OTAI MANJUNG |
Selamatkan Sekolah Gandhi! (3) Posted: 23 Nov 2012 08:45 AM PST Sambungan dari Bahagian 1 & Bahagian 2 Namun hari ini, DIA berusaha menghalau pihak sekolah dan menafikan niat usaha orang terdahulu. Amanah yang diberikan tidak dihiraukan lagi. Namun pihak sekolah & PIBG berusaha menyelamatkan sekolah ini atau setidak-tidaknya menangguh penutupan sehingga pembinaan sekolah baru siapsedia digunapakai. Begitupun beberapa aktivis tempatan mahu ia kekal kerana ia mempunyai nilai sejarah yang boleh diangkat sebagai khazanah negara dan seharusnya ia ditambahbaik bukan dirobohkan. Antara makulmat dr fb Sk Simpang Empat Sitiawan Kenapa Sekolah Ini Wajib Dipertahankan? 1. Sekolah adalah institusi pendidikan. Beri peluang pendidikan kepada semua kaum. 2. Sekolah ini adalah Sekolah Kebangsaan. Sekolah yang sepatutnya DIPERKASA. 3. Kawasan penempatan sekitar sekolah ini memerlukan sebuah sekolah rendah. 4. Peluang pendidikan seharusnya tidak dibebankan dengan faktor keselamatan yang longgar. 5. Negara yang menuju negara maju tidak wajar menggadaikan sebuah sekolah yang mempunyai murid seramai 464 orang. Dimana slogan 'pendidikan bertaraf dunia' yang dicanangkan. Pihak PIBG sekolah melancarkan petisyen - Mereka juga menghantar memorandum kepada Menteri Pelajaran Malaysia - Hasil Perjumpaan Tertutup Bersama Zambry Kadir - Wanita Umno Lumut memperlekeh Adun Sitiawan tiada sebarang respon?! Ia bukan berusaha untuk menyelesaikan masalah yg timbul tapi cuba mempolitikkan isu. Sedangkan semua orang tahu Presiden Dindings India Association (DIA) Krishna adalah orang kuat MIC sekutu BN malah kerusi calon BN bagi DUN Pasir Panjang adalah milik MIC Lumut. Keputusan juga dipengaruhi oleh kepentingan sesama mereka. Penjelasan Manjungmari di Prihatin Wanita Umno Lumut Terhadap Ngeh Koo Ham. Hari yang sama perjumpaan tertutup bersama Zambry Kadir (2 Nov), Sinar Harian keluarkan kenyataan Ngeh Koo Ham agar semua pihak meneliti kembali permasalahan yang timbul dengan mengesyorkan penangguhan pembangunan yang ingin dilaksanakan DIA lantas menjawab perlekehan Wanita Umno Lumut. (rujuk keratan di bawah, klik utk besarkan) Akhirnya usaha penangguhan yang disyorkan oleh Zambry Kadir dengan berhubung Menteri Pelajaran dan mengarahkan Zamri Man (YDP MPM) perbincangan dengan DIA & syarikat kontraktor tidak membuahkan hasil... DIA tetap teruskan projek. (Sinar Harian 21 Nov -rujuk keratan bawah, klik utk besarkan) Tahun 2010, Krishna (MIC) bertelagah dengan pimpinan yang menentangnya, aku menghampiri mereka utk rakaman dan tak tahan bau arak dari mulutnya. Dan patutlah dalam bangunannya didapati ada jualan arak yang dinamakan DIA Cafe (PUB) seperti yg dipaparkan dalam Bahagian 1. Terbukti, mereka ingin mendirikan lot kedai, dengan maksud menjual tanah milik yg diusahakan oleh waris terdahulu. DIA mengkhianati orang-orang terdahulu, sepatutnya mereka pertahankan tanah ini tapi hari ini mereka menggadaikannya! SAVE GANDHI SCHOOL...Selamatkan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan! |
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan