Khamis, 1 November 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Demo Sokong AES?.. Kaya sangat ka depa ni?

Posted: 01 Nov 2012 07:57 AM PDT


Meskipun kebanyakkan Ahli Parlimen bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan namun begitu ada juga pihak yang menyokongnya hinggga mengadakan demonstrasi.

Demonstrasi membantah keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang yang membantah pemasangan AES di negeri Pulau Pinang ini telah diadakan tengahhari tadi 1.30pm 1/11/2012 .

Menurut laporan dari seorang Blogger dipercayai dari MIC kira-kira seramai 100 orang dari beberapa NGO di Pulau Pinang berkumpul untuk membantah keputusan Lim Guan Eng itu.

Mereka berkumpul secara aman di perkarangan Komtar , Pejabat Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.



Wakil dari NGO-NGO terbabit telah menyerahkan memorandum membantah tindakan Ketua Menteri tersebut.


Ini barulah dikatakan membangkang tak kena tempat.. orang ramai pakat bantah depa pulak pakat sokong.. apa kaya sangatka depa ni?

Nampak tak macam kaya pun.. atau depa ni semua hanya naik motorsikal.. bukan Hummer macam anak Menteri ni.. baca di ( SINI )

Tuduhan "Creative Accounting" MP Kota Belud Hina Jabatan Audit Negara

Posted: 01 Nov 2012 07:50 AM PDT


DAP: Nak percaya ketua audit atau Rahman Dahlan? Anggota parlimen DAP hari ini menyelar tindakan Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang mendakwa Pakatan Rakyat memanipulasikan perakaunan kreatif dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Mereka mempersoalkan kebijaksanaan dan ketelusan Ketua Audit Negara (Ambrin Buang)," kata wakil rakyat Bukit Bendera Liew Chin Tong (kanan).

Liew berkata, menuduh negeri Pakatan memindah dana akaun amanah bermaksud seolah-olah ketua audit negara dan kakitangannya tidak mampu melakukan semakan menyeluruh dan mengesan amalan yang dipersoalkan.

"Siapa yang kita hendak percaya? MP Kota Belud (Abdul Rahman Dahlan) atau ketua audit negara?" soalnya.

BNBBC semalam mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Abdul Rahman sebagai timbalan ketua BNBBC mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.


Tuduhan 'Creative Accounting' Di Selangor Tidak Berasas

SHAH ALAM, 31 OKT : Tuduhan bahawa Kerajaan Selangor mengamalkan "creative accounting" adalah melampau dan tidak berasas kerana kesahihannya telah diperakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor disediakan mengikut Piawaian Perakaunan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Menurutnya, ia selaras dengan piawaian perakaunan berasaskan "International Public Sector Accounting Standards – Financial Reporting Under Cash Basis Accounting".

Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebelum ini menyatakan Penyata Kewangan Kerajaan Selangor pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.

Laporan tersebut juga mengatakan rekod perakaunan Kerajaan Selangor telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.

"Kerajaan Negeri mengambil berat tuduhan bahawa Negeri Selangor mengamalkan "creative accounting" atau mengubah suai akaun kedudukan kewangan negeri yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Tuduhan yang dibuat oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional adalah tidak bertanggungjawab dan tidak benar sama sekali.

"Ia juga memperkecilkan keupayaan Ketua Audit Negara dan kakitangan awam yang bekerja keras menyediakan laporan dengan penuh tertib dan profesional.

"Walaupun terdapat isu yang boleh dilaporkan dengan baik terutama isu Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Universiti Selangor (Unisel), Kerajaan Negeri berpendapat keseluruhan laporan tersebut tidak patut dipersoalkan.

" Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.

Selain itu, katanya, Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) yang digunapakai bagi mengakaunkan semua urusniaga bayaran dan terimaan adalah sistem perakaunan bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengingatkan kakitangan awam supaya mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan tugas serta berjimat cermat meluluskan perbelanjaan.

"Ini antara faktor yang menjadikan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri diklasfikasikan sebagai "baik" oleh Jabatan Audit Negara dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.

"Kerajaan Negeri berharap tuduhan palsu ini tidak menjejaskan komitmen kakitangan awam untuk membantu menguruskan pentadiran negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat," katanya lagi.
-selangorku

PANAS!! Bukti Anak Nazri Aziz terima Kereta Mewah dari Micheal Chia di dedah!!

Posted: 01 Nov 2012 12:18 AM PDT


Beberapa hari lalu Nazri Abdul Aziz telah menafikan menerima RM3 juta daripada 'kawan' hartawan kayu tetapi tidak pasti samada kawannya itu meminjamkan keretanya kepada anaknya.

Itu kenyataannya bila mengulas tulisan Raja Petra Kamarudin mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing-masing menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia.

"Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, "katanya di pejabatnya.

Jika kita pergi untuk bertanya kepada anak Nazri Aziz sendiri ada dua kemungkinan yang akan kita hadapi. Samada kita akan dibelasah oleh anaknya itu ataupun pertanyaan kita tidak akan dilayannya.

Bagi merungkai jawapan tentang kereta mewah tersebut KEADILAN dengan kerjasama Sarawak Report telah menjalankan siasatan sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah itu benar-benar digunakan oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz.

Dan penemuannya ialah memang benar sebuah kereta mewah milik Micheal Chia kini digunakan oleh anak Nazri Aziz tetapi yang ditemui ialah Hummer.
Sebagai seorang Menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato' Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato' Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights

Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato' Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato' Seri Nazri Aziz).

Gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.





Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence sila lihat di sini ( RafiziRamli )

Minyak: PAS saran Pahang dibayar ikut perjanjian

Posted: 31 Oct 2012 08:48 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS Pahang mengucapkan tahniah kepada negeri Pahang atas penemuan minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM307.

"Namun, PAS Pahang berharap Negeri Pahang tidak dianiaya seperti Kelantan dalam sistem pemberian wang ehsan. Sepatutnya semua negeri termasuk Pahang bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974," kata Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS Pahang mengucapkan tahniah kepada negeri Pahang atas penemuan minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM307.

Namun, PAS Pahang berharap Negeri Pahang tidak dianiaya seperti Kelantan dalam sistem pemberian wang ehsan. Sepatutnya semua negeri termasuk Pahang bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Semua negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan.

Sistem Wang Ehsan adalah tidak adil kepada negeri-negeri pengeluar minyak seperti Pahang dan Kelantan kerana ia amat tertakluk pada budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri.

Kelantan, yang minyaknya dicuri bertahun-tahun hanya diberi wang ehsan dalam lingkungan kurang daripada RM25 juta dibandingkan dengan Pahang, sebelum korek dah diumum bakal mendapat RM100 juta setahun.

Ini membuktikan negeri yang ditadbir oleh pembangkang akan teraniaya dalam sistem ini kerana Kerajaan Persekutuan tidak mengamalkan dasar federalisme secara professional dan sering membalas dendam terhadap rakyat yang menolak mereka seperti keengganan mereka membayar royalti kepada Kelantan.

PAS Pahang turut menyarankan Jawatankuasa khas bagi mengkaji bayaran hasil petroleum bagi negeri-negeri di Pantai Timur yang dianggotai wakil daripada tiga kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang agar menyokong Pahang dan Kelantan supaya dapat menikmati hasil minyak secara pembayaran royalti dan bukannya melalui wang ehsan.

Apakah status jawatankuasa khas ini yang sudah lama tidak kedengaran berita?

Janji Pakatan Rakyat untuk menaikkan royalti  negeri yang mempunyai minyak kepada tahap 20% mesti disambut baik oleh seluruh rakyat Pahang dengan menggerakkan perubahan kepimpinan negeri selepas PRU ke 13 nanti.

Di bawah PR, Pahang dan Kelantan akan memberi duit royalti sebagaimana Terengganu, Sabah dan Sarawak dan bukannya 'sedekah wang ehsan' berdasarkan budi bicara Kerajaan Persekutuan.

PAS Pahang yakin dengan usaha bersungguh sungguh dan strategi yang tepat, tidak mustahil Pahang akan turut mengecapi perubahan. Insya Allah. -Hrkh

DS Nizar masuk rumah UMNO

Posted: 31 Oct 2012 08:47 PM PDT

Baru-baru ini penulis bersama DS Nizar,Ustaz Idris Ahmad dan Hj Zainuddin Hamzah  pergi berjalan bertemu penduduk dalam Parlimen Bukit Gantang.Pada kali ini, salah sebuah rumah yang bertuah berada di Kg Matang Gelugor,Matang dalam DUN Kuala Sapetang. Salah sebuah rumah yang bertuah  rumah ini.Rumah orang UMNO dan ahli UMNO.  Kampung ini dipilih untuk menerima seekor lembu ibadah qurban daripada masyarakat yang berkemampuan melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

DS Nizar  dilayan penuh mesra oleh tuan rumah sekeluarga. Mereka berbangga Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak pilih kasih dalam menyantuni rakyat. 

Murid Darjah 6 Jadi Mangsa Kerahan Meramaikan Program Najib.. Ini Buktinya

Posted: 31 Oct 2012 05:30 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.
"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.
"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.
Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Najib bercakap soal amanah..
Tapi amanahkah Najib jika beliau menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri berkempen untuk kepentingan UMNO/BN dalam satu majlis rasmi kerajaan iaitu 'Majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri?





Amanahkah Najib jika beliau hadir ke majlis rasmi itu sebagai Perdana Menteri tapi disambut sebagai Presiden Parti?













Najib bercakap soal amanah tapi dalam masa yang sama beliau sendiri tidak tahu membezakan antara tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri kepadanya dan Presiden Parti.
Jika pelajar-pelajar sekolah Menengah digunakan untuk menyambut kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri ianya mungkin bukan satu masaalah tapi malangnya mereka digunakan untuk menyambut Najib sebagai Presiden Parti..




Lebih malang lagi.. budak-budak sekolah Rendah Darjah 6 pun dikerah..


Apa kena mengena budak-budak darjah 6 dengan Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri ni?
Semua gambar-gambar sambutan buat Najib diatas aku rembat dari Blog-blog pencacai UMNO.. surat kerahan untuk murid Tahun 6 di atas darangnya dari ( SINI )

Buku mengampu Najib diedar secara percuma di kaunter kedai buku MPH

Posted: 31 Oct 2012 05:30 PM PDT

KALAU difikirkan, dalam ramai-ramai pimpinan Umno, Najib Razak merupakan pemimpin yang paling terdesak untuk meraih publisiti bagi menggambarkan dirinya seorang pemimpin yang hebat. Dalam masa yang singkat beliau mahu rakyat percaya beliau pemimpin yang hebat.

Sebelum ini tentu anda masih ingat bagaimana beliau mengupah kartunis menerbitkan sebuah komik yang menggambarkan dirinya sebagai "Hero" ala-ala kartun superman. Komik itu dilaporkan telah diedarkan kepada pelajar sekolah rendah.



Lucu melihat gelagat pemimpin nombor satu Umno ini. Macam-macam cara beliau mahu membuatkan rakyat percaya bahawa dirinya adalah seorang pemimpin yang hebat dan wajar disokong pada pilihanraya umum yang akan datang.

Terbaru, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan taktik terbaru Najib untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin hebat. Sebuah buku yang mengampu Najib Razak diedarkan secara percuma di kaunter kedai buku MPH.



Buku yang mengampu Najib bertajuk "Najib, nation on his mind, people on his heart" (Najib, negara di dalam mindanya, rakyat di dalam hatinya) itu diedarkan secara percuma. Orang ramai digalakkan untuk mengambil lebih dari satu buku tersebut.

Seorang pemimpin, jika benar hebat, tidak perlulah dia sendiri mengangkat dirinya, jika benar hebat tidak perlulah terbitkan buku mengampu dirinya sendiri dan diedarkan secara percuma, nampak sangat terdesak.

Buat macam-macam untuk naikkan diri sendiri, tapi bila Anwar cabar berdebat, takut! Habis punah segala propaganda menggambarkan Najib seorang pemimpin hebat. Kalau betul hebat sahutlah cabaran Anwar berdebat, barulah rakyat boleh menilai kehebatan beliau, sama ada realiti atau fantasi.

ReJaM© "Ini namanya masuk bakul angkat sendiri... "

Mana Royalti Minyak Untuk Kelantan?

Posted: 31 Oct 2012 05:28 PM PDT

Husam
Kerajaan Kelantan mengharapkan Perdana Menteri, Najib Altantuya akan berlaku adil terhadap tuntutan royalti minyak negeri itu sama seperti yang diputuskan bagi Pahang kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Husam Musa berkata, dengan pengumuman Perdana Menteri yang menjangkakan Pahang menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun ada perkara positif.

Husam turut memuji tindakan Najib Altantuya itu dan menyifatkan ia satu perkara menarik kerana dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri tanpa menunggu keputusan Jawatankuasa Bayaran Royalti yang ditubuhkan Ogos lalu.

"Ini menunjukkan kuasa Perdana Menteri mengatasi jawatankuasa tersebut. Jadi kita mengharapkan Najib Altantuya menggunakan kuasa itu dalam kes tuntutan royalti melibatkan hak rakyat negeri ini.

"Dalam kegembiraan untuk Pahang, kita berharap Kelantan tidak didiskriminasikan dan beliau boleh terus umum berapa bayaran patut diterima," katanya semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menegaskan dengan kuasa yang ada itu, Najib Altantuya boleh mengumumkan jumlah sepatutnya diterima oleh negeri ini tanpa berlengah-lengah lagi.

Dalam pada itu, Husam juga memberitahu, rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam PM 307 yang mempunyai potensi berkenaan adalah 100 peratus berada dalam perairan Terengganu.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan mengapa hanya Pahang mendapat dan adakah ia tidak akan menjejaskan hak Terengganu.

Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 Kali, Seminggu Tak Baring, TERINGAT MATI!

Posted: 31 Oct 2012 03:16 PM PDT


Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.

Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.

Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.

Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.

"Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus.

"Saat itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur.

"Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring.

"Ia membuatkan saya amat menyesal dan insaf," katanya.

Selama di penjara, Ameng banyak menghabiskan masanya dengan mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan keagamaan yang dipanggil halaqah.

Katanya lagi, selepas keluar dari penjara nanti, dia tetap akan menjadi penghibur namun menggunakan cara berbeza.

"Saya bukanlah mahu bertindak sebagai penasihat tetapi saya hanya mahu berkongsi kisah hidup agar dapat dijadikan teladan,"katanya.

Sementara itu, Ameng ditemui sempena Program Jalinan Kasih Aidiladha, di Penjara Kluang.

Dia dikunjungi Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, rakan artis, Zamani Slam, Ibnor Riza dan Umarul Iklim.

Lebih istimewa apabila isterinya, Sabariah Zakaria serta anak mereka, Wan Amar Haikal turut hadir sama. -MyNewsHub

Tiada ulasan: