Muslimeen United |
- Kenali Komander Elit Hamas.. Briged Al-Qassam
- PAS Berdoa Demikian Kerana Tiada Tempat Lain Untuk Mengadu
- TABIK SPRING KEPADA WARGA MUDA KELANTAN
- PAS gesa pulau ekonomi, media pro Israel
- TG Nik Aziz akan saman Utusan kerana fitnah terbaru ini..
- Apa sebenar kata Presiden PAS tentang isu jadi PM
- 11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israel Ke Atas Gaza
Kenali Komander Elit Hamas.. Briged Al-Qassam Posted: 19 Nov 2012 10:46 PM PST Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ". Jika di Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan Israel dengan Shayetet 13. Manakala Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis. Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984. Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam. Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar. Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. "Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya. Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang. Peraturan " Briged Al-Qassam ". "Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya. Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting. "Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa. "Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya. Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam. "Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam. Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel). Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam. Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis. Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga." Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam. Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri.. 'Mengapakah saya tidak Syahid? |
PAS Berdoa Demikian Kerana Tiada Tempat Lain Untuk Mengadu Posted: 19 Nov 2012 10:45 PM PST Berdoa kepada ALLAH, kerana tiada tempat mengadu SHAH ALAM – Pas mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin disebabkan kezaliman yang dibuat terhadap rakyat. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, Pas berbuat demikian kerana parti itu didakwa tidak ada tempat untuk mengadu menyebabkan mereka berdoa dengan ALLAH. Menurutnya, Pas berbuat demikian kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media. "Doa harus bagi yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) dengan ALLAH SWT," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Maszlee berkata, Pas seharusnya menggunakan perkataan yang baik dan berhikmah ketika berdoa. "Cadangan saya untuk mengelakkan supaya didoakan keburukan, setiap pihak perlu diberikan peluang dan ruang demokrasi, kembalikan hak rakyat dan pihak terlibat," katanya. -SH |
TABIK SPRING KEPADA WARGA MUDA KELANTAN Posted: 19 Nov 2012 10:43 PM PST LOKASI:- RESTORAN MCDONALD WAKAF CHE YEH, KOTA BHARU, KELANTAN Kadang-kadang budak2 Punk yang selalu kena hina tu lagi cerdik dan bermaruah dari mereka yang pakai "kot"bertali leher, baju linen, sutera Italy dengan handphone jenama IPhone IV dan Samsung Galaxy SIII... Dalam blog, twitter dan Facebook, bukan main lagi hentam McD, ajak boikot McD dan bermacam-macam lagi punya hentam dan saranan. Sampai masa McD bagi burger free, penuh, lepas subuh dah start beratur . Peliknya ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya dibawah matahari terik. Bukannya burger mahal pun... sekadar McEgg jer...Lebih kurang sama dengan egg banjo tarafnya. Inilah kerja paling mudah nyatakan protes dan bantahan... Cetak dan Tempel... Penuhkan dinding Restoran McD dengan poster-poster "PERINGATAN"... Tahniah Punk Rockers Kelantan - Kelantan Darul Naim Menerajui Perubahan. |
PAS gesa pulau ekonomi, media pro Israel Posted: 19 Nov 2012 10:41 PM PST KUALA LUMPUR: PAS berpendirian, sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan yang pro aktif dalam menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang tergempar berhubung serangan terbaru Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza. Demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat ketika berbahas menyokong usul mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi "Pillar of Defence", 14 November lalu ke atas Wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut. "Sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan yang pro aktif dalam menangani isu ini khususnya melalui OIC untuk mengadakan sidang tergempar mempengaruhi rakan-rakan OIC dan rakan-rakan negara Arab. "Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM harus membuat keputusan yang lebih tegas terhadap Israel dan menyokong pembukaan sempadan yang dibuat oleh Mesir sekarang ini. "Kita ucapkan syabas kepada Mesir yang berani membuka sempadan dan saluran itu boleh menjadi saluran untuk membantu rakyat Palestin yang dikepung melalui udara dan laut dan serangan darat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja," katanya. Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, pemulauan ekonomi dan media yang pro Israel harus dilakukan segera. "Tindakan tegas seperti pemulauan ekonomi terhadap Israel perlu dilakukan. Pemulauan media, media termasuk di negara kita sendiri supaya memainkan peranan di Asia Tenggara. Jangan dipengaruhi Reuters atau AP yang masih dikuasai Zionis seolah-olah membela Israel yang zalim sejak beberapa lama," katanya. Beliau juga mencadangkan pemimpin-pemimpin Israel disenaraikan sebagai pengganas perang kerana bertindak kejam terhadap nyawa yang tidak terbabit. "Seterusnya mengambil tindakan yang tegas dengan menyenaraikan pemimpin-pemimpin Israel dalam senarai pengganas perang kerana melakukan suatu tindakan yang kejam yang diketahui umum membunuh mereka yang tidak terlibat dalam peperangan seperti wanita,kanak-kanak, hospital dan sebagainya. "Kalau perlu bantuan ketenteraan disediakan untuk mengajar negara Israel," katanya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat pagi tadi. - Hrkh |
TG Nik Aziz akan saman Utusan kerana fitnah terbaru ini.. Posted: 19 Nov 2012 02:57 PM PST Ini sebahagian dari apa yang dilaporkan Utusan.. "Bila UMNO buang Islam daripada dasar hidup dia, maka UMNO agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila UMNO tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama? Tak cukup dengan itu.. Senyum Kambing juga menambah perisa.. Dan sebagai penghargaan buat Utusan yang juga Lidah Rasmi UMNO.. Ha.. Ha.. Ha.. nak kena saman lagi weh... Hancus kredebiliti Media UMNO ni.. tapi yang aku kagum dengan Utusan ni selain dari tak bangkrap lagi walau dah disaman berulang kali, masih ada yang mempercayainya.. kenapa agaknya? Adakah mereka itu terlalu bodoh atau sememangnya mereka itu bodoh kerana mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin UMNO? Aku yakin kalau Allah anugerahkan kebolehan membaca kepada Kaldai, binatang itu pun akan berfikir berkali-kali untuk mempercayai apa yang Utusan laporkan setelah menyaksikan Media UMNO itu kalah berkali-kali di Mahkamah kerana saman berikutan fitnah yang disiarnya..sumber |
Apa sebenar kata Presiden PAS tentang isu jadi PM Posted: 19 Nov 2012 02:40 PM PST KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud. Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM). Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)." Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi 'alu-alukan' cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu. Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri. Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri. Namun, Malaysiakini pula membuat tajuk "Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi". "Syok (seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu semalam. Laporan yang ditulis Abdul Rahim Sabri itu agak berlainan dari dua media di atas. Apakah yang dikatakan sebenarnya oleh Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penangguhan yang disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai terbaik oleh beliau itu. Para pembaca wajar sekali mendengar sendiri apakah maksud Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya itu. Ini kerana, dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu. Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang. Apakah sebenarnya maksud TG Abdul Hadi tentang isu ini? Berikut adalah transkrip ucapan penangguhan beliau yang berkaitan dengan isu ini. Berikut adalah penyataan Tuan Guru Abdul Hadi semasa penggulungan itu secara verbatim. "Kita kena hadapi pilihan raya dengan yakin, ikhlas dan ilmu dan bijak. Saya alu-alukan nak lantik saya jadi perdana menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah. Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan. Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelinking je. Ustaz Azizah ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah. Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan. Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi. Jadi kita PAS ni kena ajar begitulah. Itulah caranya." |
11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israel Ke Atas Gaza Posted: 19 Nov 2012 02:34 PM PST Gaza, (PIC)– Angkatan Bersenjata Israil (IOF) pada petang Ahad telah menjalankan pembunuhan besar-besaran yang dahsyat di Bandar Gaza, mereka mengebom kediaman keluarga Dalo yang membunuh dan mencederakan seluruh anggota keluarga. Sumber tempatan mengatakan pesawat udara Israil mengebom kediaman keluarga Dalo di al-Nasser Street di barat Bandar Gaza pada tengahari Ahad yang menyebabkannya musnah. Sumber perubatan mengatakan krew ambulan dan pertahanan awam telah menemui jenazah 11 syuhada yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita sebagai tambahan kepada 11 yang cedera dan jumlah dijangka bertambah. Dengan kesyahidan 11 lagi warga Palestin tersebut, jumlah mangsa keganasan Israil kini meningkat kepada 66 orang sejak ia bermula pada hari Rabu lepas. Rakyat Palestin dapat kemenangan atau syahid |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan