RAKYAT MARHAEN |
- Today in History for November 28th
- Pemuda PAS : Kelantan tak jejas bukan Islam
- Isu Riba - BN Kalabakan vs Sri Gading?
- Panas: MP Pasir Salak vs MP PAS Kuala Selangor Bahas Rang Undang2 Perkhidmatan Kewangan Islam 2012
- PENGUNDI VIP BN BALIK KAMPONG BERCUTI????
- AES yang dikabusi kontroversi
- SIAPA RAHIM THAMBY CHIK NAK TEGUR PAS?
- Ikhlas buat perwakilan Ameno 2012
- PAU : Kecewa Kerana UG Gagal, Muhyiddin Belasah PAS
- RM40mil: Nothing in ICAC letter about Musa
- Shahrizat: May 13 could repeat if Umno weak
- Rafizi dares Musa Aman to clarify RM40m donation in court
- Doa 'KO BN': Pas langgar Enakmen Syariah Kelantan, kata Shahrizat...ha..ha..lebih PAS dari PAS kak ijat la ni..!!!!
- Musuh ketat UMNO adalah dirinya sendiri: Perubahan rejim menjadi REALITI
- We must not be stupid
- Saham MAS jatuh 20% selepas umum terbitan hak
- PAU : Gempur hingga 'berkubur Pakatan durjana' - KJ....kemusnahan UMNO@BN makin hampir..!!!
- SAMM bukukan maklumat Scorpene, mudah difahami
- Sejarah Malaysia : Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup..???
- DPPNT tunggu keputusan PRU13 sebelum beri pandangan siapa PM...
- Umno, ambillah iktibar kejatuhan kerajaan Saba’
- PAU : Perpaduan Umno, Muhyidin, Deepak dan Rosmah
- PAU : Kuasa Melayu 'bagai telur di hujung tanduk' - Kak Ijat....sebenornya ' Kuasa UMNO@BN dihujung tanduk lembu"..ha..ha..ha..
- It’s the system that turns good leaders bad
- 'BOM' DEEPAK: Raja Ropiaah 'curi' tanah sementara keluarga Najib raih jutaan ringgit
Today in History for November 28th Posted: 27 Nov 2012 09:33 PM PST |
Pemuda PAS : Kelantan tak jejas bukan Islam Posted: 27 Nov 2012 09:32 PM PST |
Isu Riba - BN Kalabakan vs Sri Gading? Posted: 27 Nov 2012 09:27 PM PST |
Panas: MP Pasir Salak vs MP PAS Kuala Selangor Bahas Rang Undang2 Perkhidmatan Kewangan Islam 2012 Posted: 27 Nov 2012 09:26 PM PST |
PENGUNDI VIP BN BALIK KAMPONG BERCUTI???? Posted: 27 Nov 2012 09:01 PM PST |
Posted: 27 Nov 2012 09:00 PM PST Ramai masih gagal memahami mengapa Pakatan Rakyat membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dilingkari kontroversi itu. Ada yang menuduh kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menangguhkan pelaksanaan AES sebagai tidak peka kepada nyawa orang awam yang seringkali menjadi mangsa pemandu yang tidak berhemah. Perlu difahami bahawa penentangan terhadap AES bukanlah dibuat atas sifatnya sebagai perakam kesalahan lalulintas. Apa yang dibantah adalah tindakan menjadikan kesalahan lalulintas sebagai perniagaan sekali gus menjadikan pelaksanaan AES menyimpang daripada tujuan sebenar ianya dilaksanakan. Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan juga dilaporkan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat menswastakan penguatkuasaan undang-undang kerana ia akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat. Motif keuntungan dalam perjanjian konsesi kepada dua syarikat swasta yang dilantik untuk memasang dan menguruskan kamera berkelajuan tinggi itu dalam masa lima tahun, menjelaskan penentangan umum terhadap AES. Read More / Baca Lagi >> |
SIAPA RAHIM THAMBY CHIK NAK TEGUR PAS? Posted: 27 Nov 2012 08:56 PM PST Siapa tidak kenal Rahim Thamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno. Semua orang tahu latarbelakang beliau. Tiba-tiba semalam tanpa rasa malu dan segan 'Mamat' hendak memberi nasihat kepada Pas. Cermin diri dululah wahai Rahim. Bila pula engkau jadi alim dan lebai ini. Semua orang tahu siapa engkau sebenarnya. Semalam 'Mamat' ini mencabar Pas supaya menukar perlembagaan parti itu berikutan tindakan sesetengah pimpinan dan ahli parti yang mendoakan kehancuran Umno, baru-baru ini. Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, itu menyifatkan parti itu tidak faham sejarah negara apabila tergamak melabelkan kehancuran Umno yang juga saudara seislam. "Jika satu masa dulu, Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri dapat melihat dengan jelas Pas ikhlas memperjuangkan negara serta kepimpinan Islam, namun kebelakangan ini perjuangan asas itu sudah hilang. "Sekarang ini timbul pula isu berdoa untuk menghancurkan orang Islam Umno, sedangkan mereka ini tidak faham sejarah negara. Jika dilihat kembali sejarah, 55 tahun dulu perjuangan agama ini sudah diasaskan oleh Umno," katanya di Kuala Terengganu. Jangan hendak tunjuk hebatlah wahai Rahim, selesaikan dahulu isu-isu lama dan isu kontroversi lain yang masih terpalit di badan engko tu. Beliau turut menyifatkan Pas sebagai robot di dalam pakatan pembangkang, yang mana kewujudan parti terbabit hanya dipergunakan oleh parti pembangkang lain bagi kepentingan masing-masing. |
Ikhlas buat perwakilan Ameno 2012 Posted: 27 Nov 2012 08:54 PM PST Selamat Bersidang, NFC 1Malaya.....!!!! Seandai para perwakilan lupa tanggung jawab sebenar/hakiki mereka ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang bakal berlangsung secara rasmi mulai 27hb November 2012 hingga 1hb Disember 2012, maka menjadi tanggungjawab admin memberikan peringatan. Maklumlah... MELAYU MUDAH LUPA... Kalau tepuk pastikan kali ini kalau boleh kasi pecah dewan... Gelak terbahak-terbahak sambil menggilai apabila ada satu lawak bodoh dari salah perwakilan dipersembahkan. Ampulah setinggi bangunan PWTC segala ucapan Presiden UMNO, sebagai contoh, dengan menyatakan beliau adalah pemimpin terhebat pernah dilahirkan dinegara kita malahan nasihat dan pandangan beliau sungguh berwawasan jauh, dan kini sentiasa diburu oleh para pemimpin dunia untuk memohon dan mengemis segala pandangannya sama ada perhubungan antarabangsa, ekonomi maupun politik. Read More / Baca Lagi >> |
PAU : Kecewa Kerana UG Gagal, Muhyiddin Belasah PAS Posted: 27 Nov 2012 08:53 PM PST Seperti biasa, tidak pernah berubah sejak 1997, Perhimpunan Agung Umno (PAU) pasti akan menghidangkan siri kutukan berterusan bermula dengan ucapan timbalan presidennya yang merasmikan serentak mesyuarat perwakilan pemuda, wanita dan terbaru puteri parti itu malam sebelum perasmian mesyuarat agung diadakan.Bagi Muhyiddin Yassin, ini ialah kali ketiga buatnya merasmikan mesyuarat ketiga-tiga sayap parti reput orang Melayu itu atas kapasitinya sebagai orang nombor dua dalam parti. Sekali lagi, PAS dijadikan mangsa amarah Muhyiddin kerana gagal mengikut telunjuknya menjayakan kerajaan perpaduan tajaan broker mereka dengan beberapa pemimpin PAS hingga menyebabkan terpelantingnya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali pada 8 Januari lalu. Tanpa berselindung, nyata ucapan Muhyiddin umpama panglima hilang keris kerana berani menyembur parti seterusnya dalam Pakatan Rakyat iaitu KEADILAN dengan mengulangi skrip yang sama, tetapi dijenamakan semula, Parti Keluarga dan Rakan-Rakan.Read More / Baca Lagi >> |
RM40mil: Nothing in ICAC letter about Musa Posted: 27 Nov 2012 08:50 PM PST The only way Musa Aman can clear himself is to declare in detail information involving the RM40 million 'donation', says PKR's Rafizi Ramli. Rafizi was referring to a report in The Malaysian Insider yesterday, "ICAC Letter Shows Musa Aman Cleared of Graft Last December", in which Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan revealed the contents of a private letter to Musa. The letter apparently said that Musa was no longer under probe for corruption involving the RM40 million donation to Sabah Umno. "The letter by ICAC did not once state that Musa has been cleared from the accusations of bribery, or reflect that the ICAC was confident that he is clean from corruption as what Umno and Barisan Nasional is trying to portray," he said in a statement today. Rafizi argued that the letter merely stated that based on the information that ICAC obtained, the anti-graft body had decided not to resume investigations. "If Musa does not agree with these facts, he should then reveal the full contents of the letter and not use Abdul Rahman to verbally show it to reporters." Rafizi repeated his belief that the reason ICAC halted investigations was due to the lack of cooperation from Malaysian authorities, as the Hong Kong authority lacked the powers to gather evidence. Read More / Baca Lagi >> |
Shahrizat: May 13 could repeat if Umno weak Posted: 27 Nov 2012 08:49 PM PST KUALA LUMPUR, Nov 28 ― The spectre of May 13 was raised today at the opening of the Wanita Umno general assembly here as the wing's leader Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil used the bloody racial clash encourage delegates to work harder for Umno's victory. The politician warned told nearly 1,000 delegates at the Putra World Trade Centre (PWTC) here that a weak Umno would spread uneasiness among the Malay community and possibly invite the same racial conflict that caused the bloodshed during the 1969 tragedy. "Do we want to such a terrible situation repeated in our country? Of course we do not," she said according to the text copy of her opening address to those gathered at Dewan Merdeka here. Shahrizat said Umno must overcome five key challenges to strengthen itself ahead of the coming polls, including fighting off its foes in PAS, attracting more young voters and ensuring that the Malays continue to hold political power. "If we no longer have power, then the country's political stability will be affected. "I fear that this could lead to a racial tension that could invite the same tragedy of May 13, 1969," she said. |
Rafizi dares Musa Aman to clarify RM40m donation in court Posted: 27 Nov 2012 08:48 PM PST Rafizi vowed he would continue to dig up more evidence to prove the allegations. "I am not the least bit threatened by legal action as mentioned by Datuk Abdul Rahman Dahlan," Rafizi said in a statement today, referring to the Kota Belud member of parliament's recent remarks that Musa and Sabah Umno were mulling legal action against the PKR strategy director. He said he was ready to defend his case "any time" as he was only doing his duty as a citizen to highlight the case. "The question: Is Datuk Seri Musa Aman ready to meet in court and reveal the details of his funders in court as I am?" Rafizi asked. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 27 Nov 2012 08:46 PM PST Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Murysidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam. "... atau tidak patut dapat diterima, sebagai menganuti agama Islam, atau tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam agama Islam. "Adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya," jelas Shahrizat ketika menyampaikan ucapan dasar sayap wanita Umno, di Dewan Merdeka, hari ini. Shahrizat kemudian menggesa seluruh perwakilan menilai apakah kepimpinan yang seumpama itu layak untuk mentadbir negara ini. "Apakah tindakan Pas itu tidak bersalah? Saya serahkan kepada perwakilan dan rakyat Malaysia untuk menilainya," katanya. |
Musuh ketat UMNO adalah dirinya sendiri: Perubahan rejim menjadi REALITI Posted: 27 Nov 2012 08:44 PM PST Profil demografik muda, kadar urbanisasi yang tinggi, dengan akses kepada internet yang semakin banyak, tempoh pemerintahan yang begitu lama adalah antara faktor yang tidak membantu kerajaan yang memerintah pada pilihanraya yang akan datang. Ada pelbagai sebab kenapa masyarakat antarabangsa akur akan kenyataan ini dan bersedia untuk perubahan rejim buat pertama kalinya semenjak ia mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957. Sejurus selepas kerajaan menghadapi keputusan yang teruk dalam pilihanraya yang diadakan pada 8 Mac 2008, Negara memulakan mod kempen yang tidak berkesudahan. Pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi kerana konstitusi Malaysia mewajibkan Parlimen dibubarkan sebelum 28 April 2013 sebelum tamatnya mandate 5 tahunnya. Mungkin ada kebenarannya bahawa kerajaan memenangi 140 kerusi daripada 222 di dewan undangan negeri dan pembangkang Berjaya mendapatkan 82 kerusi. Namun, jika diperhatikan, jurang diantara dua perikatan ini adalah jauh lebih kecil. Barisan Nasional yang memerintah sebenarnya memenangi 51.4% undi sahaja sementara pembangakang memenangi 48.6% undi. Daripada 7.9 juta undi yang diberikan, BN dan tiga parti pembangkang dibezakan dengan hanya 313,509 undi. Berakhirnya bulan Jun 2012, sudah ada 12.9 juta pengundi berdaftar. Seramai 2.5 juta daripadanya, lebih kurang 20% merupakan pengundi baru dan merekalah yang akan menentukan keputusan pilihanraya. PRU ke-13, platform kempen dan media 13 parti gabungan yang memerintah- BN- akan memberi tumpuan kepada kejayaan mereka yang lepas dalam kempen kali ini dan memainkan sentimen 'status quo' manakala parti pembangkang, Pakatan Rakyat akan berikrar untuk memperbaiki sistem tadbir Negara dengan membuat perubahan radikal pada polisi-polisi. Mesej 'status quo' nampaknya tidak akan memberi kesan terhadap demografi yang membangkitkan revolusi di tanah Arab: 48% daripada populasi penduduk Malaysia adalah mereka yang berada dibawah 25 tahun dan 70% dibawah 40 tahun (namun bukan semua adalah pengundi berdaftar). BN terutamanya ketuanya UMNO sentiasa mengharapkan undi daripada penduduk luar Bandar. Ia mempunyai alasan yang kukuh untuk cemas kerana lebih 70% rakyat Malaysia sekarang tinggal di Bandar-bandar, berbanding 11% pada tahun 1957 dan 35% pada tahun 1980. Mereka yang muda dan urban juga merupakan pengguna tegar internet. Dengan 17.5 juta pengguna internet, purata penggunaan internet adalah 61.7% daripada populasi 81% di kawasan yang berpopulasi tinggi. Selain itu, Malaysia merupakan antara Negara yang paling aktif menggunakan Facebook dengan 12 juta pengguna, yang menjadikan Malaysia di tangga ke 19 di dunia. Akses mudah kepada maklumat alternatif telah menggagalkan keberkesanan kawalan terhadap media aliran utama yang dilakukan oleh kerajaan, sama ada melalui pemberian lesen prosedur, tapisan dan pemilikan partisan. Perasaan tidak dipedulikan memuncak |
Posted: 27 Nov 2012 08:35 PM PST Will the voters have the courage and intelligence to make the change to a new management team or will the stupidity syndrome still continue to hold sway? Anyway if BN wins again, then Malaysia will herald the rise of stupidity! No, you don't think so? These two instances come to mind, examples furnished by two prominent BN politicians, one of whom is now a former minister as she has relinquished her ministerial post. She was the one who had said that she was in the dark pertaining to her spouse's business activities while a current BN minister said he does not sleep with his son. These are stupid statements that display the obvious stupidity of the owner of such statements who must think that the rakyat will be just as stupid to swallow them hook, line and sinker. Another stupid matter that has happened recently this month was the ruling made by Dewan Rakyat Speaker Pandikar Amin Mulia that the public cannot use the Parliament's press conference facilities. Among members of the public who have made use of the these facilities are:Well, if we believe their stupid statements and continue to vote them in, then we are just as stupid. And we can continue to expect more of the same stupidity being doled out to us for who knows until when. There is a saying by an anonymous person which goes like this: "An intelligent person can see another intelligent person's intelligence but a stupid person will fail to see another stupid person's stupidity." This simply means that if we continue to vote in politicians who give us stupid responses and excuses, then we are equally stupid because we fail to see their stupidity. Read More / Baca Lagi >> |
Saham MAS jatuh 20% selepas umum terbitan hak Posted: 27 Nov 2012 08:34 PM PST Saham Malaysian Airline System Bhd (MAS) menjunam sehingga 20.8 peratus selepas syarikat itu berkata ia merancang untuk mengumpul RM3.1 bilion (AS $ 1 bilion) melalui terbitan hak. Read More / Baca Lagi >>Penganalisa dari Maybank IB Research memberitahu Reuters bahawa pencairan bagi syarikat tersebut daripada terbitan itu adalah besar, maka akan ada turun naik harga saham sehingga ianya menjadi lebih jelas. Saham MAS turun 19.3 peratus pada 82 sen pada 0202 GMT selepas harga pembukaannya pada RM1.01. Dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham semalam, MAS berkata terbitan tersebut akan digunakan untuk membayar modal dan perbelanjaan hutang. Syarikat penerbangan itu mencatatkan keuntungan operasi kecil sebanyak RM4 juta - untuk mengakhir enam suku kerugian. |
PAU : Gempur hingga 'berkubur Pakatan durjana' - KJ....kemusnahan UMNO@BN makin hampir..!!! Posted: 27 Nov 2012 08:31 PM PST Mengimbau semula saat getir peperangan berkenaan, Khairy berkata semangat rakyat dan tenteranya pada saat getir itu disemarakkan oleh perdana menteri Britain di waktu itu, Winston Churchill. "Detik getir antara dua kemungkinan, antara dua masa depan, antara cahaya dan kegelapan. Perwira itu tak goyah, tak gentar, malah berikrar: Negaranya akan bertempur di lautan, bertempur di udara, di tepi pantai mahupun di celah jalanan. Negaranya tidak akan menyerah kalah, kendati pun dibiarkan kebuluran!," katanya. Dalam ucapan bertajuk "Dalam dua masa depan" di perhimpunan agung sayap berkenaan hari ini, Khairy berkata perwakilan perlu mendepani musuh mereka sehingga "berkuburlah Pakatan durjana". "Dengan seiras semangat juang, saya menyeru para perwakilan, mari kita tempur seteru kita di segenap ruang! Kita bahas mereka di Parlimen, kita patahkan hujah mereka di kedai kopi, kita dedah muslihat mereka di alam siber. "Tak kira di kota atau di desa, kita tumpaskan pengkhianat bangsa. Kita tempur, kita gempur, lantas berkuburlah Pakatan durjana," katanya di dewan Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. |
SAMM bukukan maklumat Scorpene, mudah difahami Posted: 27 Nov 2012 08:30 PM PST KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) komited untuk terus 'mempermudah' isu rasuah pembelian kapal selam Scorpene agar difahami masyarakat khususnya di kawasan luar bandar. Read More / Baca Lagi >>Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, sebelum ini kes yang sedang dibicara di Mahkamah Perancis ini dilihat terlalu teknikal dan sukar untuk diterangkan kepada masyarakat. Hal ini katanya menyebabkan masyarakat tidak berminat untuk mengambil tahu kes ini sedangkan katanya, kes ini merupakan 'bapa' kepada semua kes jenayah di Malaysia. "Sebelum ini masyarakat tidak berminat untuk mengetahui perkembangan ini kerana dilihat terlalu eksklusif dan sukar difahami. |
Sejarah Malaysia : Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup..??? Posted: 27 Nov 2012 08:29 PM PST KUALA LUMPUR 28 November: Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama, Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka. Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN. Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). "Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga. "Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin," katanya ketika dihubungi. Bagaimanapun hingga ke hari ini, alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat. "Pasal apa masjid itu ditutup, kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi," jelas Fahmi. Ekoran itu, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut. Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM. |
DPPNT tunggu keputusan PRU13 sebelum beri pandangan siapa PM... Posted: 27 Nov 2012 08:27 PM PST Ketuanya, Mohd Nor Hamzah ketika ditanya mengenai perkara itu secara rasionalnya berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) menang penggal akan datang, keputusan mengenai siapa Perdana Menteri sudah tentu akan diputuskan berdasarkan parti mendapat kemenangan lebih banyak, sama ada Pas, PKR atau DAP. "Tunggu menang dulu. Jika Pas menang dengan majoriti yang banyak berbanding rakan lain, barulah boleh Perdana Menteri dilantik daripada pemimpin Pas, jika tidak (banyak majoriti), tidak boleh juga," katanya. Menurutnya, Pas tiada masalah mengenai perkara itu kerana ramai pemimpin parti itu yang berkaliber dan berwibawa untuk memastikan hala tuju negara lebih baik. |
Umno, ambillah iktibar kejatuhan kerajaan Saba’ Posted: 27 Nov 2012 08:26 PM PST Kerajaan Saba' (Mamlakah Saba'), sebuah kerajaan manusia klasik yang teragung dan yang terbesar. Menurut satu riwayat kerajaan ini pernah menaungi semua kerajaan yang berada di semenanjung tanah Arab pada zaman lampau. Kerajaan ini mungkin saja berada di Ethiopia saat ini atau Yaman saat ini, atau bahkan kedua-duannya. Kerajaan Saba' mempunyai pemerintahan yang bertahan selama ratusan tahun bermula pada tahun 950 SM sehingga 115 SM. Oleh sebab keagungan yang telah dilalui oleh mereka ini, maka kisah ini di rakamkan oleh Allah di dalam surah Saba' dan surah an Naml. Firman Allah di dalam surah Saba': "Sesungguhnya bagi penduduk Saba' di negeri mereka ada suatu ayat (tanda kekuasaan Allah) iaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (dikatakan kepada mereka), Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya, Inilah negeri yang baik dan tuhan yang pengampun." (Surah Saba': ayat 15) Ayat ini adalah sebahagian daripada ayat di dalam surah Saba' yang menceritakan tentang kisah tamadun di zaman lampau yang menjadi kuasa besar di bahagian selatan semenanjung tanah Arab. Suatu kuasa yang telah melalui zaman pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kajatuhan. Ayat di atas menceritakan zaman kegemilangan kaum Saba', (kitab injil menyebut Sh'va - Sheba) yang bukan sahaja merupakan model sebuah negara yang kaya, bahkan merupakan sebuah negara yang mendapat pengampunan daripada tuhan - Baldatun Toyyibatun wa Rabbul Ghafur -. Kemajuan Kerajaan Saba' dan Kegemilangannya Read More / Baca Lagi >> |
PAU : Perpaduan Umno, Muhyidin, Deepak dan Rosmah Posted: 27 Nov 2012 08:25 PM PST Umno mengadakan Perhimpunan Agung mereka mulai semalam hingga 1 Disember ini. Tema himpunan ini dipercayai menjurus kepada kesatuan dan perpaduan dalam Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Bagi memperkemaskan agenda perpaduan ini, Umno menubuhkan satu pasukan khas untuk mendisiplinkan ahli-ahli dan pimpinannya, dari membuat tindakan mensabotaj Umno dari dalam. Persoalannya, kenapa agenda ini terpaksa dicanangkan Umno menjelang pilihan raya umum ke 13 ini? Ramai yang berkata, ia berkait rapat dengan kebimbangan besar Umno sekarang dalam isu ini. Dimaklumkan juga bahawa, antara punca presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak gagal membubarkan Parlimen walaupun beberapa percubaan dibuat, adalah kerana isu perpaduan ini. Sampai sekarang, Umno belum berjaya mencapai kata putus tentang senarai calon-calonnya. Pun begitu, mahu tidak mahu, pilihan raya perlu diadakan juga selewat-lewatnya Mac tahun depan walaupun Najib boleh membuatnya selepas tarikh itu apabila Parlimen terbubar dengan sendiri. Jika begitu, Perhimpunan Agung ini adalah perhimpunan terakhir menjelang pilihan raya umum akan datang. Dua minggu lalu PAS membuat muktamarnya di Kota Bharu iaitu dari 14 hingga 18 November. |
Posted: 27 Nov 2012 08:03 PM PST Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu "akan semakin terpinggir" kemudiannya. "Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri. "Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?" katanya. Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan "Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan", Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum. "Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, maka insya-Allah suamua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat meraih kestabilan politik negara," katanya. |
It’s the system that turns good leaders bad Posted: 27 Nov 2012 07:59 PM PST Malaysians think that by changing the present set of bad people with good ones everything will be all right, but nothing is farther from the truth. But people don't want to accept this. Let's assume Prime Minister Najib Tun Razak is a good person (he probably is) but the system which sustains him is bad. It will eventually cause him to turn bad. So it isn't enough to transform society by changing the people leading it, but the system that structures our society must be changed too. That is our (Pakatan Rakyat's ) agenda now. Not just changing of guards, but changing the system that structures our society. Just as a free market requires a libertarian system or liberal democracy, so do good people at the top who can stay good but only if we have a good system of government. The leader who respects the opinions of the people he leads stays a good leader but only if the system sustains him so. Read More / Baca Lagi >> |
'BOM' DEEPAK: Raja Ropiaah 'curi' tanah sementara keluarga Najib raih jutaan ringgit Posted: 27 Nov 2012 07:58 PM PST Nampaknya Deepak Jaikishan yang umum sudah tahu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan isteri Perdana Menteri Najib Razak, mula tawar hati kepada pasangan itu mahupun ahli-ahli Umno yang lain. Read More / Baca Lagi >>Deepak, penjual karpet yang telah berkecimpung dalam perniagaan besar yang lebih menguntungkan mula menuduh ketua sayap wanita Umno, Senator Raja Ropiaah Abdullah mencuri tanah bernilai RM400 juta daripada syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd dan menjual sebahagian daripadanya kepada pihak ketiga. Dalam temubual ekslusif bersama Malaysia Chronicle, Deepak juga menuduh ahli keluarga Najib telah meraih komisyen berjumlah jutaan ringgit melalui Najib yang telah menswastakan tanah milik Kementerian Pertahanan kepada Raja Ropiaah pada tahun 2005 dibawah projek Puspahanas. "Ropiah yang tidak mempunyai pengalaman hanya bergantung pada sokongan Najib untuk mendapatkan kontrak," jelas Deepak pada Malaysia Chronicle. Dia enggan memberi nama ahli keluarga Najib yang telah meraih komisyen itu, tetapi ada spekulasi menyebut bahawa orang itu merupakan Rosmah kerana dia sering melibatkan diri dalam urusan perniagaan Najib. Puspahanas singkatan untuk Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, merupakan sebuah projek bernilai RM100 juta yang diberikan kepada firma Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk membangunkan tanah bagi membina sebuah pusat penyelidikan yang menyerupai unit perisikan MI5 di Britain bagi Kementerian Pertahanan Malaysia. Raih jutaan ringgit Deepak yang mula dikenali di Malaysia berikutan pendedahan skandal Najib atas pembelian dua kapal selam Scorpene dan pembunuhan misteri penterjemah Mongolia, telah menafikan mempunyai sebarang motif politik. "Tidak, ini bukan untuk saya. Saya hanya mahu membangungkan tanah itu. Saya bukanlah orang suruhan bagi mana-mana bahagian Umno yang mahu menjatuhkan Najib mahupun Raja Ropiaah. Saya juga tidak bertindak bagi pihak Pembangkang," kata Deepak lagi. Dia turut menuduh Najib, yang ketika itu Menteri Pertahanan, sebagai " tidak bertanggungjawab" atas transaksi yang kini "terbengkalai". "Saya sudah bosan dengan semua ini. Saya ahli perniagaan dan sudah terlalu lama menunggu. Saya juga telah menulis surat kepada Najib tetapi dia gagal mengambil sebarang tindakan. Dia hanya berdiam diri sahaja," tambah Deepak. "Raja Ropiah pula persis mentornya, Sharizat Jalil. Cuma bezanya, Sharizat tidak meletakkan namanya atas apa-apa pun tidak seperti Ropiaah |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan