Pahang Daily Online |
Posted: 04 Nov 2012 10:13 PM PST Orang ramai terkejut dengan pendedahan panas oleh akhbar Sinar Harian (Pahang) pada Sabtu 3 November lalu berkaitan kedaifan hidup rakyat Pekan yang terletak dalam kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Artikel yang bertajuk "Rumah Daif Tempat Berlindung", sekeluarga cekal jalani hidup tanpa bekalan air, elektrik dan kediaman usang. Kemiskinan yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana seantero dunia umum mengetahui kawasan parlimen Najib rakyatnya hidup selesa. Tambahan pula apabila Najib sering melaung-laungkan kesengsaraan rakyat yang hidup di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Malah, dalam roadshow "Jelajah Janji Di Tepati" beliau selama ini pun, Najib sering mendabik dada dengan mengatakan hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh membela rakyat Malaysia. Beliau juga sering mengherdik dan menghina negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang (Pakatan Rakyat) kononnya tidak pandai mentadbir dan sering berhadapan dengan berbagai masalah terutamanya isu bekalan air. Namun, bagai sesuatu yang tidak dijangka rupanya masalah berkenaan lebih teruk berlaku di negeri Pahang terutamanya kawasan Najib sendiri. Soalnya, apakah Najib sedar apa yang berlaku dan mana perginya laungan "janji ditepati" yang dicanangkan itu agaknya. Inilah yang menjadi kemusykilan kepada orang ramai terutamanya rakyat Pahang yang membaca artikel panas berkenaan sebenarnya. Dalam laporan itu, Sinar Harian juga memaparkan gambar kedaifan dan kemiskinan hidup sebuah keluarga terbabit. Kejadian berlaku di Kampung Bentan (Pekan). Keluatga terbabit dipercayai telah mendiami sebuah rumah usang itu sejak lima tahun yang lalu. Sebelum ini mereka tinggal di sebuah rumah di kampung berkenaan, namun tanah tersebut diambil oleh pemiliknya. Ini menyebabkan mereka terpaksa tinggal dalam keadaan yang cukup menyayatkan hati. Malah, lebih menyedihkan keluarga terbabit hanya bertemankan cahaya pelita atau lilin (tiada bekalan elektrik) pada waktu malam serta hanya menggunakan air telaga (tiada bekalan air) untuk urusan harian seperti mandi, memasak dan sebagainya. Difahamkan, keluarga berkenaan hanya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan serta wang zakat daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebanyak RM200 sebulan. Malah, laporan juga menyebut mereka sudah lebih setahun berulang alik memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), namun masih tiada jawapan hingga hari ini. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan