Muslimeen United |
- Tembelang Hishamuddin Hussein Terbongkar..
- [IMBAS KEMBALI] Menteri KDN Gagal Jawab Siapa & Mengapa Rekod Perjalanan Altantuya Dipadam
- [CEMAS] 96 Peserta, 6 Jurupandu Dipanah Petir Di Puncak Gunung Datuk
- PAS khuatir tutup masjid Ar-Rahman sebab politik
- TERKINI! Muhyiddin Umpama Panglima Hilang Keris!
- Video sambutan hebat harijadi Sultan Pahang Tersebar
Tembelang Hishamuddin Hussein Terbongkar.. Posted: 28 Nov 2012 07:19 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan (gambar) menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan. Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak. Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh. "Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri. "Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekarang, siapa yang kawal sekarang?" soal Musa. Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut. "Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang? "Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan." Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang. "Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas. "Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen. Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh. "Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) "Saya arahkan polis buat itu... buat ini," jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini. "(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas. "Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya. "Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya," gurau beliau. Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis. "Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku. "Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri. "Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa. Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti. Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM". NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah "sebenar" daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah "dimanipulasi" sebelum dikeluarkan kepada orang awam. MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah. Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.~tmi |
[IMBAS KEMBALI] Menteri KDN Gagal Jawab Siapa & Mengapa Rekod Perjalanan Altantuya Dipadam Posted: 28 Nov 2012 07:13 AM PST Menteri Keselamatan Dalam negeri, Hishamuddin Tun Hussein gagal untuk memberikan penjelasan terhadap soalan ahli parlimen Pakatan Rakyat di parlimen mengenai pemadaman rekod perjalanan Altantuya oleh pihak Imigresen. Ahli Parlimen PKR Gombak di dalam soalan tambahannya kepada soalan asal No. 3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:- (a) adakah pihak Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kaedah tertentu bagi menghalang warganegara asing daripada memasuki Malaysia semula setelah dihantar pulang ke negara asal mereka apabila didapati berkelakuan salah; dan (b) berapa jumlah warganegara asing yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka dan berapakah jumlah yang berjaya ditangkap semula setakat ini sejak 2005. [7 Jun 2010] BERKAITAN: Siapa padam rekod perjalanan Altantuya? |
[CEMAS] 96 Peserta, 6 Jurupandu Dipanah Petir Di Puncak Gunung Datuk Posted: 27 Nov 2012 10:07 PM PST Rembau – "Saya tidak dengar bunyi petir, tetapi saya nampak cahaya yang seribu kali lebih terang daripada cahaya kamera," kata salah seorang jurupandu Gunung Datuk yang hanya ingin dikenali sebagai Din, 30-an, ketika ditemui di kaki Gunung Datuk, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, seramai 96 peserta yang mendaki gunung sempena Program Fasilitator Unggul dari Alumni Madrasah Annuriah, Melaka dan enam jurupandu berhadapan detik mencemaskan apabila bahagian atas puncak gunung itu dipanah petir dan aliran arusnya mengalir ke lokasi mereka berlindung di dalam sebuah gua di lokasi berkenaan. Akibat kejadian itu, empat peserta kini ditahan di wad Hospital Tampin (HT) untuk rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan, kebas, hipertermia atau kesejukan melampau dan anemia. Peserta berkenaan, Syed Mohd Hakimi Syed Azmi, 21, berasal dari Kelantan; Mohd Hadif Mat, 22, dari Kota Bharu, Kelantan; Nor Sidah Mohd Fadil, 22, dari Teluk Intan, Perak dan Izzati Haziah Mohd, 21, dari Dungun Terengganu. Seawal 4.30 petang, pasukan perubatan dari HT sudah bersiap sedia di kaki Gunung Datuk untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa insiden berkenaan. Tercampak selepas kena renjatan petir Din berkata, ketika itu pihaknya yang menyedari keadaan cuaca bakal berubah buruk mengarahkan peserta yang sedang ke puncak gunung untuk turun, sementara sebahagian lagi tidak dibenarkan naik dan mereka berkumpul untuk diberikan taklimat. "Belum sempat taklimat habis diberikan, tiba-tiba angin kuat dan saya mengarahkan kumpulan peserta berlindung ke dalam gua berdekatan. Kejadian berlaku begitu pantas dan sedar-sedar saya sudah tercampak. "Pada mulanya saya ingat hanya tergelincir, namun apabila melihat keadaan selepas insiden berkenaan dan telinga sebelah kiri tidak mendengar sebarang bunyi, saya sedar ia disebabkan renjatan arus panahan petir yang dibawa oleh aliran air yang terbentuk dalam gua berkenaan," katanya. Din berkata, sepanjang tujuh tahun dia menawarkan khidmat jurupandu di Gunung Datuk berkenaan, itu adalah pengalaman pertama kali dipanah petir. Bomba, JPAM turunkan mangsa Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.50 petang dan seramai tujuh anggota menyertai operasi menurunkan mangsa yang berakhir sekitar 2. 15 pagi semalam. Menurutnya, susulan terdapat mangsa mengalami kecederaan di bahagian ligamen dipercayai terjatuh semasa menyelamatkan diri, anggota bomba naik ke atas puncak bagi mengusung mangsa turun dengan lebih selamat. "Bagaimanapun, ia mengambil masa yang lama memandangkan keadaan trek licin susulan hujan lebat dan cuaca gelap sehingga menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan kaedah mengensot sedikit demi sedikit. "Bantuan dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba dengan kekuatan tujuh anggota bagi membantu membawa turun mangsa yang mengalami kesejukan melampau yang sudah bergerak turun terlebih dahulu. Zamrus berkata, dua lagi peserta mengalami kecederaan seperti kebas dan salah seorang daripada mereka mengalami masalah melecur selepas terkena renjatan bersandar di bahagian dalam gua berkenaan. Menurutnya, mangsa pertama yang dibawa turun dengan selamat sekitar 12 tengah malam dan dikejarkan ke HT ialah Syed Mohamad Hakimi yang mengalami kesejukan melampau dan mangsa terakhir Mohd Hadif yang cedera pada ligamen sekitar 2.15 pagi. "Kita menasihatkan orang awam untuk tidak menjalankan aktiviti seumpama ini semasa musim tengkujuh memandangkan keadaan cuaca tidak menentu dan sukar diramal," katanya. -SH |
PAS khuatir tutup masjid Ar-Rahman sebab politik Posted: 27 Nov 2012 10:06 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai kesal dengan arahan penutupan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya yang dibuat oleh pihak JAWI atas alasan untuk dibaik pulih. Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai, Mohd Nasaie Ismail berkata, ia suatu tindakan yang aneh apabila notis diberikan hanya seminggu untuk mengosongkan masjid dan tidak ada sebarang papan tanda cadangan projek baik pulih atau pembangunan semula didirikan di kawasan masjid. Lebih pelik lagi katanya, semua pegawai masjid dan jemaah diarahkan berpindah ke Masjid Tun Rahah Kg Kerinchi yang baru siap dibina. "Masjid tersebut jauh dari jalan utama dan tidak ada sebarang penghuni yang mendiami sekitar Masjid Tun Rahah tersebut. "Kami bimbang tindakan ini sengaja dibuat untuk menutup masjid Ar-Rahman untuk jangka masa yang panjang kerana kegagalan Umno untuk menguasai masjid tersebut walaupun dipengerusikan pimpinan Umno bahagian Lembah Pantai," katanya. Menurutnya, sebelum ini umum mengetahui bagaimana jemaah kariah Masjid Ar-Rahman selama ini memboikot jawatankuasa masjid yang dilantik JAWI tersebut kerana majoritinya bukan anak kariah dan tidak menunaikan solat berjemaah di masjid tersebut. Masjid Ar-Rahman terkenal dengan pengajian ilmu yang pesat diadakan saban malam dan ini dikhuatiri membimbangkan parti pemerintah, kata Nasaie lagi. "Kita memberi amaran kepada pihak berkenaan samada JAWI atau yang berkaitan supaya menghentikan tindakan untuk menutup dan mengganggu perjalanan masjid Arrahman atau bersedia untuk menerima tentangan daripada kami. "Pemuda PAS Lembah Pantai bersama dengan ahli kariah tidak akan teragak-agak untuk mengadakan bantahan besar-besaran sekiranya notis pengosongan masjid tidak ditarik balik," katanya. -Hrkh |
TERKINI! Muhyiddin Umpama Panglima Hilang Keris! Posted: 27 Nov 2012 02:58 PM PST Seperti biasa, tidak pernah berubah sejak 1997, Perhimpunan Agung Umno (PAU) pasti akan menghidangkan siri kutukan berterusan bermula dengan ucapan timbalan presidennya yang merasmikan serentak mesyuarat perwakilan pemuda, wanita dan terbaru puteri parti itu malam sebelum perasmian mesyuarat agung diadakan. Bagi Muhyiddin Yassin, ini ialah kali ketiga buatnya merasmikan mesyuarat ketiga-tiga sayap parti reput orang Melayu itu atas kapasitinya sebagai orang nombor dua dalam parti. Sekali lagi, PAS dijadikan mangsa amarah Muhyiddin kerana gagal mengikut telunjuknya menjayakan kerajaan perpaduan tajaan broker mereka dengan beberapa pemimpin PAS hingga menyebabkan terpelantingnya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali pada 8 Januari lalu. Tanpa berselindung, nyata ucapan Muhyiddin umpama panglima hilang keris kerana berani menyembur parti seterusnya dalam Pakatan Rakyat iaitu KEADILAN dengan mengulangi skrip yang sama, tetapi dijenamakan semula, Parti Keluarga dan Rakan-Rakan. Sedangkan dia sendiri terlupa Umno tidak kurang hebatnya dengan kroni perdana menteri dan presidennya sendiri, Najib Altantuya. Najib Altantuya merupakan anak kepada perdana menteri kedua, Razak Hussein, juga sepupu kepada Naib Presiden Umno, Hishamuddin Hussein Onn yang merupakan cucu kepada pengasas Umno, Onn Jaafar. Bagi menambah luka Umno, timbalan pengerusi Umno Kedah, Muhkriz adalah anak bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula adalah menantu seorang lagi bekas perdana menteri yang disingkirkan Muhyddin dan Najib Altantuya sendiri, Abdullah Badawi. Apakah Muhyiddin menyindir Najib Altantuya secara tidak sengaja atau sebaliknya? Mengapa tergamak mengkhianati ulasan sendiri di Islamabad, Pakistan sedangkan bersungguh-sungguh mahu perwakilan membahaskan usul mahu menang dalam pilihanraya umum yang dijangka paling getir buat Umno sejak 1999? Sepatutnya Muhyiddin menasihatkan partinya sendiri terlebih dahulu sebelum menunding jari ke mana-mana pihak hingga menyebabkan Umno sendiri yang luka berdarah hasil daripada ucapan paling tidak bertanggungjawab sepanjang menjawat jawatan sejak April 2009. Bukan sedikit kesannya terhadap parti malah ia mencerminkan Umno sudah semakin sasau dan risau akan untung nasibnya sendiri kerana Muhyiddin tahu hanya dengan cara inilah kununnya semangat perwakilan mampu dinaikkan sedangkan parti itu kini umpama melukut di tepi gantang mengharap bagai pengemis kuasa yang hampir pasti hilang sengatnya biarpun pilihanraya umum sudah berada di depan mata. Usahkan perwakilan, ahli Umno sendiri yang setia dengan parti itu pun menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan kata-katanya memperlekehkan parti lawan dengan cara tidak beretika malah menyerlahkan kedangkalan hujahnya sendiri. Jika Umno terus mengulangi surah-surah lama bagi menutup kelemahan sendiri, jangan salahkan rakyat yang seolah-olah dipaksa menonton di televisyen semakin jauh dari Umno kerana tiada idea baru dihasilkan selain hanya tahu bergelak ketawa tanpa mengetahui semakin hari semakin hilang kekuasaan mereka dari tampuk pemerintahan di Putrajaya. JALAN PULANG |
Video sambutan hebat harijadi Sultan Pahang Tersebar Posted: 27 Nov 2012 02:51 PM PST |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan