RAKYAT MARHAEN |
- Tiada jalan, Utusan terpaksa selamatkan Soi Lek
- Saman PDRM tetap berjalan walaupun ada AES
- HUDUD DAN MASYARAKAT CINA
- Pengakuan Chua: BN perlu bentang hudud di parlimen
- Syria: Rakyat mangsa, pemimpin berlaga dan musuh untung
- Nurul Izzah nafi remeh soal akidah, sokong murtad
- Mustahil Ahmad dibawa ke istana, kata Polis Johor kepada keluarga
- Akhirnya Zaid Ibrahim letak jawatan Presiden KITA
- Awasi Dengan Fitnah, Selidiki Setiap Maklumat
- Ramainya senarai nak lompat? Macam tak percaya
- Puluhan ribu hadir, N.Sembilan siap untuk berubah
- Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari
- MP PAS Jerai: Sejauhmana Saman Ekor (Notis Pol 170A) ?
- AES: Dua Penguatkuasaan di Lebuhraya - JPJ dan PDRM, macamana..??
- Baram-ACT 3: Perintah, we don't want the dam
- Dana Untuk PWB Akan Ditingkatkan Tahun Depan
- PRU13 agenda khas Gamis lakukan perubahan
- Isu Nazri : Muhyiddin tak perlu ajar Rafizi
- Taklimat Scorpene: Peguam Perancis ke Parlimen M’sia bulan ini
- JINGGA 13 desak SPRM jelas status siasatan afidavit Bala
- Anwar Ibrahim: Najib, Kalau Tak Ada Keberanian, Apa Tukar?
- Anwar Ibrahim: Kebangkitan Rakyat! Sambutan Di Saratok (Sarawak) Luar Biasa!
- A Violent Sunday in Syria
- Candidates enter final days before election
- Bin Laden raid movie criticised as pro-Obama
Tiada jalan, Utusan terpaksa selamatkan Soi Lek Posted: 04 Nov 2012 08:19 PM PST KUALA LUMPUR: Selepas menyinggung perasaan umat Islam dan dimalukan teruk apabila penulis blog seks berkata rakan karib mereka adalah idolanya, Umno cuba menyelamatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dengan membiarkan Mingguan Malaysia meletakkan penjelasan Chua di muka depan semalam. Read More / Baca Lagi >>"Tapi sudah terlambat. Laporan itu back-fire lagi, Chua kini dilihat dari menghina Islam kepada menghina kebijaksaan umat Islam terutamanya pengundi Umno dengan penjelasannya," kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily. "Apakah perlu lepas 2 minggu lamanya baru beri penjelasan? Sudah tentu tidak. Penjelasan Chua sepatutnya datang lebih awal. Tapi kerana penulis blog seks berkata Chua adalah idolanya, maka penjelasan itu terpaksa ditangguhkan. Kalau keluar masa yang sama, keadaan akan menjadi sangat kelakar dan kekok pada Umno," tambahnya lagi. Sumber itu memberitahu kerana Umno tidak dapat menceraikan MCA, dan tidak boleh melakukan apa-apa untuk memaksa Chua turun takhta, maka jalan terakhir ialah untuk cuba menyelamatkannya dan cuba selamatkan balik apa yang telah dirosakkan Chua terhadap undi Melayu atas pagar. | ||
Saman PDRM tetap berjalan walaupun ada AES Posted: 04 Nov 2012 08:17 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan. Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalan raya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Saman postal ialah notis yang dikeluarkan PDRM kpada pemilik kenderaan yang berdaftar. Bagi pemilik kenderaan yang gagal memberikan maklumat terhadap notis dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik dikenakan saman kerana melakukan kesalahan. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pada sesi soal jawab lisan pagi ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 04 Nov 2012 08:11 PM PST Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Read More / Baca Lagi >>Lebih signifikan, bilangan peratusan mereka yang menerima pelaksanaan hukum hudud di negara ini meningkat dari 12 peratus dalam tinjauan terdahulu kepada 24 peratus dalam tinjauan terbaru. Ini merupakan peningkatan sebanyak 12 peratus. Manakala peratusan masyarakat Cina yang tidak pasti dengan hudud telah menurun daripada 38 peratus sebelum ini kepada hanya 25 peratus. Apa yang menarik mengenai tinjauan pendapat tersebut ialah generasi muda Cina telah mempamerkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding golongan yang lanjut usia. Kesemua hasil tinjauan pendapat UMCEDEL itu jelas menidakkan tanggapan selama ini bahawa masyarakat Cina mempunyai persepsi serong terhadap hudud. | ||
Pengakuan Chua: BN perlu bentang hudud di parlimen Posted: 04 Nov 2012 07:54 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah membentang rang undang-undang yang merangkumi hudud untuk menghentikan MCA mempolitikkan hukum itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar. Read More / Baca Lagi >>"Oleh kerana Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) kata pihaknya hanya menolak hudud versi PAS, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) selaku ketua kerajaan BN yang diterajui oleh Umno bertanggungjawab membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen yang merangkumi perlaksanaan hudud. "Saya yakin MCA akan menghentikan penentangannya kerana undang-undang berkenaan digubal dan dibentangkan oleh BN dan bukan lagi hudud versi PAS. "Saya juga yakin MCA tidak akan mempolitikkan hudud lagi jika BN yang menggubal dan membentangkannya untuk diluluskan oleh Parlimen memandangkan Chua sendiri yang menyatakan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar," kata beliau. | ||
Syria: Rakyat mangsa, pemimpin berlaga dan musuh untung Posted: 04 Nov 2012 07:54 PM PST DARI segi hubungan dengan negara jirannya, terdapat tanda-tanda sejak awal yang menunjukkan adanya hubungan sulit antara Syria sendiri dengan negara Barat dan negara haram Israel, walaupun secara zahir sikapnya menunjukkan keras terhadap mereka khususnya Israel. Namun yang nyata ialah sejak awal sehingga kini, Syria tidak menjadi sasaran serangan terbuka daripada Israel seperti yang dialami oleh Lubnan, Iraq dan Sudan. Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh, bahawa adanya kerjasama melalui beberapa tindakan membantu pihak Barat apabila menghalang dengan keras terhadap pengaruh politik Islam yang menjadi ancaman terbuka kepada Israel dan Barat, di samping Syria mendapat dukungan kuasa besar Rusia dan China. Kebangkitan rakyat berlaku sejak awal 1980-an yang dipimpin oleh gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Pada ketika itu, Bandar Hama yang paling kuat pengaruh Islam menjadi mangsa kekejaman. Puluhan ribu rakyat menjadi korban mangsa kezaliman kerajaan parti Ba'ath Alawi pimpinan Presiden Hafez al-Assad (1970–2000). Media tidak membuat liputan manakala negara Arab lain dan jirannya diam membisu. Maklumat hanya melalui berita kecil dalam ruang yang sempit. Majoriti rakyat bermazhab Sunah bernaung dan berpijak di atas bara yang membakar. Kalangan ulama yang berani dan pemimpin anti kerajaan terpaksa menjadi mangsa dipenjara, ada dibunuh dan ada yang hidup dalam buangan di luar negara. Hanya kalangan yang menyembunyikan diri atau membisu boleh menyelamatkan diri. Adapun kalangan pengampu mendapat liputan yang sebaik-baiknya dan diletak ditempat penting dalam urusan agama Islam untuk menjadi topeng melindungi kesesatan dan kezalimannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Nurul Izzah nafi remeh soal akidah, sokong murtad Posted: 04 Nov 2012 07:52 PM PST Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini. "Saya cenderung mendukung program pendididkan dan dakwah untuk memperkukuh akidah serta meningkat kefahaman terhadap Islam. "Saya berdoa agar ALLAH SWT memberikan petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama," katanya dalam satu kenyataan. | ||
Mustahil Ahmad dibawa ke istana, kata Polis Johor kepada keluarga Posted: 04 Nov 2012 07:49 PM PST "Diharapkan, beliau akan memegang janjinya," kata pesara kerajaan berusia 60 tahun itu merujuk kepada Asisten Komisioner Azizan yang beliau temui tengah hari semalam di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor. Read More / Baca Lagi >> | ||
Akhirnya Zaid Ibrahim letak jawatan Presiden KITA Posted: 04 Nov 2012 07:48 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Nov — Datuk Zaid Ibrahim (gambar) telah meletakkan jawatan sebagai Presiden KITA tetapi mendakwa beliau masih mengawal parti itu, lapor The Star Online hari ini. Setiausaha parti tersebut, Masrum Dayat, yang mengambil alih jawatan presiden itu berkata, Zaid telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Sabtu. "Bagaimanapun, beliau masih seorang ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa KITA," katanya kepada The Star Online, sambil menambah bahawa Zaid menyatakan masalah kesihatan sebagai punca peletakan jawatannya. Zaid adalah menteri "De Facto" undang-undang semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi. Beliau kemudiannya meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno selepas ahli parlimen DAP Teresa Kok ditahan ISA pada tahun 2008. Beliau kemudiannya menyertai PKR akan tetapi keluar dari parti tersebut pada tahun 2010 kerana hilang keyakinan kepada kepimpinan penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim. | ||
Awasi Dengan Fitnah, Selidiki Setiap Maklumat Posted: 04 Nov 2012 07:43 PM PST Semalam saya telah menasihati seorang rakan Fb saya agar membuang maklumat berbau fitnah ke atas Nurul Izzah yang dipostingkan ke dalam wallnya, kononnya Izzah bersetuju orang Melayu bebas memilih agama yang hendak dianutinya. Saya sudah tidak percaya kalau Nurul Izzah yang didik dengan Islam sejak kecil mengubah pegangan dengan menerima kebebasan beragama seperti dimaksudkan dari posting itu.
Sebgenarnya rakan itu bebas melakukan apa saja walaupun fitnah, itu hak dia, tetapi kerana dia rakan saya menyebabkan rakan-rakan saya yang lain juga dapat membaca atau ikut sama terpalit dengan dosa fitnah itu. Sebab itu saya meminta ia membuangnya. Saya tidak pasti apakah rakan Fb saya itu - merupakan seorang kuat menyokong Ibrahim Ali bertindak seperti mana saya suruh. Saya akan mengambil tindakan melucutkan keahliannya (sebagai kawan saya) kalau rakan itu tidak berbuat demikian, atau didapati tuduhan ke atas Nurul Izzah itu fitnah. Tidak ada guna saya memelihara rakan yang tidak waras dan penuh dengan hasad dengki. Bagi saya, kalau berita itu benar dan tidak berunsur provokasi melampau dan fitnah boleh dibiarkan. Tetapi kalau ia sudah melampau saya tidak tergamak membiarkan fitnah tersebar dalam wall Fb. Saya tidak suka kalau fitnah murahan dilambakkan sama ke dalam wall saya. Saya tidak mahu bersubahat. Mungkin maklumat yang diperolehi oleh rakan Fb saya itu benar seperti mana diterimanya. Tetapi sejauh mana kebenarannya dia tidak menilai, melainkan menelannya seperti belut menelan tahi adalah salah baginya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Ramainya senarai nak lompat? Macam tak percaya Posted: 04 Nov 2012 07:39 PM PST Owhh!! Mampuih la Umno camnie... Ramainya senarai MP dan Adun Sabah yang nak lompat kapal... Kahkahkah... Ini adalah senarai terkini, betoi atau tak... menjadi kenyataan ataupun tidak, hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Dia yang sebaik-baik perancang... Seperti yang semua sedia maklum, selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah... jeng... jeng... jeng...Read More / Baca Lagi >> | ||
Puluhan ribu hadir, N.Sembilan siap untuk berubah Posted: 04 Nov 2012 07:37 PM PST Read More / Baca Lagi >> | ||
Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari Posted: 04 Nov 2012 07:35 PM PST KUALA LUMPUR 5 November: Timbalan Presidan PAS, Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat menyertai kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil 12 Januari depan. Pengarah Program Himpunan Kebangkitan Rakyat itu mensasarkan sejuta rakyat akan bersama-sama pada himpunan yang bakal mencatat sejarah. "(Ia adalah) perhimpunan seluruh rakyat yang menyokong tuntutan Bersih dan akan disertai tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (Royalti petroleum Kelantan), Oren (Felda) atau apa-apa warna sekalipun. Read More / Baca Lagi >> | ||
MP PAS Jerai: Sejauhmana Saman Ekor (Notis Pol 170A) ? Posted: 04 Nov 2012 07:18 PM PST | ||
AES: Dua Penguatkuasaan di Lebuhraya - JPJ dan PDRM, macamana..?? Posted: 04 Nov 2012 07:17 PM PST | ||
Baram-ACT 3: Perintah, we don't want the dam Posted: 04 Nov 2012 07:16 PM PST | ||
Dana Untuk PWB Akan Ditingkatkan Tahun Depan Posted: 04 Nov 2012 07:15 PM PST SHAH ALAM 05 NOV: Mulai tahun hadapan, peruntukkan untuk Pusat Wanita Berdaya (PWB) akan ditambah bagi merancakkan aktiviti sosio ekonomi berikutan sambutan yang menggalakkan di 44 pusat di Selangor. Exco Kebajikan, Kebudayaan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata banyak program menarik akan ditambah termasuk program tersusun untuk menjana pendapatan dan pengurusan kewangan keusahawan kecil. Manakala bagi program yang tidak tersusun antaranya kursus masakan, menjahit dan teknologi maklumat, boleh diajar oleh penyelia pusat atau berkongsi sesama lain. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM 1.33 juta melalui Geran Selangorku termasuk peruntukan peralatan seperti komputer, masakan dan jahitan. "Peruntukkan itu diberi secara berperingkat, tetapi secara Adun Batu Tiga, saya sendiri menyumbangkan satu per tiga iaitu RM 150,000 daripada jumlah peruntukkan Dun untuk program di pusat Dun saya." Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 agenda khas Gamis lakukan perubahan Posted: 04 Nov 2012 07:13 PM PST Muktamar Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) 2012 (Gamis) telah selesai kelmarin, menjadikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai agenda khas Gamis sesi ini. Muktamar yang dihadiri hampir 200 perwakilan dari seluruh negara itu merupakan transisi kepimpinan Gamis era Akram Ikrami Taib Azamudden kepada Presiden baru, Muhamad Azan Safar. Menurut Muhamad Azan, PRU13 dan Pasca PRU-13 menjadi agenda khas Gamis bagi sesi ini kerana mahasiswa perlu memimpin massa untuk melakukan perubahan. "Cabaran buat mahasiswa ialah memimpin massa dalam menghadapi perubahan, dan PRU13 merupakan salah satu medan untuk perubahan. "Sekiranya ahli Gamis mahukan Gamis berwajah baru, maka ahli Gamis juga mesti berubah menjadi baru, baik dari segi pemikiran dan juga sahsiah" tegas Muhamad Azan Safar. Beliau yang merupakan presiden Ikatan Studi Islam UKM (Isiukm) turut mencabar ahli Gamis. Read More / Baca Lagi >> | ||
Isu Nazri : Muhyiddin tak perlu ajar Rafizi Posted: 04 Nov 2012 07:09 PM PST Ekoran beberapa dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, mengatakan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan usahawan balak Sabah, Michael Chia ada hubungkait dengan skandal RM40 juta,, kelmarin Timbalan Perdana Menteri menggesa pemimpin PKR itu membuat laporan kepada pihak berkuasa. Menurut Muhyiddin lagi, pihak pembangkang janganlah menuduh perkara yang bukan-bukan tanpa bukti yang kukuh, dan jangan pula menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan tuduhan, sebaliknya ia perlu di bawa kepada pihak berkuasa untuk dilihat dari aspek perundangan,, katanya. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin tak perlu mengajar itik berenang. Saudara Rafizi Ramli selaku Pengarah Strategik PKR itu sudah masak dengan kerjanya. Pembangkang biasanya tidak bercakap hanya dengan air liur, gigi dan lidah saja. melainkan lengkap dengan bukti. Lihatlah isu PKFZ! NFC dan lain-lain. Muhyiddin kena belajar bersabar sikit,, tunggulah masa dan ketikanya,, itupun kalau Polis atau SPRM mengambil sikap berkecuali dan mahu menyiasat kes ini bersungguh-sungguh! Read More / Baca Lagi >> | ||
Taklimat Scorpene: Peguam Perancis ke Parlimen M’sia bulan ini Posted: 04 Nov 2012 07:06 PM PST PASIR GUDANG 5 November: Dua peguam Perancis, Joseph Breham dan William Bourdan akan hadir ke negara ini dalam masa terdekat untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene. Ia dimaklumkan peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Fadiah Nadwa Fikri pada Ceramah Perdana Jelajah Le Tour De Scorpene malam tadi. "Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan urusan visa mereka, setelah itu kami akan umumkan tarikh kehadiran mereka seberapa segera sebelum sidang Parlimen berakhir bulan ini," katanya di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Read More / Baca Lagi >> | ||
JINGGA 13 desak SPRM jelas status siasatan afidavit Bala Posted: 04 Nov 2012 07:05 PM PST JINGGA 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) menjelaskan status siasatan berkaitan afidavit yang telah diserahkan oleh Penyiasat Persendirian P Balasubramaniam melalui peguamnya, Americk Singh bagi menjawab 52 soalan yang dikemukakan SPRM pada 2 Julai 2010. "Sehingga sekarang sudah dua tahun tiga bulan, bukan sahaja Balasubramaniam tetapi seluruh rakyat Malaysia juga menanti reaksi dan tindakan pihak SPRM terhadap siasatan yang telah dibuat," kata Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa dalam satu kenyataan. Menurutnya, Balasubramaniam telah memberikan kerjasama dan sanggup untuk tampil ke mahkamah tetapi, malangnya sehingga sekarang SPRM masih gagal menjelaskan sebarang reaksi dan tindakan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anwar Ibrahim: Najib, Kalau Tak Ada Keberanian, Apa Tukar? Posted: 04 Nov 2012 07:02 PM PST | ||
Anwar Ibrahim: Kebangkitan Rakyat! Sambutan Di Saratok (Sarawak) Luar Biasa! Posted: 04 Nov 2012 07:01 PM PST | ||
Posted: 04 Nov 2012 05:41 PM PST | ||
Candidates enter final days before election Posted: 04 Nov 2012 05:39 PM PST | ||
Bin Laden raid movie criticised as pro-Obama Posted: 04 Nov 2012 05:38 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan