzah ditemani oleh peguamnya, Fadlina Sidek bertemu dengan pengarah dan tiga orang penguatkuasa Jais turut menyatakan kerjasamanya kepada badan penguatkuasa Islam negeri Selangor tersebut.
Fadlina memberitahu pemberita bahawa saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog akan tetap diteruskan kerana memutarbelitkan kenyataan beliau dalam sebuah forum minggu lalu.
Semalam, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menyatakan kesediaannya untuk menyediakan peguam kepada Utusan Malaysia jika disaman oleh Nurul Izzah.

Semua Ahli Parlimen mesti hadir dalam taklimat dua orang peguam Perancis

Posted: 08 Nov 2012 06:49 PM PST

Rakyat perlu diberikan sepenuh pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan 'law-makers' negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi.
Ia berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa, ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu besar ini.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa peduli Obama menang?

Posted: 08 Nov 2012 06:36 PM PST

Oleh Izmil Amri

SEPERTI kebanyakan orang yang peduli politik antarabangsa, saya dan teman-teman mengikuti perkembangan pilihanraya presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan persaingan sengit antara penyandangnya, Barack Obama dan lawan politiknya, Mitt Romney.
Dan seperti kebiasaannya, perkembangan yang saya ikuti ini akan diulas melalui laman sosial Twitter dan Facebook, sambil membaca analisis teman-teman lain yang ikut serta merasakan kecut perut pergolakan politik demi kursi kekuasaan Rumah Putih. Ramai daripadanya yang lantang terus mengusung Obama untuk jawatan nombor wahid Amerika Syarikat itu.
Dan nyata usaha dan keazaman mereka itu tidak dihampakan pengundi Amerika yang memberi kemenangan kepada Obama. Sekitar jam 12:20 tengah hari waktu Malaysia, garis masa Twitter bergerak laju dengan kicauan kemenangan Obama, meski masih menanti keputusan daripada Alaska dan Nevada.
Akaun twitter rasmi penyandang jawatan presiden itu lantas menyiarkan fotonya berpelukan dengan sang isteri, dengan ayat berbunyi "Four more years" (empat tahun lagi) menandakan tempoh lanjutan amanah rakyat Amerika kepada presiden kulit hitam pertama negara itu untuk mengotakan janjinya.
Saya tidak mahu bercerita mengenai sistem pilihanraya presiden Amerika yang agak rumit untuk difahami. Demikian sahaja cukup untuk meyakinkan kita bahawa tidak akan ada sistem rumit untuk pilihanraya di Malaysia dalam masa terdekat. Di sana tidak ada sistem pangkah kertas guna pensel dan buang undi dalam kotak kaca. Mereka ada banyak cara mengundi. Dan ia rumit tahap tinggi untuk mentaliti umat 1Malaysia.
Peduli politik, politik peduli
Read More / Baca Lagi >>

Pemasangan sistem AES, Menteri Pengangkutan dakwa tidak tahu apa-apa

Posted: 08 Nov 2012 06:34 PM PST


KUALA LUMPUR 8 NOVEMBER: Samada ia satu jenaka atau sengaja menzahirkan kebodohan, namun kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Chong Ha yang bersungguh-sungguh mahu AES dilaksanakan mengejutkan apabila mendakwa dia tidak tahu-menahu mengenai latar belakang syarikat kontraktor pemasangan sistem berkenaan.
Kenyataan Chong Ha itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan pertikaian samada dia layak atau tidak menjadi Menteri Pengangkutan kerana mendakwa "tidak tahu apa-apa dan tidak berbuat apa-apa".
Pada Isnin lalu, Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Chang Lih Chang telah membongkarkan maklumat bahawa sebuah daripada syarikat pemasangan sistem AES itu ada kaitan dengan UMNO Johor.
Malah, menurutnya, seorang daripada pemegang saham terbesar syarikat terbabit dimiliki anak sulung kepada Ketua UMNO Bahagian dan Timbalan Ketua Wanita UMNO Johor. Lebih menarik perhatian, kedua-dua mereka juga dikatakan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri Kini Beban Terbaru Barisan Nasional!

Posted: 08 Nov 2012 06:33 PM PST


Tertekan dengan pendedahan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang berjaya membuktikan kaitan antara dirinya dan anaknya dengan jutawan balak dari Sabah, Michael Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz kini merupakan beban terbaru Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bukan setakat Pakatan Rakyat menempelaknya, malah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) juga membidas tindakan Nazri yang disifatkannya sebagai tidak profesional.

Nazri kini diasak bertubi-tubi berhubung dakwaan menerima habuan RM3 juta dari Chia dan anaknya, Mohamed Nedim menggunakan sebuah kereta mewah Hummer bernilai RM1.4 juta milik Chia tanpa alasan munasabah.
Read More / Baca Lagi >>

PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas

Posted: 08 Nov 2012 06:27 PM PST


KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang melampau di kalangan guru.

Presiden Pendidik Normala Sudirman (gambar) berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti 'robot' dan hak serta masa rehat mereka dirampas.

Katanya, urusan dokumentasi, kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Sedangkan ia merupakan faktor penting dan penentu kejayaan pelaksanaan PBS.

"Guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk 'key in' data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah untuk mengurus sistem fail pelajar .Contohnya kalau ada 40 pelajar, maka begitulah jumlah fail yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan 'kerja- kerja perkeranian'.
Read More / Baca Lagi >>

Penduduk akan terus bantah Lynas – Fuziah

Posted: 08 Nov 2012 06:26 PM PST

KUALA LUMPUR 9 November: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yakin rakyat kawasan itu berpendirian tegas untuk terus menolak kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) beroperasi di Gebeng.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam yang menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk dan membenarkan kilang memproses nadir bumi itu beroperasi.
"Ia tidak akan melemahkan semangat penduduk Kuantan membantah kehadiran Lynas. Mereka akan teruskan dengan protes-protes seperti sebelum ini," kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kepincangan Daftar Pemilih SPR : Pakatan akan serah bukti sebelum 19 November

Posted: 08 Nov 2012 06:25 PM PST

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) akan menyerahkan bukti dan kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan isu daftar pemilih yang tidak bersih sebelum 19 November ini.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, bukti perlu diserahkan sebelum sesi pertemuan di antara SPR dan Ahli Parlimen yang akan diadakan pada tarikh berkenaan.

"Kami berharap semua permasalahan yang dibentangkan oleh pembangkang sebelum ini akan dijawab terutama berhubung daftar pemilih.

"Ini kerana hasil daripada siasatan yang dijalankan, kami mendapati banyak daftar pemilih meragukan. Sebagai contoh, tiada alamat lengkap, tiada nombor rumah ataupun jalan dan pelbagai lagi," katanya dalam sidang sedia di lobi Parlimen.Nurul Izzah berkata, SPR harus memberikan penjelasan lengkap berhubung perkara berkenaan.
Menurutnya, jumlah undi pos juga telah meningkat secara mendadak hampir 1,500 terutama membabitkan anggota polis.
"Selain daripada penambahan undi pos, wujud juga "Persoalannya sekarang adakah seseorang yang belum cukup 21 tahun boleh didaftar sebagai pengundi," katanya.
Nurul Izzah berkata, beliau akan menyerah senarai penuh alamat dan nama pengundi yang terbabit dalam proses itu kepada SPR dalam tempoh terdekat ini.

Dalang filem hina Nabi dipenjara

Posted: 08 Nov 2012 06:21 PM PST



(Youssef mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden kepada akhbar)


CALIFORNIA: Mark Basseley Youssef, dalang filem hina Nabi, Innocence of Muslims, yang mengakibatkan berlakunya banyak keganasan di Timur Tengah, telah dijatuhkan hukuman satu tahun penjara bagi pelanggaran percubaan yang tidak berkaitan dengan filem.

Hukuman itu diputuskan Rabu lalu selepas tawaran rayuan telah dicapai antara peguam Youssef dan pendakwa raya persekutuan.

Youssef mengaku menggunakan beberapa nama palsu dan melanggar perintah percubaan dengan mendapatkan lesen pemandu California yang palsu di bawah nama palsu untuk melakukan penipuan bank.
Read More / Baca Lagi >>

Beta Tegap nafi kontrak AES diberi berkaitan Umno

Posted: 08 Nov 2012 06:19 PM PST

Beta Tegap- salah sebuah syarikat yang diberi kontrak melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) - menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan dalam perniagaan yang berkaitan dengan Umno.

Beta Tegap menjelaskan demikian dalam reaksinya terhadap dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Chang Lih Kang Isnin lalu bahawa kontrak AES diberi kepada syarikat tersebut kerana pemegang terbesar sahamnya mempunyai hubungan dengan Umno Johor.

"Ayah To' Puan Rozana yang meninggal 12 tahun lalu iaitu allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim merupakan bekas pemimpin Umno bahagian Parit Sulong," kata Pengerusi Beta Tegap, Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Read More / Baca Lagi >>

HIPOKRIT? Tiada kompromi dalam soal akidah - Najib

Posted: 08 Nov 2012 06:15 PM PST

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan soal akidah Islam mesti dipertahankan tanpa kompromi walaupun negara berkongsi nilai sejagat dengan pelbagai bangsa dan masyarakat.
Serentak dengan itu, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman liberalisme dan pluralisme yang dihadapi umat Islam di negara ini.
HIPOKRIT?  Tiada kompromi dalam soal akidah - NajibMenurutnya, fahaman yang sedang menular itu mengancam keharmonian dan kestabilan kehidupan beragama dan bermasyarakat, berikutan silap tafsir mengenai konsep kemajmukan.
Ada pihak tertentu yang ternyata silap mengenai konsep kemajmukan, dan ini menjurus kepada mereka melihat semua agama mempunyai nilai yang sama, katanya pada majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, hari ini.
Najib berkata: "Sungguh malang kerana ada golongan yang mengamalkan fahaman ini, disokong pula oleh pihak berkepentingan yang bersekongkol dengan golongan yang berfahaman demikian."
Dalam pada itu, Najib berkata mutakhir ini, banyak tuduhan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dibuat pihak tertentu mengenai agama Islam yang tidak berdasarkan ilmu, sebaliknya bagi memenuhi agenda atau kepentingan tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamad : Selangor tak benarkan penguatkuasaan AES

Posted: 08 Nov 2012 06:07 PM PST

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan memasang sistem AES ini.
Dari pembentangan tersebut, Kerajaan Negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Read More / Baca Lagi >>

Obama, Romney dan politik kita

Posted: 08 Nov 2012 05:44 PM PST

Prof Madya Dr Mohd Asri
"Saya bimbang jika Romney (kanan) menang, dunia akan bergolak lagi, penjualan senjata akan makin pesat, sementara Obama (kiri) agak tenang dari segi dasar luarnya."

Barack Obama dan Mitt Romney Saya  mengikuti perkembangan US Presidential Election antara Barack Obama dan Mitt Romney dari awal termasuk siri Presidential Debates yang diadakan sebelum pilihan raya. Saya menjadi tertarik untuk ikuti disebabkan saya gusar jika Mitt Romney menang. Saya bimbang beliau akan menjadi 'Bush baru' dari segi pentadbiran, terutamanya dasar luar Amerika. Pendiriannya tentang Israel dan pergolakan Timur Tengah membimbangkan. Di samping beliau sebenarnya adalah bayangan golongan elit kaya Amerika, sementara Barack Obama lebih kepada mewakili golongan pertengahan.

 
Kurang bahaya
 
Saya bimbang jika Romney menang, dunia akan bergolak lagi. Peperangan akan makin membara. Penjualan senjata akan makin pesat. Sementara Obama agak tenang dari segi dasar luarnya. Kuasa besar itu agak kurang mengganas di bawah kepimpinannya dibandingkan zaman Bush dulu. Dalam agama, jika kita mempunyai dua pilihan yang bahaya, kita disuruh memilih yang kurang bahaya yang disebut akhaf ad-dararain iaitu mudarat yang lebih ringan.
 
Saya pernah menulis hal ini semasa awal Obama menjadi Presiden Amerika pada tahun 2008. Semasa beliau menang ketika itu banyak harapan diletakkan. Walaupun beliau tidak berjaya memenuhi semua impian, namun sekurang-kurangnya beliau tidak menambah gawat krisis keganasan dunia yang sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Pencacai Lidah Syaitan : Zulkifli Nordin akan sediakan peguam pertahan Utusan jika disaman Nurul Izzah

Posted: 08 Nov 2012 05:42 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru menyatakan kesediaan untuk menyediakan khidmat guaman kepada akhbar Utusan Malaysia, sekiranya Nurul Izzah Anwar mengemukakan saman terhadap akhbar milik Umno itu kerana mensensasikan isu yang mendakwa naib presiden PKR itu "menyokong" kebebasan beragama untuk Melayu-Islam di negara ini.
Datuk Zulkifli Noordin (gambar), ketika dalam Forum 'Kebebasan Bertukar Agama' dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Kg Baru malam tadi menegaskan, pihaknya juga akan memberikan "kejutan" kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mengumumkan barisan peguam kanan yang telah pun menyatakan kesediaan untuk membela Utusan Malaysia di mahkamah.
"Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman.
"Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia," katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu.
Read More / Baca Lagi >>

GE13: What the URBAN ELECTORATE wants?

Posted: 08 Nov 2012 05:31 PM PST

GE13: What the URBAN ELECTORATE wants?
FIFTY-FIVE years after Independence, Malaysia now has an educated, ambitious urban electorate, most of whom are, or aspire to be, PMEBs (Professionals, Managers, Executives and Businessmen). This urban corpus contributes most of Malaysia's current and potential movers, shakers, influentials and opinion leaders across all fields, besides also forming the largest constituent of our 1.2 million strong taxpayer base.
With elections imminent, theSun journalists spoke to several of our elected representatives to understand the main priorities and issues identified by six political parties, and to examine if these are consonant with the priorities and concerns voiced by the urban electorate and PMEBs.
By juxtaposing the politicians' perspectives against these real issues and concerns, theSun is providing a mirror for the urban electorate to examine if their MPs understand and respect their concerns, and for the political parties (and MPs) to reexamine if they are in touch with the urban electorate whom they profess to represent and whose composite influence is likely to affect electoral swings at the hustings.
TheSun spoke with several MPs in the august halls of the Parliament last week to understand the fundamental issues and priorities which their parties, and themselves, seek to address as they go into and after the 13th general elections.
Read More / Baca Lagi >>

Are you ready for change?

Posted: 08 Nov 2012 05:31 PM PST

We can hold rallies and shout for change, but we have to be prepared when immense changes come.

By Aziff Azuddin
The American presidential election caught the world's attention and everyone waited with bated breath for the result. When it was announced that Barack Obama would continue for another term after defeating Republican candidate Mitt Romney, I could not help but reflect.
It was the vote of the people who put him in charge of the country's future.
However, Obama defeating Romney came as no surprise to those who have followed the election, especially the third presidential debate that displayed Obama's suaveness and dexterity in argumentation.
But I digress. Malaysia's last general election was in 2008, the same year Obama was sworn in as president of the United States. To Malaysians, the opposition winning several states was like a breath of fresh air that was overdue for half a century.
However, the excitement quickly subsided and here we are four years later – between a rock and a hard place. While the opposition has made several significant changes to its states, it is often at loggerheads with the establishment over someof its controversial policies.
When asked, several opposition supporters would say, "How much change can they do in just four years? Give them a chance."
Read More / Baca Lagi >>

MALAYS must wake up like the Chinese: Don't allow Umno to PLAY HAVOC with your brain!

Posted: 08 Nov 2012 05:29 PM PST

MALAYS must wake up like the Chinese: Don't allow Umno to PLAY HAVOC with your brain!Dear Najib, the Malays are not fed up with DAP. They are fed up with MCA and UMNO. Likewise, the Chinese are fed up with MCA.
It is crystal clear that non-Muslims in this country cannot be defined as "kafir harbi" (those belonging to a war or the corrupt) or "kafir zimmi" (those with subordinate legal status). Muslims and non-Muslims are all lawful citizens of this country as they abide by the country's laws and Constitution.
This has been acknowledged by PAS when UMNO is still meandering with the fact to suit their party-political ends.
In fact, the term "kafir" in the present context is seen as derogatory, which is why many Muslim scholars discourage its use and suggest the term "non-Muslim" instead.  Moreover, after the Prophet and his companions, there is no concept in Islam obliging Muslims to wage war for propagation or implementation of Islam.
The non-Muslims in the country are not at war with Islam. Neither are Muslims all out to gobble up the non-Muslims. It's only that UMNO and MCA that are paranoid and are playing politics with Islam. But they cannot go on doing the double-dealing on Islam to confuse the rakyat using their media.
In any case, MCA's stance of late on Islam is evident of an irrational fear or prejudice towards the religion and Muslims.
MCA and UMNO will be destined to lose
Read More / Baca Lagi >>

DAP: 'MCA tidak layak cakap pasal hudud dan islam'

Posted: 08 Nov 2012 05:26 PM PST




SHAH ALAM – Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) DAP, enggan melayan desakan MCA yang disifatkan sebagai hanya membuang masa jika mereka menuruti tuntutan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
 
Dr Tan Seng Giaw Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal hudud.

"Sudah-sudahlah bercakap soal hal ini, MCA sekarang ini cuba jadi batu api untuk mengeruhkan hubungan baik DAP dengan Pas dan orang Melayu yang lain.

"Dia tidak perlu dan tidak layak pun bercakap soal ini (hudud), dia bukannya Tuan Guru Nik Aziz (Musyidul Am Pas) yang mempunyai kepakaran dalam hal ini, jadi buat apa kita mahu melayan cakap dia," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Seng Giaw, Soi Lek sengaja mencari pasal apabila membuat cabaran itu kepada DAP sedangkan MCA sendiri tidak pasti tentang perkara itu.

Pada Sabtu lalu, MCA mencabar PR untuk meletakkan hudud dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mereka sekiranya benar menyokong perjuangan Pas dalam menegakkan hukum Islam.

Selain itu, Soi Lek turut mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mereka,  sama ada mereka bersama-sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong mengingatkan Soi Lek untuk berhenti bercakap mengenai hal agama orang lain.

From Musa's RM40mil to Nazri's Hummer, BN hums a CONFUSED TUNE

Posted: 08 Nov 2012 05:24 PM PST

The United Malays National Organization, Malaysia's biggest ethnic political party, has found itself embroiled in yet another politically debilitating scandal, leaving the de facto law minister trying to explain why his son was driving around in an expensive SUV owned by a man whom the minister had just cleared of money laundering.
From Musa's RM40mil to Nazri's Hummer, BN hums a CONFUSED TUNEThe affair began several months ago when Sarawak Report, a London-based NGO, alleged that in 2008 an international web of bank accounts controlled by a Kota Kinabalu timber trader named Michael Chia was funneling tens of millions of dollars into the UBS personal bank account of Sabah Chief Minister Musa Aman.
The Swiss publication Sonntagszeitung on Apr. 22 reported that Musa allegedly had received more than US$90 million in kickbacks from logging of tropical rainforests in Sabah and laundered the funds through UBS accounts in Hong Kong, which were then deposited in Switzerland. The newspaper reported that the Swiss Attorney General was investigating the matter.
According to the Malaysian blogger Raja Petra Kamarudin, Chia reportedly was arrested in Hong Kong in 2008 with the equivalent of US$13.1 million in cash in violation of the territory's currency policies. Chia and UMNO leaders have denied he was arrested, and Asia Sentinel has been unable to uncover any arrest documents in Hong Kong.
Read More / Baca Lagi >>

Peneroka Jadi Mangsa : Saham FGVH merosot menghampiri rekod terendah

Posted: 08 Nov 2012 05:22 PM PST

 
KUALA LUMPUR, 9 Nov — Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.
Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.
FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.
Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: