OTAI MANJUNG |
911: Jom Bantah AES di Parlimen Kong Cho Ha! Posted: 05 Nov 2012 06:15 PM PST AES, kemalangan tidak berbau tapi AES boleh bau duit pengguna jalanraya! Selagi namanya pengguna jalanraya depa tibai...24 jam operasi. Jangan ingat kalau jam 3.00 pagi jalan lengang boleh desup kat jalan had lajunya 30km/j, bahaya....hantu kak limah nak melintas. [Ni senarai Lokasi AES di Parlimen Lumut YB Menteri Pengangkutan sendiri. Sumber: Saifullah Zulkifli - koordinator 911] [Kempen Jom ke 911 Himpunan Bantah AES Parlimen Lumut di Himpunan Kebangkitan Rakyat Negri Sembilan sabtu lepas. Terima kasih penganjur yg mengalu-alukan] [Kempen 911 Bantah AES bersama komuniti masyarakat Senawang, Negri Sembilan] Aku terbayang ambulans kalau lalu kawasan AES, kena jugak ke? mamat speeding yg bawa bini nak melahir anak...selepas anak lahir dapat saman! Elok namakan anak tu matSAMAN kalu laki, pompuan letak AESiah. Situasi ini menggambarkan kebarangkalian besar saman keluar setiap hari di lokasi-lokasi tertentu. [Ketua Srikandi Sya & Adun-adun Negri Sembilan beri sokongan Kempen 911 Bantah AES] Bantahan AES - Saman Ekor 1Malaysia tiada sebab untuk aku tidak bersama gabungan aktivis KUASA, MediaPerak.Net, SAMM Perak & ABU Perak menyokong bantahan ini. Banyak faktor yg mendorong semua pengguna jalanraya terutamanya sekitar Manjung untuk bersama menyerahkan memorandum kepada wakil Ahli Parlimen Lumut kita, YB DS Kong Cho Ha. Tak perlu dijelaskan lebar, sudah banyak diperkatakan & maklumat dari pelbagai sumber. [Sedang pos ini berlegar, Koordinator 911 bersama gabungan aktivis serta sokongan dr pimpinan PR Perak sedang adakan sidang media di Ipoh] Kempen ini bukan berhenti di sini saja, ia bukan isu Parlimen Lumut...ia isu nasional, isu orang ramai! Selepas PC di Ipoh, aktivis Bantah AES bergerak ke Seberang Jaya utk raikan kempen himpunan 911 bersama Anak Muda Pulau Pinang. Dari sana... terus ke Kedah, Perlis & Kelantan jika tiada aral, pulang ke Parlimen Lumut untuk menyerahkan suara-suara bantahan mereka ini kpd Menteri Pengangkutan. [Map ke Himpunan 911 Bantah AES] Kita berkumpul dengan aman, kita luahkan perasaan bantah dengan harmoni, kita berjalan seiring menyerah amanat rakyat membantah pelaksanaan AES. Kita semua orang Malaysia ada hak untuk menyatakan suara bantahan. Kita jumpa di Masjid Sitiawan 9 Nov selepas solat Jumaat sebelum meneruskan kempen Bantah AES ke selatan & timur di lokasi-lokasi AES yg akan diumumkan. |
Posted: 05 Nov 2012 03:00 PM PST *filem ulangan untuk terapi (18sx) |
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan