Isnin, 26 November 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Blogger Cucumatkilau Tidak Menolak Mungkin Sertai DAP Jika Itu Caranya Mantapkan Perjuangan !!

Posted: 26 Nov 2012 01:59 AM PST

KUANTAN, 26 Nov - Bekas wartawan eksklusif PDO, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran CMK@Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini tidak menolak kemungkinan akan sertai parti DAP jika itu caranya untuk meneruskan perjuangan rakyat Malaysia. Maklumat mengenai isu tersebut timbul seperti yang dihebohkan di dalam laman sembang sosial facebook sekarang. Beliau yang sudah lebih sebulan meninggalkan PDO kini bergerak cergas sebagai aktivis rakyat dan kini turut berkhidmat secara sambilan dengan radio internet Cili FM yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Dalam satu posting di wall FB Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias mendakwa beliau akan mengikut jejah langkah seorang lagi blogger dari Pahang iaitu Dato' Ariff Sabri Abd Aziz atau lebih dikenali dengan nama Sakmongkol AK47 untuk menyertai Parti Demokratik Rakyat (DAP). "Khabar angin mengatakan CMK akan menyertai DAP bertiup kencang kini...mungkinkah beliau akan mengikuti jejak langkah Blogger Sakmongkol, Datuk Arif Sabri akan terjawab nanti", kata kenyataan di FB Razali Alias itu. Sementara itu, menurut satu kenyataan Blogger itu ketika dihubungi mendakwa susulan kenyataan pemimpin PKR itu menyebabkan beliau dihujani banyak panggilan telefon oleh kawan dan lawan. "Saya tidak pasti apakah motif pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan seperti itu... Sebelum ini saya dihebohkan akan menyertai UMNO.. kini DAP pula.. malah terdahulu parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim.. Mungkin ada usaha pihak tertentu menghilangkan sokongan orang Melayu kepada saya agaknya. Tambahan sebelum ini saya pernah menyatakan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang atas tiket bebas pro-rakyat di kawasan DUN yang mempertemukan calon bukan Melayu di Pahang", kata CMK. Walau bagaimana pun beliau tidak menolak kemungkinan ke arah itu kerana sebelum ini sudah beberapa kali pimpinan DAP menyatakan hasrat untuk melamarnya menyertai parti itu. "Saya tiada masalah untuk bersama-sama dengan mana-mana parti politik yang berjuang untuk rakyat Malaysia. DAP punyai kelebihan tersendiri dan mereka amat memerlukan orang  Melayu untuk menyertainya bagi mengalih tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa DAP adalah parti perkauman untuk orang Cina semata-mata selama ini", tambah CMK lagi. Ketika ditanya apakah beliau akan meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Umum akan datang, dia tidak menolak kemungkinan ke arah itu. 


"Saya harus menyertai pilihanraya dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Tapi ia bergantung kepada kekuatan kewangan yang saya ada. Sertai pilihanraya sebagai Team 3rd Force adalah satu pengalaman baru yang amat sukar untuk digambarkan. Ada orang suka BN dan menolak PR.. ada orang sokong PR dan menolak BN... namun harus diingat.. lebih ramai lagi pengundi atas pagar yang melihat kuasa 3rd force boleh menjadi penegur yang baik kepada kepada kesemua parti politik di DUN atau Parlimen sebenarnya. Saya berjuang bersama rakyat, sebab itu walau pun sudah berada di luar parti saya tetap berpihak kepada rakyat. Saya tidak rela ada pemimpin yang menipu rakyat baik mereka BN atau PR. Sebab itu saya menegur secara terbuka tanpa takut kepada sesiapa melainkan Allah Taala semata-mata. Memang saya tau saya dimusuhi kerana berani menegur, tapi mereka juga perlu ingat tidak semua yang dilakukan itu betul atau salah semata-mata. Mana yang baik kita sokong mana yang tidak baik kita tegurlah.. Itu pun ada pemimpin yang mengutuk saya dengan berbagai-bagai cacian.. kononnya saya dibayar dan sebagainya. Walhal, apa yang didedahkan itu adalah benar semata-mata dan diluahkan oleh ahli parti itu sendiri sebenarnya. Maka itulah siapa yang makan cili dia yang rasa pedasnya", kata CMK mengakhiri kenyataan beliau kepada PDO.

[Semua pihak harus menghormati apa pun keputusan yang dibuat oleh blogger terbabit. Dia ada hak untuk tentukan hala tuju politiknya. Selama ini perjuangan beliau tetap untuk rakyat walau pun sudah tidak bersama mana-mana parti politik. Sejak sekian lama, blogger berkenaan masih konsisten dengan perjuangan rakyat walau pun dihentam bertalu-talu oleh penyokong Pakatan Rakyat sendiri atas sikapnya yang berani menegur kepimpinan tertinggi parti. Soal apakah beliau akan bertanding sebagai calon 3rd force juga kini menghantui persiapan parti-parti politik tertentu. Apapun, dalam amalan politik dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysa ini, sewajarnya ada pihak ketiga yang benar-benar bebas perlu bangkit dan berani menegur mana-mana pihak yanh khianat kepada rakyat. Inilah yang perlu dalam menjamin kestabilan politik di negara kita sebenarnya. Apa yang jelas dapat dilihat sekarang begitu ramai wakil rakyat yang kononnya bebas tetapi memihak kepada UMNO BN selepas mereka meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka, sudah tiba masanya mereka yang benar-benar berjiwa bebas di angkat rakyat]. 

Panas: Lynas, Kerajaan "Lulus Lesen TOL" Tapi Masih Bercelaru Ke Manakah Sisa Buangan Mahu Di Hantar !

Posted: 25 Nov 2012 09:48 PM PST


Himpunan Hijau akhirnya berjaya menuju ke Dataran Merdeka selepas tiga belas hari berjalan sejauh lebih 300 kilometer ke ibu negara. Semuanya kerana mahu menyatakan bantahan atas tindakan kerajaan membenarkan operasi kilang Lynas Corporation di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini. Perjalanan yang penuh berliku melalui jalan lama Kuantan-Kuala Lumpur itu dilihat lambang semangat sebahagian besar warga Kuantan yang tidak mahu Lynas beroperasi di bandar ini. Ketika mereka teruskan perjuangan Lynas pula telah menerima kemasukan bahan nadir bumi "rare earth" dari Australia beberapa hari yang lalu. Himpunan membantah kemasukan bahan terbabit sedikit kecoh apabila ada pihak yang mengadakan demontrasi secara aman di pintu masuk ke Pelabuhan Kuantan baru-baru ini. Kini, "rare erath" sudah berada di sini dan menunggu masa untuk diproses sebelum ia mengeluarkan bahan buangan beradiasi yang amat ditakuti oleh rakyat itu. Soalnya sekarang, ke manakah sisa buangan itu akan dihantar?. Sebelum ini kerajaan sendiri pernah mengatakan mereka tidak mahu bahan buangan terbabit ditinggalkan di negara ini. Persoalannya sekarang, dikala isu sisa buangan belum selesai tiba-tiba lesen operasi sementara (TOL) pula diluluskan. Masih kita ingat Presiden MCA, Chua Soi Lek sendiri ada mengatakan agar Lynas membawa keluar sisa buangan tersebut. Namun kini masing-masing menyepi dan berdiam diri seolah-olah tidak berkata apa-apa bila lesen operasi sementara Lynas diberikan. Apa yang memuyskilkan rakyat sekarang, ke mana sisa buangan itu akan dihantar. Di bawa balik ke Australia atau ditanam dalam kolam-kolam yang disediakan di kilang Lynas. Harus diingat, rakyat marahkan kerana takut dengan radiasi yang akan terhasil akibat sisa buangan itu. Memang sekarang tidak ada radiasi lagi, tapi bagaimana sepuluh atau dua puluh tahun akan datang?. Ketika ini, pemimpin yang ada hari ini mungkin sudah tiada lagi. Makanya, yang akan menjadi mangsa ialah anak-anak cucu kita. Maknanya, kita benarkan Lynas tanpa mengambilkira risiko yang bakal ditanggung oleh generasi akan datang. Wajarkah kerajaan perjudikan nasib rakyat hanya untuk mengaut keuntungan atas pelaburan?. Inilah yang jadikan rakyat bangkit dan terus berjuang untuk halau Lynas keluar dari negara ini sebenarnya. Apakah kerajaan BN sedar perkara ini atau sengaja dibuat tak sedar?

 
[Jika tiada tempat lain untuk dibuangkan termasuk di pulau-pulau seperti yang diperkatakan sebelum ini, makanya sisa buangan Lynas akan diletakkan dalam kolam yang disediakan (foto). Soalnya sekarang, apakah mereka yakin tiada risiko sedangkan ia akan menhasilkan sesuatu yang berbahaya pada masa yang akan datang. Oleh itu, kerajaan perlu maklumkan kepada rakyat sekarang ke mana sisa buangan itu akan dihantar?. Jika rakyat berpuas hati makanya ia mungkin tidak jadi masalah. Namun, jika kerajaan sendiri tidak tahu ke mana sisa buangan itu akan dihantar apa guna mereka meluluskan lesen operasi kepada kilang terbabit agaknya?.Nampak benar bagai ada sesuatu yang tidak kena dalam kontroversi ini. Hanya rakyat boleh buat pilihan pada pilihanraya umum akan datang. Jika mahu Lynas kekal maka mereka pilih BN, tapi jika tidak mahu Lynas kekal maka mereka boleh buat perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat. Inilah saja pilihan terakhir mereka sebenarnya. Mahu atau tidak mereka perlu lakukan perubahan PRU ini !].

Panas: Wakil DAP Di Halang Masuk Ke Taklimat SPR !!

Posted: 25 Nov 2012 08:10 PM PST

KUANTAN, 26 Nov - Taklimat Penerangan Berkaitan Dengan Pusat Mengundi bagi Daerah Mengundi (DM) Sungai Isap, N15 DUN Tanjung Lumpur Parlimen Kuantan hari ini "kecoh" apabila Ketua DAP Kuantan, Cheah Kim Hung (foto) telah dihalang masuk ke Bilik Gerakan Pejabat Pilihanraya Pahang dekat Wisma Persekutuan di sini pagi tadi. Menurut sumber, difahamkan Cheah telah dihalang masuk ke mesyuarat terbabit gara-gara beliau memakai baju T-Shirt kuning "Bersih". Mungkin akibat fobia dengan baju tersebut menyebabkan Pengarah SPR Pahang, Tuan Hj.Othman Noh  sendiri telah bertindak mengarahkan beliau keluar dan tukar pakaian lain yang lebih sesuai. Namun, akibat kegagalan beliau menukarkan pakaiannya maka dia terpaksa akur dan meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang. Difahamkan, semua wakil parti baik dari BN (Barisan Nasional) mahu pun Pakatan Rakyat (PR). "Saya baru balik dari Himpunan Hijau (pagi ini).. tak sempat mau tukar baju .. lagi pun saya hanya hadir mewakili Setiausaha DAP Pahang yang tidak dapat datang... dalam surat yang diedarkan tidak pula menyatakan etika berpakaian (baju) yang perlu dipakai. Sebab itu saya terus hadir dengan memakai baju Bersih", kata Cheah ketika dihubungi pahangdaily. Sementara itu, taklimat hari ini ialah berkaitan Pecahan Lokailiti Mengikut Pusat Mengundi bagi Sek.Keb Sungai Isap dan Sek.Keb Sg.Isap Murni. DUN Tanjung Lumpur kini diwakili oleh Exco Kerajaan Pahang, Wan Adnan Wan Mamat (BN) manakala bagi Parlimen Kuantan pula diwakili Fuziah Salleh (PKR).

[Agak mengejutkan dengan apa yang berlaku, namun tidak janggal kenapa ia harus terjadi. Ini kerana mana-mana jabatan kerajaan sekali pun pasti ada peraturan yang wajar dipatuhi oleh orang awam. SPR adalah sebuah jabatan kerajaan yang mempunyai peraturan dan etika terutamanya dari segi berpakaian. Justeru, mana-mana parti politik wajar memaklumkan kepada wakil mereka agar berpakaian formal seandainya ada sebarang taklimat berkaitan pilihanraya selepas ini. PDO tidak menyalahkan Pengarah SPR Pahang dalam hal ini, kerana ia menjadi hak beliau untuk berbuat demikian sebagai tuan rumah. Isu ini tidak wajar dijadikan senjata untuk menyerang SPR kerana jika berlaku kepada jabatan kerajaan di negeri Pakatan Rakyat sekali pun, mungkin kes yang sama akan terjadi. Semua pihak perlu menghormati undang-undang dan etika berpakaian telah ditetapkan].

Tiada ulasan: