Muslimeen United |
- MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong'
- [VIDEO] Hikayat Pak Monggol Dan Scorpene Dilancarkan
- PANAS!! Video Najib dan UMNO sokong regime zalim Bashar Al-Assad didedah!!
- Daripada Sibuk Serang Pembangkang Elok Hishamuddin Jawab Dakwaan Bekas KPN
- 'Allah Pilih Umno Untuk Diberi Kuasa Dan Amanah' Tapi Lihat Gambar Ni
- Kenyataan Musa: Hishamudin didesak letak jawatan
- Pak Habib Ditahan Polis
MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong' Posted: 30 Nov 2012 02:48 AM PST Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP. "... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya. Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong. Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi." Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini. Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata: "Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai. "MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya. -M'kini |
[VIDEO] Hikayat Pak Monggol Dan Scorpene Dilancarkan Posted: 30 Nov 2012 02:46 AM PST Kartunis politik, Zulkiflee Anwar Haque atau dikenali sebagai Zunar berkata, beliau bersama Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan terus berjuang menentang kerajaan Umno BN melalui kartun. Menyifatkan ia sebagai tanggungjawab sosial kartunis, kata Zunar, beliau ingin menggunakan bakatnya untuk menyumbang kepada rakyat dan negara. "Kartun saya bukan sekadar untuk gelak, tetapi untuk 'gelak guling-guling'. Maknanya lepas kita ketawa, kita gulingkan kerajaan Umno BN," katanya disambut sorakan 150 hadirin di majlis pelancaran buku terbaru beliau di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. Pelancaran itu disempurnakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Buku 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene' itu mengandungi 32 muka surat hasil kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Skripnya ditulis Suaram berdasarkan kes pembelian kapal selam Scorpene yang kini dibicarakan di Mahkamah Perancis dan kisah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Ia bertujuan memberi pemahaman kepada orang ramai berkenaan kes tersebut. Menurut Zunar, perjuangan melalui kartun antara cara paling berkesan dalam menentang kezaliman Umno BN. "Kalau kita berdemonstrasi, mereka akan tangkap kita dan sekat jalan. Kalau kita bawa usul di Parlimen, Speaker Dewan Rakyat akan tolak. Tapi kalau kita ketawakan Umno BN, mereka boleh buat apa? "Takkanlah nak gubal Akta Ketawa Negara?" sinis Zunar. Program yang bermula kira-kira jam lapan malam itu dimulai dengan tayangan video taklimat peguam Scorpene, Apoline Cagnat di Hotel Changi, Singapura Selasa lalu. Sebelum ucapan Zunar, Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyampaikan kata-kata aluan. Turut menarik perhatian, persembahan ala boneka oleh KKI. Antara tokoh yang hadir adalah bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib dan karyawan Pyanhabib. 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene' dijual dengan harga RM5 dan seluruh hasil jualan akan disumbangkan kepada Suaram. Tempahan awal boleh dibuat di sini. -KD |
PANAS!! Video Najib dan UMNO sokong regime zalim Bashar Al-Assad didedah!! Posted: 30 Nov 2012 02:43 AM PST 17 November lalu, media-media yang ditunggang UMNO melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza. Dalam panggilan telefon selama 15 minit itu, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama menamatkan keganasan semasa di Gaza. Ternyata kini apa yang dilaporkan itu hanyalah propagnda murahan UMNO untuk menggilap imej Najib.. Ini kerana dalam satu majlis pertemuan diadakan antara Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir dengan Kedutaan Malaysia Kaherah jelas dinyatakan pihak mana yang disokong oleh Kerajaan UMNO. Dalam pertemuan tersebut ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM), memberi sedikit taklimat tentang isu keselamatan, yg menyentuh tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Syria. Teryata, mereka berpihak kepada kerajaan Bashar Al-Assad, bahkan ucapan ini disokong pula dengan ucapan Dato Duta Malaysia di Mesir. Majlis diadakan pada 27 november 2012, di dewan Abu Nagah, U. Mansoura, Mesir. (Yang berucap dalam video ini ialah :ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM)). |
Daripada Sibuk Serang Pembangkang Elok Hishamuddin Jawab Dakwaan Bekas KPN Posted: 29 Nov 2012 07:29 PM PST Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengejutkan banyak pihak dan kali ini dalam kenyataan terbarunya beliau mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Dakwaan beliau sememangnya amat berat dan kerajaan wajar mengambil tindakan lanjut menyiasat dakwaan tersebut dengan serius. Isunya, campurtangan oleh Datuk Seri Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri terhadap pegawai polis di bawah Ketua Polis Negara. Dalam keadaan KPN masih lagi berkhidmat, Menteri pula terus memberi arahan kepada pegawai di bawahnya tanpa melalui KPN sendiri. Sememangnya tindakan seseorang menteri mencampuri urusan jabatan kerajaan mengganggu kerja-kerja jabatan kerajaan tersebut. Campurtangan menteri akan menyebabkan pegawai kerajaan merasa terikat oleh pemimpin politik yang bukan pemimpin atasan mereka manakala pegawai tertinggi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap jabatan tersebut pula merasa terkongkong kerana ada menteri yang sibuk menggangu jabatan mereka. Lebih dari itu, ia mungkin akan menimbulkan suatu keraguan apakah berlaku penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dalam sesuatu urusan tertentu oleh menteri terhadap agensi di bawahnya. Dalam hal ini, Menteri Dalam Negeri sepatutnya tahu bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing. Beliau patut menghormati Ketua Polis Negara yang masih berkhidmat dan mempunyai kuasa tertentu. Campurtangan tangan beliau di bawah bidang tugas KPN merupakan suatu pencabulan kuasa terhadap PDRM. Jika bekas Ketua Polis Negara (KPN) yang berkhidmat di bawah Menteri Dalam Negeri sendiri terpaksa tampil memberikan kenyataannya ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku di era pentadbiran bekas KPN tersebut. Mungkin beliau terpaksa mengambil masa yang lama untuk berfikir dan meluahkan perasaan beliau setelah tamat perkhidmatannya. Apa yang diharapkan adalah beliau berterus terang dengan maklumat yang diperolehinya menjelaskan apakah bentuk campurtangan yang dibuat oleh Datuk Seri Hishamuddin dan di atas urusan apa campurtangan itu berlaku. Ini mungkin akan menjelaskan lagi apakah isu itu sebenarnya dan mungkinkah ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuan umum telah berlaku. Datuk Seri Hishamuddin perlu tampil menjawab tuduhan tersebut secara jujur dan menjelaskan mengapa ada proses campurtangan seperti yang didakwa oleh KPN. Isu ini adalah isu beliau dan nama beliau dikaitkan dengan dakwaan tersebut, dan untuk membersihkan nama baik beliau, beliau perlu memberikan penjelasan. Ini lebih baik dari beliau sibuk menghentam pembangkang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012. RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia |
'Allah Pilih Umno Untuk Diberi Kuasa Dan Amanah' Tapi Lihat Gambar Ni Posted: 29 Nov 2012 07:26 PM PST |
Kenyataan Musa: Hishamudin didesak letak jawatan Posted: 29 Nov 2012 05:03 PM PST KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (gambar) meletak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya. Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa Hishamudin campur tangan dalam tugas polis. Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan. Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak. Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan. Sehubungan itu, SAMM memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Musa Hassan. "Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera," kata Norazizi A.Aziz, Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan. Ekoran itu, SAMM dan sekutu akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini. Ia akan diadakan hari ini di IPD Kuala Terengganu, Terengganu pada jam 11.50 pagi. Laporan polis dan himpunan ini akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri. -Hrkh |
Posted: 29 Nov 2012 05:00 PM PST Polis tahan penulis buku di PWTC KUALA LUMPUR - Seorang penulis buku yang didakwa pernah menghina Sultan Johor ditahan polis pagi tadi ketika sedang berniaga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66. Lelaki berusia dalam lingkungan 70 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi oleh sepasukan anggota polis. Pihak berkuasa turut merampas 13 buku. Beliau kemudian dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC. Difahamkan beliau akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPPD) Dang Wangi untuk membantu siasatan. Tiga bulan lalu, penulis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya. Turut ditahan rakan wanita penulis terbabit -SH Syed Hussein Alattas ditahan di PWTC Kerana Jual Buku SSS |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan