Selasa, 20 November 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Fiqh: Bolehkah menyebut "si fulan ahli neraka”

Posted: 20 Nov 2012 09:27 PM PST

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,
Soalan; Bolehkah kita menghukum seseorang berdasarkan kepada zahir amalannya, contohnya kita kata si A masuk syurga, si B kafir, si C masuk neraka berdasarkan kepada perbuatan zahir mereka? Bukankah Nabi pernah mengatakan seorang wanita masuk neraka dengan sebab dia menyeksa seekor kucing dan seorang wanita yang lain masuk syurga sebab dia memberi minum seekor anjing?

Jawapan;
1. Tidak boleh kita menyebut secara pasti dengan merujuk kepada individu seperti kita berkata "Si Fulan adalah ahli neraka" atau "Si Fulan ahli syurga". Hal ini kerana sekalipun seorang itu melakukan dosa, pintu taubat dan pemgampunan Allah masih terbuka untuknya. Hari ini dia melakukan maksiat, mungkin esok dia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan dia menjadi ahli syurga.
Read More / Baca Lagi >>

Maksud Tok Guru tolak Islam bawa kepada murtad

Posted: 20 Nov 2012 09:26 PM PST

KOTA BHARU: Tidak timbul dakwaan Umno murtad, sebaliknya sesiapa sahaja yang menolak hukum Islam maka perbuatan itu boleh membawa kepada murtad.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, itu maksud sebenar seperti yang dijelaskan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak sebagaimana disiarkan beberapa akhbar sehari dua ini.

"Tok Guru kata perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kepada murtad, tidak dikira dilakukan sesiapa pun termasuk juga kalangan pemimpin Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Penang : Kerajaan Negeri Meraikan Kejayaan Pelajar pelajar Khas di dalam UPSR

Posted: 20 Nov 2012 09:15 PM PST

Wawancara YB Dato' Mahfuz Omar - Muktamar ke 58

Posted: 20 Nov 2012 09:13 PM PST

Lagu Tema Pas 2012

Posted: 20 Nov 2012 09:12 PM PST

Erdoğan bidas PBB, dakwa Israel bersih etnik

Posted: 20 Nov 2012 06:32 PM PST


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan telah membidas Israel, mendakwa bahawa negara tersebut sedang melakukan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin dengan melakukan serangan udara terhadap Gaza yang telah mengakibatkan lebih daripada 100 orang, kebanyakannya orang awam, terkorban.
Erdoğan, yang berucap kepada timbalan-timbalan beliau dalam satu mesyuarat kumpulan parlimen Selasa lalu, berkata Israel menjejaskan keamanan dan undang-undang antarabangsa di rantau ini dan melakukan pembersihan etnik.

"Israel menjajah tanah Palestin langkah demi langkah," ujar Erdoğan, sambil menambah bahawa Israel melakukan keganasan di Timur Tengah.

Pertempuran selama seminggu tersebut telah meragut sebanyak 113 nyawa  rakyat Palestin, termasuk 54 orang awam. Operasi tersebut adalah respons kepada Hamas yang menyerang bandar-bandar Israel dengan roket. Serangan roket Hamas adalah respons kepada serangan Israel yang membunuh ketua tentera Hamas.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar menyayat hati dari bumi Gaza

Posted: 20 Nov 2012 06:32 PM PST

Pernah tak kita terbayang situasi ini berlaku di Malaysia? Ketika anak-anak kita masuk kelas, kawan di sebelah mati syahid di usia muda akibat kekejaman Yahudi.

Inilah yang dilalui oleh anak-anak Palestin di Gaza... Kini Gaza terus menerus di serang oleh tentera Yahudi laknatullah.

Kita sebagai umat Islam wajib membantu setakat mana termampu. Yang paling penting adakan solat hajat, sentiasa baca qunut nazillah dan berdoa bagi kesejahteraan umat Islam di Palestin.

Kepada masjid-masjid di seluruh negara di anjurkan adakan kutipan derma pada solat jumaat bagi membantu rakyat Palestin. Semoga bantuan tak seberapa kita ini di kira sebagai amal ibadah oleh Allah SWT.
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
~ Ali Imran: 169.

Alternatif terbaik ganti AES, lebih 40 kmj dibaling batu

Posted: 20 Nov 2012 06:30 PM PST


Satu notis dan papan tanda yang menarik admin untuk dikongsikan.

Betapa penduduk tempatan menggunakan daya kreatifnya untuk memberi peringatan kepada para pengguna jalan raya agar jangan terlalu laju memandu kenderaan di kawasan perkampungan mereka.

Sekurang-kurangnya  memberi rasa gerun dan cuak pada tuan punya kenderaan supaya lebih menghormati penduduk kampung.

Menyamar Penjawat Awam : Menteri, KP digesa jawab dakwaan guna logo JPJ

Posted: 20 Nov 2012 06:30 PM PST



 
NGO berkaitan PKR, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjawab dakwaan tindakan kontraktor AES menggunakan kenderaan berwarna dan berlogo JPJ dalam tempoh seminggu dari sekarang.

NONESetiausaha Agung Jingga 13, DK Vicky berkata, rakyat mahu tahu
siapakah yang telah membenarkannya sepertimana dakwaan dalam laporan polis yang dibuat oleh dua ahli Parlimen PAS semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen PAS - Datuk Mahfuz Omar yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan Mohd Firdaus Jaafar - di Balai Polis Dang Wangi semalam.

Mereka mendakwa kontraktor AES menggunakan kenderaan dengan warna dan logo JPJ dan mendakwa melanggar Seksyen 170 dan
Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan pejawat awam dengan niat menipu.
Read More / Baca Lagi >>

Cover Line : ICAC sudah tutup kes Musa, kata setiausaha BN Sabah

Posted: 20 Nov 2012 06:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Pengarah Strategi PKR Ramli Rafizi perlu berhenti menganggu Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman itu, kata setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar), sambil menambah beliau akan mendedahkan surat-menyurat rasmi daripada agensi anti-rasuah itu Khamis ini untuk membuktikan mereka telah menutup kes atas kehendak mereka sendiri.
"Saya akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup. Saya mempunyai dokumen yang beliau buru ... Saya akan dedahkan dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari Khamis ini," kata ahli parlimen Kota Belud itu kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengulas rancangan Rafizi untuk mengetuai misi empat orang ke Hong Kong bagi mendesak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) membuka semula siasatan rasuah terhadap Musa dan peniaga kayu Sabah, Michael Chia.
Beliau memanggil Rafizi sebagai "pelakon" dan "munafik", taksub dengan "lakonan politik" untuk menganjurkan perjalanan tersebut hanya kerana enggan untuk mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC yang menyiasat perkara itu dengan teliti dan menggugurkan kes atas sebab-sebab sah.
Abdul Rahman menuduh Rafizi mengamalkan sikap berat sebelah kerana tidak mempercayai keputusan SPRM menutup kes Musa tetapi menerima keputusan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) di akhir 1990-an menghentikan siasatan mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengawal RM3 bilion dalam akaun bank.
"Berhenti, berhenti menjadi seorang pelakon. Ini adalah sesuatu yang sangat serius kerana menyebut tentang Ketua Menteri Sabah (Musa)," katanya kepada Rafizi.
Jika Rafizi berkeras untuk ke Hong Kong, Abdul Rahman berkata beliau akan memadankan sandiwara lelaki PKR itu dengan mengutip derma untuk terbang ke UK, AS dan Singapura bagi menggali dakwaan skandal RM3 bilion terhadap Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Azan Ismail: Majoriti Rakyat Malaysia Sudah Buat Keputusan

Posted: 20 Nov 2012 06:15 PM PST

Saifuddin Nasution: Pakatan Rakyat Bawa Politik Baru, Kita Nak Tawarkan Dasar Yang Lebih Baik

Posted: 20 Nov 2012 06:14 PM PST

HELIKOPTER APACHE ISRAEL DITEMBAK JATUH PEJUANG PALESTIN

Posted: 20 Nov 2012 06:14 PM PST

Penganjur perarakan anti-Lynas terharu dipeluk rakan

Posted: 20 Nov 2012 06:13 PM PST

Arab leaders show solidarity with Gaza

Posted: 20 Nov 2012 06:12 PM PST

Hamas announces truce; Israel claims Gaza talks are ongoing

Posted: 20 Nov 2012 06:11 PM PST

Israel steps up attacks on Gaza

Posted: 20 Nov 2012 06:10 PM PST

Turkey to act against Syrian missiles

Posted: 20 Nov 2012 06:09 PM PST

Turkey gets NATO nod for missile defence system

Posted: 20 Nov 2012 08:08 AM PST

Video sedih-Kezaliman Yahudi membunuh tak kenal usia

Posted: 20 Nov 2012 08:06 AM PST

Alasan Umno-BN Tidak Bina Jambatan Ke-Tiga Klang Tak Boleh Diterima

Posted: 20 Nov 2012 08:00 AM PST


SHAH ALAM 20 NOV : Jawapan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Satim Diman tentang mengapa Kerajaan Pusat Umno-BN tidak meneruskan projek jambatan ke-tiga Klang adalah alasan dangkal yang tidak boleh diterima.
Pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini, Satim berkata Kerajaan Pusat tidak meneruskan projek tersebut yang dijanjikan pada 2008 kerana Umno-BN kalah di Selangor pada pilihanraya umum tahun itu.
ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei berkata, projek tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya di bawah kawalan Kerajaan Pusat yang masih dikuasai Umno-BN.
"Alasan itu sama sekali tidak boleh diterima. Kalau mereka menggunakan alasan bahawa Umno-BN kalah maka mereka tidak bina jambatan, ini menunjukkan mereka keliru di antara keputusan dibuat oleh kerajaan atau pihak politik.
"Dalam isu ini jelas menunjukkan bahawa Umno-BN lebih bersikap politik di mana mereka mengatakan kalau menang baru mereka bina," katanya kepada TVSelangor di lobi DNS di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang Talam Mesti Dikutip Kerajaan Selangor

Posted: 20 Nov 2012 07:15 AM PST


SHAH ALAM 20 NOV : Proses pengutipan hutang RM 392 juta daripada syarikat Talam Corporation harus dijalankan kerana ia boleh memberikan impak buruk kepada syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) sekiranya tidak dikutip.
Ini kerana, Talam, yang berhutang dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), menghadapi masalah kewangan yang serius.
Talam telah dikategorikan sebagai syarikat berstatus PN17 di antara September 2006 dan Jun 2010 kerana kegagalannya membuat bayaran bagi pinjaman dan bon.
Menurut laporan kertas putih tentang penstrukturan semula hutang Talam, proses tersebut bukan satu 'bailout' di mana wang awam dipakai untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang sakit.
Ini kerana tiada sebarang bayaran sama ada dalam bentuk tunai atau barangan, diberikan kepada Talam untuk mengutip hutang tersebut.
Kerajaan Selangor hanya membelanjakan RM 420,000 sahaja dalam bentuk yuran perundangan dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor Buktikan Ketelusan, Beri Rakyat Akses Kertas Putih Talam, Status Penyusunan Air

Posted: 20 Nov 2012 07:14 AM PST


SHAH ALAM, 20 NOV: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi membuktikan ketelusan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat dengan mendedahkan dua dokumen berkaitan dua isu yang menjadi bahan polemik Umno-BN.
Dokumen terbabit adalah Kertas Putih berhubung proses kutipan hutang syarikat Talam Corporation Bhd bernilai RM 392 juta yang diabaikan pentadbiran Umno-BN dahulu.
Selain itu, turut didedahkan kepada masyarakat umum, laporan status penstrukturan semula industri air Selangor.
Dua dokumen tersebut boleh diakses di laman web rasmi Kerajaan Negeri dan laman web Media Selangorku bermula esok.
Demikian menurut Abdul Khalid dalam sidang medianya di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
Abdul Khalid memberitahu langkah tersebut diambil agar rakyat Selangor mengetahui situasi sebenar berkaitan dua isu itu.
Read More / Baca Lagi >>

BILLBOARD JANJI KERAMAT PAKATAN RAKYAT YANG MEMENINGKAN KEPALA NAJIB DAN UMNO SAMPAI NAIK ANGIN SATU BADAN...TERPACAK GAGAH DILEBUH RAYA PLUS!!!!!.

Posted: 20 Nov 2012 07:09 AM PST


Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Utara sebelum R&R Behrang.

Janji PKR/PR dimana hari ini menang PRU dalam tempoh 24 jam harga petrol, disel dan gas cecair akan turun diseluruh negara.

Tak tahulah kalau boleh bertahan lama billboard ini berdiri gagah dilokasi sebab sudah pasti akan ada arahan dari UMNO kepada PLUS supaya billboard ini dicabut atau dirobohkan.

Yang pastinya hampir semua rakyat sudah tahu akan janji bakal ditepati PKR/PR ini..JANJI KERAMAT .

PAKATAN MENANG RAKYAT SENANG.

Musa Aman Dan Nazri Aziz Sudah Panas Punggung??

Posted: 20 Nov 2012 07:07 AM PST


Ketua pendakwaraya awam Hong Kong hari ini menyatakan kesediaan beliau untuk membuka semula kes kontroversi yang melibatkan RM40 juta bahawa dakwaan kerajaan Malaysia adalah "derma politik" kepada Umno Sabah.

Kevin Zervos (gambar), Pengarah Pendakwaan Awam Hong Kong, memberitahu bahawa pihaknya akan memerlukan bukti baru untuk membuka semula kes itu.

Beliau berkata bahawa pejabat beliau dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) mengalu-alukan maklumat daripada sesiapa sahaja.

"Berhubung dengan kes ini, ia adalah lebih perkara bidang kuasa," katanya. "Bahan yang diperolehi dari Malaysia adalah bahawa ia adalah derma politik. Jika apa-apa perkembangan terbaru yang membuktikan bahawa ini ada kes, perkara itu pasti akan disiasat secara mendalam."

Mana-mana maklumat atau keterangan tambahan perlu dibawa kepada perhatian ICAC, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: