RAKYAT MARHAEN |
- Aksi Menjolok Mata Rosmah Mansur ..!!!
- Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Terengganu
- Komitmen Mat Sabu isytihar harta jika tanding p'raya
- Himpunan Rakyat Bantah AES: Kroni Kaya, Rakyat Menderita!
- Perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Kali Ke 51
- Sidang Media Ketua Dewan Ulamak di Muktamar Kali Ke 51
- Nasrudin ingatkan Pemuda PAS tidak bersikap eksklusif
- Ahli majlis MPS bantah pertukaran YDP, dakwa bermotif politik
- Berapa Anggaran Kekayaan Najib Altantuya?
- Kakitangan Felda Akan Bongkar Isu Saham FGVH, Hanya Tunggu Parlimen Di Bubar..
- AFRAID OF MORE EXPOSURES FROM SCORPENE LAWYER? Hisham refuses to clear Bourdon's trip
- Peguam Perancis bakal sertai jelajah bongkar Scorpene
- Bantah Lynas: Peserta jalan kaki serah memo pada PM 26 Nov
- Dewan Ulamak : 'Usaha guling BN lebih penting'
- Jangan jadikan fitnah sebagai wacana untuk meruntuhkan Melayu dan Islam – Anwar
- SU Agung PKR: Mufti Perak tidak harus buat kenyataan 'selektif'
- SU Dewan Ulama: Ada 'ketidakselarasan' di Harakah
- Pemuda PAS tolak protes BERSIH 4.0 sebelum PRU
- Isu calon, Harakah, Syria hangatkan muktamar Dewan Ulamak
- Muslimat lulus usul pembantu rumah tempatan
- AES, Harakah, Bersih4 dibahas dalam usul Pemuda
- Kerajaan didesak arus perdana pendidikan Islam
- Tahaluf siyasi kejayaan besar PAS dalam Pakatan
- Pertahan ijtihad tahaluf siyasi - Ketua Ulamak
- Lensa : Perasmian Muktamar Ulamak PAS Malaysia Ke 51
Aksi Menjolok Mata Rosmah Mansur ..!!! Posted: 15 Nov 2012 08:02 AM PST |
Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Terengganu Posted: 15 Nov 2012 07:55 AM PST |
Komitmen Mat Sabu isytihar harta jika tanding p'raya Posted: 15 Nov 2012 07:55 AM PST |
Himpunan Rakyat Bantah AES: Kroni Kaya, Rakyat Menderita! Posted: 15 Nov 2012 07:54 AM PST |
Perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Kali Ke 51 Posted: 15 Nov 2012 07:53 AM PST |
Sidang Media Ketua Dewan Ulamak di Muktamar Kali Ke 51 Posted: 15 Nov 2012 07:52 AM PST |
Nasrudin ingatkan Pemuda PAS tidak bersikap eksklusif Posted: 15 Nov 2012 07:52 AM PST |
Ahli majlis MPS bantah pertukaran YDP, dakwa bermotif politik Posted: 15 Nov 2012 07:51 AM PST "Notis mengejut ini juga mengundang beberapa persoalan terutama berkaitan dengan pendedahan MPS ke atas projek kontroversi kondominium di Batu Caves. "Ia juga menyebabkan secara tidak langsung YDP menjadi mangsa politik hingga beliau ditukarkan," kata A. Rahim dalam satu sidang media di ibu pejabat MPS petang ini. Dalam sidang media yang turut dihadiri 14 ahli majlis, A. Rahim tidak menolak pertukaran YDP ini akan mengganggu perjalanan jawatankuasa bebas khas yang ditubuhkan kerajaan negeri Selangor bagi menangani isu tersebut. |
Berapa Anggaran Kekayaan Najib Altantuya? Posted: 15 Nov 2012 07:43 AM PST Umno dan rasuah umpama nyawa dan badan, jika bercerai salah satu, maka tamatlah riwayat parti yang kununnya memperjuangkan hak orang Melayu selama 55 tahun memerintah. Dari ketua cawangan hinggalah perdana menteri, rasuah dalam Umno kini umpama seorang penghidap barah tahap empat, sudah tidak boleh diselamatkan lagi walau denga menggunakan dos paling kuat sekalipun. Percaya atau tidak, bekas menteri di zaman Mahathir, Kadir Sheikh Fadzir sendiri mengakui bahawa rasuah dulu dan kini dalam Umno tidak pernah padam, malah semakin bertambah dari segi jumlahnya mahupun pelakunya. Dengan indeks rasuah Malaysia kini terus menunjukkan kemerosotan, dari tempat ke-25 pada 2007, kini negara yang kunun mengaku sebuah negara Islam sudah pun terperosok ke tangga ke-60 tahun lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Kakitangan Felda Akan Bongkar Isu Saham FGVH, Hanya Tunggu Parlimen Di Bubar.. Posted: 15 Nov 2012 07:42 AM PST Faizoull Ahmad Inilah wajah Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad, yang sentiasa hidup dalam ketakutan. Maklumlah, 75% staff Felda tidak bersamanya. Saya difahamkan, Wisma Felda Jln Semarak dipasang 40 CCTV khususnya dalam pejabat bagi merakam pergerakan dan perbualan Staff. Ianya bagi mempastikan tiada kebocoran maklumat. Kata mereka, hidup macam dalam penjara! Esok, Faizoull bersama Ahmad Maslan dan Isa Samad ke London melawat 100 pelajar tajaan Felda. Mereka belajar dari Okt hingga Januari 2013. Kos setiap seorang RM50,000. Salah seorang pelajarnya, anak Faizoull sendiri! Saya harap Faizoull tangani segera isu pinjaman saham FGVH yang dihadapi Kakitangannya. Mereka ini sebahagian besarnya berkempen kuat agar peneroka sokong penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. 60% dikalangan mereka tidak menjual saham mereka dengan harapan harga mencanak naik. Pengurus Felda ditawar hingga 21000 unit dengan pinjaman RM115,150. Eksekutif 6100 unit dengan pinjaman RM28,025, Non Eksekutif 3000 unit dengan pinjaman RM13883. |
AFRAID OF MORE EXPOSURES FROM SCORPENE LAWYER? Hisham refuses to clear Bourdon's trip Posted: 15 Nov 2012 07:40 AM PST There's only a week to go but Home Minister Hishammuddin Hussein has refused to give the green light for French lawyer William Bourdon to enter Malaysia where he is due to brief Members of Parliament on the latest in the Scorpenes corruption trial, in which Prime Minister Najib Razak has been heavily implicated. Read More / Baca Lagi >>"We fear the worst given the way the Najib administration has been attacking SUARAM and even banned non-MPs from accessing the Parliament press conference lobby. If there is no guilt, why not allow Bourdon to come in and brief us all. If Najib is innocent, there is no need to deport Bourdon or to shut up SUARAM. Instead, as PM, he should welcome the chance to clear his name for himself as well as for his country," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle. Political intrigue, greed and murder Bourdon was due to arrive by November 22. He was deported from Kuala Lumpur when he came to brief his client SUARAM in July 2011. Nevertheless, he agreed to come again to update Malaysian lawmakers when invited by Opposition Leader Anwar Ibrahim last month but on the condition that the authorities would assure his safety and not deport him again, thus wasting his trip and time. Anwar had then written to inform Hisham and to seek an assurance that Bourdon would not be turned away upon arrival. But with the clock ticking down, the chances of securing such an agreement are now slim - reflecting Najib's fear that Bourdon may reveal further explosive details that could pin down his involvement in the controversial deal. |
Peguam Perancis bakal sertai jelajah bongkar Scorpene Posted: 15 Nov 2012 07:39 AM PST KUALA LUMPUR 15 November: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bercadang membawa peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham menyertai jelajah 'Le Tour De Scorpene' sebaik dibenarkan masuk ke Malaysia. "Kita akan bawa mereka terus kepada rakyat untuk beri taklimat. Sesi penerangan juga akan dibuat di Parlimen sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir," kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Kedua-dua peguam berkenaan menyatakan persetujuan di atas jemputan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat berhubung perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis kepada Ahli Parlimen Malaysia pada 22 November ini. Media pro BN sebelum ini melaporkan kononnya perbicaraan kes rasuah Scorpene di mahkamah Perancis tidak berlaku. Bourdon menjelaskan, Tribunal deGrande Instance telah mengadakan siasatan jenayah dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diterima sebagai pihak parti sivil sejak Mac lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Bantah Lynas: Peserta jalan kaki serah memo pada PM 26 Nov Posted: 15 Nov 2012 07:37 AM PST KUALA LUMPUR 15 November: Peserta 'Himpunan Hijau' yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi membantah pembinaan kilang radioaktif Lynas di Gebeng akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen 26 November ini. Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata, kandungan memorandum mengandungi tuntutan rakyat agar kerajaan mengkaji semula dasar pembangunan yang memberi kesan alam sekitar dan kesihatan manusia. "Rakyat dari seluruh negara akan hadir, terutama yang tempat tinggal mereka terkesan oleh pembangunan. Read More / Baca Lagi >> |
Dewan Ulamak : 'Usaha guling BN lebih penting' Posted: 15 Nov 2012 07:36 AM PST Ketuanya, Datuk Harun Taib mengakui ada beberapa pihak termasuk wartawan mahu isu kebebasan agama dibangkitkan pada muktamar kali ini. Namun beliau menegaskan, tiada keperluan untuk membincangkan hal tersebut. |
Jangan jadikan fitnah sebagai wacana untuk meruntuhkan Melayu dan Islam – Anwar Posted: 15 Nov 2012 07:35 AM PST BAYAN LEPAS 15 November: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bangsa Melayu dan umat Islam perlu memperkasakan peradaban dan tidak menjadikan fitnah dan aib sebagai wacana sehingga melampaui batas. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, memperkasakan soal kaum dan meninggalkan kepentingan akhlak serta peradaban bukan tuntutan Hijrah yang sebenar. "Dari aspek Melayu apa yang perlu ditekankan ialah merubah Melayu supaya menjadi bangsa yang baik dari segi akhlak, jiwa dan ilmunya. "Bangsa Melayu dan umat Islam kini mesti bebas dari kerakusan dan memperkasakan peradaban. Jangan jadikan fitnah dan aib sebagai wacana besar dalam negara sehingga melampaui batas," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran buku 'Islam dan Melayu' oleh Datuk Dr Siddiq Fadzil, sempena Seminar Maal Hijrah 1434H peringkat Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, dekat sini pagi tadi. Read More / Baca Lagi >> |
SU Agung PKR: Mufti Perak tidak harus buat kenyataan 'selektif' Posted: 15 Nov 2012 07:34 AM PST Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Harussani sepatutnya mengeluarkan kenyataan lebih terbuka terhadap sesiapa sahaja yang didapati 'bersalah' berhubung isu agama termasuk bekas Perdana Menteri sebelum ini. |
SU Dewan Ulama: Ada 'ketidakselarasan' di Harakah Posted: 15 Nov 2012 07:33 AM PST Setiasaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali menyerahkan kepada para perwakilan sayap berkenaan untuk membangkitkan rungutan berhubung lidah partinya Harakah dalam muktamar penuh parti itu esok. Beliau turut menyebut mengenai "sedikit ketidakselarasan" di Harakah sehingga terdapat kenyataan daripada sayap berkenaan yang tidak disiarkan di akhbar tersebut. Bagaimanapun, hampir 95 peratus kenyataan dan pendirian Dewan Ulama disiarkan dalam portal berita Harakahdaily, kata Khairuddin ketika berucap di muktamar sayap parti tersebut petang ini. "Cuma sedikit 'ketidakselarasan' berita tidak dikeluarkan di peringkat Harakah cetak. Sehubungan itu, saya akan berbincang supaya dikeluarkan di peringkat Harakah cetak (bagi menyelesaikan rungutan tersebut). Read More / Baca Lagi >> |
Pemuda PAS tolak protes BERSIH 4.0 sebelum PRU Posted: 15 Nov 2012 07:29 AM PST Perwakilan yang berucap menolak usul tersebut berhujah bahawa sumber parti perlu disalurkan ke arah menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, dan bukannya menganjurkan satu protes mega. Ketika membahaskannya, Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Umno Umno telah turun ke kampung-kampung di luar bandar dan mengedarkan habuan. Oleh itu, katanya, jika protes tersebut diteruskan, rakyat akan bertanggapan bahawa mereka hanya tahu turun ke jalanan. Read More / Baca Lagi >> |
Isu calon, Harakah, Syria hangatkan muktamar Dewan Ulamak Posted: 15 Nov 2012 07:25 AM PST (Para perwakilan Muktamar Dewan Ulamak) KOTA BHARU: Wakil Urusan Ulama Bagan Datuk Perak, Mohd Khir Jamaluddin bimbang golongan ulama terpinggir sebagai calon pada pilihan raya memandangkan sekarang menjadi "trend" bekas-bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS. Sedangkan katanya, mereka tidak pernah menjadi proses tarbiah dalam parti, namun kemungkinan lebih mendapat tempat sebagai calon pada PRU nanti. "Sedangkan ada calon-calon dari kalangan ulama yang berwibawa namun dibimbangi kemungkinan akan diketepikan," katanya. Merungkai isu berkenaan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Puisat, Dr Khairuddin Ahmad Razali berkata, soal calon bukan berada di bawah bidang kuasa Dewan Ulamak, sebaliknya ia hak PAS Pusat. |
Muslimat lulus usul pembantu rumah tempatan Posted: 15 Nov 2012 07:25 AM PST Suasana Muktamar Muslimat PAS Pusat di dewan Kelantan Trade Centre. KOTA BHARU: Kementerian Sumber Manusia digesa melaksanakan pelan tindakan bagi melatih warga tempatan sebagai pembantu rumah untuk mengurangkan pergantungan kepada pihak luar dan menyekat pengaliran keluar wang negara. Usul ini dikemukakan oleh Perwakilan Muslimat dari Indera Mahkota Zuriati Muhammad telah dibahaskan dan diluluskan. Ketika mengemukakan usul ini, Zuriati (gambar) berkata, isu pembantu rumah tidak pernah reda apatah lagi apabila Kerajaan Indonesia menetapkan syarat agar majikan Malaysia membayar gaji minimum RM700 bagi setiap jenis pekerjaan. "Senario ini membuka mata semua apabila masing-masing mempersoalkan mengapa perlu menggaji orang luar? "Mana perginya rakyat tempatan? Persoalan ini menjadi retorik apabila kita sendiri yang mengambil pekerja asing sebagai pembantu rumah," katanya di depan lebih 600 perwakilan di Kelantan Trade Centre. Katanya, berdasarkan kajian keadaan ini berlaku kerana sikap rakyat tempatan yang memandang remeh pekerjaan tersebut atau menilai kualiti kerja orang luar labih baik dari warga tempatan. Oleh yang demikian, katanya pelbagai pihak telah tampil memberi cadangan untuk mengangkat martabat pembantu rumah sebagai satu profesion untuk menarik minat warga tempatan. Read More / Baca Lagi >> |
AES, Harakah, Bersih4 dibahas dalam usul Pemuda Posted: 15 Nov 2012 07:24 AM PST KOTA BHARU: Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-53 kali ini menerima empat usul untuk dibahaskan oleh para perwakilan pada hari ini. Read More / Baca Lagi >>Usul pertama berkaitan politik dan pilihan raya yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Jasin yang mengusulkan kepada muktamar supaya mendesak pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan Bersih 4.0 ekoran ketidakpedulian kerajaan terhadap tuntutan Bersih 3.0 sebelum ini. Usul kedua pula berkaitan media rasmi PAS, Harakah yang perlu diperkasa yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah. Usul tersebut antara lain mahu PAS Pusat membuat penstrukturan semula sidang editorial Harakah dan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily. |
Kerajaan didesak arus perdana pendidikan Islam Posted: 15 Nov 2012 07:23 AM PST KOTA BHARU: Tindakan kerajaan yang meminggirkan usaha mengarus perdanakan pendidikan Islam dan mengabaikan institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) menimbulkan ketidakpuasan hati umat Islam. Read More / Baca Lagi >>Dengan itu, Muslimat PAS mendesak Kementerian Pelajaran agar mengarus perdanakan pendidikan Islam di Malaysia sebagai salah satu entiti penting dalam dasar pendidikan negara bukannya dipinggirkan. Usul dari Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat yang diterima tanpa bahas turut mendesak kerajaan memperkasakan semula peranan Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kongres Pertama Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia pada Febuari lalu. |
Tahaluf siyasi kejayaan besar PAS dalam Pakatan Posted: 15 Nov 2012 07:23 AM PST KOTA BHARU: Keputusan ijtihad Majlis Syura Ulamak untuk mengadakan kerjasama politik dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dilihat satu kejayaan besar dalam gerakan politik PAS setakat ini. Read More / Baca Lagi >>Ianya bukan sahaja bersifat kejayaan politik, malah juga kejayaan dari sudut mengangkat perjuangan Islam PAS diterima bersama-sama dengan parti politik lain yang majoriti ahlinya bukan Islam. Perkara itu dinyatakan wakil PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abd Halim (gambar) ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada muktamar dewan itu hari ini. "Inilah satu kejayaan besar ulamak-ulamak dalam PAS. Islam yang diperjuangkan oleh PAS dilihat oleh PKR dan DAP bahawa tiada pendekatan terbaik untuk menentukan corak pemerintahan negara selain corak pemerintahan Islam yang ditunkan Allah swt," katanya. Syarhan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak juga berkata, sejak PAS bertahaluf dengan PKR dan DAP, Islam dilihat semakin difahami oleh orang-orang bukan Islam. "Hari ini dengan selogan PAS untuk semua, telah berjaya memecah tembok pemisah antara dengan orang bukan Islam. "Ada orang-orang tua India sudah mula memegang bendera PAS. Ada anak-anak muda bukan Islam pakai baju gambar Tok Guru di dada mereka," katanya. Namun begitu katanya, ia tidak bermakna usaha untuk memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam itu cukup sekadar itu sahaja malah harus diperkasakan. |
Pertahan ijtihad tahaluf siyasi - Ketua Ulamak Posted: 15 Nov 2012 07:22 AM PST (Para perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Ulamak) KOTA BHARU: Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya. "Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur'an dan al-Hadis membenarkan Tahaaluf Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya. "Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya. Untuk itu, katanya, ulamak perlu menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli parti dengan dalil-dalil daripada al-Qur'an dan al-Hadis. Dalam masa yang sama juga Ulamak perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan. |
Lensa : Perasmian Muktamar Ulamak PAS Malaysia Ke 51 Posted: 15 Nov 2012 07:18 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan