Pahang Daily Online |
Panas: "Penguatkuasaan Yang Lemah" Serta Rasuah Berleluasa Punca Negara Jadi Syurga Warga Asing !! Posted: 20 Nov 2012 02:11 AM PST Bila diperkatakan isu ribuan warga asing mendapat kerakyatan dengan mudah di negara ini, ramai pihak terutamanya kerajaan UMNO BN melenting dan mengatakan semua itu adalah fitnah semata-mata. Malah ada yang mengatakan pihak pembangkang sengaja menimbulkan isu tersebut setiap kali musim pilihanraya, dan ia bermotifkan politik semata-mata bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Paling menarik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menaungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut menafikan tuduhan-tuduhan liar tersebut sambil mengatakan ia adalah sati propaganda pihak pembangkang. Namun, apakah rakyat boleh percaya dengan semua kenyataan yang dibuat ini, sedangkan dalam masa yang sama ribuan malan jutaan warga asing dilihat berada di negara ini. Lihat saja semasa program 6P yang dilaksanakan oleh kerajaan baru-baru ini, lebih setuja warga asing berada di negara ini tanpa rasa bersalah. Malah, mereka bebas ke sana-sini, berniaga dan menjalankan aktiviti ekonomi seolah-olah berada di negara mereka. Persoalannya, kenapa ini harus berlaku jika penguatkuasaan undang-undang negara kita ketat?. Kenapa jutaan warga asing boleh berada di negara kita jika perairan negara dikawal ketat seperti apa yang berlaku di Singapura?. Semua ini menimbulkan syak wasangka dan kemusykilan di hati rakyat bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena atas fenomena ini sebenarnya. Mahu atau tidak, kerajaan tetap akan dipersalahkan kerana terlalu lemah bertindak. Tambahan pula, kuasa dan tanggungjawab itu terletak dibahu kerajaan yang memerintah. Anehnya ini tidak berlaku, malah saban tahun kita akan mendengar ribuan warga asing terus berada di negara ini dengan aman dan selamat. Kenapa ini terjadi jika kerajaan serius menangani isu kebanjiran warga asing terutamanya PATI ini?. Kenapa pemantauan dan penguatkuasaan di negara kita terlalu lemah?. Menyebabkan warga asing begitu mudah membolosi kawalan keselamatan negara?. Bayangkan, jika mereka yang masuk itu adalah penjenayah antarabangsa atau lanun-lanun yang menyamar dan kemudiannya melakukan kerja jahat mereka di bumi tercinta ini. Kenapakah pihak berkenaan langsung tidak rasa bersalah melihat senario ini?. Atau mungkinkah ia disengajakan untuk memberikan rakyat Malaysia berada dalam ketakutan dan akhirnya mahu kekal berada di bawah pemerintahan kerajaan UMNO BN sehingga ke hari kiamat agaknya?. Fikirkanlah, apakah kita mahu semua ini berterusan untuk 100 tahun yang akan datang. Ingatlah, anak-anak cucu kita pasti akan salahkan kita jika satu hari nanti mereka hidup dalam keadaan warga asing yang berkeliaran di depan mata setiap hari. Apakah anda mahu biarkan semuanya ini terus berlaku? [Paling menarik untuk diperkatakan, ke mana pergi maruah negara apabila jutaan warga asing dilihat terus berada di negara ini?. Mereka yang berkuasa marah dan mengutuk perbuatan jenayah yang dilakukan oleh warga asing. Namun, hakikatnya kenapa mereka boleh terlepas dan terus selesa berada di negara ini?. Pihak terbabit tidak harus lari dari unsur rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan semua ini berleluasa. Mahu atau tidak, sudah pasti operasi gagal apabila ada pihak yang menjadi talibarut dan menerima rasuah daripada pihak berkenaan untuk melindungi warga asing ini. Paparan yang keluar di media arus perdana terkadang hanyalah taktik semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Kononnya, operasi sudah dilakukan walhal selepas operasi semakin banyak warga asing yang dilihat berkeliaran di lokasi tertentu. Mereka tangkap kemudian lepaskan, inilah yang berlaku dan gagal ditangani hingga ke hari ini. Semuanya gara-gara rasuah yang terus berleluasa melibatkan pihak yang dipertanggungjawabkan itu. Usahlah, merungut apabila mereka terus berada di sini tanpa rasa bersalah. Semuanya kerana peraturan dan penguatkuasa negara yang dilihat begitu lemah dan cukup mendukacitakan. Justertu, langkah terbaik ialah rakyat perlu bangkit melakukan perubahan. Hanya mereka yang jujur dan amanah sahaja yang wajar diberi peluang untuk berkhidmat di jabatan tertentu. Mereka yang khianat wajar dihambat keluar kerana merekalah pemgkhianat negara sejak sekian lama. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum ini nanti]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan