Selasa, 6 November 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


raja spin....utusan pantat UMNO pemegang rekod dunia banyak kali kena saman....!!!!

Posted: 06 Nov 2012 06:08 AM PST

Utusan Malaysia membebel bila dilarang masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk membuat liputan. Maka, bila tidak puas hati dengan larangan itu, dituduhnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng fobia. Mana tidaknya, kalaulah kita dikejar orang gila, pun akan fobia juga.

Maka berkokoklah Awang Selamat memperli Ketua Menteri, Lim Guan Eng, “berani kerana benar, takut mungkin kerana salah”. Senang cerita beginilah, kalau nak jadi akhbar rasmi UMNO, ishtihar sajalah. Tak payah nak berselindung lagi dengan lesen akhbar harian, pembaca pun dah naik muak dan meluat.

Guan Eng bukan takut kerana salah atau berani kerana benar. Masalahnya, bila diberi muka kepada Utusan Malaysia masuk membuat liputan, silap gaya; kalaulah yang dicakap itu emas, dilaporkannya pula sebagai besi buruk. Kan hodoh benar bunyinya tu1.

Bukannya kita tidak tahu, sebelum ini pun bos Utusan Malaysia pernah ajar blogger UMNO untuk spin-putar belit berita. Kata Zaini Hassan Ketua Pengarang Utusan Malaysia tersohor itu, “Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta supaya memihak kepada kita, itu okay.

Maka sebab itulah tidak hairan kalau Utusan Malaysia kalah banyak saman. Baru-baru ini Utusan Malaysia kalah kepada Lim Guan Eng sendiri, kenalah bayar RM200,000. Sebelum itu juga pernah cuba membatalkan saman mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syad Hussin Ali yang menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta tetapi gagal. Utusan Malaysia juga pernah kalah saman dengan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pada 2009 pula, Utusan kalah saman kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai isu “Pak Janggut”.

Seperti  kataTimbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, “Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya,” katanya berseloka.

Bayangkan, siapa saja yang tak pernah kena fitnah dengan Utusan Malaysia, hampir kebanyakan pimpinan Top 10 Pakatan Rakyat biasa difitnah malahan sezuhud-zuhud Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang duduk di rumah papan buruk itu pun pernah dituduh ‘makan suap.’ Tidak serik dengan saman, bermula semalam, mereka keluar lagi fitnah baru ke atas Ahli Pafrlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa, Nurul Izzah kata; Melayu bebas pilih agama?

Adegan kalah saman Utusan Malaysia itu menyimpulkan kepada kita beberapa pencapaian utama akhbar propaganda UMNO itu sekitar sedekad ini.

Pertama, Utusan Malaysia menjadi akhbar pertama di Malaysia yang paling banyak disaman  malah di dunia kot, kedua Utusan Malaysia paling banyak kalah dalam kes tuntutan saman dan ketiga, berjaya menjadi akhbar paling banyak kena minta maaf untuk mengelak bayar tuntutan saman.

Kita tunggu dan lihat saja nanti. Utusan Malaysia kena ingat, bab tabur fitnah ini bukanlah kebebasan bersuara yang wajar. PR perjuangkan kebebasan menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan dengan cara yang demokratik. Bukannya kebebasan bersuara untuk membuat fitnah sana-sini. Utusan Malaysia agaknya kena masuk balik sekolah wartawan kot.

Rupanya AES Dipasang Juga Untuk Kenyangkan Syarikat Kroni UMNO - MCA

Posted: 06 Nov 2012 05:16 AM PST

Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES

Hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA terbongkar juga.

Pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat.

Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.Pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,..

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Sementara  Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.Kita mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.

Kita juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini. Sebelum ini di katakan  kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.

Jadi kita mencabar Menteri Pengangkutan menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES.

Sementara itu, kita juga mempertikaikan kempen penerangan AES yang akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dalam masa terdekat, sedangkan pelaksanaannya sudah dilakukan sejak bulan lalu.

Bagaimana dia (JPJ) boleh keluarkan saman sedangkan kempen di media baru nak berjalan? Ini menunjukkan kerajaan memasang AES tanpa mendapat maklum balas orang awam.

 

 

penyapu sial

 

 

macam biasa ler puak BN ni. berselindung disebalik kononnye good sense utk melindungi rakyat dari eksiden. padahal, tgh berangan kutipan duit yg masuk hasil saman. kalu sesama diorg yg kene saman, no hal pasal anytime bole akses dan delete rekod tu. mmg mentaliti penyamun. kah kah kah

Projek Langat 2 diSelangor pun akan jadi macam itu - akan dikuasai oleh kroni UMNO/BN.Itulah sebabnya Mahyuddin bermati-matian nak lanksanakan Langat 2.Semua foolush punya pasal,tak ada kaitan dengan keperluan rakyat.

Najib di timpa haramjadah ....bila PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu

Posted: 06 Nov 2012 04:44 AM PST

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya.

Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.

Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".

Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu

najib bedebah tabur haramjadah peneroka mula menerima padah...!!!!

Posted: 06 Nov 2012 04:38 AM PST

haramjadah punya najib ko tipu kami semua  habis reta kami semua tergadai....!!!

peneroka bodoh macam lembu NFC...padan muka ko orang kerana percayakan aku...aku penyamun batang pinang masih ko orang nak percaya...kah kah kah...!!!!

Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) hari ini menyaksikan kejatuhan di paras paling rendah sejak ia dilancarkan. Harga saham FGVH ditutup pada RM4.65 petang ini.

Saham FGVH telah dilancarkan pada 5 Julai tahun ini pada harga RM4.55 sebelum ia kemudiannya meningkat di paras tertinggi RM5.55. Selepas daripada itu, harga itu terus jatuh dan jatuh ke paras terrendah pada RM4.69 pada 10 September lalu.

Kemudian harga menjadi tidak stabil selepas itu, sehinggalah rekod paras paling minima itu telah dipecahkan petang ini untuk berada di kedudukan RM4.65.

Peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi

Nampaknya apa yang dibimbangi  kini telah menjadi kenyataan.

 

 

penyapu sial

 

 

biar angka menceritakan segalanya. bila dinasihat, dituduh dengki, cemburu dan ejen pembangkang. kita perhatikan aje. biar terserlah sendiri siapa sebenarnya yg HaramJadah!

mak cik pak cik,jgn percaya dgn ISA simamat parang kontot,muka dia pun penyangak hari2 bubuh botok,org umnog kalau tak buat rakyat merana tak sah,cakap mcm dia tahu segala,sebenarnya papa idea,hanya kuasa menentukan mereka bergeliga,namun tin kosong...itulah mentaliti org umnogok...semakin lama mereka berkuasa semakin hancur hak rakyat dan negara...so renong2lah

EPF yang banyak melabor(cara paksa) dalam FGVH juga akan punah.Bukan Mak Cik dan Pak Cik FELDA aje yang menanggung rugi besar malah EPF pun akan lingkup.

Bukti Umno BN Penipu Nombor 1

Posted: 06 Nov 2012 04:27 AM PST

Kita  menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun.

Jumlah yang dibekalkan seramai 12.4 juta untuk Mac.Tetapi yang diaudit dan diserahkan kepada pakatan rakyat  adalah sebanyak 11.5 juta.Ini bermakna dalam masa setahun, jumlah daftar pemilih meningkat sebanyak 1 juta.

Kemudian, SPR bagi penjelasan kononnya mereka tersilap membuat kiraan di negeri Sabah dan Sarawak.

Hal ini sudah nampak ketirisan maklumat dalam SPR.Terdapat juga maklumat daftar pemilih yang meragui sehingga ada maklumat pemilih yang tidak masuk akal.

Sebagai contoh, pemilih bernama Nurkhanida dari Parlimen Serdang yang lahir pada 26 Oktober 1982 dan memohon menjadi pengundi pada 26 Oktober 1982.

Begitu juga daftar pemilih bernama Naquib dari Parlimen Temerloh yang lahir pada 18 Ogos 1979, tetapi menjadi daftar pemilih pada 16 Mei 1991 iaitu masih berumur 12 tahun.

Bagaimanapun,usaha dan percubaan menipu tersebut masih belum mendapat penjelasan dan jawapan rasmi daripada SPR

Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa..Kita juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Kalau ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan.

Kita semua jangan percaya puak lahabau ini (Umno BN),..

Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak khususnya pemimpin Pakatan.

September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13.

 

 

 

penyapu sial

 

SPR PUN TAKUT BN KALAH, NANTI PENGERUSI SPR YANG PENIPU NAK LARI MANA?...tiada siapa hidup tanpa mati dan penganiaya akan diseksa bila mati nanti. Harapan kita, puak munafikun insaf sebelum kojol.

 

 

Tiada ulasan: