Rabu, 28 November 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pecat guru: NGO serah memo kepada Jawi

Posted: 28 Nov 2012 09:37 PM PST

KUALA LUMPUR: NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) hari ini menyerahkan memo bantahan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung pemecatan seorang kakitangan jabatan itu yang disifatkan sebagai bermotifkan politik.

Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Jawi pada jam 11.30 pagi  tadi, di pejabat Jawi.

Hampir 20 orang menyertai rombongan menyerahkan memorandum tersebut.

Turut serta termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Salleh, Ketua Penerangan Muslimat Wilayah Salbiah Wahab dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Sebelum ini seorang kakitangan sementara Jawi, Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Pemecatan itu didakwa ada kiatan dengan tindakan beliau menghadiri menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu.

Qatrun Nada telah disiasat 22 Oktober lalu dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa 1 Disember ini.

Bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.
Read More / Baca Lagi >>

Syaitan Dikenali : Risalah PAS – Parti Ajaran Sesat diedar di PWTC

Posted: 28 Nov 2012 09:33 PM PST


Muka depan risalah itu memaparkan foto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeluk tokoh veteran DAP Lim Kit Siang sambil mengukir senyuman

KUALA LUMPUR: Sekeping risalah  enam muka surat bertajuk PAS – Parti Ajaran Sesat turut diedar  di PWTC sempena perhimpunan agung Umno.
Risalah itu diterbitkan oleh Unit Komunikasi Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Pegawai Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu.
Ia dibahagikan secara percuma untuk bacaan ahli dan penyokong Umno yang hadir di perhimpunan tersebut.
Muka depan risalah itu memaparkan foto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeluk tokoh veteran DAP Lim Kit Siang sambil mengukir senyuman.
Ia dipercayai berlaku ketika Lim mengunjungi Abdul Hadi yang ketika itu  menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.
Juga tertera gambar sekumpulan orang menunaikan solat bendera PAS serta seorang wanita sedang menyampaikan ucapan di dalam masjid atau surau.
Di antara kandungan risalah itu ialah berpegang kepada kepercayaan PAS itu Islam, Islam itu PAS; ajaran karut dan khurafat; kepercayaan sesat; fatwa Hadi dan kafir mengkafir sesama Islam dan (PAS) hukum mengikut rasa.
Tajuk lain ialah perpecahan umat; merosakkan amal ibadat; PAS menentang pelaksanaan program Islam dan amanat Hadi membawa kesesatan.
Ia turut memetik ucapan  Abdul Hadi  di Banggol Peradong Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dilaporkan sebagai berkata, "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."
Risalah itu turut menyatakan fatwa Haji Hadi pada tarikh sama bahawa pengikut PAS yang mati melawan Umno adalah syahid.

Perwakilan Umno perlu tanya Najib pendedahan Deepak, Musa

Posted: 28 Nov 2012 09:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Para perwakilan Umno perlu menuntut penjelasan daripada presiden mereka Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang disiar oleh tiga media alternatif sejak kelmarin.

Ianya berkaitan pendedahan Deepak yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Najib dan juga beberapa pendedahan yang turut berkait dengan pembunuhan wanita Moggolia Altantuya Shaariibuu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, para perwakilan Umno perlu mendapat penjelasan daripada Najib berhubung pendedahan Deepak itu demi membersihkan imej Umno apatah lagi berdepan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

"Perwakilan perlu bangkit, soal dalam perbahasan dan Najib perlu jawab.

"Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung ini, medan terbaik untuk ahli Umno mendapat jawapan dari mulut Najib sendiri," katanya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Deepak to reveal more dirt from under the carpet

Posted: 28 Nov 2012 09:13 PM PST

Controversial businessman Deepak Jaikishan, however, wants protection for himself as he would be talking about the 'prime minister and his family'.

KUALA LUMPUR: Businessman Deepak Jaikishan, who said he "can't get the ghost of Altantuya out of me", yesterday promised to reveal more details on the behind-the-scenes dealings surrounding the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.
But said that he required protection for himself first as he would be talking about the "prime minister and his family".
In a press conference he called yesterday, Deepak, a well-connected carpet dealer, said he is appearing now to clear his conscience as "the ghost of Altantuya continues to haunt" him.
He said that he had suffered in his business and mentally after he got himself involved with arranging for the second Statutory Declaration (SD) for private investigator P Balasubramaniam on the behest of a "female friend".
The second SD reversed an earlier one which had directly linked prime minister Najib Tun Razak to the Altantuya murder.
"I can't get the ghost of Altantuya out of me. It is bothering me. I want to come clean, I want to apologise to her that I was trying to conceal the fact that I was involved in facilitating the second SD," he said.
"I want justice for her. I want the people responsible to be incriminated, given appropriate sentences. Whoever actually killed her and instructed it, they must take the responsibility."
When asked if he had direct knowledge of who instructed the killing, Deepak said he did not.
However, he revealed more details surrounding the reason why he was roped in to help facilitate a second SD in such a hurry.

'Police have all the evidence'

"Everybody knew there was a second SD, but why was there this urgency for it to be done the next day, and not the next week?"
"The SD was not just about the opposition. There was a concentrated effort of two factions here. You had Bala sitting down with Anwar and you had another faction who didn't want the people named in the first SD to come to power. They were determined, although they were from different sides, to work together to achieve this. Both had the power to do this," he said, adding that the other side came from Umno itself.
He said that the side that wanted to push for the second SD and overturn the original SD was the one that protected or ensured that Najib became prime minister.
"I got involved in the second SD to protect the interest of Najib. There is no other logical reason, is there?" he said.
Read More / Baca Lagi >>

Empty boasts & anti-Anwar rhetoric dominate Najib's 'policy' speech at Umno assembly

Posted: 28 Nov 2012 09:12 PM PST

Accused of bringing the country to the brink of bankruptcy and bursting through the national debt ceiling, embattled Prime Minister Najib Razak donned his thickest face at his party's general assembly, and boasted that he was better than arch rival Anwar Ibrahim whom he warned would sell out Malaysia's 'sovereignty' if the Opposition won the coming general election.
"A government elected by the people, but passed to the hands of foreign institutions... Is that what we want?", Najib was reported as telling Umno delegates at the Putra World Trade Centre.
Empty boasts & anti-Anwar rhetoric dominate Najib's 'policy' speech at Umno assembly"During the Asian economic crisis that affected Malaysia in 1997 to 1998, it was proven that the finance minister - I repeat, the finance minister then who is now the opposition leader - was not a competent economic manager."
Omitting to mention that it was former prime minister Mahathir Mohamad who created a massive capital flight by imposing shock currency controls, causing global fund managers to shun Malaysia for a good decade after the Asian crisis, Najib attempted to justify his boasts by claiming that since taking helm of the ministry in 2009, per capita GDP had grown by 30 percent, from US$6,700 to US$9,700.
The scandal-plagued Najib also insisted that if Malaysia fell to Anwar's Pakatan Rakyat, the federal budget deficit would in the first year alone soar by over 30 per cent. By 2015, the country's debt to GDP (gross domestic product) ratio would reach a staggering peak of 140 per cent, Najib forecast.
"This... this is the quality and lack of economic planning by the opposition," said Najib, the 6th prime minister and who is perhaps the Umno president most dogged by corruption scandals.
Cheating & corruption at the polls & elsewhere
Just days ago, Deepak Jaikishan, a businessman friend of his controversial wife Rosmah Mansor turned 'whistle blower' accusing his family of swiping a huge commission for giving the green light to a RM400 mil land scam privatization deal that also involved Selangor Wanita Umno chief Raja Ropiaah.
Najib is also weighed down by the RM7.3bil Scorpenes corruption scandal and has been lambasted for approving the AES, an unpopular traffic summons system described by critics as a 'money-making' scheme for cronies.
Read More / Baca Lagi >>

Filem PRU13 : Najib akui kesilapan serta kelemahan UMNO@BN dan mohon maaf, rayu rakyat kekalkan BN....ini kalilah..UBAH..!!!!

Posted: 28 Nov 2012 08:43 PM PST


Najib minta maaf kesilapan lalu, mahu rakyat terus sokong BN KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.

Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.

Dalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.
Read More / Baca Lagi >>

Perkauman didikan Umno jejaskan kemajuan

Posted: 28 Nov 2012 08:32 PM PST

Hard time for Muslim Brotherhood

Posted: 28 Nov 2012 08:31 PM PST

Peniaga Danau Kota Ditindas DBKL : 'Mana pemimpin Melayu?'

Posted: 28 Nov 2012 08:25 PM PST

PAU : Malaysia akan hilang kedaulatan tiga tahun selepas Pakatan perintah...!!!! Sebenarnya UMNO pupus terus waktu tu..ha.ha..!!!

Posted: 28 Nov 2012 08:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Malaysia akan hilang kedaulatan dan musnah ekonomi tiga tahun selepas Pakatan Rakyat (PR) memerintah, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran hari ini. Menurut presiden Umno itu, jika janji-janji PR dalam Buku Jingga dilaksanakan, ekonomi negara akan musnah seperti negara Greece.
"Pada tahun pertama seandai (Buku Jingga) dilaksanakan, defisit bajet Kerajaan pusat akan melonjak kepada hampir 30 peratus.
"Kedua, menjelang tahun 2015 kadar nisbah hutang negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus.
"Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti negara Greece," kata beliau semasa menyampaikan ucapan dasarnya presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menurut Najib senarai janji-janji PR tidak lojik untuk dilaksanakan dan bertujuan untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

PAU : “Ulang tayang drama” lakonan UMNO bermula

Posted: 28 Nov 2012 08:17 PM PST


KUALA LUMPUR, 29 NOVEMBER: Mainan politik pembohongan, putar belit dan momokan terbukti merupakan strategi UMNO-BN menyebar dakyah  kebencian di kalangan rakyat pelbagai kaum demi meraih sokongan.
Ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO semalam, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin berkata bahawa cita-cita PAS menjadikan Malaysia Negara Islam ibarat "bermimpi di siang hari".
Paling melucukan pada masa yang sama, Presiden MCA, Chua Soi Lek pula mendakwa PAS akan melaksanakan agenda negara Islamnya jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 untuk menakutkan masyarakat bukan Islam.
Menyifatkan ucapan pemimpin BN itu sebagai lakonan semula 'drama' yang diulang tayang pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam nada menyindir menyoal siapa sebenarnya yang berbohong?
"Pada penghujung Perhimpunan Agung UMNO ke-65, Disember tahun lalu, saya lontarkan persoalan, "Siapa berbohong; Najib, Muhyiddin atau Soi Lek? Atau ketiga-tiganya sekali?.
"Ini mengesahkan pandangan saya bahawa PR mengamalkan politik "Bersatu dan Perintah" manakala tradisi "Pecah dan Perintah" pula diamalkan UMNO-BN sejak sekian lamanya." jelasnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

PAU : Najib senarai kelemahan, kepincangan Pakatan....rakyat akan senaraikan kepincangan UMNO@BN masa PRU13...!!!

Posted: 28 Nov 2012 08:15 PM PST

Najib Tun Razak KUALA LUMPUR - Sebagaimana dijangkakan dan dikatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu temu bual awal minggu ini dan berbeza tahun-tahun lalu, ucapan dasar beliau menyasarkan kelemahan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) dan kepincangan perikatan tiga parti itu.

Najib, Presiden dan Perdana Menteri menyenaraikan satu-satu persatu negeri yang ditadbir PR sejak 2008 termasuk kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR.

"Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka.

"Tanyalah kepada penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, di manakah kata-kata manis yang ditabur oleh Ketua Umum PKR semasa pilihanraya 2008?" kata beliau dalam ucapan dasar yang disampaikan di Dewan Merdeka bermula jam 10.30 pagi tadi.

Read More / Baca Lagi >>

PAU : 'Kita akan bersaing untuk setiap undi...pertahan Putrajaya' - suara terdesak ketua terakhir UMNO..!!!

Posted: 28 Nov 2012 08:12 PM PST

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk menyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Di sini... di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sahut debat Anwar-Najib untuk buktikan Umno tidak takut yang hanya berani berkokok dalam reban sendiri..!!!

Posted: 28 Nov 2012 07:36 PM PST

KUALA LUMPUR 29 November: Pakatan Rakyat mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar Umno tidak takut.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012  menunjukkan rakyat perlu memilih antara politik ketakutan yang dijulang parti itu dan politik harapan yang diperjuang Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik.
"Satu-satunya cara untuk membuktikan Umno tidak takut mahupun panik dalam hari-hari menjelang PRU 13 ini adalah dengan Presiden Umno berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang serupa disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menakut-nakutkan rakyat menunjukkan sifat sebenar rejim Umno yang semakin nazak.
Read More / Baca Lagi >>

PAU : Anwar bukan pengurus ekonomi cekap, sesumpah politik - Najib

Posted: 28 Nov 2012 07:35 PM PST

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun  1997-1998.

Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

UMNO sekarang bersatu, tetapi hanya semasa menyanyikan lagu UMNO

Posted: 28 Nov 2012 07:29 PM PST

Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.
Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.
TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.
Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan ugutan Shahrizat bayang ketakutan

Posted: 28 Nov 2012 07:25 PM PST



TEMERLOH: PAS menyifatkan kenyataan berbentuk ugutan dan hasutan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai ketakutan yang jelas di pihak Umno untuk berdepan dengan pilihanraya.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kenyataan Shahrizat jelas berupa ugutan kepada rakyat Malaysia dan meminta polis bertindak segera.

"Dan dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan tersebut adalah sangat tidak wajar," kata beliau.

Tuan Ibrahim turut menyangkal bahawa perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno di PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu di Malaysia.

"Ini kerana yang akan menggantikan Umno ialah PAS yang juga terdiri dari orang Islam yang kebanyakannya Melayu. Kenyataan beliau jelas menggambarkan ketakutan Umno yang berhadapan dengan PRU akan datang," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka semalam.
Read More / Baca Lagi >>

13 Mei: Shahrizat serupa dengan Mahathir

Posted: 28 Nov 2012 07:23 PM PST


KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang serupa apa disebut Tun Dr Mahathir, berusaha untuk  menakut-nakutkan rakyat menunjukan sifat sebenar lagi hakiki sebuah kerajaan yang semakin hari semakin nazak.
Sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua dan bukannya mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan Umno, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.


"Nada Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara hati para pengundi, terumanya rakyat Malaysia yang sudah celik politik dan punyai keinginan kuat untuk berubah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Read More / Baca Lagi >>

Ada orang di belakang Deepak - Husam Musa

Posted: 28 Nov 2012 07:11 PM PST



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam dalam kenyataannya.

Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".

"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," kata Husam dalam kenyataannya.

Deepak, katanya, bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

Selain Najib, turut menjadi sasaran menjelang Perhimpunan Agung Umno ini adalah Naib Presiden Umno paling kanan, Datuk Seri Hishamudin Husein.

Hishamudin, Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis. Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dalam satu sidang medianya.

Berikut adalah kenyataan penuh Husam.
Read More / Baca Lagi >>

Jenayah Malaysia : 'SD kedua Bala gagalkan rancangan pengakuan pembunuhan Altantuya'

Posted: 28 Nov 2012 07:06 PM PST


 
Akuan Bersumpah (SD) kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian (PI) P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu, dakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708SD pertama, dakwanya, adalah permulaan sebelum salah seorang
daripada individu yang terlibat dalam pembunuhan itu, membuat pengakuan dan mendedahkan siapa yang telah mengarahkan pembunuhan itu, tetapi personaliti yang dinamakan dalam SD pertama, telah bertindak menghalangnya daripada berlaku.

PAU : Sumpah Bai'ah Cuma Lakonan Semata-Mata!

Posted: 28 Nov 2012 07:02 PM PST


Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kini bermula dengan ucapan perasmian presiden yang juga perdana menteri, Najib Altantuya yang sudah bermula jam 1015 pagi tadi dari markaz utama parti reput itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Cemas dengan spekulasi bahawa timbalannya, Muhyiddin Yassin akan meminta perwakilan membacakan usul supaya undi tidak percaya dibuat ke atas presiden, tiga hari lalu, Najib Altantuya bertemu dengan kesemua 476 perwakilan yang membahaskan usul dipercayai menyemak kandungan teks ucapan mereka jika terdapat sebarang usaha ke arah itu.

Dengan lebih 5,000 perwakilan mewakili 191 bahagian yang terdapat di seluruh negara kecuali Sarawak, Umno kini berdepan dengan masalah sabotaj di kalangan ahli hingga terpaksa membentuk satu jawatankuasa khas memantau pergerakan ahli dan pemimpin peringkat bahagian yang dikatakan tidak puas hati jika pemimpin mereka tidak dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang.

Lalu persoalannya, ke mana perginya sumpah bai'ah yang dilaungkan kesemua perwakilan Umno tahun lalu yang hampir kesemuanya hadir tahun ini?
Read More / Baca Lagi >>

PAU : Najib umum Umno sudah berubah, ahli mahu PRU sekarang......ada berani bubarlah Parlimen Hari Ini...!!!!

Posted: 28 Nov 2012 06:49 PM PST


Perhimpunan Agung Umno 2012KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Umno, parti yang diketuai sejak 2009, sudah mengalami perubahan sepenuhnya dan kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan tahun depan.

Mesej beliau itu disusuli dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.

"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.

Ketika Najib mengajukan soalan sudah bersedia tiga kali, perwakilan dan pemerhati yang membanjiri Dewan Merdeka melaungkan, "bubar, bubar, bubar..."
Dengan senyuman Najib menjawab, "esok, esok?... tahun depan." Kemudian Najib berkata, beliau mahu dan yakin Umno akan kembali bersidang
di Dewan Merdeka tahun depan dengan membentuk kerajaan.
"Kita akan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat dan kita akan kembali berhimpun di dewan ini dengan membentuk kerajaan," kata beliau lagi.

Jemaah resah Masjid Ar-Rahman (UM) ditutup

Posted: 28 Nov 2012 06:47 PM PST


Jemaah resah masjid ditutup KUALA LUMPUR - Notis singkat diberikan berhubung penutupan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya (UM), di ibu negara menimbulkan keresahan dalam kalangan jemaahnya kerana mereka mendakwa tiada perincian berhubung rancangan yang dikatakan dibuat secara mendadak itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Masjid Ar-Rahman, Jamlus Mansor, mendakwa rancangan tersebut tidak dimaklumkan pada peringkat awal.

Menurutnya, notis ditampal sejak seminggu lalu memaklumkan masjid itu perlu dikosongkan bermula 1 Disember tetapi tiada cop daripada Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan ia menimbulkan keraguan ramai.

"Saya sedih kerana perkara ini berlaku tanpa kita dimaklumkan awal apa sebenarnya tindakan yang mahu diambil terhadap masjid ini.

Read More / Baca Lagi >>

Husam: Najib tak boleh diam lagi isu Deepak

Posted: 28 Nov 2012 06:37 PM PST

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.

"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.

Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.
Read More / Baca Lagi >>

PEMUDA UMNO AKUI MISI NAK RAMPAS SEMULA PULAU PINANG DARI DAP/PR UMPAMA MIMPI DISIANG HARI!!!!

Posted: 28 Nov 2012 06:32 PM PST



KEBENARAN ITU PAHIT DAN MENYAKITKAN.

Inilah hakikat yang UMNO mesti terima dan telan, berdasarkan pengakuan seorang perwakilan yang mendedahkan kepincangan pemimpinnya sendiri!!!!!

UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke 13.


Alasannya pemimpin UMNO di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.

Perwakilan Pemuda dari Bukit Mertajam, Ramlan Ahmad memberitahu, "beberapa bahagian sangat teruk."
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: