Jumaat, 2 November 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


RAHSIA GARAM ..AMALAN SUNNAH YANG TIDAK DI KETAHUI

Posted: 01 Nov 2012 08:01 PM PDT


Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas 

makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan 

keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan 

perut dari menyerap racun.




Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji 

menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil 

oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada 

penentang mereka .



.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti 

roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air 

tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya 

kandungan garam dalam badan. 

Dari Abdullah Bin Umar


" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai 

kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan 

garam"

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah 

garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk 

keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan 

air garam. Antaranya:


1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak 

dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.



2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar 

sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak 

atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.



3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh 

sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak 

kaki.



4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit 

garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan



5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, 

bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.



6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 

Petua berdasarkan kajian



Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, 

sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari 

laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).



Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin 

boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air 

garam juga.



Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur 

sedikit garam.



Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam 

disapukan pada kulit yang gatal.



Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di 

sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang 

berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat 

baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Tiada ulasan: